Isnin, 14 Disember 2015

Niat ku.

Kadang aku di bawa jauh ke suatu daerah yang mula nya nampak pasti,
Tapi aku kemudian nya laksana ombak yang menghempas pantai,
Berhempas pulas mencapai pesisir dan kemudian nya kembali karam ditelan lautan,
Tah apa yang sepatutnya ku pegang?,
Digesa aku mengutip cahaya buat bekalan masa depan,
Tapi aku sama sekali tiada berhak memikirkan tentang tujuan sendiri,
Walau mereka menuduh ku 'terlalu memikir kan orang lain sedang aku masih begini terdera',
Apa perlu aku ulang tentang niat?
Ternyata yang mendekat cuma memperlihat kan aksi wira nya,
Wira dalam syair dan prosa semata,

Diturut, tiada diri sendiri,
Diturut diri sendiri, pekak tak dengar kata,
Degil, sombong, bongkak,

Dera yang menghambat,
Tak kunanti mentari,
Tak kunanti rembulan,
Biarlah cuma Tuhan yang tahu,
Bertapa deritanya menghidapi kesepian di kala terang,
Ditertawakan kala kegelapan membunuh penglihatan,

Ini lah luka dalam balutan,
Semoga setiap sendi ini kekal teguh nya,
Kerana perjalanan ini terlalu muda buat sebuah perjuangan sejati,
Perjuangan cinta dan harapan orang.

Isnin, 30 November 2015

Subjektif 3

Suara angin mengilai,
Melintasi telinga ku,
Hilang mata ku di kala hiba yang membisik,
Karam ke dalam genang air mata yang terpancar dek getaran hati mengikut rentak pilu nya esak tangis mereka,
Seluruh tubuh ku ternyata tiada upaya nya meski selama hidup ku di bawah langit terang,
Semua di sini hanya mampu melaung kalimat kepedulian,
Tapi diam beralasan 'masa nya belum tiba'
Serta 'janji Tuhan itu pasti'

Maaf kan aku saudara,
Karna terpaksa berdiam,
Supaya jangan pula saudara menyangka aku tak punya keperdulian akan kesengsaraan saudara sekeluarga,
Lebih duka yang akan mengguris jika aku cuma berpura-pura kelihatan perduli dan setelah nya nanti kembali beralih kepada sesuatu yang beruntung kan dunia untuk diperdulikan,

Saudara ku yang teraniaya,
Kisah kekuatan saudara sekeluarga telah menghadirkan kecekalan dalam diri ku yang sering mati sebelum membuka mata,
Layu sementara masih belum berkembang pula,
Kuat kan lah hati mu saudara ku,
Penderitaan kita adalah sama persisnya,
Cuma saudara nampak penderitaan yang datang,
Sementara penderitaan yang mengenai ku  tidak pula berjisim,
Hanya hati yang tiba-tiba nya terasa pedih kerana terguris luka oleh orang di sini juga,
Dipijak dan diperbodohkan oleh tetangga yang gila kuasa, tamak,

Semoga dapat lah saudara mengerti seperti mana aku mulai mengerti yang hidup ini cukup sekadar berjuang untuk bertahan serta tanggungjawab ke atas setiap yang kita telah hasilkan. Juga menjejak kebenaran supaya perjalana kita lurus dan terang benderang,

Doa dan harapan ku semoga kesejahteraan kembali ke dakapan saudara,
Semoga Allah S.W.T meredhai.


Khamis, 26 November 2015

Subjektif 2

Di dasar kolam hati,
Berenang suara kata-kata,
Datang dari rasa ku yang pahit,
Sebab aku tak ingin mati sebelum berkembang,
Secara bicara di dasar kolam,
Tiada akan mendengar, tiada akan mengerti,
Malah aku terpulau jauh dari judul hari ini,
Walau terbata dan terbelenggu,
Ini kisah yang harus ku tugaskan,
Melayan ingin nya, melayan rantai nya..

Rabu, 25 November 2015

Subjektif

Jendela kamar ku,
Pernah dibuka,
Seseorang yang kuhilangkan,
Kala raga nya menjajah hati ku,
Lumpuh akal ku , akar jiwa ku,
Ketar lidah ku kala bicara nya kusambut,
Persis angin yang memunculkan fizikal nya,
Namun juga seperti api, menghunus kekeringan ku,

Kerana terbuka nya jendela di masa dunia juga gelap,
Malah dia cuma raga, bukan cahaya,
Aku hilangkan sebelum aku kembali jatuh,
Lalu ketakutan.

Selasa, 24 November 2015

Bertahan Untuk Menangis

Kisah ku tentang malam,
Gelap tak bersayap,
Tetap melayar mimpi,
Meski jatuh dan tenggelam,

Tentang kisah duka mereka,
Suara tangis suci,
Di antara hidup dan mati,
Atau bangkit ikut lontar kerikil,

Bertahan lah,
Semua masih tidur,
Bertahan lah,
Semua sedang tidur,
Bertahan lah wahai yang berlumur darah,
Semua tetap kan tidur lena....

Di tidur ada mimpi,
Bertahan lah dan menangis.

Rabu, 7 Oktober 2015

Indon

Berbual Rangga dengan setiap kali nya pasti akan membawa kepada kisah pertualangan kami ke sebuah tempat paling lengkap keunikan nya selama yang aku pernah jejaki. Negara di mana kampung kami berdiri, Indonesia.

Sejak dari keadaan masyarakat nya sampai lah ke isu politik nya sehingga kemudian terjadi lah perbandingan bagaimana keadaan masyarakat di situ lebih banyak matang nya dari negara yang kami anggap sebagai perantauan, Malaysia.

Aku memang di lahir kan di negara yang masih keliru akan tarikh kemerdekaan nya serta apa yang harus di patriotik kan nya malah aku akui ini lah tempat di mana banyak perantau seperti orang tua ku dan Rangga sendiri mencari rezeki di sini. Malaysia tanah tumpah darah ku.

Terus terang aku bangga menjadi warga negara Malaysia kerana di sini lah tempat di mana aku punya bahasa untuk bertutur namun aku lebih bangga di label berketurunan Indonesia meski mereka ini memanggil ku 'indon'.

Kerana di sana mereka tidak punya label apa-apa pada sesiapa pun yang tahu erti 'hormat'.

Ahad, 4 Oktober 2015

Basi

Menyusun kata menjadi kaya dalam bahasa yang terlahir terus dari hati,
Dikutip oleh mata,
Menjadi bisikan di fikiran,
Kuhambur kan sebelum mulut yang berbicara,
Menjadi lah seperti yang aku ingin kan,
Bukan yang orang mau kan,
Perkataan kata-kata bahasa di antara aksara,
Yang kemudian mereka kata ini puisi,
Padahal ini cuma soal yang basi.

Rabu, 30 September 2015

Tragedi Mina.

Dalam beberapa hari sebelum ini, selepas tragedi kren yang jatuh menghimpap para jemaah haji di Tanah Suci Mekah, seperti rukun nya haji itu, jemaah akan berbondong-bondong berhimpit-himpit ke Mina bagi menjalankan ibadah melontar jumrah yang juga salah satu rukun haji selepas tawaf, sa'ie, berhimpun di Arafah dan bermalam di Mina.

Kata Abah yang merupakan tempat pertama bagi aku merujuk hal agama dan tindak-tanduk kehidupan, waktu melontar yang paling afdhal adalah pada waktu dhuha yakni semasa matahari berada di tengah perjalanan antara waktu mulai terbit nya dan waktu Zuhur. Atau maksud yang lebih mudah adalah pada waktu kita menunaikan solat sunat AidilAdha dan AidilFitri.

Mungkin kerana ramainya jemaah yang berebut mengejar waktu afdhal tersebut maka berasak-asakan lah mereka itu menuju ke tempat melontar tersebut. Meski kerajaan Arab Saudi di bawah pemerintahan dinasti Saud telah membina pelbagai kemudahan moden bagi memudahkan perjalanan ibadah haji, namun atas kehendak Allah maka terjadi juga lah sebuah lagi tragedi korban di tempat orang berniat untuk membunuh kesumat di dalam hati dengan melontar syaitan sebagai perbuatan fizikal nya namun banyak pula makna tersirat nya.

