Rabu, 25 April 2012

Soalan

Kebelakangan ini kerap pula teman-teman mengajukan soalan yang lebih kurang sama iaitu berkenaan kesukaan atau kegemaran sebenar aku. Kegemaran yang bukan bermaksud seperti hobi atau perbuatan tetapi lebih kepada pergaulan. Contohnya dengan siapa engkau lebih selesa untuk melakukan sesuatu seperti lepak, membeli-belah, berbual dan sebagainya.

Soalan itu sangat rumit bagi aku tapi aku tetap jawab apa adanya.

Aku tidak sama keadaannya dengan yang lain kerana aku terhutang budi dengan semua orang yang masih memandang aku tetap sama sempurna. Memanglah ada juga rasa tidak selesa dengan sesebuah kelompok tetapi aku lihat mereka selesa dengan aku maka aku wajib sesuaikan diri dengan mereka.



Isnin, 23 April 2012

Arus Masa Lalu Aku.

Aku sudah mula berjinak-jinak layan gig sejak tahun 2008 walaupun aku sudah mula tertarik mendengar lagu-lagu hardcore dan indie atau kata dasarnya underground lebih awal daripada itu. Aku lebih berminat mendengar lagu-lagu underground kerana inginkan sesuatu yang lain daripada muzik-muzik yang dihasilkan daripada kotak-kotak televisi dan radio. Jarang dapat mendengar band-band yang bunyinya lebih berat, keras, atau laju temponya di televisi pada masa itu kerana muzik-muzik di televisi lebih kepada alunan-alunan jiwang yang berlumba-lumba untuk menjadi terpopular dan terglamour lebih-lebih lagi band-band yang berada di bawah naungan label-label kapitalis mainstream sedangkan tidak ada satu pun yang membuat aku tertarik. Malah pada masa itu terdapat pula orang-orang yang mengapi-apikan perbedaan muzik antara Indonesia dan Malaysia selain menuduh band-band pop rock Indonesia yang mempromosikan karya mereka di Malaysia membenam karya-karya artis Malaysia padahal orang-orang waktu itu lebih tertarik mendengar band-band mereka seperti PeterPan, Samsons, Padi, Dewa19 dan banyak lagi. Jika dikaji pada lirik memang lagu-lagu daripada negara seberang itu lebih jiwang berbanding lagu-lagu tempatan tetapi karya mereka menjadi fenomena di Malaysia pada waktu itu. Berpusu-pusu karya mereka masuk ke tanah air sehingga karya-karya tempatan seakan-akan tenggelam. Malah, bukan saja muzik tetapi filem-filem yang mereka hasilkan juga turut seperti itu. 

Tiba-tiba lahir band-band underground yang membawa genre seperti indie pop, pop punk, ska dan punk rock yang lebih terbuka muzik mereka. Maksud aku, influence mereka lebih aggresive dan lagu yang mereka hasilkan lebih bermutu malah lebih baik berbanding komposer berlagak otai di dataran mainstream. Di situ lahirlah Meet Uncle Hussin yang memperkenalkan single mereka bertajuk Lagu Untukmu yang memenangi Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengangkat suara tinggi Azlan ke persada mainstream. Sebelum itu, Estrange juga memenangi AJL menerusi lagu Itu Kamu. Industri seni tempatan telah menyekat karya-karya seberang ke Malaysia lalu muzik-muzik Indie pula menjadi fenomena. Kini, banyak antara mereka sudah terkenal di persada arus perdana lalu ramai anak-anak muda yang mula beralih pandang ke sebuah lagi scene underground yang lebih keras dan ramai pengikutnya iaitu Metal. Ada yang suka kerana memandang instrument dan percussion work mereka dan ada pula yang menggemari suatu band metal itu kerana mood lagu yang mendorong mereka untuk mosh atau hardcore dance. Kemudian, disusuli muzik-muzik old skool hardcore dan metal hardcore.

Metal, Old Skool dan Metal Hardcore juga ada yang dah agak sedikit mendedahkan diri mereka di mainstream tapi masih sedikit yang begitu kerana masih berpegang kepada idea Diy. Tetapi ada juga yang meremehkan idea tersebut lalu pergi mengejar kaca tv atas alasan memperkembangkan muzik. Ya.Masing-masing ada keinginan sendiri dan tak boleh nak halang.

Kini, aku layan semua lagu-lagu tanah air yang bermutu kerana pedoman Hardcore/Punk iaitu sesuatu yang mengandungi sebuah perkataan baginya iaitu Respect. 

Kini, Kpop iaitu pangaruh muzik baru yang berasal dari Korea Selatan pula mengambil alih trend masa kini. 

*post ni hanya untuk mengenang arus masa lalu aku.

Sabtu, 21 April 2012

Judge

Aku tak tahu dan tak ingat kalau-kalau aku pernah menulis tentang perkara ni atau tak? Maklum lah, broadband sangat slow lalu membuatkan aku menjadi malas untuk check entry-entry lama.

Perkara atau topik kali ini ialah berkenaan 'judge' atau makna tradisinya ialah perbuatan menilai atau menghukum sesuatu makhluk,benda,perbuatan,sikap dan sebagainya. Nanana. Memang topik yang agak klise tapi ramai yang kurang faham akan fungsi atau sifat perbuatan ini. Judge boleh saja menjadi suatu yang sangat terpuji atau sesuatu yang sangat disampahkan. Bila apa yang dijudge itu tepat atau dipersetujui maka ia sangat terpuji dan dipuji tetapi bila ia gagal terjadilah yang sebaliknya malah lebih sampah lagi.

Ramai yang menggunakan pepatah barat ini sebagai dalil - Don't Judge A Book by It Cover.

Maksudnya lebih kepada jangan menghukum sesuatu itu kerana luarannya, mungkin kerana kita tak tahu apa isinya sebab isi yang terdapat manfaat bukan cover nya. Begitulah lebih kurang. Allahhualam.

Bagi aku, judge ialah suatu perkara biasa dan setiap masa kita lakukan sejak kita keluar daripada rahim bonda sehinggalah malaikat keluarkan roh kita daripada tubuh. Contoh, apabila aku menaip huruf-huruf di papan kekunci ini aku juga sedang menilai huruf mana yang sesuai supaya ia menjadi sebuah karangan yang cantik dan bemanfaat. Tadi, semasa baru bangun dari tidur yang nyenyak, aku berfikir samada aku perlu terus ke bilik air untuk mandi atau kumur-kumur sahaja di sinki dan aku memilih untuk mandi dulu. Begitu juga seterusnya, kita akan menilai semua perkara supaya hari-hari kita menjadi baik dan sempurna.

Kerana apa semua ini terjadi? Kita dikurniakan akal oleh Allah s.w.t untuk berfikir maka sebab itulah kita sentiasa ada banyak hala untuk dipilih kerana itu merupakan permainan akal. Gunakan akal untuk membuat keputusan dan pengaruhi akal kita dengan perkara selayaknya bagi Allah. Ingat, Allah dalam firman sentiasa menyampaikan kata-kata yang baik dan lembut kepada hambaNya, tanda kasih sayang Allah tidak terperi besarnya kepada kita sebagai manusia. Diciptakan manusia sebaik-baiknya kemudian dipandunya dan diajarnya kita walaupun manusia sudah punya akal dan anggota yang lengkap untuk hidup sendiri di muka bumi ini. Tapi Allah Maha Mengetahui bahawasanya manusia tetap perlukan penciptanya kerana kita sentiasa akan merasa kesunyian dan kesepian. Lalu, apabila manusia cuba mencari bahan untuk menemaninya maka di situ kita akan berfikir dan memilih yang sepatutnya samaada peneman yang hanya sementara seperti hiburan, mata air dan sebagainya yang terdapat di dunia atau peneman yang abadi dan sentiasa dekat merapati kita serapat urat leher?

Maka, judge lah apa pun tapi jangan kayu kan akal ini kerana gunanya untuk berfikir. Jangan terlampau sombong apabila menghukum kerana Allah sahaja yang tahu menghukum. Jika Allah itu Maha Penyayang kepada semua hambanya kenapa kita susah untuk merasa kasih sayang atau perikemanusiaan kepada sesama hamba lain? Allah pernah memerintah malaikat dan iblis supaya sujud menghormati Adam manusia pertama tetapi kenapa susah untuk kita menghormati dan menghargai sesama kita?

 Don't Judge Like A Fool.

