Jumaat, 29 Mac 2013

Feeling Lebih.

Walaupun aku ni nampak garang, keras dan berwajah ganas(pendapat orang ramai), tapi ramai yang tidak tahu bahawa aku ni seorang yang romantis. HAHAHAAHA!! Romantislah sangat. Ahh tak ada kena mengena!

Kadang menonton filem-filem romantis atau epik mahupun komedi sekalipun, pasti ada babak yang memberi kesan sensitif hingga air mata bergenang-genang di atas permukaan bebola mata. Aku punya daya feeling itu terlalu tinggi hingga tak sengaja sudah terkesan dengan babak-babak itu. Aku seperti sangat memahami perasaan sesuatu watak dalam sesuatu babak. Terasa sangat dekat perwatakan itu dengan peribadi ku.

Kalau nak dikatakan bahawa itu ialah kepandaian sutradara dan kehebatan pelakon melakonkan watak, sukar juga untuk aku terima kerana terdapat filem yang aku terkesan tetapi orang lain kata tak best. 

Bukan sahaja sedih atau terharu, banyak feel lain yang boleh didapati, seperti cemas, lawak, seram dan sebagainya. Kenapa kah? Bukankah itu hanya filem selain filem yang berdasarkan kisah benar dan sejarah?

Ustaz Azhar Idrus memberikan jawapan ketika program Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam bersama Zizan Raja Lawak. Beliau kata, kemungkinan situasi dalam babak itu pernah dialami oleh kita atau kata yang lebih ringkas ''teringat kenangan lama''. Atau bagi aku, mungkin kita pernah memikirkan atau terfikir jika ia terjadi pada kita. Atau boleh jadi kita berangan. Maklumlah, imaginasi kaki tonton wayang ni kadang-kadang power.

So, kalau adegan-adegan sedih dan pilu itu aku boleh terkesan,  
Adakah aku pernah mengalaminya? Adakah aku seperti watak itu?

Dah pening dah cerita aku. Dah tidur-tidur.!!!




Rabu, 27 Mac 2013

4 Tahun Lalu.

Sekejapan. Seperti baru semalam rasanya tragedi itu berlaku. 26 Mac iaitu beberapa jam sebelum aku menaip catatan ini telah genap 4 tahun akan sebuah tragedi yang merubah serta mencorakkan hidup ku dengan warna pelbagai tona.

Sehingga kini, sejujurnya aku masih belum boleh melupakan kejadian tersebut hingga kisah kronologi kejadian itu masih segar untuk diceritakan sampai kini. Bukan lah aku ini menyesali atau berduka dengan nasib yang menimpa tetapi bagi aku ia adalah sebuah pengalaman hidup yang layak untuk dikongsi bersama siapa sahaja yang bertanya.

Aku suka menceritakan tragedi itu sebagai pedoman dan pengajaran, atau sebuah kisah karya Ilahi yang amat kemas tersusun. Ia begitu menarik untuk dikongsi, seperti ada 1001 kisah di sebalik peristiwa bersejarah itu. Semuanya terubah, yang tenggelam tiba-tiba timbul, yang bergemalapan tak disangka-sangka telah lenyap dan semuanya itu sangat terkait dengan tragedi 4 tahun lalu itu.

Apapun tanggapan orang, kisah ku tetap bermula dengan tragedi itu atau bagaimana aku boleh didaftar Tuhan untuk menyertai tragedi tersebut sejurus menghantar Arwah Marwan pulang ke Rahmatullah. Kemudian, barulah mudah aku bicarakan tentang diri ku yang tak layu dan tak mekar.

Jangan anggap aku kecewa dan putus asa, itu hampir tiada dalam pemikiran ku. Tapi jangan lupa untuk membakar api ku yang sedia menjulang agar lebih tinggi lidah-lidah api ini menjilat langit. Percayalah, tragedi 4 tahun lalu tidak menghalang aku akan cita-cita ku kerana aku tahu bahawa aku tak pernah sendiri.

*Al Fatihah buat Al Mahrum Marwan Safwan B. Aswirman. Sahabat yang tiada galang ganti. Semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang diredhai-NYA.

Selasa, 26 Mac 2013

Pintu, Matahari, Rembulan, Warna dan Engkau.

Berdekad-dekad kau menarah masa,
Semua sisa-sisa hidupmu tiada makna,
Pintu-pintu lain kau tinggalkan,
Hanya melutut pada satu pintu yang sudah tertutup,
Darah apa yang mengalir naik ke kepala?
Jika tidak kau landakan malapetaka ke atas diri mu,

Apa guna matahari yang terbit di hari baru?
Kalau bukan lenyapnya kegelapan,
Kegelapan yang mengaburi arah tuju mu,
Namun sirna rembulan setia bersahabat,
Ketika engkau buta dalam kegelapan,

Usah berenggang lagi dengan warna,
Warna hidup mu suka duka,
Berjalan di dalamnya dengan nikmat tersedia,
Datar, lurah dan mendaki harus kau terima,
Mengapa perlu berpatah balik dan lari?
Kerana ini lebih bermakna,
Daripada engkau mati tanpa nama yang terukir.

Isnin, 25 Mac 2013

Bodoh Sombong.

Manusia ni memang selalu bersikap tak adil baik pada diri sendiri atau sekeliling. Aku melihat pada diri aku sendiri dan orang lain. Bila orang lain salah, kita kondem bersungguh-sungguh, tapi apabila kita tersilap, kita tak mahu belajar daripada kesilapan. Orang  nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kita tak perlu komplen bila dunia ini ada pengkritik yang akan sering mengkritik atau mempersoalkan tindak tanduk kita. Malah, jika benar kita salah maka beradab lah untuk belajar memperbetulkan kesilapan itu.

Kalau tidak, itulah namanya ''bodoh sombong''.

Rabu, 13 Mac 2013

Rutin.

Aku bangun tidur pukul 12 atau 1 tengah hari, pukul 3 layan sinetron, pukul 6 jogging. Malamnya lepak mamak sampai pagi melainkan jika ada urusan keesokan paginya aku akan pulang awal.
Selepas itu, ulang kembali dari atas.

Begitulah rutian harian aku yang tak ada kerja ni. Aku menulis catatan ini pun pada pukul 6 pagi setelah tadi aku menonton game bola liga champion pusingan 16 terakhir antara Barcelona dan Ac Milan. Seperti dijangka Barca menang besar 4-0 dan layak ke pusingan 8 akhir dengan agregat 4-2.

Aku telah berazam serta berjanji dengan sahabat baik ku iaitu Aboi untuk tidak makan makanan berat pada malam hari kerana beliau ingin melihat aku kembali slim seperti dahulu. Tetapi, di waktu malam selera untuk makan itu lebih kuat berbanding waktu siang. Apapun terjadi, aku akan tetap mengatasinya.

Aku akan cuba untuk tidur lebih awal supaya aku boleh menangguh kelaparan di waktu malam itu. Aku tak akan target berbulan tapi setahun untuk aku kecapi hasrat ini.

Adik aku kata, ada perubahan. Tapi tak tahu lah, mungkin dia sengaja nak ambil hati aku supaya terus bersemangat. Aku percaya tak ada yang mustahil, aku akan buktikan semua orang berhak punya usaha dan keyakinan.

Selasa, 12 Mac 2013

Spekulasi Akibat......,

Tentang pencerobohan di Lahad Datu. Aku sebenarnya tak berani untuk mengulas banyak berkenaan khabar dukacita tersebut kerana segala maklumat yang aku tahu hanya berdasarkan khabar-2 berita, akhbar serta cerita-2 masyarakat. 

Setakat ini, apa yang aku tahu ada perwira kita yang terkorban. 

