Memaparkan catatan dengan label kesilapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesilapan. Papar semua catatan

Selasa, 26 Februari 2013

Putus Asa Ialah..?

Baru-baru ni,

Aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) demi menghadiri sesi medical check-up dengan doktor pakar. Memang tiap 6 bulan aku wajib berjumpa dengan specialist kerana mereka hendak memantau perkembangan tangan kanan aku yang masih sedang dirawat ini. 

Straight to the point lah beb!

Sebelum ni, aku sebenarnya tak faham putus asa tu macam mana. Ramai jugaklah yang selalu cakap ke aku,,''jangan putus asa!'' ''jangan menyerah!''..

Aku angguk jer, tapi aku tak faham atau tersalah arti, sebab aku ingatkan putus asa tu macam orang loser, nobe atau lemah bagai. Lagipun aku rilek jer happy2 suka-suka sana-sini...

So, baru aku faham setelah Dr. ...?? alamak lupa nama..ahh.. beliau menegur aku seperti ini.

''awak jangan putus asa, latih lagi tangan ni sebab masih tak kuat,, otot ni boleh kuat kalau awak push lagi..awak masih muda.. mesti semangat!! Saya tak pernah putus asa dengan awak,,saya selalu cuba memikirkan macam mana tangan awak boleh sembuh...''

Serius.. aku terharu woo masa tu, nak meleleh jugak air mata. Bertambah membara semangat ni.

Putus asa ialah .. berhenti berusaha. 

Titisan air pun lama-lama boleh menghakis batu yang keras walaupun makan masa bertahun-tahun. Namun, titisan air yang lemah itu tak berhenti menitis.

*masalah putus asa ni jugaklah yang buat berat badan aku terus meningkat*


Selasa, 31 Julai 2012

Ramadhan 2012 Day 11 - Gurau Kasar.

Sememangnya, masyarakat di mana-mana pun di seluruh pulusuk dunia ini mempunyai suatu tabiat dalam bidang pergaulan yang digelar 'bergurau' atau kata dasarnya 'gurau'. Gurau mudah kita dapati di dalam sejenis perbualan yang dikategori sebagai 'bual kosong' dan terdapat juga bagi seseorang yang suka mengusik dan juga bagi seorang yang lucu. Tujuannya, supaya suatu gelak tawa dapat dicipta. Begitulah makna 'gurau' yang aku fahami.

Seringkali, terusik pada gegendang telinga aku tentang suatu gurauan yang aku tak boleh terima iaitu kata-kata seperti, ''ohh..kau Islam rupanya.''.

Ya, niat memang hanya bergurau tetapi hati-hati kerana ia seperti kau mengkafirkan seseorang yang kau tahu dia masih muslim. 2 kalimah shahadah sudah menjadikan seseorang itu Islam, solat bagi mengukuhkan atau mendirikan tiang agama untuk dirinya sesudah dia percaya dengan Islam. Begitu juga dengan ibadat yang lain.

Berhentilah bergurau sedemikian rupa kerana mengkafir-kafirkan ini kerja orang munafik dan hipokrit. Memang terdapat ulamak yang menjatuh hukum mengkafirkan atau menyesatkan tetapi mereka punya hujah serta alasan di hadapan Allah azza wa jalla. Gurau itu ialah bual kosong manakala bual kosong itu sesuatu yang sia-sia dan perbuatan sia-sia itu dibenci Allah s.w.t maka, adakah gurau layak dijadikan alasan di hadapan Allah kelak?

Oleh itu, hanya Allah saja yang Maha Bijaksana serta Maha Adil dalam segala urusanNya.

Jumaat, 13 Julai 2012

Urusan Aku Dengan Tuhan?

Ramai di kalangan orang muda yang kurang pendidikan agamanya atau dasar katanya 'jahil' sering dimomokkan dengan kesusahan beragama sehingga berfikiran negatif serta memberikan anggapan yang sempit terhadap agama itu sendiri. Bagi mereka, kehidupan yang ditetapkan oleh agama itu mengongkong mereka atau membuatkan mereka tidak bebas untuk bersosial. Ketepikan dahulu perihal tentang golongan yang hanya cuba menipu diri mereka sendiri seperti Ateis atau Free-thinker dan kita tumpukan pada golongan yang masih mengaku beragama tetapi cuba berdalih dengan hukum yang ditetapkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Seorang lelaki melakukan kesalahan hukum di hadapan seorang temannya lalu ditegur oleh temannya itu dengan cara mengingatkan kepadanya akan tindakan Tuhan ke atas kesalahan tersebut. Jawapan yang biasa didengar daripada orang seperti lelaki ini selalunya ialah 'ini urusan aku dengan tuhan, kau tak perlu sibuk'.
Bagi kita yang ada sikap atau pemikiran seperti ini, apakah maksud 'urusan aku dengan tuhan' yang dimaksudkan oleh kenyataan seperti ini? Adakah urusan seperti 'taubat nasuha' selepas kehidupan kita terus bergelumang dalam kesalahan hukum tersebut? Setelah kekhayalan nikmat kesalahan atau dosa sudah menutup mata hati kita lalu berapakah tahap konfiden seseorang itu terhadap masa untuk taubat itu benar-benar disediakan untuknya? 

Tuhan memang bersedia untuk menerima taubat sesiapa pun walau hambanya itu membunuh dan merogol berjuta-juta orang yang tidak berdosa tetapi jangka masa hayat kita di dunia juga sudah bersedia untuk tamat sedangkan kita tidak tahu bagaimana Tuhan mengaturkan riwayat hambaNya. 

Sebagai insan, kita tidak pernah dapat lari dari dosa dan kesalahan kerana kita hidup di atas dunia yang fana penuh dusta dan celaka. Agama itu datang bagi memberi panduan kepada kita mengenai setiap sudut persoalan dalam hidup ini. Kita juga ditakutkan dengan Allah kerana kekuasaannya supaya kita mahu mendekati dan bergantung kepadaNya. Sedang manusia itu termasuk aku juga sering terpaling dariNya tetapi Allah tetap memberi pertolongan kala aku berduka dan teraniaya. Allah juga sedia mengampunkan setiap dosa hambanya yang ingin kembali kepadaNya dan memberi cahaya kepada sesiapapun yang dikehedakinya.

maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

(sempena menanti Ramadhan penuh mulia) 


Sabtu, 14 April 2012

Kritik-Ngumpat-Lone Ranger

Aku memang selalu mengkritik orang lain atau lebih mudah istilah nya ialah 'mengumpat'. Fuh. Bila tak suka dengan seseorang tu memang aku open table dengan member-member untuk mengumpat. Puas hati bila member-member menyokong segala luahan aku menceritakan kesalahan seseorang itu. Tapi seringkali ada yang menyangkal tapi ramai yang menyokong isi-isi pengumpatan aku. Kenapa aku mengumpat? 

Okay. Aku terangkan di sini kenapa aku mengumpat sedangkan aku tahu ia salah di sisi agama. Aku hanya mengumpat bila ada member yang membuka cerita dan aku tidak sesekali pernah membuka cerita kerana aku lebih suka berfikiran positif sepertimana anggapan aku kepada Allah saat Dia mengambil tangan aku ni. Aku akan join mengumpat tetapi tidak secara emosi seperti memaki hamun atau memanas-manaskan si pembuka cerita serta semua yang ikut mendengar. Aku hanya lebih gemar mengartikan perbuatan orang itu seperti contoh ''kenapa dia suka buli aku?'' aku akan jawab seperti ''mungkin dia ada masalah dan lebih selesa lepas kan kat kau'' macam tu lah lebih kurang. 

Tapi aku takkan biarkan orang itu terus dikritik dan sebelum dia dibenci, aku akan segera merapatkan diri dengannya kerana aku takkan pernah benci orang melainkan kezaliman yang dia lakukan, itupun aku lebih memandang kepada kezaliman tersebut bukan pelakunya semata-mata. Tujuan aku merapatkan diri ialah supaya aku boleh mengenalinya kerana sisi positif nya supaya aku boleh menukar pemikiran buruk aku terhadapnya.

Tapi, kini lebih baik rasanya aku menjadi 'lone ranger' kerana mengumpat itu sentiasa membawa padah. Selepas ini aku akan lebih menghargai orang seperti semua orang yang menghargai tubuh cacat ini. 


maaf kepada semua yang aku umpatkan. sesungguhnya engkau semua adalah yang terbaik.

Isnin, 12 September 2011

Kembali Ke Dunia

Dah 2 minggu Syawal ni, ada rasa raya lagi tak?
Enjoy lebih nampak! 
Macam melampau-lampau dah ni.
Sudah!
Keterlaluan sangat ni, lupa dunia akhirat!
Cukup lah!
Kembali ke dunia semula!
Poket dikeringkan nafsu yang gembira.
Gembira ,berseronok macam monyet!
Cara monyet berseronok pun aku dah lupa,
Tapi monyet pun lagi baik!
Dahi ni pun tak sentuh lantai lagi!
Adoi! Apa jadi ni? 
Imaginasi untuk enjoi bersarang dalam angan,
Tak ada dah angan untuk beli 'viva',
Mula-mula habiskan untung sikit-sikit ,
Lama-lama curi sikit modal,
Untuk di habis kan di sarang nafsu,
yang menggoyang-goyangkan.
Poket,kad atm dikorek-korek oleh nafsu,
Ah! Memang salah sendiri!
Sebab nafsu tu dalam diri.
Haish!~
Semua gara-gara enjoy atas perintah nafsu!!
Sudah!
Kembali ke dunia!

Rabu, 23 Februari 2011

Ubah Dunia Anda

Ada seorang teman yang perangainya amat teruk dan juga menyakitkan hati anda. Lalu anda berkata ''bilalah  si folan itu hendak berubah? naik sakit hati aku tengok.'' Apakah pendapat anda tentang ''sakit hati'' atau ''hilang sabar''? Adakah itu merupakan alasan untuk kita memburukkan si folan yang ternyata sudah buruk sikapnya? Siapakah yang perlu berubah? Apakah yang perlu diubah?

''budak ni memang menguji kesabaran aku''. Itulah persepsi yang salah dalam masyarakat kita tentang 'perubahan' dan 'sabar'. Kita perlu ingat bahawa seseorang itu tidak akan dirubah melainkan orang itu mahu mengubah dirinya sendiri. Jadi sebenarnya diri kita sendiri yang perlu diubah sebenarnya apabila seseorang itu melakukan perkara yang menguji kesabaran kita, yang sebenarnya Allah yang menguji kesabaran hambanya. Ia bertujuan untuk menguji kita berkenaan langkah yang akan kita pilih bagi mengatasi masalah tersebut sama ada kita menasihat,berdiam,mengata atau berdoa.

Jadi kitalah yang perlu berubah jika perkataan kita masih mengumpat dan merungut terhadap tuhan. Pemikiran perlu diubah oleh kita sendiri daripada terus menyangka buruk dan selalu fokus pada masalah tersebut tanpa mencari jalan penyelesaian. Hati juga perlu diubah supaya tabah dan sabar selain mempunyai sifat perikemanusiaan dan budi pekerti yang baik.

''ubah dunia anda sebelum anda hendak mengubah dunia''

Rabu, 12 Januari 2011

kegagalan

Ya..aku terlampau takbur dengan kejayaan berhenti merokok hari itu dan kini puntung-puntung rokok telah mula menghiasi bibir ku..Entah kenapa tiba-tiba ketagih itu datang semula. Hati ini  masih belum kuat sebenarnya untuk merempuh cabaran-cabaran hidup. Tapi selepas ini aku akan kembali berhenti jangan risau. grrrrr

Rabu, 20 Oktober 2010

pantang-pantang aku apabile....(hanye untuk lelaki bodoh)

1. bile di tanye die buat bodoh jer..pastu buat muke cam taik..
2. bile die rase die lar yg paling bagus sekali..
3. mempertikaikan kelebihan org lain khususnye kepade perempuan..
4. membahan orang cam babun kat atas pokok..
5. bile die x hormat orang tue.
6. bile dierg gaduh pesal bende2 x berfaedah..contohnye x puas hati bile ade org x tegur die..
7. pemalas..
8. mein handset sambil buat keje,makan,bersembang,etc
9. memperbodoh2kan orang perempuan walaupun kepade segelintir kaum perempuan ni yg sangap x tentu           pasal..
10. selalu fikir negatif dan x boley terime takdir yg dah ditentukan..
11.ambik kesempatan dengan kesusahan orang lain..
12.menganjing2 ngan orang..
13.mengaibkan orang lain..
14.kuat putus-ase..
15.x tepati janji...dan kuat menipu..
16.time azan boley gelak2 besar lagi..walaupun x solat la..
17.suke boros dengan perkare2 yg x berfaedah..

dan banyak lagi..tapi ini senarai kepantangan aku yg utame kepade kaum lelaki...secare jujurnye..perkare di atas x ditujukan pade sesiape...tp kalau ade yg terse...mohan maaf..ia hanye kebetulan.
dan sebagai lelaki..berusahalah menjadi pemimpin yg baik kat muke Bumi yg bakal pupus ni..

Sabtu, 24 Julai 2010

pahitnya rase lidah ni..

aku tak nak citer panjang sebab aku x nak gak membukak pekong di badan..tapi ntah macam ner...aku da mencarot dengan kuat nyer pada ''orang yang aku x putus-putus do'a kan...''dan amat lah ''pahit rase lidah ni'' aku terus istighfar dan mematikan kata-kata ku...
semua memang salah aku yang x bertamadun..bodoh nyer aku..tapi mujur ade abah aku yg memberi kan nasihat dan ilmu2 agama selame ni....ia membuat kan aku x der perasan ego dan mengakui kesalahan ku.....aku memang dah salah..hati aku dikotori mase tu sedangkan ramai yg mngakui..aku bukan seorang pencarut tegar..
aku dah pun mintak maaf kat ''dier'' yg tiada gantinyer..dan aku harap Allah S.W.T mengampun kan dose ku..

Jumaat, 23 Julai 2010

ulasan aku tentang PERANGAI2 negatif manusia.



  • BODOH = ORANG YANG SUKE BERFIKIRAN SEMPIT.
  • BANGANG = TIDAK MEMIKIRKAN PERKARA BURUK YANG BAKAL MENIMPA..DAH DITIMPA BARU KELAM KABUT..
  • GILA  =ORANG YANG SUKA MENGIKUT KATA HATI SEMASA MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA BERFIKIR PANJANG TENTANG KEBURUKANNYA..
  • DENGKI = ORANG YANG TIDAK SUKA DENGAN KELEBIHAN ORANG LAIN.
  • KHIANAT  = ORANG YANG MENGANIAYA SESAMA SENDIRI..
  • HIPOKRIT(MUNAFIK) = ORANG YANG SUKA BERPURA-PURA
  • PENIPU/PEMBOHONG/PENDUSTA =ORANG YANG MEREKA-REKA CERITA DENGAN TUJUAN UNTUK MEMECAH-BELAH , KEPENTINGAN DIRI SENDIRI ATAU MENGANIAYA..

itu adalah ntara perangai2 negatif yg sempat aku kaji..
harap2 kite terhindar dari semue ni..