Selasa, 3 Disember 2013

Peluang Kedua

Di usia yang masih muda dan terlalu mentah untuk sebuah kesempurnaan, aku percaya kepada peluang kedua di mana bila pernah kita tersilap lalu kita masih punya peluang kedua.

Gunanya bukanlah untuk dijadikan alasan untuk melupakan kesilapan dan kegagalan lalu tetapi lebih kepada memperbaiki dan belajar daripada kegagalan lalu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Seperti bermain playstation atau apapun jenis permainan video. Pada mulanya kita sering gagal tetapi kerana masih punya peluang untuk terus bermain, kita pasti akan mula bermain lebih baik dari sebelumnya.

Peluang kedua adalah untuk seseorang itu menjadi lebih baik dari sebelumnya ketika dia gagal. Bukan untuk mengambil kesempatan bagi mengulangi kesalahan seperti dulu.

Maka kita juga perlu berhati-hati untuk memberikan peluang kedua. Berhati-hati, bukan ego.

Rabu, 27 November 2013

Cinta

Aku banyak membaca buku-buku novel bergenre romantis. Aku mempunyai pendalaman dan penghayatan yang agak baik. Semestinya, sedikit sebanyak aku mudah terpengaruh dengan isi cerita daripada sesuatu karya terutama bergenre kan romantis.

Daripada sesuatu cerita itu, aku akan mudah tersentuh dan mengkagumi kata-kata, sehingga aku pernah berangan bahawa aku lah yang mengungkap kan kata-kata romantis dan syahdu tersebut. Dapat pula, baru-baru ini aku baru membaca habis buku Sayap-Sayap Patah hasil tulisan penyair dan pemuisi lagenda, Kahlil Gibran. Sebuah kisah romantis dan tragis Gibran dan Selma yang menyentuh hati.

Terkadang aku juga merasa bahawa wanita itu adalah merupakan sesuatu susuk inspirasi untuk menyusun sebuah ayat indah. Atau sebenarnya rasa cinta itu yang membuat dunia ini menjadi lebih luas buat kita?

Iya, aku rasa cinta itu yang membuat dunia ini lebih luas. Bukan sekadar pada wanita, tetapi pada sekalian manusia, diri sendiri, dan Tuhan.

Selasa, 19 November 2013

Alpa

Kita selalu lari dari apa yang pernah kita katakan sebelum ini,
Kita selalu biar kan diri melayang diterbangkan angin songsang tanpa kita peduli tentang apa yang bakal diperbuat,
Kita lebih suka dicucuk oleh jarum yang ternyata kelihatan,
Sambil kita tidak pernah hendak bertanya ,
Bakal ke manakah akan di bawa diri ini...?

Isnin, 18 November 2013

Sisa-Sisa Yang Tak Kelihatan.

Kita hanyalah sisa-sisa perjuangan,
Untuk sebuah perjuangan yang sebenar,
Perjuangan buat diri kita sendiri,
Juga perjuangan buat sesuatu yang berharga dan bakal kita tinggalkan,
Tapi kita hanyalah sisa-sisa,
Tiada siapa yang sudi melihat,
Semua duri yang telah kita telan,
Jangan biar ia tersia-sia,
Hanya kerana kita cuma sisa-sisa yang tak kelihatan,

Lihatlah Lebih Dekat

...Mengapa bintang bersinar?...
Mengapa sungai mengalir?..
Mengapa dunia berputar?..
Lihat lah lebih dekat..
Dan kamu akan mengerti..
Semuanya akan menjadi lebih baik..
Malah lebih hebat..
Buat kamu..

Ahad, 17 November 2013

Kisah Hambar

Wahai kawan ku yang sedang lara,
Masa lalu mu itu terlalu hebat,
Tak perlu kamu agungi pada ku,
Dan tak usah kamu perkecilkan yang kecil ini,
Lidah hanya mampu merasa,
Hati yang membuktikan,
Lihatlah bibir mu,
Tangan mu,
Kaki mu,
Ia menghambarkan kisah mu,
Dan kini,
Kamu berada dalam kegelisahan,
Kerana merasai kejatuhan,
Dari tingginya cerita mu,
Dari tingginya wibawa mu.