Isnin, 16 April 2012

Sombong VS Hormat

Memang senang rasanya hati apabila bakat kepandaian kita dipuji dan disanjung orang lalu diakui yang terbaik. Lebih-lebih lagi kita adalah di antara 1 dalam seribu. Mungkin kita akan berasa lebih bagus daripada orang lain dan ingin sekali dihormati.

Aku pernah berbual-bual dengan member-member membincangkan hal ini dan bagi aku, tak salah untuk kita merasa diri lebih bagus daripada orang lain atas bakat yang kita ada. Memang kelakuan tersebut akan meletakkan dalam diri kita ini suatu rasa sombong,bongkak dan angkuh tetapi bagi aku itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana kita memang sudah disanjung dan tentu sekali orang yang menyanjung itu mengenali kita sebagai roll-model untuk mereka ikuti dan contohi lalu apapun perkataan kita nyatakan akan tetap diakui dan dipersetujui. Maka tidak akan datang apa mudarat pun jika kita sombong dengan bakat yang ada.

Namun, setiap yang Allah larang itu pasti ada masalah nya. Sifat sombong itu sebenarnya akan menjatuhkan kita dan bakat yang ada itu tidak akan dipandang lagi. Kerana, lambat-laun bila kita sudah mula merasa sangat bagus daripada semua orang maka mulalah kita memperlekehkan usaha dan bakat orang lain yang mencontohi kita sedang dia juga sedang berusaha menjadi terbaik seperti kita. Kerana merasa sudah cukup bagus dengan kesombongan yang menganggap kita tetap terbaik dan terbagus lalu kita memperlekehkan orang, maka terima lah hakikat dia akan menjadi lebih bagus lalu apa yang kita megah-megahkan bakal terkubur.

Percaya atau tidak? Berapa banyak pun bakat dan kelebihan yang kita perolehi di dunia ini, berapa banyak kata-kata puji-pujian ke atas bakat tersebut, namun akhirnya, attitude juga yang akan dipandang. Maka, belajarlah untuk menghargai orang lain sebelum kita berusaha untuk dihargai. Dipendekkan cerita, semailah sikap hormat-menghormati antara satu sama lain kerana kesombongan tak akan membawa ke mana-mana.

;D

Sabtu, 14 April 2012

Kritik-Ngumpat-Lone Ranger

Aku memang selalu mengkritik orang lain atau lebih mudah istilah nya ialah 'mengumpat'. Fuh. Bila tak suka dengan seseorang tu memang aku open table dengan member-member untuk mengumpat. Puas hati bila member-member menyokong segala luahan aku menceritakan kesalahan seseorang itu. Tapi seringkali ada yang menyangkal tapi ramai yang menyokong isi-isi pengumpatan aku. Kenapa aku mengumpat? 

Okay. Aku terangkan di sini kenapa aku mengumpat sedangkan aku tahu ia salah di sisi agama. Aku hanya mengumpat bila ada member yang membuka cerita dan aku tidak sesekali pernah membuka cerita kerana aku lebih suka berfikiran positif sepertimana anggapan aku kepada Allah saat Dia mengambil tangan aku ni. Aku akan join mengumpat tetapi tidak secara emosi seperti memaki hamun atau memanas-manaskan si pembuka cerita serta semua yang ikut mendengar. Aku hanya lebih gemar mengartikan perbuatan orang itu seperti contoh ''kenapa dia suka buli aku?'' aku akan jawab seperti ''mungkin dia ada masalah dan lebih selesa lepas kan kat kau'' macam tu lah lebih kurang. 

Tapi aku takkan biarkan orang itu terus dikritik dan sebelum dia dibenci, aku akan segera merapatkan diri dengannya kerana aku takkan pernah benci orang melainkan kezaliman yang dia lakukan, itupun aku lebih memandang kepada kezaliman tersebut bukan pelakunya semata-mata. Tujuan aku merapatkan diri ialah supaya aku boleh mengenalinya kerana sisi positif nya supaya aku boleh menukar pemikiran buruk aku terhadapnya.

Tapi, kini lebih baik rasanya aku menjadi 'lone ranger' kerana mengumpat itu sentiasa membawa padah. Selepas ini aku akan lebih menghargai orang seperti semua orang yang menghargai tubuh cacat ini. 


maaf kepada semua yang aku umpatkan. sesungguhnya engkau semua adalah yang terbaik.

Jumaat, 13 April 2012

Sosial Dunia Maya

Facebook. Sudah menjadi suatu keperluan penting bagi mereka yang telah pun terjebak memiliki akaun laman sosial paling popular dekad ini dan penting nya fb seperti pentingnya memiliki kenderaan, tempat tinggal atau kad pengenalan bagi mereka yang aktif berinternet. Sebuah lagi laman sosial yang juga menjadi fenomena baru dekad ini ialah Twitter. Walau asal nya ia hanyalah sebuah ruangan untuk bersembang, berkenalan atau bersosial di alam maya namun, kini ia bukan lagi alam maya semata-mata tetapi sudah berubah menjadi seakan-akan realiti.

Realiti yang lebih realiti daripada realiti. Bagaimana aku boleh katakan begini kerana aku bayangkan ketika melayari ruangan fb ialah seperti seakan-akan berada di dalam dunia Matrix (film). Jika di dunia sebenar kita hanya mendapat maklumat yang adakalanya kurang tepat atau tidak pasti dan sukar untuk membincang kan setiap maklumat dengan lebih mendalam tanpa butiran sebagai bahan alibi. Tetapi di fb semua butiran dari maklumat internet boleh di 'share' di 'wall' fb atau copy/paste link pada private message dan boleh segera dibincangkan di ruangan tersebut melalui tulisan-tulisan yang lebih terperinci.

Perenggan ke-2 di atas merupakan kegunaan atau tujuan sebenar aku mempunyai fb. (bajet gile)

Seringkali, terdapat rakan-rakan meluahkan rasa di ruangan 'status'. Ramai pemilik akaun yang terlalu jumud menghebahkan dan mempercayai bahawa 'wall' yang terdapat di facebook ialah bersempena atau besamaan dengan Tembok Harapan di Baitul-Muqqadis yang digelar 'Wall' oleh penganut Yahudi. Wall digunakan oleh Yahudi untuk meluahkan rasa, berdo'a dan berharap lalu ia ditulis di atas kertas lalu dimasukkan ke dalam lubang-lubang dinding itu. Ya. Itu cara yahudi, muslim tak boleh ikut. Mereka cuba sesatkan muslim. (kah kah). Bahaya ni.

*Facebook dicipta oleh Mark Zuckerbeg seorang Yahudi.

Tak perlu panik. Bila ada member merungut-rungut kat status tu, janganlah kau update pula status merungut tentang status annoying member kau tu. Sebab cara kau tu lagi mengarut kot sebab tak akan ubah apa-apa pun melainkan kau delete dia daripada friendlist. Tapi untuk jadi manusia yang berguna, yang hidup jasmani dan rohani nya, elok rasa nya kau tegur dan nasihat dia secara berhemah melalui ruangan komen atau IM member tu then, bagi hati dia sedap bukan kau pergi perli/tembak dia, takut tak pasal-pasal member tu darah tinggi.

Bila ada member update do'a tolonglah aminkan jangan 'like' jer. Tak ada maknanya kritik-kritik bodoh seperti ''do'a kat fb tapi tak amalkan buat apa?'' I call that, SAKAI. Sebab itu dia punya pasallah lagi pun kau baca status tu kau do'a lah untuk diri kau sendiri. Kenapa susah nak fikir wahai facebooker yang canggih dan berilmu tinggi?

Aku pun tak lah bagus mana, tapi aku tahu apa makna ''appreciate''.

Terdapat banyak dalil dinyatakan oleh Al-Quran yang membuktikan bahawa ''perkara yang baik itu sentiasa halal''. So, tak bullshit rasanya kalau kita share artikel-artikel dan video ilmu atau info tak kira lah berkenaan agama, politik, semasa dan sebagainya asalkan ia berguna dan bermanfaat untuk member-member dalam friendlist. Ada juga pelayar yang berdebat dan berhujah di laman ini sesama pelayar lain berkenaan sesuatu isu. Masalah nya, mereka tak berjumpa secara empat mata maka terjadi komen-komen maki hamun di dalam ruangan komen dengan berani sekali. Aku tak tahu nak terangkan akibat nya tetapi orang sekarang gemar 'judge' merepek-merepek, jangan sampai kau di'judge' sebagai pengecut.

