Khamis, 24 Julai 2014

Ramadhan 9 'Riadah'

Dalam menjalani ibadah wajib di bulan Ramadhan ni, kita selalu ada masalah atau sebenarnya di masalah kan apabila kita berpuasa tapi tetap melakukan aktiviti bersenam dan bersukan.

Masalah pertama nya ialah takut letih kemudian minta minum air. Kedua takut nanti orang tanya "tak puasa kah encik?" Ketiga takut di'bangang'kan.

Apa pun yang menjadi punca masalah tersebut, pedulikkan. Aku dah pun cuba, jogging naik Gunung Tampin. Tak ada kesan yang memudaratkan pun cuma haus tu ada lah.

Tapi cari lah masa yang sesuai, maksudnya masa yang hampir dengan waktu berbuka. Macam beberapa pemain bola sepak dalam skuad kebangsaan Piala Dunia Algeria yang berpuasa ketika bertemu Perancis, waktu berbuka puasa masuk ketika tamat separuh masa pertama.

Cuma jangan lah sampai memudaratkan dan terpaksa membatalkan puasa. Kerana ini cuma riadah.

Perintah Allah itu tidak menghalang kita untuk melakukan apa pun aktiviti asalkan terhindar dari perbuatan yang keji.

Alaaa perang Badar tu dalam bulan Ramadhan tu.

Selasa, 22 Julai 2014

Ramadhan 8.'Mujur Ada Fatin'

Berbalik kepada kisah berkenaan status bujang dan lebih tepat lagi 'single'. Kalau di Indonesia, mereka memanggil golongan seperti aku yang belum punya mata air ini sebagai 'jomblo'.

Tapi aku, nak dikatakan tak ada makwe sebenarnya tak jugak sebab ada sebenarnya. Tapi macam tak ada.

.. Oke, tiba-tiba topik kali ini dah macam status awek budak sekolah atau mat jiwang rambut sikat belah tengah...

Kekadang, aku boleh saja jadi desperate semata untuk dapat kan makwe. Oleh kerana banyak cara yang aku kerjakan itu menemui jalan buntu, maka aku mula tawar hati nak mencari dah.

Aku isytihar kan bahawa aku dah menarik diri untuk itu.

Mujur ada Fatin.

Fatin itu ialah anak abang sepupu aku sebelah ayah. Lahir tahun 1999. Umur 15 tahun dan sedang mencarut-carut kepada kementerian pelajaran akibat dijadikan tikus makmal. PT3. Aku tak faham PT3 tu apa dan untuk apa? Haha. Sebab aku dengar cerita, sistem PMP diorang dah macam universiti.

Apa sumbangan yang diberikan oleh seorang Fatin ni?

Tah kenapa satu hari tu aku chat dia dengan panggilan 'makwe'. Mungkin sebab terlalu kerap dipanggil dengan panggilan sebegitu, Fatin pun menyeru aku dengan panggilan 'pakwe'.

Sebenarnya awal dulu pernah lah tertangkap cintan....tapi lama-lama aku fikir jugak....'gilo ko apo?' Hahaha dan aku percaya Fatin pun fikir macam tu jugak..haha tapi dia malu. Haha

Kiranya kami ni acah-acah couple lah.  Iye ke? Ke aku yang perasan? Hahaduih.

Dah lebih setahun dah rasanya, aku dengan Fatin yang bangga dengan julukan cucu pertama itu berhubung di aplikasi 'Whatsapp' dengan panggilan makwe dan pakwe. Kalau lah Fatin ni makwe betul, ni kira paling lama lah kot.

Sebenarnya aku cuba nak bagi tahu yang aku beranggapan bahawa seorang makwe itu gunanya biarlah sekadar teman untuk berbual serta berkongsi masalah. Kasih-mengasihani antara satu sama lain. Cukup sekadar itu. Tetapi kalau mahu lebih, silalah bercita-cita untuk bernikah.

Kalau nak cerita pesal Fatin ni mahu 300 muka surat terus terbit buku jer.

Ahad, 20 Julai 2014

Ramadhan 7

Terkadang, aku cuba membawa sebuah perbualan itu terhindar dari sekadar sembang kosong dan tidak berguna kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Oleh itu, aku memilih untuk berdiam apabila sesuatu perbualan itu menjadi begitu mengarut. Cuma kadang bila aku bosan aku akan mula menimbulkan gelak tawa.

Bercerita tentang orang lain, tentang perempuan, tentang kejadian di atas ranjang dan sebagainya semakin lama membuat aku mula rasa meluat.