Khamis, 14 November 2013

Maaf Kan Aku

Aku memang laksana angin tak bertempat,
Bertiup nyaman bila ku tiba,
Kamu tidak sedar bila aku pergi hilang,
Kamu kembali kehangatan di seliputi bahang tanpa sedikit kasih,
Kelayuan malam sepi,
Menerbit rindu seisi kelam,
Di tepian pantai kamu merenung langit,
Agar ruhani yang terluka itu hilang pedihnya,
Kali ini,
Aku terpaksa melayang kembali,
Meninggalkan belenggu mu,
Maaf kan aku.

Rabu, 13 November 2013

Batu Tak Berganjak.

Di bawah angin,
Terpaut pada batu,
Yang terukir nama,
Yang terukir tarikh,
Di atas nya kamu pernah berdiri,
Melaungkan arah tuju,
Kerana kamu tidak punya anak panah,
Batu ini jadi tanda,

Di bawah angin,
Batu tak berganjak.

Selasa, 12 November 2013

Mereka Yang Berkongsi

Kuakui kepedihan mu,
Kuamati luahan hati mu,
Kurasa perasaan itu,
Aku tahu engkau jitu,

Maka tak usah ditekan emosi,
Aku ingin cuba memberi kata yang tersuai,
Buat engkau jauh dari keji,
Supaya engkau lebih jauh menjalani,

Apa arti diskusi?
Apabila didorong emosi,
Agar telinga keras itu diisi,
Oleh suara yang melembuti.

Ahad, 10 November 2013

Di Langit Pagi

Aku sedang di langit pagi,
Menjelang kemuncak hari,
Tapi tidak ku tahu tentang senja nanti,

Teriak ku pada pelangi,
Tak perlu engkau ada untuk menangisi,
Bila aku cuba untuk mendaki,

Biarlah dorongan tak terperi,
Untuk aku menjulang kelangit tinggi,
Seperti yang pernah aku idami,

Lihatlah aku berdiri,
Tanpa kudrat yang tak kembali,
Usah menangis lagi,
Kerana engkau aku masih di sini.

Khamis, 7 November 2013

Mestikah Ku Pilu?

Bunga yang layu,
Terlalu pilu,
Di puncak rindu,
Tiada lagi haruman itu,

Mekar kuntuman baru,
Tidak pula untuk ku,
Harapan pergi berlalu,
Mestikah ku pilu?

Gunung ganang sasa menghalang,
Pancaran mentari siang,
Menduduki kegelapan,
Tak bisa lagi melihat.

Rabu, 6 November 2013

Kebebasan dan TanggungJawab

Kebebasan itu memang sejak dulunya pernah berkali-kali dituntut oleh masyarakat di setiap peradaban dunia di setiap kurun dan dekad, hingga kehari ini, pastinya akan ada suatu gerakan, golongan atau pertubuhan yang dibina bagi menuntut kebebasan yang bilamana terjadinya pelbagai peristiwa seperti demo, pemberontakan atau perperangan. Seperti yang berlaku di tanah arab.

Aku sebagai seorang insan yang dilahirkan dalam beragama Islam yang ditradisikan daripada orang tua ku lalu aku masih terus menganutnya apabila angin usia bertiup ke dalam lubang-lubang pengertian dan makna yang membawaku bersama ke dalam nya, maka di dalam lubang-lubang itu aku teguh mempercayai bahawa agama ini adalah yang terbaik dan tersuai buat aku yang lahir di zaman penuh kekeliruan ini, bagi aku agama ini lahir daripada sebuah perjuangan menuntut kebebasan hak yang layaknya bagi manusia.

Jika diteliti kisah asalnya di mana hadirnya agama ini, apabila Nabi Muhammad s.a.w mengasingkan diri di Gua Hira' kerana kecewa dengan ketidak adilan yang berlaku di Mekah. Lalu malaikat Jibril datang membawa wahyu lalu memberitahu Muhammad itu ialah pesuruh Tuhan. Kemudian dipaksanya nabi yang tidak tahu membaca itu untuk membaca wahyu pertama yang dibawa oleh Jibril kepadanya. Aku pasti semua tahu kisah selanjutnya.

