Selasa, 25 Februari 2014

Kata-kata tak tersuarakan

Ketika warna warni dunia menghibur,
Ketika kamu melihat aku ketawa,
Ketika aku terlihat senang mengangguk,
Ketika kaki ku ini riang menari,
Dan ketika kamu mula menyangka bahawa mudah untuk aku memaafkan,

Sebenarnya aku hanya insan yg mampu menggigit gusi sendiri, di masa derita terhidang menghiris perasaan,
Tiada kata yg bagi ku layak untuk menghias perilaku mu,
Maka sebaiknya aku simpan segala perkataan dan membiarkan otak ku berfungsi,

Kerana aku masih waras untuk sanggup membiarkan kamu derita menerima madah sebusuk bangkai,
Biarlah aku menelan ketulan batu daripada aku menganiaya,
Asalkan otak dan hati ku lembut menyulam kata-kata,

Ini cuma kata-kata yang tersuarakan,
Supaya kamu terus bersuara,
Kerana aku masih waras,
Dan tidak ku tegar untuk memberi mu derita luka tak berdarah,
Dan bukan diriku menjadi pembenci,
Malah aku berbesar hati mengakui kehidupan ini indah dengan kegagalan berbalas kemenangan.