Memaparkan catatan dengan label Ini Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ini Aku. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

Peluang Kedua

Di usia yang masih muda dan terlalu mentah untuk sebuah kesempurnaan, aku percaya kepada peluang kedua di mana bila pernah kita tersilap lalu kita masih punya peluang kedua.

Gunanya bukanlah untuk dijadikan alasan untuk melupakan kesilapan dan kegagalan lalu tetapi lebih kepada memperbaiki dan belajar daripada kegagalan lalu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Seperti bermain playstation atau apapun jenis permainan video. Pada mulanya kita sering gagal tetapi kerana masih punya peluang untuk terus bermain, kita pasti akan mula bermain lebih baik dari sebelumnya.

Peluang kedua adalah untuk seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya ketika dia gagal. Bukan untuk mengambil kesempatan bagi mengulangi kesalahan seperti dulu.

Maka kita juga perlu berhati-hati untuk memberikan peluang kedua. Berhati-hati, bukan ego.

Rabu, 27 November 2013

Cinta

Aku banyak membaca buku-buku novel bergenre romantis. Aku mempunyai pendalaman dan penghayatan yang agak baik. Semestinya, sedikit sebanyak aku mudah terpengaruh dengan isi cerita daripada sesuatu karya terutama bergenre kan romantis.

Daripada sesuatu cerita itu, aku akan mudah tersentuh dan mengkagumi kata-kata, sehingga aku pernah berangan bahawa aku lah yang mengungkap kan kata-kata romantis dan syahdu tersebut. Dapat pula, baru-baru ini aku baru membaca habis buku Sayap-Sayap Patah hasil tulisan penyair dan pemuisi lagenda, Kahlil Gibran. Sebuah kisah romantis dan tragis Gibran dan Selma yang menyentuh hati.

Terkadang aku juga merasa bahawa wanita itu adalah merupakan sesuatu susuk inspirasi untuk menyusun sebuah ayat indah. Atau sebenarnya rasa cinta itu yang membuat dunia ini menjadi lebih luas buat kita?

Iya, aku rasa cinta itu yang membuat dunia ini lebih luas. Bukan sekadar pada wanita, tetapi pada sekalian manusia, diri sendiri, dan Tuhan.

Isnin, 18 November 2013

Lihatlah Lebih Dekat

...Mengapa bintang bersinar?...
Mengapa sungai mengalir?..
Mengapa dunia berputar?..
Lihat lah lebih dekat..
Dan kamu akan mengerti..
Semuanya akan menjadi lebih baik..
Malah lebih hebat..
Buat kamu..

Khamis, 14 November 2013

Maaf Kan Aku

Aku memang laksana angin tak bertempat,
Bertiup nyaman bila ku tiba,
Kamu tidak sedar bila aku pergi hilang,
Kamu kembali kehangatan di seliputi bahang tanpa sedikit kasih,
Kelayuan malam sepi,
Menerbit rindu seisi kelam,
Di tepian pantai kamu merenung langit,
Agar ruhani yang terluka itu hilang pedihnya,
Kali ini,
Aku terpaksa melayang kembali,
Meninggalkan belenggu mu,
Maaf kan aku.

Rabu, 13 November 2013

Batu Tak Berganjak.

Di bawah angin,
Terpaut pada batu,
Yang terukir nama,
Yang terukir tarikh,
Di atas nya kamu pernah berdiri,
Melaungkan arah tuju,
Kerana kamu tidak punya anak panah,
Batu ini jadi tanda,

Di bawah angin,
Batu tak berganjak.

Selasa, 12 November 2013

Mereka Yang Berkongsi

Kuakui kepedihan mu,
Kuamati luahan hati mu,
Kurasa perasaan itu,
Aku tahu engkau jitu,

Maka tak usah ditekan emosi,
Aku ingin cuba memberi kata yang tersuai,
Buat engkau jauh dari keji,
Supaya engkau lebih jauh menjalani,

Apa arti diskusi?
Apabila didorong emosi,
Agar telinga keras itu diisi,
Oleh suara yang melembuti.

Ahad, 10 November 2013

Di Langit Pagi

Aku sedang di langit pagi,
Menjelang kemuncak hari,
Tapi tidak ku tahu tentang senja nanti,

Teriak ku pada pelangi,
Tak perlu engkau ada untuk menangisi,
Bila aku cuba untuk mendaki,

Biarlah dorongan tak terperi,
Untuk aku menjulang kelangit tinggi,
Seperti yang pernah aku idami,

Lihatlah aku berdiri,
Tanpa kudrat yang tak kembali,
Usah menangis lagi,
Kerana engkau aku masih di sini.

Sabtu, 7 September 2013

Semata Kerdil

Serpihan kaca ikut menjalar bersama api,
Melukakan serta membakar,
Darah menitis tiada yang menadah,
Mengalir lah darah entah kemana,

Di dalam terang aku terdiam,
Di dalam gelap aku membisu,
Lidah ku lemah memberat,
Jiwa ku beku kepiluan,

Langkah ini mati,
Di hadang tembok tembaga yang tinggi,
Keraguan melakukan kekejian,
Mengganggap takdir sudah pun diketahui awal,
Maka rentak nya memaksa untuk diikut,
Kerana semata aku kerdil...

Khamis, 5 September 2013

"The most coolest kid in Tampin"

"The most coolest kid in Tampin"

Aku masih sangat ingat title yang Ateng pernah berikan ke aku semasa menjalani pembedahan suatu ketika dahulu.

Sama ada beliau masih ingat atau tak, aku tetap ingin ucap kan jutaan terima kasih yang tak terkata buat beliau kerana ia sudah menjadi prinsip hidup aku kini. Aku ingin kekal tenang menjalani pelbagai proses.

Meski tak semudah kata-kata..

Aku tak kan sia-sian kan title ini.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kahwin

Haaaaa..ramai jugak yg dah mula tanya aku.."pie bila nak kahwin"

Hahaha mak aku dah siap kenen-kenen bagai dah..haaaa abah aku jer yg tak pernah..yer abah faham dengan aku yg perlu jugak ada target.

Target apa eik.. ? Target lah..kira dapat kan target tu baru lah selesa nak buat keputusan nak kahwin ke apa..

Tapi bagi aku..walau dah sampai target tu pun..aku tak kahwin kot..entahlaa..

Apa? Kahwin tu macam bina masjid.? Masjid buat besar-besar kalau tak ada orang datang jemaah 5 waktu pun..lagi haprak tau...kalau tak diimarah..dijaga..baik roboh kan jer...

Aku akan kahwin..tapi kahwin tanpa sebab..true love okay...sapa pun makwe aku sekarang..aku biar takdir jer yg tentu kan..sambil aku menjaga hubungan...

Kalau lah makwe aku sekarang bukan jodoh aku di masa hadapan..time dia kahwin tu..aku nak nyanyi lagu...when I was your man kat majlis persandingan tu...hahaha baru lah tragis..hihi

Rabu, 7 Ogos 2013

Biarlah.

Mudah untuk ku cerna hembusan keji mu, kumatikan gegendang ini demi tubuh ku mendaki, tak akan mungkin kuhentikan sendi-sendi ini untuk mengungkap kegigihan, kuperkasakan asa ku sebagai perantau di dunia asing ini, walau wujudku jauh terasing daripada alam gelora, gelora senyap yg mengadu domba, aku masih punya jalan yg terbina sendiri, biar berduri dan biarkan beranjau, asalkan aku masih kenal tanah di mana aku menginjak, aku tahu arah mana yg aku tuju....

Biar sirah leher ku, biar luka wajah ku, biar terhiris langit ku, biar kasar wajah ku, biar gugur keringat ku, biarlah..

Aku mahu kejar arah yg aku tuju daripada kupedulikan setan mu....

Sabtu, 3 Ogos 2013

"Beliau"

Walaupun aku selalu mempersoalkan tentang tindak tanduk beliau, tapi sememangnya aku lah yg lebih faham dan lebih tahu atas apa yang beliau putuskan.. sebab, cara dan akibatnya..semua yg beliau putuskan itu, memang aku lah yg lebih mengerti...

Sejak dari kecil aku bersama beliau..cara dan kaedah beliau itu aku lah yg lebih mengerti...beliau tak akan melakukan semua keputusan dengan membuta tuli dan tergesa-gesa...aku tahu apa yg beliau fikirkan dan juga aku tahu bagaimana dan bila bila masanya beliau memikirkan...

Yaa, kamu orang boleh kata beliau ontok, lembab dan tak cerdik mana pun...tapi kamu orang nampak kan bagaimana hasilnya?

Kamu orang tahu kan beliau itu tegas? Bukan tegas ke atas orang lain akan tetapi ke atas dirinya sendiri.. Sebab itu kami tetap santai walau apa pun malapetaka yg datang.. jangan memandai-mandai menuduh kami menyusah kan beliau... kerana beliau tahu yg kami ini memerlukan beliau sampai bila-bila...dan sejujurnya itu benar..

Tidak kah kamu orang nampak apa yg selalu dibincangkan? Apa yg selalu dipersoalkan? Apa yg selalu diceritakan oleh beliau? Tidak kah kamu lihat atas ketulusannya berkata-kata? Ini bukan soal akhlak dan moraliti beliau...tapi prmikiran kompleks beliau...

Jadi apa yg kamu tahu tentang beliau? Bukan sejarah...tapi peribadi beliau... Adakah kerana beliau mengambil sikap berjaga-jaga dan merendah diri anda rasa beliau itu terbelakang??

Tidak juga kah kamu memikirkan akan mana-mana orang seumur beliau yg masih membanting tulang seperti beliau?

Kenapa kamu begitu naif berfikir?

Cuma jutaan terima kaseh juga hendaknya buat semua insan yg rajin serta sudi memikirkan kami daripada diri kamu sendiri yg lebih terkontang-kanting...tapi maaf bila aku terdiam merubah wajah mengetap bibir bila anda berbicara dengan ku...

Kerana anda tidak mengerti tentang beliau...

Isnin, 29 Julai 2013

Nota Mengarut

Aku dah luahkan segala perasaan,
Perasaan paling dalam di lubuk hati kecil ku,
Memang engkau senyum dan mengiya lalu menerima,
Tapi jiwa seorang pendamba cinta mu itu perlukan perasaan mu,
Memang mustahil hubungan ini,
Tapi aku hanya perlu jawapan sebenar mu,
Yang cuma di hati mu,
Hanya aku.....

Jumaat, 19 Julai 2013

Persoalan Ku Buat Mu.

Apa yang sukar buat mu?
Apa yang menjadi kan kegusaran di fikiran mu?
Apa yang memedihkan hati mu?
Apa yang membebani pundak mu?
Apa yang perlu mengalir dari kelopak mata mu?
Apa yang mengikat tangan dan kaki mu?
Apa apa apa?

Apa yang sebenarnya terjadi pada mu?
Apabila waktu itu tiba engkau duduk termanggu seperti terbelenggu..
Apabila waktu itu pergi engkau melayang terbang seperti bersayap..

Aku bukan siapa-siapa untuk memaksa,
Aku hadir di sisi mu untuk mengingatkan, sesudah itu aku akan berdiam dan berdoa....untuk mu dan untuk ku..

Selasa, 21 Mei 2013

Mata Jahat Dari Segumpal Daging Sendiri.

Alhamdullilah..adik aku dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan Syariah dan Undang-undang(Asasi) di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Memang aku bangga lah kan malah bukan setakat aku dan orang tua saja yang bangga tapi semua teman-teman serta saudara mara turut mengungkap kata-kata bangga buat NoorHafiza bt Yusran. Sebuah lagi peristiwa yang bersejarah dan penuh dramatik. Mimpi beliau menjadi kenyataan.

Baiklah tukar cerita lain.

Walaupun memang aku ini ada kehormatan dalam keluarga, tapi aku tak pernah menayangkan bakat aku kepada siapa pun dalam kalangan keluarga. Bukan apa, bakat aku tidak ada guna nya pun buat keluarga jadi  untuk apa mereka tahu. Bagi sesetengah dari mereka, aku ini liar sama seperti remaja-remaja yang melepak, merempit, mengenjet, mendisko dan pelbagai gejala remaja lainnya. Mungkin kerana mereka melihat imej selekeh yang aku pakai serta imej teman-teman aku.

Tentang pergaulan aku, baik siapa pun dalam keluarga ini, menganggap kawan-kawan aku yang seadanya ini syok setia bersama aku dek semata-mata aku ber-uwang maka mereka akan memperkudakan aku. Mereka silap dan mereka jahat, kawan-kawan yang bersama aku ketika ini adalah mereka yang menaikkan aku ketika aku jatuh, waktu itulah aku kenal mereka. Memang pernah aku tersilap, tapi yang namanya pembelajaran itu bukan hanya terdapat di sekolah, universiti dan tempat mengaji AlQuran sahaja, tapi dalam longkang pun masih terdapat pembelajaran. Ilmu itu di mana-mana.

Aku memang tak dapat menjadi seperti adik aku, duduk bersila di puncak menara gading. Tapi aku ada cara aku sendiri untuk sebuah kejayaan. Biar aku dan Tuhan sahaja yang memahami.

Senang cerita, aku memang nampak bodoh, sebab itu kau harus kenal siapa aku...

Jumaat, 29 Mac 2013

Feeling Lebih.

Walaupun aku ni nampak garang, keras dan berwajah ganas(pendapat orang ramai), tapi ramai yang tidak tahu bahawa aku ni seorang yang romantis. HAHAHAAHA!! Romantislah sangat. Ahh tak ada kena mengena!

Kadang menonton filem-filem romantis atau epik mahupun komedi sekalipun, pasti ada babak yang memberi kesan sensitif hingga air mata bergenang-genang di atas permukaan bebola mata. Aku punya daya feeling itu terlalu tinggi hingga tak sengaja sudah terkesan dengan babak-babak itu. Aku seperti sangat memahami perasaan sesuatu watak dalam sesuatu babak. Terasa sangat dekat perwatakan itu dengan peribadi ku.

Kalau nak dikatakan bahawa itu ialah kepandaian sutradara dan kehebatan pelakon melakonkan watak, sukar juga untuk aku terima kerana terdapat filem yang aku terkesan tetapi orang lain kata tak best. 

Bukan sahaja sedih atau terharu, banyak feel lain yang boleh didapati, seperti cemas, lawak, seram dan sebagainya. Kenapa kah? Bukankah itu hanya filem selain filem yang berdasarkan kisah benar dan sejarah?

Ustaz Azhar Idrus memberikan jawapan ketika program Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam bersama Zizan Raja Lawak. Beliau kata, kemungkinan situasi dalam babak itu pernah dialami oleh kita atau kata yang lebih ringkas ''teringat kenangan lama''. Atau bagi aku, mungkin kita pernah memikirkan atau terfikir jika ia terjadi pada kita. Atau boleh jadi kita berangan. Maklumlah, imaginasi kaki tonton wayang ni kadang-kadang power.

So, kalau adegan-adegan sedih dan pilu itu aku boleh terkesan,  
Adakah aku pernah mengalaminya? Adakah aku seperti watak itu?

Dah pening dah cerita aku. Dah tidur-tidur.!!!




Rabu, 13 Mac 2013

Rutin.

Aku bangun tidur pukul 12 atau 1 tengah hari, pukul 3 layan sinetron, pukul 6 jogging. Malamnya lepak mamak sampai pagi melainkan jika ada urusan keesokan paginya aku akan pulang awal.
Selepas itu, ulang kembali dari atas.

Begitulah rutian harian aku yang tak ada kerja ni. Aku menulis catatan ini pun pada pukul 6 pagi setelah tadi aku menonton game bola liga champion pusingan 16 terakhir antara Barcelona dan Ac Milan. Seperti dijangka Barca menang besar 4-0 dan layak ke pusingan 8 akhir dengan agregat 4-2.

Aku telah berazam serta berjanji dengan sahabat baik ku iaitu Aboi untuk tidak makan makanan berat pada malam hari kerana beliau ingin melihat aku kembali slim seperti dahulu. Tetapi, di waktu malam selera untuk makan itu lebih kuat berbanding waktu siang. Apapun terjadi, aku akan tetap mengatasinya.

Aku akan cuba untuk tidur lebih awal supaya aku boleh menangguh kelaparan di waktu malam itu. Aku tak akan target berbulan tapi setahun untuk aku kecapi hasrat ini.

Adik aku kata, ada perubahan. Tapi tak tahu lah, mungkin dia sengaja nak ambil hati aku supaya terus bersemangat. Aku percaya tak ada yang mustahil, aku akan buktikan semua orang berhak punya usaha dan keyakinan.

Selasa, 26 Februari 2013

Putus Asa Ialah..?

Baru-baru ni,

Aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) demi menghadiri sesi medical check-up dengan doktor pakar. Memang tiap 6 bulan aku wajib berjumpa dengan specialist kerana mereka hendak memantau perkembangan tangan kanan aku yang masih sedang dirawat ini. 

Straight to the point lah beb!

Sebelum ni, aku sebenarnya tak faham putus asa tu macam mana. Ramai jugaklah yang selalu cakap ke aku,,''jangan putus asa!'' ''jangan menyerah!''..

Aku angguk jer, tapi aku tak faham atau tersalah arti, sebab aku ingatkan putus asa tu macam orang loser, nobe atau lemah bagai. Lagipun aku rilek jer happy2 suka-suka sana-sini...

So, baru aku faham setelah Dr. ...?? alamak lupa nama..ahh.. beliau menegur aku seperti ini.

''awak jangan putus asa, latih lagi tangan ni sebab masih tak kuat,, otot ni boleh kuat kalau awak push lagi..awak masih muda.. mesti semangat!! Saya tak pernah putus asa dengan awak,,saya selalu cuba memikirkan macam mana tangan awak boleh sembuh...''

Serius.. aku terharu woo masa tu, nak meleleh jugak air mata. Bertambah membara semangat ni.

Putus asa ialah .. berhenti berusaha. 

Titisan air pun lama-lama boleh menghakis batu yang keras walaupun makan masa bertahun-tahun. Namun, titisan air yang lemah itu tak berhenti menitis.

*masalah putus asa ni jugaklah yang buat berat badan aku terus meningkat*


Bangkang.

Hahaihhh..!!

Dalam hati kecil ni, nak jugaklah jadi orang yang berpengaruh. Yaa,, sikit-sikit pernah jugaklah duk pengaruh orang ni. Contohnya, kawan-kawan seangkatan kat Tampin ni yang main band sampai sekarang dan komuniti.

Sebenarnya, aku ni lebih kepada seorang pencetus idea jer (uhuk uhuk) atau kadang-kadang tu menganalisa, memberi pengertian, nasihat dan mengajar. Taklah banyak benda tapi Alhamdullillah,..aku masih punya peranan serta diperlukan dalam lingkungan sahabat handai.

Abah aku pernah bagi satu pengajaran ni,

''Pie tak cukup anggota untuk berkerja, tapi syukurlah Pie ada otak yang masih elok berfungsi, mata yang masih cerah serta lidah yang masih ligat berbicara. Maka gunakan apa yang ada''

Tapi, apa yang sudah aku kecapi ni, kalau setakat usaha aku sendiri, mustahil lah jadi.
Semuanya adalah kerana dunia yang menerima aku sebaiknya,,, maksudnya, seperti keluarga, sahabat dan masyarakat. Mereka semuanya adalah pendengar yang tersangat baik kerana mereka sering setuju dengan aku.

Yang tak setuju pun ada sebenarnya, tapi bagi aku mereka itu seperti pembangkang yang juga punya hak serta pendapat. Oleh itu, aku tak perlu pulau atau tindas mereka seperti yang Umngok buat. Kerana satu masa aku juga akan berada di kerusi pembangkang apabila majoriti aku terkurang.

ehh!!
masuk-masuk politik pulak tiba-tiba..hahahaahahaaa


Ahad, 24 Februari 2013

Omong Kosong.

Dahulukala,
Ditiarap di dasar lautan dalam,
Tangan dan kaki didepa,
Setiap pergelangan digari,
Mata ditutupi kain hitam pekat,
Lidah juga diikat,
Hanya mampu menjerit tanpa suara,

Terkini pula,
Tapak kaki ku di muka nya,
Tumitku menghentak matanya,
Terpekik kuat deklamasi keperitan balasan untuknya,
Terinspirasi berdasarkan perbuatannya dahulukala,

Siapa pun tak akan terdiam kali ini,
Kerana pemikiran dan perlaksanaan sudah mendahului omong kosong.