Jumaat, 26 Jun 2015

2. Ramadhan 2015

Seperti Ramadhan di tahun sebelumnya, apabila telah genap seminggu maka aku atau banyak antara kita semua mulai merasa akan waktu yang pantas bergerak. Sekejap dah seminggu. Minggu depan sekejap dah 2 minggu dan pada malam mantai nanti, sekejap dah sebulan. Begitu lah sebenarnya yang waktu itu jangan tersia-sia kan. Setiap kesempatan yang membawa kepada kejayaan dan kebaikan harus dimanfaat sebaik nya. Kerana kita sama sekali tidak akan tahu yang waktu seperti ini akan datang lagi atau tidak. Kesempatan seperti ini akan ada lagi atau tidak.

Kita tak tahu.

2. Ramadhan 2015

Seperti Ramadhan di tahun sebelumnya, apabila telah genap seminggu maka aku atau banyak antara kita semua mulai merasa akan waktu yang pantas bergerak. Sekejap dah seminggu. Minggu depan sekejap dah 2 minggu dan pada malam mantai nanti, sekejap dah sebulan. Begitu lah sebenarnya yang waktu itu jangan tersia-sia kan. Setiap kesempatan yang membawa kepada kejayaan dan kebaikan harus dimanfaat sebaik nya. Kerana kita sama sekali tidak akan tahu yang waktu seperti ini akan datang lagi atau tidak. Kesempatan seperti ini akan ada lagi atau tidak.

Kita tak tahu.

Khamis, 18 Jun 2015

1.Ramadhan 2015

Malam Ramadan pertama untuk tahun ni. Yeahh. Memang rasa nya baru beberapa bulan lepas kita sibuk-sibuk merangkai kata-kata ucapan sempena Aidilfitri. Mungkin kerana menjalani kesibukan hidup setiap hari maka terasa masa bergerak dan berlalu agak cepat.

Solat sunat tarawih 8 rakaat pun terasa agak sebentar. Mungkin juga kerana hampir setiap tahun aku buat benda sama sampai jadi biasa. Kalau lah solat fardhu 5 waktu aku boleh sebiasa itu. Sebab jumlah rakaat bagi 5 solat fardhu dari Subuh hingga Ishak ialah 17 rakaat semuanya. Cuma pada hari jumaat kita hanya solat 15 rakaat sebab solat fardhu jumaat cuma 2 rakaat menggantikan solat fardhu Zohor 4 rakaat. Kalau tarawih itu 8 rakaat campur solat sunat witir 3 rakaat jumlah nya 11 rakaat dan kita mengerjakan dalam satu waktu berbanding solat fardhu dibahagikan 5 waktu dan jarak tempoh dari satu waktu ke waktu seterusnya agak panjang maka solat fardhu lebih mudah berbanding tarawih yang 8 rakaat campur 3 rakaat witir yang aku kerja kan dengan penuh tumpuan dan semangat.

*Haha. Okay..Ada rasa acah-acah Ustaz Don pulak dah.

Jumaat, 12 Jun 2015

Jelang Ramadhan

Di saat ia hampir lenyap. Lenyap dari ingatan ku dan ketika ini pula aku sedang meraba-raba di mamah kegelapan. Aku masih ingat ketika senja di mana matahari seakan melambai-lambai membakar rindu ku pada nya.

Hari ini aku kembali mendengar orang mula menyebut-nyebut ketibaan nya. Tapi tubuh ku terlalu dingin malah hampir membeku. Namun, nanti akan ku sambut jua ketibaan nya dan akan ku jalani hari di bawah cahaya berkah nya.

Semoga Ramadhan kembali melimpahkan keberkatan nya pada jiwa ku yang lemah.

Jumaat, 5 Jun 2015

Menemui Jalan Pulang

Bagaikan orang yang akhirnya menemui jalan keluar daripada sebuah hutan tebal yang tadi nya dia sesat dan menghidapi kebuntuan berganti-berganti. Di malam gelap gelita bersama ngauman serta pelbagai suara mengerikan bagai ikut serta menutup fikiran dan mata nya supaya terus buntu untuk menemui jalan keluar . Hari ini, dia berjaya menemui jalan sebenar untuk pulang. Oleh itu, dia terus tetap melangkah di atas jalannya menuju pulang dan tidak lagi dihiraukan kegelapan dan pelbagai suara ngeri tadi.

Kerana apabila dihiraukan, kebuntuan akan kembali mencengkam dan dia akan kembali sesat.

Dan dia tahu tentang itu.

Selasa, 2 Jun 2015

Harga Minyak Naik.

Beberapa jam sebelum 1 jun. Secara tiba-tiba senarai harga baru pagi petrol dan diesel terpampang pada semua garis masa laman sosial. Pengumuman harga minyak naik lagi sebanyak 10 sen seliter bermula jam 12 tengah malam.

Ahh. Biasa. Sedikit pun tak terkejut. Tengok keadaan kawan-kawan yang bergaji 1000+ pun tak ada duit nak makan malah nak minum teh o suam pun terpaksa berfikir berulang kali. Terpaksa berjimat. Bayangan buat keadaan ekonomi negara yang kelihatan merudum.

Cieh. Tak terkejut. Ada yang marah. Silakan marah. Hurm. Mungkin pemerintah yang menaikkan harga petroleum ni perlu menerangkan kepada rakyat sejelas-jelasnya alasan daripada keputusan tersebut. Kemudian bersifat terbukalah menerima pendapat dan solusi oleh sesiapa pun tanpa mengira perbedaan politik, fahaman dan ideologi.

Atau kalau rasa tak mampu untuk melayan masalah sebegini, berundur dan berikan peluang buat muka baru.

Alaa. Cakap kat sini pun tak guna.

Isnin, 1 Jun 2015

Tengah 20-an

Aku sudah pun tiba di suatu tempat di mana aku mula tersedar akan kisah lama. Kisah lama yang terakam sikap serta tindakan ku dalam proses melengkapkan pembinaan identiti diri. Ia sememangnya sebuah perjalanan berbunga dan berduri.

Terkenang akan kesilapan dan waktu di mana aku berusaha memperbaiki nya. Sehingga hari ini pun aku masih sedang berjuang memperbaiki semua kesilapan itu.

Daripada semua kesilapan itu, aku belajar malah aku catatkan sambil berharap ia tak akan mungkin berulang lagi. Walaupun tak mungkin pula aku mampu terlepas daripada tersilap maka dengan itu, biarlah ia nya bukan kesilapan yang sama apabila ia terjadi dan kesilapan itu disusuli pula dengan pelajaran yang baru. Sementara nanti, semoga aku bersedia untuk mengajarkan kepada generasi selepas ku tentang pelajaran yang aku terima selama ini.

Berbuat silap itu tetap salah kecuali apabila kita sudi belajar daripada kesilapan serta sering membuka hati untuk memperbaiki diri.