Kematangan tak diukur dari wajah, usia, gaya, pergaulan dan pakaian. Tetapi ia diukur daripada pemikiran dan tindakan seseorang itu apabila dia menerima masalah, kesakitan dan ketika dia menanggapi atau ditanggapi. Juga ketika dia mulai beralih daripada kebiasaan dan ketika dia berada dalam situasi dan suasana baru. Selebihnya adalah perkataan, pernyataan dan pendapat yang keluar dari lidah nya.
Selasa, 21 April 2015
Kembali Akan Ku Kerah
Ku biar lara memasung mati
Ku relakan hiba menjadi hati
Ku jemput kecewa datang memaki
Ku seru pedih tiada terperi
Ku bakar segala hikayat
Ku usir hina kisah menyayat
Ku hindarkan mimpi berkelibat
Ku lanjut kan pelayaran tiada sudahnya dan hentinya
Ku ingin kembali menjejak tanah
Mendirikan segala yg musnah
Berpaling jalan yang pernah salah
Kerana aku sedar artinya gagah
Bukan nya menadah
Atau merasakan yang mentah
Demi segala kudrat dan darah
Akan ku kerah
Ahad, 19 April 2015
Berbaring Di Bawah Pohon.
Di kala aku terasa hampir berbangga,
Dengan rasa lelah yang ada pada ku, Dengan tekad dan nekad yang ku pacu kan, Kerana aku mulai mendakwa jalan dan tujuan sudah pun tegak di hadapan ku,
Tiba-tiba terasa pula iri di hati apabila terlihat seorang lelaki seusia dengan ku dengan pakaian daif nya berbaring di bawah pohon yang rendang tatkala terik mentari memerah keringat ku.
Jumaat, 17 April 2015
Cukup lah
Terlalu panjang?
Terlalu lebar?
Atau mengapa mesti panjang?
Dan mengapa mesti lebar?
Atau apakah perlu dipanjangkan?
Dan apakah perlu diperlebarkan?
Setelah yang lain direndahkan
Setelah yang berbeda disingkirkan
Setelah kau sendiri yang melainkan dan memperbedakan setiapnya.
Cukup lah dengan engkau pampangkan keberadaan mu
Dan kelebihan mu
Jangan lah pula dilenyap kan yang kau lain kan itu.
Cukup lah.
Khamis, 16 April 2015
Anggapan Kejam
Orang banyak memperkatakan tentang diri ku hari ini adalah seperti tulisan yang tak lagi terbacakan oleh seseorang yang masih wujud dalam mimpi ku. Tapi aku masih menulis walaupun kesepian menyusuri hari. Mereka juga melihat diri ku seperti orang kecewa yang bermenung di tepian danau kerana tak bisa berenang. Aku juga dilihat seperti orang yang sudah hilang kekuatan untuk ketawa mahupun tersenyum. Mereka fikir aku lemah.
Anggapan mereka itu kejam. Mereka tidak akan pernah tahu tentang api yang sedang bergejolak di dalam dada ku. Mereka tidak tahu tentang raksa yang sedang mengalir bersama darah ku. Mereka lupa akan suara ku yang pernah memecah keheningan ketika ia hampir membunuh mereka. Mereka juga lupa akan nyanyian yang pernah aku ajarkan ketika suara mereka terlalu parau untuk di hayati...mereka telah lupa dan tidak akan pernah tahu yang aku tidak kejam ke atas diri ku sendiri.
Biar lah aku begini. Menelan duka dan nestapa dari kisah dusta dan ayat nista yang mendobrak ku ke dalam jurang derita. Maka jangan lagi mereka itu beranggapan kejam ke terhadap ku. Kerana aku tidak mungkin sanggup untuk kejam ke atas diri ku sendiri dan juga "dia".
Selasa, 10 Mac 2015
Novia Ku (break)
Hari ni.
Kisah yang mukadimahnya terlalu indah.
Indah disulam puisi 2 pujangga yang kononnya perlu kan cinta.
Yg seorang menghulur dan seorang lagi menyambut nya.
Hari ini.
Kisah itu sudah bertemu peleraian nya.
Peleraian yang amat menyakit kan.
Menderita orang menyambut itu manakala yang dulu menghulur itu sedang terbang di awanan bersama bintang baru nya.
Ah sudah lah! Aku penat dan malas untuk melayan kisah seperti ini lagi.
Kerana sejitu mana pun aku sematkan kejujuran...dunia ini tetap mendustakan.
Lebih baik aku nekad kan seluruh asa ini supaya aku bisa menggenggam dunia.
Semoga Tuhan Menyaksikan.
(Novia Ku)
Jumaat, 6 Februari 2015
Pekan Baru
Ke tanah seberang lagi. Lama rasanya saya tidak ke Pekan Baru ibukota provinsi Riau yang terletak di sebelah timur pulau Andalas.
Beberapa tahun lalu di ketika kaki ini pernah menjejak kota itu, Pekan Baru sudah kelihatan sangat pesat membangun berbanding sebelum nya. Tambahan pula warga Pekan Baru ketika itu sedang siap menyambut Pesata Olahraga Nasional (PON).
Namun, untuk kali ini, kedatangan saya ke kota yang menjadi tumpuan orang datang merantau itu bukan lah kerana ingin merantau atau melihat keadaan masyarakat di sana.
Kedatangan saya kali ini tidak lain hanyalah untuk menemui mu Rani Novia.
Sabtu, 29 November 2014
Novia Ku
Jika aku kata kan kepada mu,
Yang sebelum ini aku sepi,
Atau hidup ku ini suram,
Dan nafas ku hampir putus dalam perjuangan ini,
Pasti kamu bisa saja mengatakan yang keindahan itu ada di mana-mana.
Lalu pasti kamu menyuruh ku mendapat kan yg lebih baik.
Maka oleh itu,
Aku diam kan saja,
Kerana hanya kamu sayang,
Yang mampu menunjuk kan aku cara meninju kerasnya dunia ini,
Hanya dengan kamu aku tiba-tiba jadi bisa merasakan apa yang sepatutnya aku rasakan kini,
Apabila aku tiba-tiba jadi cemburu bila kamu ketawa dan senyum dengan penghibur selain aku.
Dan aku merasakan kekuatan dalam langkah ketika kamu gembira apabila dengan ku.
Sebenarnya aku takut untuk memaksa kamu mengerti tentang perasaan yang mencengkam jiwa ku kini.
Kini aku hidup dalam rasa kerinduan pada mu.
Wahai Novia ku,
Hari ini kita terpaksa menjauh,
Tapi tidak hati kita,
Doa kita untuk sentiasa bersama meskipun hari ini kita tidak mampu bertatapan wajah.
Supaya nanti kita bisa merasakan kebahagiaan yang lebih daripada biasa nya.
Wahai Novia ku,
Sabarlah sayang,
Tak usah kamu meragui ketulusan ku,
Atau kejujuran ku,
Kerana aku di sini untuk memeluk mu,
Wahai Novia ku,
Terima kaseh aku ucapkan kepadamu sayang,
Kerana sudi berbagi kekayaan hati mu dengan ku.
*Soulmate
Rani Novia
Sabtu, 15 November 2014
....Dumai....15.nov
Setiap perkara yang menjadi dan terjadi. Yang memberat lalu membebankan. Hingga sesendi mula longgar dan mereput. Dibiarkan kitaran masa membusukkan sesuatu yang kita panggil tujuan. Walaupun hujan merajuk di balik awan lalu tanah mula menggerutu.
Kita tak patut hilang untuk terus wujud berjalan melintasi arah yang melintang. Tak patut kita melihat sekeliling mencari-cari pintu untuk keluar.
terus kan saja perjalanan.
-Pasar Jm,Dumai. 15.Nov.14
Selasa, 4 November 2014
Melangkaui Tuhan
Kita terasa teraniaya. Seseorang pernah menganiaya kita. Kita beritakan kepada teman atas perlakuan seseorang yang kita klaim sebagai seorang yang durjana. Kemudian kita perbanyakkan lagi cerita sehingga yang tiada berkenaan dengan kasus yang kita alami ketika ini pun diceritakan juga. Sampailah akhirnya kita mengajak orang tertawa apabila aib dan rahsia orang itu kita buka.
Kemudian kita katakan bahawa kita redha dan bersabar dengan perbuatan orang itu. Kemudian kita menunjukkan tuhan supaya membalas perbuatan orang itu.
Oleh kerana itu mungkin. Apabila terjadi sesuatu musibah ke atas orang itu kita menganggap bahawa musibah itu merupakan balasan tuhan di atas penganiayaan nya kepada kita dahulu.
Baiklah..begini..
Bagaimana kalau waktu kita menunjukkan tuhan supaya membalas perbuatan orang itu, lalu tuhan hantarkan malaikat pada kita kemudian sang malaikat memberi pilihan supaya memilih cara untuk membalas perbuatan orang itu. Cara nya dua.
Mendatangkan ombak besar untuk melemaskan orang itu lalu mati berlutut di hadapan kita.?
Atau di akhirat nanti dia ke syurga?