Aku pun merepek juga di fb tu, tapi tak sangat lah sebab busy stalker awek-awek seksi. Ahhahaha, tak adalah gurau-gurau. Jangan buat macam tu sudah.

okay!!

Khamis, 12 April 2012

Bila Geraknya Ditempik

Kau bersama mengibar bendera
Menyahut lantang nya semboyan
Mengangkat genggaman sokongan
Semangat menentang penghambaan insan

Bagaikan siput atau kura-kura
Berdiam di bawah cengkerang
Setelah ditempik apa yang ditentang
Kerana gerak mu emosi

Walau ada ihsan di dalamnya
Juga bersama ilmu kau bersuara
Hati mu lemah mudah berkecamuk
Mudah emosi mu lentur bila sekali ditekan

Masih ku lihat engkau bergerak
Kerana perjuangan yang dicintai
Bersama alasan basi pengecut
Berharap tiada tempik lagi.

Open Your Eyes




Tadi 11-4-2012, baru saja berlaku gempa bumi di Aceh yang pusat gegarannya terletak di persisir barat Sumatera Utara, berdekatan dengan pusat gegaran di tahun 2004 dahulu yang menyebabkan berlaku Tsunami yang terdahsyat abad ini. Alhamdullillah, gempa bumi kali ini tidak berlaku tsunami walaupun ada amaran dikeluarkan kepada 29 negara termasuk Semenanjung Malaysia tetapi ia telah ditarik balik lebih kurang pukul 8 malam tadi. Ukuran gempa bumi kali ini ialah 8.9 s.r berbanding 26 Disember 2004 dahulu iaitu 9.8 s.r.

Bagus lah, ramai yang berdoa supaya tidak berlaku apa-apa yang buruk seperti tsunami dan alhamdullillah,  Allah telah makbulkan. Maka, kita ni jangan harapkan gempa baru nak berdoa walaupun itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah yang maha kuasa tetapi tanpa kita sedar Allah sudah beri banyak tanda buat kita supaya kita selalu berdoa, insaf selain mengingati kekuasaan Allah. Kenapa tak berdoa sebegini apabila kepala terhantuk, kaki terpijak duri, tersungkur atau flu? Kenapa nak tunggu gempa, tsunami, banjir besar atau bencana-bencana alam lain?

Selasa, 10 April 2012

Aku ada kampung yang indah-2

Suatu masa dahulu, aku pernah terbaca di muka-muka akhbar, majalah dan artikel-artikel di google yang mengata-ngata fahaman sosialisme, sekularisme dan liberalisme di Republik Indonesia. Terkilan juga setelah membaca dan memahami semua artikel tersebut kerana negara seberang itu merupakan tanah asal orang tua ku dan kami sering kali ke sana atas sebab 'balik kampung'. Artikel-artikel ini mewartakan fahaman tersebut atau lebih mudah disebut sebagai Islam Liberal ialah sesuatu yang memesongkan akidah dan lebih-lebih lagi negara itu mempunyai jumlah orang Islam teramai di dunia.

Dalam benak fikiran aku pasti terbayangkan suatu gambaran sebuah negara Islam yang muslimin nya semakin hanyut selepas memahami semua artikel berkenaan. Pasti tiada lagi jemaah di masjid seramai di negara ini yang kuat akidah rakyat nya sedangkan aku terlalu berminat dengan tokoh-tokoh Islam di negara itu seperti Prof. Hamka, KH. Ahmad Dahlan, KH. Agus Salim, Syekh Ahmad Khatib dan Syeikh Sulaiman Ar-Rasully. Mungkin tokoh-tokoh ini sudah tiada maka akidah rakyat di seberang itu semakin lemah.

Tahun lalu, aku buat pertama kalinya 'balik kampung' bersama Abah ke kampung halaman beliau sendiri yang terletak di Panampung, Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Indah permandangan di sini dengan dihiasi oleh 2 gunung iaitu Gunung Merapi dan Gunung Singgalang sedang di antaranya tersergam indah hamparan sawah padi yang bertingkat-tingkat sambil dikepung oleh Bukit Barisan. Dalam suatu perjalanan ke Ibukota Madya Kab. Agam iaitu Bukit Tinggi yang digelar Kota Wisata(kota perlancongan), dari dalam perkhidmatan awam berbentuk sebuah van bergelar Ekabe atau oplet, aku melihat sawah terbentang luas di tepi jalan dan jauh di hujung sawah itu berlatar belakang sebuah perkampungan. Memang indah tetapi ada yang lebih mempersonakan apabila terdapat banyak sekali kubah dan menara masjid di perkampungan itu dengan jarak antara 500 meter-1 kilometer dan dilatari Gunung Merapi yang menghijau. Dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit itu setiap sebentar kami melintasi kawasan masjid yang terletak di tepi jalan dengan binaan yang sangat unik. Aku merasa terpegun dengan bilangan masjid yang ada di sini dengan semuanya giat diimarah kan.

Tiba di Terminal Tengah Sawah yang terletak bersebelahan Masjid Kg. Tengah Sawah dan kebetulan hari itu ialah hari jumaat iaitu hari dimana semua muslimin pergi ke masjid bagi menunaikan solat fardhu jumaat. Aku tidak berapa terkejut dengan bilangan orang yang datang ke masjid kerana Indonesia merupakan antara negara terpadat penduduknya di dunia. Aku terdengar suara khatib yang lantang menyampaikan perisian khutbah dan aku sangat tertarik, selepas mengangkat wudhuk aku terus masuk ke dewan masjid yang sudah pun dipenuhi ramai jemaah dan agak sukar untuk aku mencari ruang untuk solat sunat. Selesai solat sunat aku duduk iktikaf sambil mendengar khutbah oleh khatib yang sangat lantang di atas mimbar jumaat dan cara penyampaiannya sangat berlainan dengan khutbah jumaat di Malaysia yang selalu tergagap-gagap walaupun membaca teks. Ternyata khatib tersebut tidak membaca teks dan khutbah nya yang berkenaan 'pengimarahan masjid' sangat membuat aku bersemangat mendengarnya bersama dalil-dalil Al-Quran dan Hadis yang didahulukan sebelum isi khutbah nya satu persatu. Masya Allah. Saat yang tak pernah aku lupa kan hingga aku lupa akan tujuan aku ke Kota Bukit Tinggi ini kerana rohani ku terasa segar.

Selesai sudah solat fardhu jumaat, kami segera ke Pasar Atas yang terletak 500 meter dari Masjid kg Tengah Sawah melalui Pasar Bawah dan Tangga 40. Dalam perjalanan kaki itu, toko-toko dan gerai-gerai baru dibuka semula kerana tadinya semua peniaga pergi ke masjid. Kami tiba di puncak Tangga 40 dan terdapat sebuah lagi masjid yang dinamakan Masjid Raya terletak berhampiran dengan Jam Gadang dan Istana Bung Hatta. Kemudian, kami makan di rumah makan Simpang Raya yang terletak betul-betul di hadapan Jam Gadang yang merupakan mercu tanda Kota Bukit Tinggi. Kami membeli-belah, mengambil gambar di dataran Jam Gadang, menikmati udara segar dan akhirnya masa pun berlalu. Aku teringin membeli cd lagu-lagu minang yang sukar didapati di Malaysia lalu kami pergi ke sebuah gerai di kaki lima Simpang Raya bersebelahan tempat kami makan tadi. Aku memilih cd lagu-lagu minang lagendaris yang dipopularkan kembali oleh penyanyi yang bukan berketurunan minang namun, berjaya memenangi pelbagai anugerah serantau menerusi album ini iaitu Ria Amelia. Penjual cuba memainkan cd tersebut dengan pemain cd milik nya untuk memuaskan hati aku selaku pelanggan. Kebetulan azan Asar berkumandang di Masjid Raya lalu penjual tersebut segera mematikan lagu yang baru 2 saat dimainkan sambil berkata kepada Abah ''siko indak saroman di Malaysia doh pak'' (sini tidak seperti di Malaysia Pak) dalam senyuman. Aku hairan kerana bagaimana beliau tahu yang kami daripada Malaysia? Padahal, abah sahaja yang berkomunikasi dengan peniaga tersebut sedang aku yang tidak berapa fasih berbahasa minang hanya diam. Mungkin kerana pengalaman. Sejurus selepas selesai urusan jual beli, peniaga tersebut meninggalkan gerai nya begitu sahaja lalu pergi ke Masjid Raya menunaikan solat Asar.

