Ahad, 29 Jun 2014

Ramadhan 1

Tadi baru saja aku jamah lauk pauk yg sangat ringkas. Nasi kosong, daging dipotong kecil yg bergaulan bersama kuah kicap dan bawang.

Air suam lalu di bilas dengan nescafe. Aku lebih suka dengan nescafe kerana menurut pengalaman tahun lalu, tekak tidak terasa terlalu kering dan badan terasa lebih cergas.

Aku sedang bercerita tentang sahur pertama di bulan Ramadhan tahun ini. Sambil menonton perlawanan peringkat 16 terakhir antara Colombia yg menyingkirkan wakil sebenua, Uruguay dengan jaringan 2 gol tidak berbalas. Jelas pergantungan Suarez dek ulah gigi nya itu memperlihat kan ketempangan Uruguay yg menduduki tempat ke-4 di edisi yg lepas.

Jelas juga lah Piala Dunia hampir melalaikan aku menghadapi bulan Ramadhan. Hampir tidak terasa bahang menjelang tirai bulan berkah ini dibuka.

Mujur aku kuat kan juga hati untuk mendengar bahan-bahan keagamaan seperti lagu2 indah nyanyian Hadad Alwi. Maka kembali lah semula kehangatan serta makna ramadhan itu seperti tahun2 kebelakang.

Selamat menjalani ibadah puasa saudara ku sekaliannya.

Rabu, 25 Jun 2014

Masalah Lagi

Bila kita bercakap berkenaan masalah ni, masalah tak akan pernah berhenti untuk datang mengisi dan mencorak kehidupan kita. Jika kita kata hari ini kita merasakan kegembiraan, masalah lain sudah bersedia untuk menduga kita.

Namun, kita wajib untuk ingat dan fahami bahawa tahap kesukaran bagi sesuatu masalah itu akan datang mengikut kemampuan kita. Cuma gunakan akal dan hati yang sabar untuk menghadapinya.

Jumaat, 20 Jun 2014

FWC Brasil 2014

Dalam 3 ke 4 tahun lepas, semasa aku dapat tahu yang FIFA World Cup 2014 bakal dilangsungkan di negara terkenal  dengan tarian 'samba'nya itu, aku dah mula mencongak jarak masa rumah aku dan Brasil.

Aku tahu, jarak nya lebih jauh berbanding Old Trafford dan dengan Santiago Bernebeau.

Kalau perlawanan paling awal di eropah itu akan tersiar di kaca tv kita sekitar jam 8pm, manakala perlawanan terawal di Brasil ialah sekitar jam 12 tengah malam.

Semasa aku menaip perkara ini, Piala Dunia sudah pun berlangsung di mana pagi tadi Jerman berkongsi mata dengan wakil Afrika iaitu Ghana. Itu adalah perlawanan yang terbaik setakat ini. Sengit. Mereka terikat 2 sama.

Tak ada lah segan aku sokong Ghana pagi tadi semata-mata nak bahan member Jerman yang bongkak. Haha

England.
Ni tim feveret sepanjang zaman aku. Tapi bukan feveret untuk jadi juara tapi hanya sebab Rooney dan juga pemain EPL yang selalu aku hadap kat tv. Namun, kemenangan mengejut Costa Rica ke atas juara 2006 Itali telah mengesahkan penyingkiran England yang kalah 2 kali berturut2 ke atas Itali dan Uruguay.

Spain.
Ini tim no. 1 dunia juga juara bertahan, so sape yang tak berminat dengan tim yang memperkenalkan tiki taka ini, baguslah..sebab Spain dah bungkus awal. Seperti England, kalah 2 kali berturut tetapi lebih sayur. Tumbang 1-5 ke atas Holland dan di sayur kan oleh Chile yang semestinya sangat memahami taktik tiki taka Spain dek kerana pemain Barcelona iaitu Alexis Sanchez ialah kapten Chile. 

Brasil
Tidaklah mungkin ketinggalan, sang tuan rumah, dikenali dengan corak Samba yang mempersonakan. Juara 5 kali ini seperti sedang bangkit daripada masalah ketandusan pemain, Mujur Neymar Jr. kembali menarik mata pemerhati ke arah bakat2 dari Brasil. Brasil masih belum tumpas, tetapi masih belum mengesahkan diri ke peringkat kalah mati kerana diikat tanpa jaringan oleh Mexico selepas menang ke atas Croatia 3-1 pada perlawanan pembukaan.