Terjadi lah pula pelbagai pendebatan sehinggalah topik yang sama sekali tak ada sangkut paut dengan tragedi tersebut pun ikut bercakaran. Semua nya saling menyalahkan. Apalagi antara pengikut sunni dan syiah. Yang ada kena mengena dengan tragedi ialah seperti dakwaan orang ini tentang beberapa orang Iran yang semestinya Syiah berpatah balik mengarah ke laluan orang masuk padahal ada laluan untuk keluar di sediakan, juga dakwaan orang ini tentang konvoi putera diraja Saud serta konvoi nya menuju ke tempat melontar menjadikan sebahagian laluan terpaksa ditutup menjadikan punca besar para jemaah terpaksa berhimpit melalui laluan yang tinggal maka adalah bakal bertemu ajal itu terjatuh dan tidak pula dapat bagi sebahagian mereka itu kuat untuk bangkit lalu syahid lah mereka itu dipijak-pijak oleh jemaah lain.

Yang tak ada kena mengena dengan apa yang sepatutnya dibincangkan dari peristiwa tersebut. Orang ini bercakap tentang di Arab Saudi banyak rumah pelacuran serta sifat mewah para Raja Arab ini.

Apapun cerita yang sampai pada kita sejauh ini, suka untuk aku yang masih senang terpuruk ke dalam kelalaian ini cuba untuk mengingat kan bahawa jika ingin minum kita tidak perlu menyelam, cukup cedok saja air itu mengikut mampu perut kita iaitu bukan nafsu semata.

Jika ramai mencedok air di hulu, mengapa perlu ikut berasak sedang di hilir tiada orang?

Air di hilir masih sama fungsi dan manfaat nya.

Isnin, 28 September 2015

Depan Mata Itu Cita-Cita.

Selepas menonton filem asal Indonesia berjudul '5cm' yang menceritakan tentang sebuah kisah benar 6 orang sahabat mendaki gunung berapi 'Sumeru' yang merupakan gunung tertinggi di Pulau Jawa, aku mulai ter'inspirasi' daripada kisah tersebut. Filem tersebut tercoret makna yang cukup besar bagi sebuah perjalanan hidup serta mampu membina motivasi buat kita yang tak mahu jatuh ke jurang putus asa.

Petualangan 6 sahabat itu berkenaan tekad dan keyakinan yang ada pada mereka supaya puncak tersebut bisa mereka tawan dan tidak terhenti di tengah jalan walau apapun rintangan menghadang langkah untuk mencapai tujuan.

Untuk aku yang sedang bertungkus lumus bangkit dari kejatuhan dan keringat yang mencurah deras dari kulit tubuh ku memaksa keadaan ku supaya terbiasa dengan fasa di usia ini, kisah ini adalah salah satu faktor yang sangat membantu.

Aku tak gemar berfikir atau berangan-angan tentang masa depan kerana aku lebih gemar untuk tidak berhenti gigih menempuh masalah dan dugaan di depan mata. Kerana kegigihan menempuh kesukaran hidup akan tetap membawa kita ke masa tua yang juga tetap berhalangan. Dan apabila Allah menyatakan bahawa dugaan dan halangan yang datang itu adalah kerana kita mampu menghadapinya maka dengan itu, aku percaya setiap masalah itu selain untuk kita hadapi, ia juga mengajar kita menghadapi dugaan seterusnya. Jadi begitu lah kalau kita sempat berada di usia tua, masalah datang dalam keadaan kita sudah lebih matang.

Jadi, masalah depan mata yang aku ada kini adalah impian dan cita-cita, maka akan aku selesai kan satu persatu. Sejak dari yang rendah seperti di Broga, sedikit sukar seperti Gunung Datok sampailah puncak Gunung Marapi yang terletak pada hiasan bumi Minang Kabau, kampung halaman ku yang indah.

Semoga Allah meredhai.

Jumaat, 25 September 2015

Kren Jatuh

Baru-baru ni, kita mendapat khabar yang memilukan daripada tanah suci Makkah tentang kren yang tumbang jatuh mengenai para jemaah haji yang kebetulan berada di dalam kawasan di mana kren itu jatuh.

Baik lah. Ramai ahli keluarga jemaah yang terkorban melahirkan rasa sedih. Ada yang kata 'kesian'.

Iya lah, kejadian tersebut berlaku sekelip mata dan menggempar kan. Tapi sabar, itu lah ketentuan Ilahi. Meninggal dunia di tanah suci itu ialah matlamat atau cita-cita bagi orang mukmin. Mereka yang terkorban itu sepatutnya menjadi inspirasi buat kita. Jangan sesekali menjadikan peristiwa tersebut adalah sesuatu menakutkan.

Kerana hidup tanpa redha dan rahmat Allah lebih menakutkan.