Suatu hari, aku bersiar-siar bersama Iza mengelilingi kampung yang indah permai dengan kamera digital Nikon DSLR 1300 dengan tujuan memungut segala gambar-gambar kenangan untuk di bawa pulang ke Malaysia kelak. Hampir masuk waktu Maghrib dan Masjid Lurah yang terletak hanya di belakang rumah ibu saudara aku yang kami duduki sudah berkumandang suara Syeikh Abdurrahman asSudais yang dimainkan melalui radio. Aku dan Iza segera pulang untuk bersiap-siap supaya tidak terlewat untuk berjemaah di masjid. Semasa melintasi hadapan masjid, kelihatan jemaah-jemaah haji baru tiba sambil disambut oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Salah seorang jemaah ialah keluarga persukuan abah. Selepas solat Isyak berjemaah di masjid aku dan abah terus ke rumah beliau yang hanya terletak di seberang jalan daripada rumah yang aku duduki. Ternyata ramai sekali dunsanak-dunsanak dan sahabat handai beliau yang aku lupa namanya itu sudah pun tiba dan sedang menjamu selera di ruangan makan manakala aku dan abah terus ke ruang tamu kerana kami sudah pun makan di rumah tadi. Salahseorang tetamu ialah Ustaz Zaki yang bukan berasal daripada Sumatera Barat dan berketurunan Jawa tapi ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah agama di kampung ini. Beliau sudah lama menetap di kampung ini sehingga beliau sudah fasih berbahasa minang dan beliau juga merupakan imam Masjid Lurah. Selepas mereka selesai makan, semua naik ke ruang tamu rumah traditional ini supaya boleh terus bersembang dengan yang lebih 20 tahun tidak pulang ke kampung dan tentu sekali Ustaz Zaki yang merupakan salah seorang cerdik pandai di kampung ini tidak mengenali abah yang merupakan bekas Datuk(gelaran bagi ketua suku) serta bekas khatib di Masjid Lurah juga lulusan kelas 7 di Madrasah Tarbiah Islamiah, Canduang yang diasaskan oleh Syeikh Sulaiman Ar-Rasully suatu ketika dahulu.

Aku tahu bahawa Ustaz Zaki pandai memberi ceramah dan aku selalu mendengar suara beliau dari rumah ketika kuliah Subuh yang disampaikan melalui pembesar suara. Pada mulanya, beliau diam mendengar abah dan rakan-rakan berbual-bual mengenai pengalaman haji. Tiba-tiba abah menceritakan kepada ustaz tentang keadaan aku yang hanya duduk di sebelah ustaz dan meminta ustaz memberi sedikit kata-kata semangat kepada aku. Senang cerita malam itu menjadi kelas pengajian agama yang tak boleh aku lupakan selepas abah hanya memancing sedikit pepatah traditional berkenaan ''tiada makhluk ciptaan Allah yang tidak berguna'' iaitu kata-kata keramat oleh abah kepada aku semasa di wad kecemasan dahulu dan kata-kata yang meletakkan aku masih di sini ketika ini. Ustaz Zaki mula menceramah semangat dan kami semua tekun mendengarnya sehinggalah lewat malam lalu semua bersurai pulang. Pertama kali, aku mendengar ceramah seorang ustaz secara peribadi dan bukan di masjid atau majlis.

Sebelum aku mengarut entah ke mana, cukuplah di sini sahaja cerita aku berkenaan kegiatan Islam Liberal di Indonesia. Yaaa. Memang ada fahaman itu sebenarnya di negara republik ini tetapi aku lebih suka mencari yang baik kerana fahaman tersebut membuatkan pemikiran rakyat di sini tidak terlalu jumud atau kaku. Semuanya terlihat harmoni walaupun tak sebaik Malaysia tetapi harmoni nya ilmu membuat kan kepulauan ini lebih baik berbanding Negaraku.

Islam Liberal pun Acheh pakai hukum hudud.
*jangan marah haaaa. i'm still proud to be malaysian.

senja di Paya Kumbuh
50koto,Sumatera Barat