Memaparkan catatan dengan label sisi lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sisi lain. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mac 2013

Feeling Lebih.

Walaupun aku ni nampak garang, keras dan berwajah ganas(pendapat orang ramai), tapi ramai yang tidak tahu bahawa aku ni seorang yang romantis. HAHAHAAHA!! Romantislah sangat. Ahh tak ada kena mengena!

Kadang menonton filem-filem romantis atau epik mahupun komedi sekalipun, pasti ada babak yang memberi kesan sensitif hingga air mata bergenang-genang di atas permukaan bebola mata. Aku punya daya feeling itu terlalu tinggi hingga tak sengaja sudah terkesan dengan babak-babak itu. Aku seperti sangat memahami perasaan sesuatu watak dalam sesuatu babak. Terasa sangat dekat perwatakan itu dengan peribadi ku.

Kalau nak dikatakan bahawa itu ialah kepandaian sutradara dan kehebatan pelakon melakonkan watak, sukar juga untuk aku terima kerana terdapat filem yang aku terkesan tetapi orang lain kata tak best. 

Bukan sahaja sedih atau terharu, banyak feel lain yang boleh didapati, seperti cemas, lawak, seram dan sebagainya. Kenapa kah? Bukankah itu hanya filem selain filem yang berdasarkan kisah benar dan sejarah?

Ustaz Azhar Idrus memberikan jawapan ketika program Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam bersama Zizan Raja Lawak. Beliau kata, kemungkinan situasi dalam babak itu pernah dialami oleh kita atau kata yang lebih ringkas ''teringat kenangan lama''. Atau bagi aku, mungkin kita pernah memikirkan atau terfikir jika ia terjadi pada kita. Atau boleh jadi kita berangan. Maklumlah, imaginasi kaki tonton wayang ni kadang-kadang power.

So, kalau adegan-adegan sedih dan pilu itu aku boleh terkesan,  
Adakah aku pernah mengalaminya? Adakah aku seperti watak itu?

Dah pening dah cerita aku. Dah tidur-tidur.!!!




Rabu, 13 Mac 2013

Rutin.

Aku bangun tidur pukul 12 atau 1 tengah hari, pukul 3 layan sinetron, pukul 6 jogging. Malamnya lepak mamak sampai pagi melainkan jika ada urusan keesokan paginya aku akan pulang awal.
Selepas itu, ulang kembali dari atas.

Begitulah rutian harian aku yang tak ada kerja ni. Aku menulis catatan ini pun pada pukul 6 pagi setelah tadi aku menonton game bola liga champion pusingan 16 terakhir antara Barcelona dan Ac Milan. Seperti dijangka Barca menang besar 4-0 dan layak ke pusingan 8 akhir dengan agregat 4-2.

Aku telah berazam serta berjanji dengan sahabat baik ku iaitu Aboi untuk tidak makan makanan berat pada malam hari kerana beliau ingin melihat aku kembali slim seperti dahulu. Tetapi, di waktu malam selera untuk makan itu lebih kuat berbanding waktu siang. Apapun terjadi, aku akan tetap mengatasinya.

Aku akan cuba untuk tidur lebih awal supaya aku boleh menangguh kelaparan di waktu malam itu. Aku tak akan target berbulan tapi setahun untuk aku kecapi hasrat ini.

Adik aku kata, ada perubahan. Tapi tak tahu lah, mungkin dia sengaja nak ambil hati aku supaya terus bersemangat. Aku percaya tak ada yang mustahil, aku akan buktikan semua orang berhak punya usaha dan keyakinan.

Khamis, 7 Februari 2013

Fitrah Dan Palsu.

Berguling-guling aku jatuh,
Sempat ku mengelak-ngelak batu-batan yang jatuh dari langit,
Bumi bergegar rimas,
Nafas ku sesak mendayakan tubuh dan kaki supaya bisa berlari,
Di masa aku telah pantas berlari meninggalkan kegawatan,
Tergelincir aku jatuh kerana menahan tubuhku dari dihimpap pokok-pokok yang sedang tumbang di hadapan ku,
Cuba kupantaskan diri ini menukar arah,
Tetapi tanah tiba-tiba mendap dan mujur aku sempat berundur dari ditelan bumi,
Segera ku teruskan larian ke arah lain,
Petir pula tak berhenti memanah sipi mengenai ku,
Sambil itu ribut berpusar di sekelilingku,
Seperti mengiringi larian terpaksa ini,
Aku tidak bisa berhenti untuk berlari sedangkan nafas semakin sesak,
Jantung semakin lelah berkerja kerana terpaksa laju mengepam darah ketakutan,
Luka semakin banyak,
Penglihatan semakin kabur,

Tapi aku masih digoncangi kekeliruan,
Malahan kekeliruan itu dicipta supaya aku akur,
Dikelirukan dengan fitrah dan kepalsuan,
Sering dipaksa memilih salah satu yang di mana aku tidak tahu,
Yang manakah fitrah dan yang manakah kepalsuan?

Rabu, 6 Februari 2013

Akulah Perantau.

Ada masa-masa aku memikirkan sebuah kemampuan yang hilang,
Kemampuan yang pernah menjadi tunggak keperkasaan ku,
Menjadikan aku seperti helang yang bersarang di awan,
Seperti pepohon tinggi di puncak dunia,
Atau lautan gelora yang tak pernah surut,

Semua itu sudah bersemadi di dalam memori,
Hanya hidup dalam kenangan atau lagenda,
Orang di perantauan yang mengingati tanah asalnya yang hancur lebur,
Di telan bumi dan tak akan timbul-timbul,
Maka tiada guna untuk dia mengimbau pulang,

Akulah perantau itu,
Tapi di dunia yang tak sekali-kali  menjadi asing bagi ku,
Kerana kemampuan yang ralat ini masih diperlukan dunia,
Segalanya tersuai berbanding memori itu,

Kerana itu,
Helang masih bersarang di awangan,
Pepohon masih berdiri teguh di puncak dunia,
Lautan tetap dalam dan bergelora,

Kerana dunia ini yang tak membiarkan aku terasing,
Kerana rantai dan besi jeriji tidak terpatri di keliling ku,
Kerana ada pusara untuk duka dan derita ku,
Kerana tiada guna untuk aku merasa pilu,
Walau memori ku buat warga menangis tersedu-sedu.




Isnin, 4 Februari 2013

Di Sisi Lain Ku.

Aku,
Tiada siapa yang tahu,
Di sisi lain ku,
Dalam hati kecil ku,
Aku pernah berazam di masa lalu,
Sebuah azam yang tiada siapa pernah tahu,
Pasti terkejut jika ada yang tahu azam itu,
Masih ku pegang walau tahun2 berlalu,
Walau godaan dan khayalan berlagu,
Meski kebinasaan pernah menyeru,
Tapi masih ku pegang gengam erat azam itu,
Azam apakah itu?
Biarlah hari besar itu,
Menjawab persoalan mu.