Tapi apa saja lah yang boleh aku perbuatkan, kerana itu saja lah isi perbualan yang lebih sempoi dan disenangi di antara anggota meja bundar dan petak yang aku ikuti setakat ini.

Namun, masih terdapat juga teman-teman yang membuka perbualan berkenaan isu semasa, persoalan dan pengajaran. Cuma terkadang mereka tidak cuba bersabar lalu timbul pula pelbagai spekulasi yang terbit daripada nafsu semata.

Tiada lah aku merasa kecewa dari mereka itu, kerana aku masih terhibur dan bahagia. Dari mereka itu aku mula mencari pelajaran supaya ada yang dapat aku perbetulkan sebagaimana mestinya.

Kerana di dunia ini, pelajaran itu ada di mana saja, meskipun kita diikat bersama lembu dan kambing sekalipun.

Sabtu, 19 Julai 2014

Ramadhan 6

Ketika seluruh umat muslimin sedang sibuk mempersiapkan segalanya bagi menyambut kedatangan syawal yang sekaligus berakhir lah ramadhan tahun ini, kita dan ramai orang dikejutkan lagi dengan insiden nahas pesawat milik ngara kita. Sedang ramai orang masih dikunci persoalan tentang MH370 yang masih belum ada khabar nya, pada 17.7.2014, MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke KLIA pula dilaporkan terhempas. Mungkin kesemua penumpang dan krew pesawat malang itu terkorban.

Namun, tidak lah mungkin kita lupa akan rasa simpati kita pada apa yang berlaku di tebing barat. Penindasan oleh rejim zionis ke atas warga Gaza dan Palestin seluruhnya.

Semoga Allah rahmati mereka semuanya.

Dan kita, bersabarlah...

Itulah maksud bagi apa yang pernah aku catat kan sebelum ini, bahawasanya ujian di bulan ramadhan ini bukan hanya pada menahan makan dan minum, tetapi ujian yang lain dan lebih getir itu tetap menanti. Dan percayalah bahawa semua ujian dan dugaan ini adalah keberuntungan bagi kita yang dikasihi dan disayangi tuhan. Tidaklah apa yang menduga kita ini adalah untuk membinasakan kita. Kerana kebinasaan itu adapun atas perlakuan tangan-tangan kita sendiri.

Jumaat, 18 Julai 2014

Ramadhan 5

Hampir sudah kita bertemu dengan minggu terakhir ramadhan. Aku sudah mulai terasa bahangnya.

Cuma, tak lah sehangat sebelum-sebelum ini, mungkin kerana kurangnya kuasa membeli bagi golongan pengguna dan peniaga seperti aku.

Tetapi, cukuplah apa yang masih ada. Cukuplah bagi aku mendapat kejayaan menempuh Ramadhan serta ujian-ujiannya, dan tuhan juga meredhai. Lalu rasa rindu meninggalkan bulan mulia ini masih terasa, itu sudah cukup untuk aku merasakan kegembiraan di hari raya nanti. Amin.

Ramadhan 4

Suatu masa dahulu, aku pernah bermimpi atau bercita-cita untuk menjadi penulis. Atau sebenarnya, reporter, journalist. Tapi apakan daya, tuhan lebih mengetahui.

Dan Allah itu maha mengetahui.

Selasa, 8 Julai 2014

Ramadhan 3

Ketika menjelang datangnya Ramadhan, apa yang terlintas di fikiran aku ialah puasa penuh,setting modal untuk bazar ramadhan dan kurangkan berat badan.

Dan semuanya itu ialah ibadah sebagai seorang hamba tuhan yang satu. Maka kukerjakan semua itu adalah kerana Allah taala. Hanya dengan izin Allah.

Rabu, 2 Julai 2014

Ramadhan 2

Puasa ni...setakat tahan makan atau minum itu, bagi aku nothing lah. Masa zaman kanak-kanak dulu memang susah lah kan. Walaupun puasa itu ialah menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatal kan puasa sejak terbit fajar hingga bertemu malam, tetapi ujian ketika puasa tidak semestinya berkenaan lapar dan dahaga semata-mata.

Kerana puasa kita adalah kerana Allah taala, rongga kita bukan setakat ditahan daripada dimasukkan makanan atau minuman, tetapi juga apa yang dikeluarkan rongga kita

Jaga semuanya. Kata-kata kesat, lebih banyakkan istighfar. Mata, banyak istighfar. Telinga banyak kan istighfar.