Rabu, 30 September 2015

Tragedi Mina.

Dalam beberapa hari sebelum ini, selepas tragedi kren yang jatuh menghimpap para jemaah haji di Tanah Suci Mekah, seperti rukun nya haji itu, jemaah akan berbondong-bondong berhimpit-himpit ke Mina bagi menjalankan ibadah melontar jumrah yang juga salah satu rukun haji selepas tawaf, sa'ie, berhimpun di Arafah dan bermalam di Mina.

Kata Abah yang merupakan tempat pertama bagi aku merujuk hal agama dan tindak-tanduk kehidupan, waktu melontar yang paling afdhal adalah pada waktu dhuha yakni semasa matahari berada di tengah perjalanan antara waktu mulai terbit nya dan waktu Zuhur. Atau maksud yang lebih mudah adalah pada waktu kita menunaikan solat sunat AidilAdha dan AidilFitri.

Mungkin kerana ramainya jemaah yang berebut mengejar waktu afdhal tersebut maka berasak-asakan lah mereka itu menuju ke tempat melontar tersebut. Meski kerajaan Arab Saudi di bawah pemerintahan dinasti Saud telah membina pelbagai kemudahan moden bagi memudahkan perjalanan ibadah haji, namun atas kehendak Allah maka terjadi juga lah sebuah lagi tragedi korban di tempat orang berniat untuk membunuh kesumat di dalam hati dengan melontar syaitan sebagai perbuatan fizikal nya namun banyak pula makna tersirat nya.

Terjadi lah pula pelbagai pendebatan sehinggalah topik yang sama sekali tak ada sangkut paut dengan tragedi tersebut pun ikut bercakaran. Semua nya saling menyalahkan. Apalagi antara pengikut sunni dan syiah. Yang ada kena mengena dengan tragedi ialah seperti dakwaan orang ini tentang beberapa orang Iran yang semestinya Syiah berpatah balik mengarah ke laluan orang masuk padahal ada laluan untuk keluar di sediakan, juga dakwaan orang ini tentang konvoi putera diraja Saud serta konvoi nya menuju ke tempat melontar menjadikan sebahagian laluan terpaksa ditutup menjadikan punca besar para jemaah terpaksa berhimpit melalui laluan yang tinggal maka adalah bakal bertemu ajal itu terjatuh dan tidak pula dapat bagi sebahagian mereka itu kuat untuk bangkit lalu syahid lah mereka itu dipijak-pijak oleh jemaah lain.

Yang tak ada kena mengena dengan apa yang sepatutnya dibincangkan dari peristiwa tersebut. Orang ini bercakap tentang di Arab Saudi banyak rumah pelacuran serta sifat mewah para Raja Arab ini.

Apapun cerita yang sampai pada kita sejauh ini, suka untuk aku yang masih senang terpuruk ke dalam kelalaian ini cuba untuk mengingat kan bahawa jika ingin minum kita tidak perlu menyelam, cukup cedok saja air itu mengikut mampu perut kita iaitu bukan nafsu semata.

Jika ramai mencedok air di hulu, mengapa perlu ikut berasak sedang di hilir tiada orang?

Air di hilir masih sama fungsi dan manfaat nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan