Memaparkan catatan dengan label kesengalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesengalan. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

Hachooooooo!!!!!

HAAAACCCHHOOOOOOOO!!!!!!!

Itu ialah bunyi bersin. Sambil menaip catatan ini pun bertalu-talu bunyi heavy tersebut aku semburkan. Bak kata Dr Madey..''dah lama dah''. Dah lama dah tak demam macam ni bahkan aku bukan hanya selsema tapi batuk dan sakit tekak pun ikut serta. HAAAAAACCCHHOOOOOO!!!!!!
Bersin lagi..mati akal. mati idea..semoga tidak mati hati dan nyawa ku.
Allahuakbar.

Tu saja yang aku mampu ungkapkan.

Jumaat, 13 April 2012

Sosial Dunia Maya

Facebook. Sudah menjadi suatu keperluan penting bagi mereka yang telah pun terjebak memiliki akaun laman sosial paling popular dekad ini dan penting nya fb seperti pentingnya memiliki kenderaan, tempat tinggal atau kad pengenalan bagi mereka yang aktif berinternet. Sebuah lagi laman sosial yang juga menjadi fenomena baru dekad ini ialah Twitter. Walau asal nya ia hanyalah sebuah ruangan untuk bersembang, berkenalan atau bersosial di alam maya namun, kini ia bukan lagi alam maya semata-mata tetapi sudah berubah menjadi seakan-akan realiti.

Realiti yang lebih realiti daripada realiti. Bagaimana aku boleh katakan begini kerana aku bayangkan ketika melayari ruangan fb ialah seperti seakan-akan berada di dalam dunia Matrix (film). Jika di dunia sebenar kita hanya mendapat maklumat yang adakalanya kurang tepat atau tidak pasti dan sukar untuk membincang kan setiap maklumat dengan lebih mendalam tanpa butiran sebagai bahan alibi. Tetapi di fb semua butiran dari maklumat internet boleh di 'share' di 'wall' fb atau copy/paste link pada private message dan boleh segera dibincangkan di ruangan tersebut melalui tulisan-tulisan yang lebih terperinci.

Perenggan ke-2 di atas merupakan kegunaan atau tujuan sebenar aku mempunyai fb. (bajet gile)

Seringkali, terdapat rakan-rakan meluahkan rasa di ruangan 'status'. Ramai pemilik akaun yang terlalu jumud menghebahkan dan mempercayai bahawa 'wall' yang terdapat di facebook ialah bersempena atau besamaan dengan Tembok Harapan di Baitul-Muqqadis yang digelar 'Wall' oleh penganut Yahudi. Wall digunakan oleh Yahudi untuk meluahkan rasa, berdo'a dan berharap lalu ia ditulis di atas kertas lalu dimasukkan ke dalam lubang-lubang dinding itu. Ya. Itu cara yahudi, muslim tak boleh ikut. Mereka cuba sesatkan muslim. (kah kah). Bahaya ni.

*Facebook dicipta oleh Mark Zuckerbeg seorang Yahudi.

Tak perlu panik. Bila ada member merungut-rungut kat status tu, janganlah kau update pula status merungut tentang status annoying member kau tu. Sebab cara kau tu lagi mengarut kot sebab tak akan ubah apa-apa pun melainkan kau delete dia daripada friendlist. Tapi untuk jadi manusia yang berguna, yang hidup jasmani dan rohani nya, elok rasa nya kau tegur dan nasihat dia secara berhemah melalui ruangan komen atau IM member tu then, bagi hati dia sedap bukan kau pergi perli/tembak dia, takut tak pasal-pasal member tu darah tinggi.

Bila ada member update do'a tolonglah aminkan jangan 'like' jer. Tak ada maknanya kritik-kritik bodoh seperti ''do'a kat fb tapi tak amalkan buat apa?'' I call that, SAKAI. Sebab itu dia punya pasallah lagi pun kau baca status tu kau do'a lah untuk diri kau sendiri. Kenapa susah nak fikir wahai facebooker yang canggih dan berilmu tinggi?

Aku pun tak lah bagus mana, tapi aku tahu apa makna ''appreciate''.

Terdapat banyak dalil dinyatakan oleh Al-Quran yang membuktikan bahawa ''perkara yang baik itu sentiasa halal''. So, tak bullshit rasanya kalau kita share artikel-artikel dan video ilmu atau info tak kira lah berkenaan agama, politik, semasa dan sebagainya asalkan ia berguna dan bermanfaat untuk member-member dalam friendlist. Ada juga pelayar yang berdebat dan berhujah di laman ini sesama pelayar lain berkenaan sesuatu isu. Masalah nya, mereka tak berjumpa secara empat mata maka terjadi komen-komen maki hamun di dalam ruangan komen dengan berani sekali. Aku tak tahu nak terangkan akibat nya tetapi orang sekarang gemar 'judge' merepek-merepek, jangan sampai kau di'judge' sebagai pengecut.

Aku pun merepek juga di fb tu, tapi tak sangat lah sebab busy stalker awek-awek seksi. Ahhahaha, tak adalah gurau-gurau. Jangan buat macam tu sudah.

okay!!

Jumaat, 3 Februari 2012

Nasihat ada cara.

Aku selalu memerhati sesuatu kejadian menjelekkan di atas meja makan yang dikelilingi oleh orang-orang berlagak sukses dan berjaya, cuba menegur dan menasihati seorang individu yang turut serta dalam perkelilingan meja makan di sebuah restoran. Cuba menegur atau menasihat ialah sesuatu yang mulia dan hebat tapi sesetengah cara oleh mereka ini begitu menjijikkan. Dalam kejadian ini aku bukannya orang tengah, tidak pula berpihak kepada sesiapa tetapi mengambil tahu akan hal ini.

Hal apakah yang cuba ditegur itu bukan persoalan tetapi orang-orang yang kuat rasa sayang ini sebenarnya sedang membenam jiwa orang yang cuba ditegur ini bukan mendorong atau menarik beliau kepada keadaan yang lebih baik. Apa yang diterima oleh si ditegur ini memanglah akan menjadi negatif. Memanglah yang kena tegur perlu menerima secara positif tetapi yang menegur telah menegur dengan niat yang bergaul dengan gelombang negatif.

Kenapa ada gelombang negatif ?
Kerana pandangan penegur kepada yang ditegur ialah dalam keadaan emosi benci, geram atau memboikot. Maksudnya dalam menasihat atau menegur kita mestilah merendahkan diri, jangan menganggap kita benar walau sedikit, jaga perkataan, nada suara atau lebih penting kawal nafsu.

Imam Syafie berkata ''jika rakan mu menasihati kamu secara sembunyi iaitu berdua maka itulah nasihat yang sebenarnya, jika rakan mu menasihati kamu di khalayak ramai, maka dia sedang menghina mu''

Jelaskan? Atas meja makan sekeliling 10 orang termasuk beliau yang berhak sakit hati. Aku pun pernah kena dan aku sangat bengang, tapi lebih bijaksana manusia itu bila kita bersabar. Dan aku senyum tanda aku menerimanya merangkap melawan ego si dungu. Aku pernah menasihat beberapa orang sahabat ku secara sembunyi kerana ingin menjaga maruah dan rahsia nya dan dengan izin Allah mereka lebih tenang dan berkeyakinan sekarang ini.

Beberapa hari kemudian, orang-orang ini mengeluh atas kejadian itu kerana mereka menganggap si pesakit itu tak mendengar nasihat mereka. Humm. Tak konfiden dengan lidah sendiri lah tu. Itu lah, selami diri pesakit tu dulu, ambil tahu akan kelemahan dan masalah si pesakit bagi mengelakkan istilah ''pesakit'' yang aku memandai-mandai berikan ini ditukar kepada ''tertuduh'', memahami jiwa dan emosi pesakit supaya tiada kejadian ''putus kawan'' dan si perawat perlu berfikir sebelum bercakap supaya si pesakit tak berdendam.

Terakhir sekali, kadangkala kita suka nasihat orang tapi kita tak boleh menerima nasihat, kita suka komplen masalah orang tapi kita jadi diktator,

na'udzu billah.

Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

Isnin, 19 September 2011

Bola Itu Bulat

Lepas nonton Manchester United v Chelsea malam tadi, perlawanan ke-5 untuk kedua-dua tim dalam Liga Perdana Inggeris(EPL). Game tersebut dimenangi oleh M.U 3(Smalling,Rooney,Nani)-1 (Torres) dan berlangsung di Old Trafford venue milik M.U. Malam sebelum tu aku telah menyaksikan game untuk Liga Spain iaitu antara Barcelona v Osasuna yang menyaksikan Osasuna dibantai 8-0.

Tiba-tiba terasa nak cerita bola pula.
Bila ditanya pada aku ''ko suke tim ape?'' atau ''tim mane yang bagi kau kuat?''
Adoi, aku sangat konfius dan serba salah bila cakap benda-benda berbentuk prejudis ni. Tapi bola sepak memang merupakan sesuatu yang memerlukan 'perang psikologi' seperti berdebat dan bahan-membahan . Kerana bola sepak ialah permainan yang paling popular di negara ini.
Okey, kita berbalik pada soalan di atas tadi,

Aku suka pada semua tim,samada kelab atau kebangsaan tapi bila tim tersebut bertemu Manchester United,aku lebih memihak kepada kelab 'setan merah' itu. Sebab aku dah mem'favourite'kan diri aku pada tim ni sejak zaman kegemilangan 'therier henry' di Arsenal lagi di mana 'david beckam' masih menyarung jersey nombor 7(2002). Tim ni lah yang buat aku minat main bola sebab nak jadi macam 'beckam',sebenarnya sampai hari ni aku masih minat pada 'beckam' berbanding Messi,C.Ronaldo,Fabregas dan beberapa lagi.

Chelsea bagi aku merupakan seteru utama Man U selain Arsenal dan Liverpool,
Tapi aku memang tak minat dan tak berkenan langsung terhadap tim ni, tak tau lah kenapa...
Humm, mungkin bagi pandangan aku tim ni nampak macam budak-budak poyo yang tak sedar diri,macam budak-budak baru nak naik, dah tu macam ''baguih jer''..
Upss, tapi defender diorang sangat kental dan kebal,tapi aku tetap tak minat...hahaha...

Arsenal, semasa tim ini menguasai liga sejurus pernah mencatat rekod tanpa kalah hingga akhir musim dengan 'Therier Henry' muncung penjaring terbanyak dengan bilangan gol melebihi angka 100 dalam 1 musim. Pasukan yang bertanggung-jawab menjadi seteru mereka sudah tentulah.....Man.U....
Sekarang mungkin Arsenal dah tak macam dulu, mungkin sejak tukar stadium baru diorang dah lupa diri...eh eh,,gurau-gurau. Tapi aku suka bila tim ni jumpa Barcelona..

Liverpool, tim ni pula pernah buat aku nangis weyh!! Iaitu kenangan manis di Istanbul apabila AC Milan yang mendahului 3 gol tumpas melalui penentuan penalti. Dudek penjaga goal yang dikritik kerana prestasinya ketika itu  menjadi wira untuk 'The Reds' dengan aksi nya yang diingati hingga kini. Liverpool ni bagi aku macam orang-orang bernasib malang dan perlu dibela ,so bila mereka bertemu M.U , aku macam tak ghairah sangat dan tak berapa nak heran...

Layan diorang ni buat aku terfikir,
Pandai bagaimana pun manusia itu,
Manusia tetap manusia,
Hidup tetap hidup,
Tak selamanya di atas,
Tak selamanya di bawah,

p/s: tapi m.u selalu atas,
      tak pernah bawah..

Khamis, 28 Julai 2011

Result 3

Hampir 3 tahun aku bersenang-lenang ,berehat,tidur,makan tanpa aku sedikit pun melakukan apa-apa kerja untuk bersenang-lenang. Ramai juga yang cemburu . Sebenarnya, aku lebih cemburu terhadap mereka dan kecemburuan itu aku gunakan untuk aku bangkit dari perbaringan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat  memberi peluang untuk aku menjadi pelajar/pelatih beberapa bulan lagi sekiranya diluluskan.

Belajar biarlah untuk pengalaman, bukan habuan.

Selasa, 12 Julai 2011

Result 2

Perut tiba-tiba berbunyi-bunyi pagi buta ini. Aku tak sedar ,yang pagi sudah pun buta. Rasa nak menaip sesuatu di blog ini tetapi mata yang bertahan daripada tadi ini memberikan tanda-tanda akhir untuk tumpas. Banyak juga perkara yang aku pendamkan hari ini dan ingin aku muat-kan di sini. Namun , mata aku sudah mula menarik tengkok ku ke bawah tanpa aku sedar. Hari ini, tangan masih lagi berbalut , sukar untuk aku ber-wudu' , namun aku tempuhi juga dengan niat tertentu moga Allah menerima ibadat ku.