Al Fatihah buat Al-Mahrum dan takziah buat keluarga mereka yang terkorban itu.

Musykil atas apa yang terjadi sebenarnya. Masa kan tidak? Kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan yang jelas lagi tentang kejadian ini kepada rakyat. Sebaliknya mencari alasan dan sebagainya. Tiba-2 sudah ada yang terkorban. Maka, di sana itu tidak aman lagi, dan penduduk terancam.

Jika mereka fikir rakyat tidak berhak tahu, tidak kah mereka ingat bahwa polis yang terkorban itu juga adalah rakyat? Adakah mereka yang terkorban itu tahu atas apa yang mereka perjuangkan?

Ada yang marah dengan seorang YB di pihak opposition yang menyatakan kejadian ini adalah sandiwara, so what?? 

Siapa pun akan buat pelbagai spekulasi bila engkau menjerit tiba-tiba, dan bila ditanya kenapa, kau menjawab, ''aku akan siasat siapa yang buat aku menjerit''.....ahhaaaiiii...
Memang aku fikir kau tu sengaja nak cari publisiti, atau kata dasarnya sandiwara lah kan walaupun ada yang mati terkejut dengar kau menjerit. *tamsilan kecil




Isnin, 11 Mac 2013

Komunitas

Di antara kami yang di dalam komuniti sekarang ini sedang menghidap demam bola sepak. Sejak pertandingan futsal ''Not A Cup'' diumumkan dan Jeneral Mayhem mengisytiharkan Tampin Is The Reason yang dibarisi oleh aku sendiri, Rasid(throw-ma), Adek(throw-ma), Syuk, Salleh, Razak(hurricane), Hafas(schrank inv) dan Tapa(awaken) makin giatlah semua yang punya masa terluang berfutsal sehari-hari.

Ikutkan Rasid, Syuk, Adek dah lama tak berfutsal, maka sebab itulah kami main hari untuk cari 'tune' kembali..

Hafas, Razak dan Tapa mungkin 'busy' maka tak dapat lah mereka itu turut bersama kami untuk berfutsal.

Sambil sibuk-sibuk berfutsal, kami juga sedang cuba merangka logo untuk skatebording Tampin, tujuannya supaya dapat dinaikkan banner dan komuniti itu diiktiraf serta mendapat perhatian peminat skate di kawasan Tampin ini.

Wahhh..terasa komuniti mulai sibuk dengan pelbagai kegiatan bersama.
Semoga aku dapat bagi komitmen lebih...

-belum cerita pasal gig lagi ni. haihhhhhhhh.....

Jumaat, 8 Mac 2013

Not A Cup.

16 Mac ni, ada pertandingan bola sepak 6 sebelah yang dianjurkan oleh Futbol de Hardcore/Punk yang diberi nama Not A Cup.

Its okay and also power lahh!!

Sebab selalu nya kami orang ni hanya kerap menganjurkan gig, tapi kali ini kami membuktikan bahawa punk juga mampu menganjurkan pertandingan bola ''bak kata Abg Ci Chan.

Apa yang best dan faedahnya, bagi aku bukan senang nak kumpulkan semua scene daripada pelbagai tempat dan beraktivitas bersama-sama, so aku harap event ni sukses seperti yang kita harapkan.

Pada awalnya, 25 pasukan dari serata negara memohon untuk menyertai acara ini, akan tetapi hanya 12 pasukan terawal yang boleh diterima atas sebab-sebab tertentu. 12 pasukan bakal dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B manakala hanya 2 pasukan teratas daripada kedua kumpulan layak ke pusingan separuh akhir.
Wahh, best,, sebab satu team boleh main sampai 5 game, maka tiadalah istilah pulang awal.

Turnament bakal diadakan di Kuala Lumpur. Datanglah beramai-ramai!!!

untuk maklumat lanjut- http://www.facebook.com/events/261577687308527/270740873058875/?notif_t=plan_mall_activity