Aku menaip tentang perkara ini bukan untuk menunjuk kemuliaan diri sendiri kerana aku percaya bahawa kemuliaan itu hanya di sisi tuhan ku. Makna kebebasan hak itu telah membuahkan kerungsingan di atas pepohon fikiran ku. Kerana ramai yang mengecapi kebebasan lalu mensia-siakan anugerah itu untuk mendatangkan bala bencana. Seperti sistem demokrasi yang di mana rakyat berhak bebas memilih pemimpinnya, tetapi kenapa mesti ada provokasi yang mampu mencetuskan perbalahan?. Begitu juga pemimpin yang diperjuangkan oleh rakyat, mengapa mesti menyalah gunakan kuasa itu.? Perlu kita sedar bahawa jika sebelum itu kita dikongkong dengan sistem beraja mutlak dan monarki di mana kepimpinan hanya dimahkotai oleh golongan istana. Lalu rakyat berjaya menggulingkan sistem itu kerana mendakwa berlaku ketidakadilan dan rasa tertindas, lalu digantikan dengan sistem yang lebih bebas yang kita namakan sebagai demokrasi. Pemimpin berhak dipilih oleh rakyat. Bukan kah perbuatan seperti tadi mampu merosakkan merosakkan erti kebebasan tersebut?

Begitu juga dengan kebebasan hak seperti hak bersuara, hak bersosial dan sebagainya. Semua itu perlu disertakan dengan tanggungjawab. Kita perlu bertanggungjawab ke atas apa yang kita mahukan dan kita kerjakan. Contohnya, di negara ini, kelab malam bebas di buka sehingga larut malam, semua orang bebas meneguk alkohol walau melanggar prinsip atau adat namun kita dibebaskan untuk menikmatinya. Tanggungjawab bagi seseorang yang sedang dipengaruhi kesan alkohol itu supaya mengawal dirinya dan tidak membuat kacau atau mengganggu orang lain. Apabila berlaku sesuatu yang buruk maka orang ini mesti bertanggungjawab sama ada membayar ganti rugi atau dihukum. Kemungkinan juga kelab-kelab malam akan ditutup, tetapi ia hampir mustahil berlaku di negara berdaulat ini.

Perkara ini perlu dipelajari dan diketahui bahawa kebebasan yang kita kibarkan itu perlu ditiup kan dengan tanggungjawab. Seperti memacak bendera di kawasan yang berangin dengan harapan ia akan terus berkibar, namun jika angin berhenti bertiup? Mampukah ia berkibar sendiri? Begitulah kita yang memperjuangkan kebebasan jika tidak disertakan dengan tanggungjawab maka erti perjuangan yang dipadatkan dengan etika dan idea itu rosak pengertian nya. Semuanya tetap bergerak namun tiada roh malah merosakkan.

Oleh kerana itu, Jibril menyuruh Muhammad membaca meskipun sudah diangkat paling tinggi darjatnya di sisi Allah. Kerana Islam tidak pernah menyuruh penganutnya berpakaian seperti orang arab untuk menjadi Islam. Islam menuntut penganutnya belajar dan oleh itu makin tinggi ilmu nya maka makin tinggi kemuliaannya. Maksud aku, bukan jadi ustaz atau ulamak, tetapi pemahaman ke atas hak dan jatidiri itu. Perkara itu bukan islam saja yang ajar bukan?

Selasa, 5 November 2013

Tauhu Bakar

Suatu hari aku cuba menerbitkan sebuah sesi pendebatan atau diskusi ke atas sebuah perkara yang terlalu sepele jika ia dijamah dengan lidah fizikal. Mungkin kerana terlalu bosan dengan perbualan kosong maka aku terbit kan sesi dialog berkenaan 'tauhu bakar'.

Tauhu bakar ialah salah satu menu menarik di sebuah gerai di mana kami selalu melepak di malam hari. Ia adalah campuran kuah yang agak pedas, kicap, kacang dan tauhu yang dibakar sebagai bahan utama selain sayur seperti kangkung dan sengkuang. Oleh kerana makanan tersebut sangat bercampur-campur seperti rojak aku kurang minat untuk dijadikan sebagai pengisi perut. Manakala Akim, Angah dan adik aku Iza telah memesan makanan pelik tersebut untuk diri mereka masing-masing.

Aku melihat Akim agak obses dengan makanan yang spesial seperti ini melainkan aku yang hanya lebih gemar dengan nasi dan yang diolah dengannya. Apabila pesanan itu siap aku pun mula menguji keghairahan mereka bertiga.