Argentina.
Selain kehadiran Lionel Messi dengan bakat semula jadinya, aku tak pasti di mana hebatnya Argentina ini. Begitu juga suatu masa dulu ketika Diego Maradonna masih bermain bersama, Argentina sempat mengungguli dunia. selepas Maradonna gagal ujian dadah PD 1994, pasukan ini agak sedikit merudum selepas itu, tetapi masih digeruni. Setakat ini Messi memecah kebuntuan pemakai jersi no 10 biru putih untuk menjaringkan gol. 1 gol magis menewaskan Bosnia dan Hezergovina serta satu lagi gol magis menewaskan Iran. Argentina layak awal ke pusingan 16 terakhir.

Holland.
Aku terpaksa layan tim ni sebab nak tengok Van Gall, bakal pelatih Man. United musim depan. Oke bye

Ahad, 15 Jun 2014

Selamat Hari Bapa

Dari zaman Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke dunia hingga lah zaman di mana orang kembali berbahas untuk menegakkan kembali hukum hudud di negara multi-racial ini, tidak lah mungkin boleh disangkal bshawa usaha dan berkerja ialah kisah yang paling banyak di dalam helaian muka surat kitab kehidupan semua orang.

Semua orang harus berusaha dan berkerja selagi mampu, selagi punya kekuatan.

Kenyataan di atas ini, mengingat kan aku kepada Abah. Beliau adalah antara satu-satunya kelibat yang ternyata menjadi contoh buat aku sebagai seorang yang punya kekuatan hati. Tidak mahu dia terperangkap dek budi orang, dan tidak pula keegoan  menghalang personaliti nya untuk melupakan jasa orang. Masih kuat fikirannya untuk memikir kan segala hal yang tersentuh oleh nya. Lebih pula keresahannya buat kami berbanding kami yang sepatutnya memikirkan kebajikannya.

Selamat Hari Bapa untuk semua ayah

Alasan untuk sesawang yang menebal.

Tiba-tiba rasa macam nak update sesuatu kat blog yang dah lama tak terisi ni. Walaupun sekarang lebih mudah nak update selepas aku memuat turun aplikasi blogger daripada 'appstore'. Akan tetapi, nafsu untuk mencatat sesuatu pada ruangan 'content' tidak sehangat ber-blogging di komputer riba yang hilang bersama Baby Kenari beberapa bulan lalu. Walaupun kenderaan kepunyaan aku yang pertama tersebut ketika ini sedang bersemayam kembali di dalam rumah aku, namun tidak lah mungkin komputer riba tersebut bisa ikut pulang bersama.

Ada sedikit rasa malas untuk memula karangan ini pada awalnya, tetapi terfikir pula di benak fikiran aku yang sudah mula mengharungi alam penuh kesibukan tentang masa-masa lapang atau masa-masa di mana aku hanya termenung lalu dibiarkan fikiran diresapi prasangka, angan serta pemberontakan hati yang sebenarnya tidak lah ada faedah nya. Maka, aku kembali menaip di ruangan aplikasi ini.

Sememangnya aku lebih kerap dan berani bercerita tentang nasihat, pencerahan dan teguran. Namun entah mungkin dek kerana rasa rendah diri yang terlalu amat, aku agak takut menaip perkara yang lebih menguntungkan. Oleh kerana itu, ruangan ini lebih terisi dengan sampah sarap serta sesawang yang menebal.

Atau mungkin dahulunya, aku menulis adalah kerana fikiran ku sendiri dan untuk diri ku sendiri, tetapi setelah ramai yang menentang mata ke arah setiap huruf yang kususun di sini, maka aku mula merasa tidak jujur dalam bercerita. Hanya menulis mengikut citarasa orang padahal aku tahu kamu semua lebih gemar dengan cara aku sendiri.

Maka dengan itu, mulai malam ini aku akan mulai menulis sedaya upaya. Sedaya upaya kuperah segalanya supaya ada sesuatu keuntungan yang boleh kita kongsikan. Jika kamu nanti terbaca yang agak bertentangan di hati dan pegangan, boleh saja kiranya kita berbahas, berkongsi pendapat, serta berbagi-bagi ilmu di ruangan komen...sila kan..

Rabu, 11 Jun 2014

Bye

Maaf..
Setiap hari hari aku menjadi sebegitu sempit,
Puas aku mencari ruang yang boleh aku lapang kan,
Supaya boleh lah aku menenung mata bundar mu,
Serta menuliskan sesuatu tentang keindahan yang bersama mu,
Hari ini aku cuma mampu melukis wajah mu di langit,
Menggenggam tangan ini yg pernah menyentuh jari-jari mu,
Tidak lah mengapa,
Semoga ada yg boleh menjadi pengubat luka mu di mana-mana takdir yg kamu ketemukan nanti.

Bye.