Ahad, 15 Jun 2014

Alasan untuk sesawang yang menebal.

Tiba-tiba rasa macam nak update sesuatu kat blog yang dah lama tak terisi ni. Walaupun sekarang lebih mudah nak update selepas aku memuat turun aplikasi blogger daripada 'appstore'. Akan tetapi, nafsu untuk mencatat sesuatu pada ruangan 'content' tidak sehangat ber-blogging di komputer riba yang hilang bersama Baby Kenari beberapa bulan lalu. Walaupun kenderaan kepunyaan aku yang pertama tersebut ketika ini sedang bersemayam kembali di dalam rumah aku, namun tidak lah mungkin komputer riba tersebut bisa ikut pulang bersama.

Ada sedikit rasa malas untuk memula karangan ini pada awalnya, tetapi terfikir pula di benak fikiran aku yang sudah mula mengharungi alam penuh kesibukan tentang masa-masa lapang atau masa-masa di mana aku hanya termenung lalu dibiarkan fikiran diresapi prasangka, angan serta pemberontakan hati yang sebenarnya tidak lah ada faedah nya. Maka, aku kembali menaip di ruangan aplikasi ini.

Sememangnya aku lebih kerap dan berani bercerita tentang nasihat, pencerahan dan teguran. Namun entah mungkin dek kerana rasa rendah diri yang terlalu amat, aku agak takut menaip perkara yang lebih menguntungkan. Oleh kerana itu, ruangan ini lebih terisi dengan sampah sarap serta sesawang yang menebal.

Atau mungkin dahulunya, aku menulis adalah kerana fikiran ku sendiri dan untuk diri ku sendiri, tetapi setelah ramai yang menentang mata ke arah setiap huruf yang kususun di sini, maka aku mula merasa tidak jujur dalam bercerita. Hanya menulis mengikut citarasa orang padahal aku tahu kamu semua lebih gemar dengan cara aku sendiri.

Maka dengan itu, mulai malam ini aku akan mulai menulis sedaya upaya. Sedaya upaya kuperah segalanya supaya ada sesuatu keuntungan yang boleh kita kongsikan. Jika kamu nanti terbaca yang agak bertentangan di hati dan pegangan, boleh saja kiranya kita berbahas, berkongsi pendapat, serta berbagi-bagi ilmu di ruangan komen...sila kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan