Ahad, 29 September 2013

Pergi Sekarang.

Bila engkau sudah yakin percaya,
Akan tempat mu itu ada di hatinya,
Pergi lah,
Pergi sekarang ke sisinya,
Atau jika tidak,
Engkau tinggal sahaja di hati ku,
Yang selama ini ku hias untuk mu,
Namun jika engkau mula percaya dengan nya,
Pergi lah,
Pergi sekarang....

Isnin, 16 September 2013

Khayal Hilangkan Masalah?

Aku masih sedang cuba untuk menerima pendapat segelintir atau umum nya para sahabat yang kalau dipandang melalui kalangan mereka boleh menjadi sebahagian besar yang mempunyai fahaman bahawa khayalan mampu menghilang kan masalah.

Maaf, sebelum kamu mula meneliti perkataan seterusnya ini, sememangnya aku tidak pernah berbicara tentang ini kerana aku boleh menerima atas apa yang mereka amalkan namun, aku tidak dapat menerima pendapat yang mereka cuba alaskan.

Masalah hilang dengan khayalan.

Khayalan yang aku maksud kan adalah berkhayal dengan bahan-bahan khayal seperti dadah dan alkohol contohnya.

Maaf sekali lagi aku pohon kan kerana aku bukan jenis yang melarang tetapi cuma memikirkan alasan itu. Bagaimanakah masalah boleh dihilangkan? Adakah mereka mengenal konsep khayal atau mabukan itu sebenarnya?

Khayal atau mabukan adalah apabila seseorang itu mula hilang daya waras nya sehingga kesan bahan yang di ambil itu hilang. Jika begitu, persoalannya, adakah masalah dan kegusaran itu hilang lenyap selamanya selepas kesan bahan tersebut hilang? Adakah begitu?

Atau khayalan itu adalah sekadar bius bagi menghilangkan sebentar rasa sakit ketika kita cuba mendapatkan ketenangan untuk berehat? Adakah begitu?

Jika ia dianggap bius yang mengebaskan tubuh fikiran supaya menangguhkan sebentar rasa sakit dek keserabutan dan kegusaran, jika itu alasannya aku setuju menerima nya. Tapi jangan kata berkhayal itu mampu menghilangkan masalah kerana orang lain yang sedang bangun mencari arah bakalan tertipu.

Kita tidak mampu menghilangkan masalah melainkan kita menghadapinya. Apabila kesan bahan itu habis maka kita akan memikirkan kembali masalah itu dan yang paling ditakuti sebenarnya ialah, masalah yang datang apabila sedang berada di bawah pengaruh. Maklum lah, dadah itu, seluruh authoriti dunia berjaya menewaskan nya dan ia sudah dikategorikan sebagai jenayah yang berat, adapun hukuman baginya adalah sehingga mencapai tahap hukuman mati mandatori. Bahaya untuk sebuah masa depan cerah yang kita rancang sejak kecil.

Kembali aku mengulang bahawa aku tidaklah sesekali berniat untuk mempersenda, tetapi mempersoalkan alasan yang khayalan mampu menghilangkan masalah. Adakah dengan menjadikan diri separuh waras mampu untuk kita memikirkan cara menyelesaikan masalah? Maaf, mungkin aku tidak mengerti perasaan mereka dengan amalan tersebut.

Bagi aku, ciptaan Tuhan itu tiada yang sia-sia walau nyamuk dan agas sekalipun, semuanya berperanan besar terhadap penghidupan dunia dan alam semesta malah juga untuk dunia akhirat.

Allah juga menyediakan pelbagai nikmat untuk manusia kerana kita dilengkapi dengan 5 deria untuk kita mengenal serta akal untuk kita berfikir. Kenapa akal diberi tetapi kita masih perlu berfikir? Kenapa Tuhan tidak memberi terus akal yang berisi penuh dengan ilmu kepada kita jika benar manusia ialah makhluk nya yang terpilih?

Aku akan cuba terangkan dilain bahagian. Cuma apa yang ingin aku katakan ialah, rasakan, nikmati segala apa yang telah Tuhan sediakan di langit dan di bumi, tetapi jangan lah sehingga berlebih-lebihan. Kerana semua nikmat itu adalah untuk difikirkan bukan membinasakan.

Tuhan tidak membinasakan melainkan kita yang meminta untuk dibinasakan.

Pengulangan

Seketika ini, saya cuba mengulang kembali atas apa yang pernah saya tegas kan di suatu bahagian lain sebelum ini, supaya anda tidak menganggap saya dengan sesuatu pemandangan yang berlebih-lebihan apabila membaca perkataan-perkataan yang saya sematkan di dalam blog ini.

Tidak lah saya yang serba kekurangan dari segi fizikal, mental dan ilmu pengetahuan ini cuba untuk memandai-mandai atau mengada-adakan agar dipandang mulia. Apa yang menjadi tujuan saya adalah mencari jawapan atas apa yang menjadi permasalahan saya sendiri.

