Jumaat, 20 Januari 2017

Sajak Buat Sahabat Di Pusara

Bayangnya menjelma menyentuh bicara,
Sejenak hinggap di atas sudut mata,
Menjadi kaca bersinar menyeliputi bola mata,
Suara yang hilang dari suasana,
Seleksa peristiwa menjadi bahan rindu,

Jasanya disebut-sebut,
Hati budinya terukir menjadi prasasti,
Kisah cinta di antara teman dengan teman,
Pedoman menjadikan dia idola sepanjang zaman,

Kemudian ramai yang datang,
Mengaku teman paling dekat lantas meluahkan kerinduan,
Bertanding rasa di antara mereka,
Siapa yang paling merindukan,
Siapa yang lebih rapat,
Siapa yang mengenal lebih lama,
Siapa lebih kenal dengannya,
Siapa yang lebih dicintainya,

Bagi aku yang khilaf,
Dia orang yang baik,
Tak guna dibacakan tentang segalanya itu,
Dia tiada memilih-milih akan siapa yang mahu dicintakan,

Tiada yang dekat.. tiada yang jauh,
Yang pasti...
Kita semua... merinduinya..

Damailah dikau sahabat,
Sungguh itu adalah sebaik-baik tempat berpulang,
Kami akan datang menuruti mu nanti....

*untuk sahabat yang telah pergi....

Sabtu, 7 Januari 2017

Hentian.

Tidak kah kau merasa,
Akan hentian ini,
Langitnya tak selalu terang,
Rembulan tak selalu ada,
Mentari kadang menjadi terlalu terik,
Sinarnya menggigit,
Adakala ia mengganas membakar hangus,

Tidak kah kau sedar,
Bahawa tak setiap jalan itu menurun,
Kau mesti berpayah-payah mengerah kudrat mendaki ke tempat tinggi,
Di situ baru kau lihat bertapa luasnya daerah ini,
Atau sebenarnya kau akan sedar betapa kerdilnya engkau,

Tiada yang mudah di sini,
Tapi tiada pula yang mustahil,
Semuanya adalah di atas diri mu sendiri,
Yang pasti dan seharusnya kau yakinkan,
Di hentian ini,
Tiada jalan mudah,
Yang ada hanyalah tipu daya,
Selainnya adalah perjalanan yang harus engkau sudahkan...

Jumaat, 6 Januari 2017

Kita Tak Bersendirian.

Pandang lah ke langit luas,
Ada sekawan burung melayang bersama,
Entah ke mana tujuan mereka,
Yang pasti kita tak bersendirian,

Renungkan lah lautan luas,
Ombak berkejaran menghempas pantai,
Entah darimana asal mereka,
Yang pasti kita tak bersendirian,

Tatapilah puncak dunia,
Menyepi di sana tiada suara,
Entah apa yang difikirkannya,
Yang pasti kita tak bersendirian,

Selamilah dirimu sendiri,
Luahkan segala api,
Entah siapa yang menyalakan,
Yang pasti kita tak bersendirian,

Lalu,
Mengapa kelam menawan terang?
Sedang dirimu pelangi siang,
Biarkan lah senyuman itu hadir,
Terbit di antara fajar dan senja,
Atau di antara hari ini dan esok,
Agar suram menjadi cerah,
Bersinar bak mentari dan bulan purnama,
Menyinari debunga dan rerumputan,

Jangan dikekang haruman mawar,
Kerana yang pasti kita,
Tak bersendirian...

Rabu, 4 Januari 2017

Tak Semua

Bila kau suka satu perkara ni.. kau kena ingat dan bersedia..

Tak semua orang faham tentang apa yang kita suka..

Tak semua orang setuju dengan apa yang kita setuju.

Tak semua orang mampu menyelami perasaan macam yang kita rasakan sendiri..

Tak semua orang punya tumpuan dan perhatian seperti kita.

Maka dengan itu. Sabar dan sedia.

Selasa, 3 Januari 2017

Susah Amender Nye Yop!!

Tak sampai beberapa hari kita melangkah ke tahun 2017 dah ada isu yang sekarang viral di laman sosial.. Dalam berita semua dah kecoh...heboh..

Pasal apa?

Sekumpulan remaja yang panjat billboard Ipoh. Satu hal sebelum karangan ni aku lanjutkan ialah setiap kali ada trip ke utara, hatta ke Ipoh sekalipun., kalau terpandang atau sengaja pandang billboard tu, aku memang ada perasaan nak panjat benda tu... Iya lah, sebab permandangan di Bandar Ipoh tu boleh tahan menarik jugak. Maka adalah sebidang rasa dalam benak hati terdalam aku ni pernah ada niat nak panjat benda tu supaya boleh tengok view sekeliling Bandar Ipoh ni. Billboard tu pun antara yang paling tinggi dekat area tu.

Oh iyer, satu lagi... sebenarnya aku ingat, memang ada satu benda macam platform dekat atas tu supaya orang boleh naik dan tengok view dari atas tu... Rupanya baru tau, tak ada eik...

Okay.. aku tak nak sentuh berkenaan apa yang diorang buat tu betul ke salah. Benda tu memang tak betul sebab benda tu tak boleh dipanjat. Datuk Bandar tak bagi. Polis pun larang. Itu biasalah, undang-undang. Tinggal nak menjawab dengan pihak berkuasa jer.. setel...

Yang buat aku pelik.. semua orang yang duk kecam ni.

Mula-mula memang malas nak ambik tahu.. tapi rasa ingin tahu tu tiba-tiba menguat mendorong-dorong. Aku pun tap satu artikel atau laporan daripada satu page yang di post ke FB. Scroll punya scroll sampailah di ruang komen. Aku pun bacalah komen-komen tu.

Memang semua kecam. Tak apalah. Bagi aku diorang ni mesti jenis yang tak pernah try main baling selipar masa kecik-kecik dulu kot. Rilek jer lempar selipar tu ke arah badan member. Kena muka nasiblah. Apalagi kalau selipar jepun.. padu..berpinar-pinar.. Atau buat laser flip dari tempat tinggi masa mandi sungai, jeram atau pintu air. Ahh biarlah.

Tapi... ada satu komen ni.. Eh.. bukan satu..banyak.. komen dia macam ni..

"Tak sayang nyawa.. kalau jatuh mati kau ingat boleh tanam mayat pakai kapan baca yassin sendiri ke? Menyusahkan orang jer..."

Yang ni buat aku dapat ilham untuk sekadar diumuatkan dalam blog ni. Komen bodoh yang pertama untuk tahun 2017. Nak tegur ke..nak kecam ke... fikir dulu lah... jangan main tibai jer.. memalukan..

Kalau terjadi sebarang kecelakaan yang sebenarnya para pemanjat tersebut pun tak menginginkan ia daripada berlaku... seandainya mati dan menjadilah mereka itu sekujur mayat.. maka kalau dijumpakan mayat itu, wajiblah bagi sebilangan orang di daerah tersebut untuk menguruskan sejurus mengebumikan ia selari dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W....

Sekiranya tak ada seorang pun di daerah tersebut mahu menguruskan jenazah itu.. maka berdosalah semua orang yang tinggal di daerah itu...

Simple... Sebab apa? Itu Fardhu Kifayah!!!!!!

Susah amendenyer yop!!!

Dah itu jer. Yang lain tu.. boleh dimaafkan. Atau aku malas nak terangkan.

Yang penting.. aku pun pernah terfikir nak panjat benda tu... pedulik apa dengan tangan... Sebab perjalanan hidup aku memang banyak risiko.

Yeahhh!!

*baru tadi dekat Bandar Ipoh jugak. Video seorang lelaki panjat kren tinggi di tengah-tengah bandar hipster tersebut sambil pegang selfie stick lagi yop.. Aku rasa, dekat Ipoh ni dah boleh buat banyak platform atau menara khusus untuk dipanjat-panjat.

Isnin, 2 Januari 2017

Tewas Dalam Terang Waktu Siang.

Ada yang sedang tewas,
Dalam terang waktu siang,
Mahunya seperti karang di lautan,
Tapi jiwanya seperti kapas bertemu jarum,

Ada yang mengaku tewas,
Dalam terang waktu siang,
Mahunya seperti pohon berbuah ranum,
Tapi tingkahnya seperti lumpur di bawah kaki,

Ada yang hampir tewas,
Dalam terang waktu siang,
Mahunya segunung pengharapan,
Tapi dia tak pernah menyambut kedatangan pagi........

Ada yang telah tewas,
Dalam terang waktu siang,
Mahunya seperti keanggunan milik syurga,
Tapi lidahnya selalu meminta neraka,