Khamis, 18 Julai 2013

Ramadhan2013 (Bersujud)

Menurut tarikh yg tertera di ruang catatan ini diterbitkan, telah masuk hari ke-9 kita berpuasa fardhu di bulan Ramadhan tahun 1434 hijrah ini. Alhamdullillah, sampai setakat ini, aku masih dapat bertahan untuk berpuasa dan semoga aku bisa lebih mantap lagi berpuasa di hari yg mendatang. Syukur yg tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan redhaNya, aku masih di beri peluang untuk menikmati limpah rahmatNya di bulan Ramadhan tahun ini.

Berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib
bagi umat Islam. Ia adalah rukun islam maka ia adalah perintah yg wajib sama seperti solat 5 waktu sehari semalam. Manakala, wajib itu tiada istilah "yg lebih wajib" atau "yg tak berapa wajib" wajib tetap wajib dan tiada pilihan buat kita untuk memilih ibadah fardhu mana yg kita hendak kerana ia adalah rukun serta suruhan daripada tuhan yg wajib disembah bagi kita seorang muslim yg meng-imani tuhan yg maha esa iaitu Allah Azza Wa Jalla. Dan tiada tuhan selain Allah. Cukup saja Allah yg Maha Satu itu untuk kita sembah dan percaya.

Aku ialah seorang yg agak liberal dan bebas melakukan apa sahaja aku hendak kan di ketika hidup ini, perkara-perkara fardhu seperti solat khusus nya juga tidak selengkap mana aku diri kan, terlalu banyak yg aku sengaja tinggalkan kerana ibadah keduniaan yg kadangkala tiada manfaat apa pun, aku terlalu sedar akan perkara tersebut. Namun, aku tetap berpegang kepada prinsip bahawa aku percaya akan kewujudan suatu kuasa yg membekal oksigen untuk aku bernafas, dan oksigen itu tidak terkurang selama aku hidup, yg Maha Kuasa itu ialah Allah SWT. Walau terlalu sekian lamanya aku pernah terlupa tapi jika aku kembali mencari Allah di kala aku menghadapi kegawatan, Dia tetap ada menghulurkan rahmat serta jalan penyelesaian, maka mana mungkin aku bisa tegar melupakan Allah apatah lagi menentangNya.

Oleh kerana itu, aku sebenarnya benci apabila mendengar kata-kata kesat yg diselitkan dalam rungutan ketika menghadapi kesusahan seperti sakit. Maaf ya sahabat, aku bukannya nak tunjuk alim atau menghindarkan engkau dari berbuat dosa, kerana jika mengingatkan engkau akan dosa, kau akan seperti beranggapan bahawa Allah itu bukan siapa-siapa tanpa Syurga dan Neraka, aku sekadar mengingatkan engkau bahawa Allah tidak zalim untuk menganiaya engkau sehingga engkau perlu mengumpat akan Nya, bersyukur dan terhutang budi lah kepada Allah yg memberikan engkau nikmat yg tak akan tertukar dengan harta dan ilmu mu itu. Ini lah sebenar-benar jasa yg engkau perlu berasa berterima-kasih.

Oleh itu, kepada siapa engkau hendak berterima-kasih? Adakah kepada pemerintah, para bangsawan atau para intelek? Janganlah engkau zalim ke atas diri mu sendiri kerana mereka itu bukan siapa-siapa tanpa terima kasih mu walau sebenarnya kita wajib untuk berterima kaseh tetapi mereka tetap tergugat jika engkau tidak berterima kasih kepada mereka. Berbanding dengan tuhan mu yg tidak mengharapkan apa-apa darimu setelah Dia yg sebenar-benarnya mengurniakan engkau pelbagai nikmat sehingga hati mu bisa damai tanpa mengambil apa-apa dari hasil usaha mu. Malah Allah minta sedikit nikmat kita itu dikongsikan bersama golongan yg sebenarnya menjadi ujian buat kita., itu maknanya, nikmat yg kita punya berlebih dari apa yg sepatutnya tersuai buat kita. Allah itu ternyata lebih tahu bukan?

Maka nikmat tuhan mu yg manakah yg engkau mahu dustakan?

Maka ingatlah wahai sahabat, aku bukan ingin menjadi Pak Syeikh atau menunjuk alim kerana aku juga bukan lah sebaik mana, tapi ingatlah tentang nikmat yg lebih besar atau hikmahnya. , jika engkau sakit ., bersyukurlah kerana sebelum ini engkau sudah sekian lama menikmati kesihatan, maka tak mungkinlah apabila engkau sakit sekali-sekali lalu engkau lupakan semua itu? Aku bersyukur apabila Allah menarik nikmat tangan ku, yg sekian lama aku mencungkil bakat bersamanya, di masa aku sudah mula dikenali dengan bakat ku, Allah menarik nikmat tersebut, ya..mungkin Allah mahu aku hidup tanpa tangan dan Allah tahu aku mampu kerana Allah tidak akan memberi ujian seperti ini jika aku tidak mampu menghadapinya. Dan ternyata kerana penerimaan ku, menjadi kan aku lebih popular dari bakat ku. Dan dalam keadaan itu aku menjadi rendah diri dan kerana itulah aku bersyukur kerana aku pasti hidup meninggi hidung jika ketika ini aku beranggota lengkap..dan banyak lagi sifat buruk yg akan ada pada aku jika aku beranggota lengkap. 

Faham kan wahai sahabat? Ingat akan nikmat dan hikmahnya serta bersyukurlah. Bagaimana untuk bersyukur? Mudah, tanpa melabur apa-apa...hanya bersujud serta mengakui bahawa kita adalah hamba kepada Allah, tiada tuhan selainnya.

Waallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan