''Nak diluah mati mak, Nak ditelan mati bapak''
Suatu peribahasa melayu unik yang tak pernah lagi menjangkiti cara aku untuk menyelesaikan sesuatu. Sebelum ini jasad ku seperti air yang mudah mengalir semasa menyelesaikan suatu penjelasan. Biarlah dengan siapa pun. Tapi kali ini aku terpaksa selesaikan masalah itu dengan melanggar kata-kata yang terlanjur iaitu nasihat aku untuk tidak lari daripada masalah. Ya, aku terpaksa lakukan tetapi dengan membentuk cara itu sebagai cara untuk mengurangkan sedikit tekanan bagi peribahasa di atas. Tekanan untuk sebuah penjelasan.
Musim di mana angin monsun Januari bertiup, sebelumnya ialah musim hujan Disember di mana tekanan bermula. Waktu tersebut merupakan ketibaan sebuah kekecewaan terakhir untuk Abah. Aku nekad dan tekad ini lah kekecewaan terakhir untuk Abah dan aku berdoa supaya ia tidak akan berlaku lagi. Apa sebenarnya kekecewaan itu amat lah sukar untuk aku terangkan kerana ceritanya terlalu panjang dan rumit tetapi apa yang penting untuk semua di sini fahami ialah pengajaran dari cara aku untuk menghadapi tekanan peribahasa itu.
Cara ini memang terlalu bahaya dan tambah merumitkan jika ia gagal seperti dirancang. Pertama aku kenal pasti masalah dan tekanan tersebut daripada akar dan pangkal iaitu 'takut untuk memberitahu'. Kemudian aku bertanya 'kenapa takut?'. Jawapannya kerana aku terpaksa melihat kekecewaan dan rasa terkilan abah di hadapan aku sendiri atas perbuatan yang aku sembunyikan dari pengetahuan abah selama hampir setahun, dan perkara itu merupakan harapan besar abah untuk aku tapi ia sudah habis tiada berharga lagi. Itu yang sebenarnya yang aku takuti iaitu melihat abah terkilan dan aku wajib memberitahu awal sebelum beliau memeriksa 'harapan' itu esok maka berjangkit sudah peribahasa itu tapi, tidak dapat tidak beliau wajib tahu awal.
Jika diberitahu, sama juga dan jika tak diberitahu juga sama. Aku tetap akan melihat beliau kecewa. Jadi, aku perlukan seseorang untuk membongkar rahsia ini kepada abah dan perlunya ada seseorang memperjelaskan perkaqra ini kepada abah. Maka aku perlukan 2 orang. Pertama, untuk membuka rahsia. Kedua, untuk memperjelaskan rahsia dan masalah tersebut kerana takut abah tidak memahami sesetengah perkara. Orang pertama mestilah mewakili aku dan orang kedua sebagai penilai dan penganalisa.
Dan aku? Aku perlu lari bersembunyi sementara proses yang aku atur berlaku. Maka, pagi embun menitis di depan pintu aku hidupkan enjin kereta menderu cemas ke masjid mengejar solat Subuh berjemaah meminta Allah melindungi dan semoga Dia melancarkan aliran penyelesaian yang aku atur ini. Aku tak akan tinggalkan abah seorang diri tertanya-tanya akan keberadaan aku. Maka, aku lantik adik aku yang berada di asrama sebagai orang pertama dan saksi kental dengan hujah kuat buat aku yakin melantik 'beliau'. Aku menuju ke asrama adik lalu memperjelaskan perkara itu dan mengajar caranya.
Caranya. 1. Pergi ke sekolah berjumpa 'beliau' yang berada di kantin. 2. Hubungi abah dan minta beliau datang ke sekolah. 3. Ceritakan hal ini secara 'direct' kepada abah dihadapan 'beliau'. 4. Masa seeloknya semasa rehat supaya tak mengganggu jadual kelas adik aku.
Cara yang mudah dan tiada apa-apa 'pressure'.
Lalu aku pergi sementara menunggu semua ini selesai. Mujur aku ada seorang kawan yang berkerja di kantin sekolah tersebut yang aku boleh gunakan sebagai pemerhati. Aku mengarah ke Seremban kerana Hanis juga sahabat aku berkerja di sana. Dia aku gunakan untuk menemani aku lalu dia memohon cuti 1 hari.
Alhamdullillah, semuanya selesai. Tiada mak dan bapak yang mati.
Aku tahu abah tak akan marah kerana beliau faham aku yang bertiang kepada nya. Dalam dirinya seperti ada paterian sumpah mengukir janji berusaha untuk anak-anak yang masih beliau rasa bergantung di bawah nya. Sabar dan keimanan seperti menahan hati nya dari gusar dan resah. Penghargaan nya begitu tinggi kepada agama sehingga aku terkesan. Inilah kekecewaan terakhir untuk abah.
*aku memandu sendirian ulang-alik ke Seremban.
kau telah menggunakan Hanis. HAHA.
BalasPadamHAHA.Ada beza antara plan dan kebetulan.
BalasPadam