Isnin, 20 Jun 2011

Hmm. Biarlah.

Hmm.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan , tahun juga pastilah berganti dengan tahun yang baru dan tidak terhenti waktu-waktu sehinggalah waktu hidup kita yang akan berhenti . Namun , waktu tidak akan pernah berhenti walaupun jasad sudah dikandung tanah kerana jiwa-jiwa akan tetap melalui waktu-waktu yang telah dijanjikan sejak awal kehidupannya. Begitulah juga akan aku, waktu-waktu tetap berubah dan berubah walaupun zaman masih tetap sama tapi pendirian insan-insan pula yang mengubah masa sedang aku masih tetap sama seperti dahulu.

Hmm.

Seperti kebiasaan , aku seorang remaja lelaki yang baru memasuki 20-an . Bila umur ini datang , aku sendiri tiba-tiba mendapat suatu perasaan berupa keinginan atau nafsu yang boleh menjangkau tahap 'serakah'. Maaf jika anggapan anda tulisan kali ini agak kotor atau kurang senonoh . Lagipun inilah yang dinamakan ''cerita personal yang boleh dikongsi''. Aku cerita ni bukan apa , sebenarnya aku masih belum ada waktu lagi dan belum pun terfikir untuk mencari seorang teman wanita atas sebab serik dahulu yang masih belum padam walaupun apa benda jelik yang terdapat pada ayat-ayat di atas tadi cuba menolak-nolak belakang aku supaya  menuruti kehendak tersebut.

Hmm.

Akan tetapi ,separuh perasaan itu tetap ada juga dalam kehendak dan keinginan ku . Oleh kerana itu, kesunyian sudah mula terasa sedikit apatah lagi bila melihat kawan-kawan yang angkuh bersama teman-teman wanita mereka . Rasa iri hati tetap ada mengganggu , membisik-bisik menyuruh aku untuk mencari. Apalah usaha yang boleh aku lakukan untuk itu ? Waktu dan Keadaan aku masih belum mampu untuk aku mengusahakan itu kerana aku sudah pun berputus asa apabila dahulu pernah ''kawan menjadi lawan''..

Hmm.

Maka lebih baik aku lupakan .
Biarlah keadaan yang membantu .
Sebelum aku termakan .
Biarlah perhatian ku pada waktu .

Nah! Rasakan!

Nah! Cakap orang lagi!

Sabtu lalu barulah aku rasakan bagaimana sebenarnya susah menjadi pengacara atau 'emcee' yang sebelum ini selalu menjadi masalah apabila 'emcee' dilantik dari kalangan komuniti kawan-kawan . 'Psyco' di buatnya sehingga tergagap-gagap  dan kembung kempis dada ini kerana menahan gementar apabila pertama kali aku melakukan tugas tersebut. Akan tetapi, mujurlah Jeneral Myhem, Rangga ,Awe dan sahabat-sahabat lain turut memberi semangat asalkan tiada perkara tidak diingini berlaku sehingga aku sedikit demi sedkit mampu mengawal perasaan gerun tersebut sehingga slot yang terakhir untuk band yang tour ke Tampin iaitu TOOL OF THE TRADE bagi meriliskan rilisan terbaru mereka aku serahkan mikrofon kepada Jeneral Myhem bagi membuat pengumuman supaya mood crowd lagi bertambah kuat dan ia agak berjaya.

Fuhh!

Tapi best juga jadi 'emcee' , kena belajar ni...

Selasa, 14 Jun 2011

Putus Asa

Malam di selatan semenanjung ketika ini agak hangat,kipas yang berputar sudah semakin lelah nampaknya kerana kehangatan itu masih terasa sehingga peluh menitis satu demi satu. Oleh kerana itu, mata ini masih belum mampu lelap...Sebenarnya apa yang engkau tampungkan wahai hati sehingga melibatkan  akal fikiran yang inginkan rehat?

Mungkin rasa itu telah tiba lagi, iaitu rasa yang pernah aku rasakan dulu semasa bunga yang layu tiba-tiba mekar dan bila ingin ku petik ia telah hilang diragut orang..Rasa yang dulu semasa kecerahan tiba-tiba terpancar di suatu tempat yang gelap gelita sekian lama lalu apabila penghuninya mula melakukan kerja-kerja, kecerahan itu terpadam kembali tiba-tiba..Adakah perasaan getir itu yang kau tampung lagi wahai hati?

Jika itulah yang engkau tampungkan , berat nampaknya sehingga fikiran ini kau libatkan maka kau lepaskanlah apa yang kau tampung itu.. Aku akui untuk berputus asa memikirkannya kerana tiadalah mampu bagi aku lagi untuk memetik lagi bunga-bunga yang mekar dari layu kerana tindakan ku selalu lewat, tiadalah mampu lagi bagiku untuk menanti kecerahan dalam gelap gelita seperti dahulu kerana itu adalah angan-angan yang sia-sia untuk aku....

Ahad, 12 Jun 2011

Kerusi Si Sampah..the end..

...Masih belum tergamam si penguasa kotor yang masih merasa dirinya memanggang makanan dengan matahari. Adapun kecelaannya sudah mula menjadi kudis namun masih lagi dia angkuh bagi menutup kudis-kudis yang hampir bernanah.. Tanah-tanah perlupusan sudah mula sedia menerima sampah seterusnya untuk dibakar,ditanam atau dikitar semula tetapi masih angkuh si sampah itu mengaku durjana sedang bumi nya sedang menelannya sedikit demi sedikit dan hampir tiba masa untuk karam semua pemilikannya dan tetapi dia masih mahu kudis itu bernanah..

..Adakah perjuangan yang dia lakukan? Apakah punca dia masih meninggi diri sedang tiada lah terlihat akan tangannya melakukan apapun? Matlamat apapun yang dia bicarakan dahulu yang pastinya semuanya telah gelap kerana dialah yang dulu mensia-siakan kecerahan itu hanya kerana kegilaannya mengutip peluh-peluh si gundik dan pengipas yang kini menutup hidung kerana bau busuk dari si sampah.

...Kudis sudah pun bernanah dan telah pun membesar bengkaknya hanya menunggu masa untuk meletup sendiri walaupun mengambil masa yang lama ,biarlah nanah itu meletup sendiri daripada diletupkan..kerana barulah dia akan sedar,,tiada yang abadi di dunia..