Permasalahan saya itu bukan lah bermaksud saya yang bermasalah tetapi kejadian atau peristiwa di dalam lingkungan kehidupan yang membuahkan banyak persoalan di dalam pepohon pemikiran saya. Lalu, saya cuba kongsikan formula atau jawapan yang saya dapat kan dari persoalan itu melalui cerita atau kata-kata ringkas.

Mungkin saya bersikap paranoid ketika mengulang pencerahan ini, kerana ramai yang bersetuju dan mengambil ikhtibar daripada petikan-petikan daripada blog ini. Jutaan terima kaseh.

Dan doa saya yang anoyying ini,

Semoga berbahagia dan diberkati Tuhan.

Isnin, 9 September 2013

Bunga Api.

Ketika engkau keseorangan di dalam kegelapan,
Kau menghidapi kepiluan,
Kesepian yang amat menyakit kan,
Aku amat kenal perasaan itu,
Aku nampak kelibat kau bersama ia,
Dalam kegelapan aku terlihat engkau keseorangan,
Menulis di atas buku kesepian,
Ku curi lalu ku baca,
Aku sedar,
Engkau cuba untuk mengukir sendiri senyuman mu,
Namun luka hati mu semakin parah,
Engkau tiada mampu untuk bergerak,

Maka  hadir lah aku menghulur kasih,
Walaupun tidak pernah engkau pinta,

Ku bedah jiwa dan perasaan mu,
Kemudian aku temui apa yang terluka,
Ku letak kan penawar pada luka itu,
Semoga engkau tidak lagi perlu menderita dengan kepedihan itu,
Agar engkau kembali gembira dan tenang,
Selepas itu ku nyala kan bunga api pelbagai warna,
Aku mahu menghapuskan kegelapan itu,
Sambil engkau tersenyum melihat warnanya.

Apabila aku sudah bisa melihat wajah mu dalam terang,
Aku cuba menjadi pena,
Menuliskan cinta di atas buku catatan sepi mu,
Supaya engkau tiada lagi terluka,

Namun,
Apalagi daya ku?
Engkau sudah punya buku yang baru,
Dan buku ini telah engkau hapus kan,
Maka tidak lah lagi engkau baca tulisan cinta ku,

Kini..
Dalam terang engkau senang melangkah,
Senyuman sudah pun mampu engkau ukir sendiri,
Tak perlu lagi bunga api,
Tak perlu lagi pena ku,

Engkau sudah mampu melihat bunga-bunga penghias dunia,
Bintang-bintang penghias malam,
Serakan awan penghias langit,
Bunga api telah kau tinggalkan,
Maka fungsi ku tiada lagi buat mu,

Selamat tinggal aku ucap kan,
Semoga engkau masih dalam keadaan baik,

Kini giliran aku pula menanti kan seseorang menyalakan bunga api untuk ku..

Sabtu, 7 September 2013

Semata Kerdil

Serpihan kaca ikut menjalar bersama api,
Melukakan serta membakar,
Darah menitis tiada yang menadah,
Mengalir lah darah entah kemana,

Di dalam terang aku terdiam,
Di dalam gelap aku membisu,
Lidah ku lemah memberat,
Jiwa ku beku kepiluan,

Langkah ini mati,
Di hadang tembok tembaga yang tinggi,
Keraguan melakukan kekejian,
Mengganggap takdir sudah pun diketahui awal,
Maka rentak nya memaksa untuk diikut,
Kerana semata aku kerdil...

Khamis, 5 September 2013

Tiada apa yang kita lebih tahu

Kita manusia. Binatang yang berakal. Hamba. Musafir. Khalifah.

Tiada apa yang kita lebih tahu untuk masa hadapan. Jika hari ini kita temui kejayaan, esok masih ada dan tiada lah yang kita tahu dari nya. Jika hari ini kita temui kehampaan, esok masih ada untuk kita belajar daripada kelalaian.

Kita ini pejuang untuk diri kita sendiri. Berpantang undur sebelum mati, berpantang kesal sebelum melangkah.

Biarkan hari ini air mata membasuh luka kita, asal besok kita bisa kembali berdiri. Biarkan hari ini kita disiksa tiada dapat berkata, supaya suatu hari kita sudah bisa mendinginkan bahang lava merapi.

Kita terus kan berharap dan menggigih..kerana tiada apa yang lebih kita tahu di masa hadapan.

"The most coolest kid in Tampin"

"The most coolest kid in Tampin"

Aku masih sangat ingat title yang Ateng pernah berikan ke aku semasa menjalani pembedahan suatu ketika dahulu.

Sama ada beliau masih ingat atau tak, aku tetap ingin ucap kan jutaan terima kasih yang tak terkata buat beliau kerana ia sudah menjadi prinsip hidup aku kini. Aku ingin kekal tenang menjalani pelbagai proses.

Meski tak semudah kata-kata..

Aku tak kan sia-sian kan title ini.