Result minggu ini, aku membolehkan diri aku untuk melihat Uncle Ateng mengamuk bersama Devilica sabtu/16-7 ini.

Selasa, 5 Julai 2011

Result

Sekali-sekala terfikir juga  sejak akhir ni , banyak pula post  marah-marah dan putus asa . Tiada apa pun sebenarnya yang aku rungutkan jika bukan luahan yang terpendam di dalam hati. Background pun dah nampak dark semula macam dulu-dulu (sebelum aku pernah letak background putih). Tapi jangan risau ,mood aku still okay..

Ramai juga yang tertanya-tanya akan post berkias yang buat ramai confius. Sorry, itulah aku., daripada buruk-burukkan orang lain lagi elok macam tu..adalah nampak berseni sikit..hehehe.  Result terbaik kali ini, bila aku terpaksa membatal kan rancangan untuk 16 /7 ni iaitu Devilica reunion party di Tampin sebab Rabu ni aku operet,,.... bye2


Hanya gambar hiasan

Rabu, 12 Januari 2011

hai kawan-kawan

Alhamdullillah dari dulu hingga kini masih belum pernah aku merasa nikmat menumbuk ,menerajang atau patah-patahkan leher orang lain. Setakat ni segala perselihan faham cepat aku selesaikan supaya tidak melarat hingga mati. Aku tidak akan pernah untuk memeilih kawan yang baik atau jahat untuk aku dan aku lebih selesa jika mereka yang menegur sebelum aku dilabelkan sombong ,maklumlah aku ni pemalu sebenarnya..tetapi jika ada perkara yang sangat penting aku yang akan menegur mereka dengan segera.

Seumur hidup aku, aku hanya lebih banyak berkawan dengan lelaki daripada perempuan kerana perempuan merupakan sesuatu yang amat bahaya bagi aku(nafsu). Bagi golongan perempuan aku terpaksa memilih untuk berkawan. Aku hanya memilih mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat ke atas kelemahan dan kekurangan pada aku. Sebenarnya mereka ini telah banyak menguatkan keyakinan diri aku yang selalu rapuh ini.

So perempuan semua, aku sangat suka melihat anda semua ketawa dan senyum .,aku sangat susah hati apabila melihat muka ketat 'engkorang'. kalau ada masalah cerita lah..aku boleh selesaikan  insyaAllah ..tak kiralah ko siapa dulu,,tu bukan masalah aku..masalah aku kalau muka engkorang cam ketat an..tak boleh nak cool ngan masalah..
haa lagi satu hal..ngkorang tak payah nak hipokrit bagai buat2 senyum sebab aku bukan kanak-kanak ribena..tengok je aku da tau ngko sakit..
ha,ade lagi..jangan sesekali ingat aku nak adjust ko ke ape..oke...





paham..

Sabtu, 1 Januari 2011

Rutin baru

Sebelum ini waktu-waktu petang ku amat mengelirukan. Entah apakah yang sesuai untuk aku isikan waktu itu supaya lebih bermanfaat dan menenangkan. Selepas tamat nya kes di mahkamah maka aku telah bebas untuk melakukan perkara-perkara yang lebih agresif dan lebih berdikari setelah sebelum ini pergerakan ku agak diawasi .
Kini aku telah mendapat idea yang tetap untuk mengisi masa lapang ku di waktu petang yang semakin indah iaitu bersenam di padang serbaguna di kawasan Stadium Mini Tampin..bermula jam 1700 aku akan mulakan aktiviti sihat ini . Aku lebih suka bersendirian untuk melakukan aktiviti ini..keranadengan cara ini aku lebih banyak mendapat ilham-ilham untuk kuluahkan di dalam blog ini. Emotional rasanya bila berlari melalui trek yang disediakan bersama baju panas ala-ala Japan dan seluar trek sut kesayangan...memerhati rasa kasih sayang dan kegembiraan serta semangat yang gigih di kalangan masyarakat di situ..ia jugamemberi ruang untuk memikirkan cara-cara menyelesaikan masalah dengan baik...rasa lebih matang bila waktu2 ini diisi dengan sebegitu rupa..
Jam 1800 aku akan mula bergerak ke kedai mamak di Tampin Square yang terletak hampir 500 meter dari Komplek Sukan Tampin...Selalunya mesti ada yang tiba-tiba datang menemani aku untuk minum segelas te'o suam sambil bercerita perkara yang berfaedah..terima kasih aku ucapkan...
Itulah waktu yang paling menenangkan...
Apabila hari makin gelap,aku mula mengangkat kaki berjalan kaki ke rumah yang terletak dalam 1 jam perjalanan tanpa kenderaan..

Khamis, 9 Disember 2010

niQUITin

niQUITin adalah ubat berhenti merokok..bila aku rasa nak merokok,,aku makan,
bagi aku ubat ni memang berkesan bagi mereka yang betul2 tiada hati lagi mahu merokok..
bagi mereka yang berhenti dengan care beransur-ansur,,ubat ni memang tiada gunanya bagi anda..kerane mahu berhenti rokok ni ialah dengan menguatkan pendirian anda untuk berhenti...ubat ni akan melengahkan kehendak nafsu anda untuk merokok..
 Menghabiskan ubat ini memang lame,,ia berupa bulat seperti ''panadol''..
kita perlu menghisapnye seperti gule2 sehingga habis..
rasanya ala2 ''papermint'' atau gule2 yang sejuk2 tu..
pada permulaannya anda akan merase pedas2 di tekak,,kemudian pedih ulu hati,,kemudian mual,selepas itu anda akan rasekan seperti sesuatu proses pembersihan di dada atau perut,,kemudian perut kembung dan ''angin'' akan berpusu-pusu keluar dengan hebat nye samaada dari ''kentut'' atau ''sendawa''........tiba-tiba anda akan sedar ,,rase untuk merokok itu telah hilang..dan anda akan rase tertekan kerane akan keluar masuk tandas selepas itu...HAHA....

dan rakan-rakan anda yang nakal akan mengusik2 anda dengan rokok ,,supaye anda kembali ketagih memakan asap

RASAKANLAH KEPERITAN ITU UNTUK SEMENTARA WAKTU

Rabu, 8 Disember 2010

Berhenti Merokok.

Seperti yang pernah aku janjikan ,aku akan berhenti merokok pade 1 Muharram 1432 hjrah (7/dec/'10 ) iaitu tahun baru Islam. Aku dah pun mule berhenti merokok pada pukul 11 pm 6/dec/'10..Alhamdullillah aku berjaye bertahan untuk hari ini,bersame niquitine yg hangat di  iklan2 kini..

mule2 memang ramai kawan-kawan kate,,ubat tu tipu,,tapi Alhamdullillah,ia amat berkesan..bile rase nak merokok aku terus makan..hisap2 sampai habis..lame juge nak habiskan sebiji ubat tu,ade sejam lebih gak lah..terus hilang rase nak merokok..bau rokok  tu  terus busuk,menyampah aku...ish3..

aku rase best sekarang, rase bertenage je..tapi makan bertambah la..adeh..harap2 berat tak bertambah...
Tapi yang kesian member2 yang selalu datang rumah sambil mengharapkan rokok aku tu, terpakse pulang hampe..sebab aku dah TAK HISAP ROKOK!!!!!!!!!!

YEAHHH!!!!!!...
semoge lame aku bertahan dan terus bebas..

Ahad, 14 November 2010

'blur' itu agak kurang aja.

yeahhh..rase ghairah untuk menconteng2 ayat2 pelik semakin hebat..
  tapi amat lah hampeh 'line' internet ni buat aku tersipu2 dan ter'sedih'..
nak tunggu loading si beruk ni buat tangan aku ni hampir boleh meng'genggam'..
  selamat x leyh genggam..klo tak da kene tumbuk da skrin pc ni..


oleh kerane kejadian yg mengerikan tu kepale kembali blur seperti sedie kale..
  hampeh la sangat teruk ni haaaa...penattttt!!!


bile idea datang ,,internet lembab lak..nak tunggu loading..terus 'blur'..
  kuang aja x??' 

Rabu, 13 Oktober 2010

pening berfikir!!

adoiyai...x rase sangap nak menaip cam dulu lagi la..apebende lagi nak conteng2 kat dalam ni? haih..buntu2..kalau x publish ape2 ..cam siot lak jadi ei nanti..blog aku ni memang hampeh dan hancai..sebab aku da nak tercirit berpikir,,nk letak ape lagi kat dalam ni..da la line internet lembab..cam bengong..nak tengok youtube pun payah..susah nak tau perkembangan terkini..lpas tu taip sket..idea lari..pastu padam..biol nak mampos!!

huish..istighfar..marah gile ni..

Rabu, 21 Julai 2010

tentang wanita idaman..

x
Hummmm.....biler dok sengsorang n x der kejer yg aku boley buat..mesti terpikir tentang mase depan yg aku x tahu lagi kesahihannyer..yg aku pasti aku akan mati satu hari nanti...
Tapi yg tu aku x pikir ah..tu urusan Allah S.W.T...tp kene gak ingat supaya x melampaui batas2 hidup yg sementare ni...

Tapi selain tu..aku terpikir gak yg aku akan kawin satu hari nanti... kalau umur panjang larr..kalau diizinkan...
dan terus larr aku berangan tentang bentuk rupa paras wanita@isteri idaman aku tu...uhuhuhuk!!(batuk)
tp apakan daya..manusia hanya boleh merancang berusaha...Allah yg menentukan..
tapi aku tetap nak berangan gak.....aku tak kire..ngkorang per tau..da aku suker berangan..suke hati aku larr!!!
eh? emosi lak..sori..

hummmmmmmmm.....
camner eik?
aku ni jenis cepat muak ngan orang yang suker berdrama2..
banyak sangat tengok carekarama,sinetron atau citer hindustann..
cakap sket touching bagai..
so.........ciri-cirinyerr..

  • dah tentu lar pakai tudung..pakai cardigan..tutup aurat..keturunan baik.....virgin lagi..kalu tak awal2 dier da kene reject ngan mak n abah aku yg ganster tu..kire tahu agame larr..solat x tinggal bagai..
  • haarr..aku ni suker membebel sket..tapi sket jer larr.so...harap2 dier seorang yg penyabar dan memahami keadaan aku..tapi aku pun kene larr paham dier jugak..saper x syg bini oi!!
  • jangan larr suker desak2 aku.. ckap sekali suda... aku tau larr ap nk buat...sabar yer sayang~~(oi mak ai)
  • selain sayang aku..dier kener jugak sayang mak bpk aku...tp tang bapak aku tu jangan sayang sgt..susah aku cr makan nanti..huhuhu..(sori bah)
  • jangan larr kuat naa tengok drama2 t.v yg buat2 tu..yg leleh2 bagai..tp xder mesej2 yg baik..nanti muler lar suh aku hantar balik umah mak ko bagai...
  • dier kener lar menghargai aku dan menghormati aku sebagai laki dier(mule berangan tahap maksimum)..walaupun dier ex-brad pitt,tom cruz or akak angkat justin biber..
  • dan kalau boleyh biar lar berkarier...ader kerjaye sendiri..aku x kisah sebab aku milioner..uhuhukk..tapi maner larr tau aku bankrap ker...tp boley lar dier buat duit kejer dier tu buat duit poket...(aku x kedekut eyy)
  • dan las sekali..ini yg paling penting...memang paling penting lagi importance..dier kener larrr cantik..berkulit putih..mate menggode..sama ada dari luaran atau dari dalam jiwa dan sanubari beliau..hhhahahaha

ni cumer angan2 dan impian aku jer..harap2 dapat lar yg macam ni..
amin....


Jumaat, 25 Jun 2010

Adakah aku akan menjadi jutawan seperti yg di war2 kan?????

lpas aku xcident..byk tul dpt member..x kire baye2 aku,,pkcik2,mkcik2,atok2,nenek2....popular wei aku...
ke mane sje pun aku g..mesti ad org tegor...dan yg paling syok mesti dierg ckp aku nnti akan jadi kaye raye...
jutawan mude...org kaye baru..
HAHAHAHA..!!!
adekah btul ap yg mereka katekan..aku macam x caye jer..
okey2 ak example...

  1. kat hospital....''tu org kaye baru tu..da cek??''(assistant medical hospital Tuanku JAAFar.)
  2. g pasar..''ngko yg excident ngn trellr tu kan..?? wei jutawan mude ko nnti...(pkcik jual terung)
  3. kt tandas awam..''oh ko..jutawan..!!!'' (brader yg jge tandas)
  4. kt karoeke..''wei brader millioner..belanjer aku melalk nti weii!!''
  5. kt warung cik saadon...(haar yg ni lg dahsyat..dgn warung penuh tu..biler aku sampai...) haarrr..pelanggan2 sumua!!! inilah jutawan mude kt Tampin ni..berikan tepukan..
Adeh..
camtu sekali mereka mmbuataku jauh berangan..
tibe2 lawyer ak..MR GOVI ckp kat aku..
'' nnti court klu hakim nk bg sejuta ckp x cukup taw..
awak bley dpt lebey dr sejuta setengah..''

dan aku pun terus berangan dengan duit2 tu
nanti...

kerete besar...driver..banglo...
syarikat sendiri..

syukur pade Allah atas hikmah nyer....

semoga aku sellu berade di jalan yang lurus..
dan di redhaiNya..

AMIN.........

Ahad, 20 Jun 2010

petang yang kelaka

    Petang tadi aku gerak g playground kt taman aku dgn niat nk mein futsal saje nk kuar2kan peluh yg lame terpendam.Bila sampai di tempat tersebut aku tgok yg mein futsal sket jek so aku pun rase cam tak de nafsu da nak berembat.Aku ternmpak member2 aku tgh mein skate kat situ dgn kuncu2 skate nyer yang terdiri daripde kakaknyer yg lpak termenung dalam kerete,balak akak nyer yg tgh lompat2 dgn deck yang hampir ''ghahai''  dan member aku sorang lg..so, teka lah sendiri baper orang ade kt situ..HAHAAHAHA!!!
  Aku g kat member aku tu yg tengah mnonton video porno kt nset member aku sorang lagi dan aku join sekaki dan sekali lagi aku kecewa apabila video porno tersebut ialah video Maria Ozawa yg aku cintai.Tak sanggup aku tengok die curang.huh..sorb sorb.
    Balak akak member aku sorang ni tengah kuar kan trick2 skate nyer dengan gaya yg begitu macho bagi awek nyer yg memerhatikan dari dalam kete yg diparking kt situ jer sbb kiterg tgh sandar kat kete dier mase ni..Dan ceriter pun ber mule dgn dialog begini ;;;

balak  : b,tolong amik gambar ba dgn deck ni..(b=awek tu,ba=balak)
akak  :okey ba..kjap eii. (dgn excited nk mencurahkn kasih syg..ahaxx)
balak: amik gambar camni ah..(berdiri dengan deck cm tourist mak salleh yg jakun)
akak :alaaarr ..camtu cam x cantik ah.buat camni ah..(sambil mnunjukkan pose yg betul)
balak: camni okey?
akak: tak camtu x kene ah..buat camni ah..
 balak: camni je larr..
akak: laarrr buat camni laarr..
balak :alamak ai!!! si p****k ni macam-macam ah..bukan gambar ko gambar aku!!!!!!!!!
akak :ape ko cakap!!!!mencarut lak kat aku!!
balak :aku cakap aper?(bodoh) ko marah tetiber kenaper???!!! (td b.ba..skunk da ko aku bagai)
akak :igt aku x dengar ker ko ckp tadi..!!! dah ah!!! (terus masuk dalam kete dan menghempas pintu kerete dengan kuat)aku bla bla bla bla bla!!!!!!!!! (membebel dgn lajunyer)
balak :ah ko!!!bawak salah x bawak salah bla bla bla bla!!!!! (brtekak-tekak sambil memasukkan deck ke dalam bonet dan masuk ke dalam kte start enjin dan drive)

yg klaka nyer tu dierg masih bertekak-tekak dgn kuat mase tengah drive kiterang perhati jer dierg...penduduk-penduduk kt situ sumer perhatikan dierg macam ade pembunuhan berlaku....DAN....

"bouggghhhh!!!!!!!...wuei wuei wuei!!!!!(bunyi alarm kete)"


kiterg(aku,member aku tadi yg x sanggup neik kete ngn dierg) pun berlari ke arah bunyi tu..aku tengok tayar belakang kete wira milik balak tu masuk longkang dan warga kawasan kejiranan kt situ dtg mmbantu....
masalah nyer mase tgh macam tu pun mereka masih lg bertekak dgn bising nyer tanpe menghiraukan makcik2 kat situ yg terlopong menonton drama mereka kerane ianyer boleh dijadikan modal untuk bergossip...power ah makcik2 tu...aku ngn member aku tergelak2 cam nk pecah perut tengok dierang...


ape nk jadi larr..semoga itu lah jodoh dierang..Aminnn...