Agak hampir 10 kali Akim, Angah dan Iza mengulang "sedap nya" sambil melahap aku pun mula bersuara, "sedap ke?".
Dari itu mula lah mereka mengutarakan hujah mereka dengan agak lantang terutama nya Akim yang berhempas pulas cuba meyakinkan aku untuk terpikat dengan makanan tersebut manakala iza hanya lebih cuba menikam dengan kata-kata berbaur sarcastic, tapi sorry Iza, sarcastic memang sesuatu yang mendalam tetapi saya perlukan hujah yang lebih straight forward dan sharing.

Akim hampir patah hati untuk memikat aku yang tetap berdegil untuk mengakui keenakan tauhu bakar tersebut apabila memberitahu yang aku tak suka kacang dan rojak. Dan Akim akhirnya berhasil apabila beliau menceritakan sedikit tentang ramuan yang menjadikan ia adalah sesuatu yang lazat, di situ aku cuba menyelami perasaan yang menjadikan mereka bertiga obses dengan tauhu bakar yang bagi aku memualkan.

Aku tetap tidak akan meminati makanan tersebut, tetapi aku tahu kenapa mereka menggemarinya. Itu ialah sebuah keghairahan atau 'passion' yang tidak ada pada aku terhadap makanan. Bagi aku, sambal lada dan gulai rendang ataupun kari yang dihidang bersama nasi bersama lauk-lauk berprotein sudah terbiasa memuaskan nafsu makan aku. Oleh kerana itu, aku lebih suka dengan Nasi Padang dan lepak di restoran mamak.

Kesimpulan daripada diskusi yang sangat kecil tersebut ialah, kita perlu menerima perbezaan orang lain selain turut mempelajari perbezaan tersebut, manakala perlu juga bagi kita berkongsi maklumat terhadap orang lain dengan hujah yang bernas supaya mereka juga memahami kepercayaan kita. Sambil, teguh dengan pendirian.

Jadikan perbezaan itu kepada sebuah istilah yang harmonis.

Ahad, 27 Oktober 2013

Benci

Benci. Aku suka dengan tweet daripada seorang teman jauh bernama Meya baru-baru ini. Iaitu,  benci itu tiada kesudahannya.

Aku sangat bersetuju, mungkin benci yang cuba disampaikan oleh meya ialah apabila kita rasa sakit hati dengan orang yang kita tidak senangi sedang orang itu terus menjadi lebih baik dari kita. Dan kita merasakan perasaan ingin menjatuhkan nya supaya kita menjadi lebih baik.

Aku rasa benci seperti itu ialah lebih kepada, iri hati serta dengki. Tidak senang dengan pencapaian orang lain.

Apabila Meya berkata bahawa benci itu tiada kesudahannya, aku teringatkan akan beberapa negara bergolak yang seperti tiada penyelesaian dan kesudahan.

Mungkin semuanya sudah ditetapkan sebegitu sehingga tiba masanya. Dan kita hanya belajar dan mengambil ikhtibar daripada semua perasaan benci itu.

Tak perlu tunggu sehingga datang akibat menimpa kita baru lah kita ingin sedar bahawa sifat benci itu adalah merugikan.

Jika kita gagal..belajar daripada kegagalan itu.. dan apabila kita berjaya..kongsikan kejayaan itu..

Kita memang tidak akan mampu merubah dunia melainkan semuanya bermula dari diri kita sendiri.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Insan 1

Sesiapa pun, orang dewasa hingga ke anak kecil...dan walaupun kita ini sekeras-keras nya ingin merendah diri dalam setiap perbuatan atau pertolongan, terkadang apa yang hanya kita ingin kan adalah hanya sebuah penghargaan. Penghargaan yang berupa hanya sebuah kalimah yang mampu di ucap tanpa merugi kan nafas dan keringat... iaitu..

Terima kasih.

Sebuah kalimah yang lebih berharga daripada sebuah bayaran. Walau sesuatu itu memerlukan bayaran, tetapi kalimah ini lah yang melengkapkan erti insan.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Sembunyi

Dalam diam ku melihat hadir mu,
Dari mata yang tak melihat mata mu,
Dengan hati ku menegur mu,
Dan kata hati tak bisa di dengar telinga mu,

Ketika mata sejernih embun itu,
Menitis ke dalam tenungan ku,
Kata-kata ku tak bernyawa,
Jiwa ku melayang, hilang,

Dalam resah ku ingin memanggil mu,
Dan menjadi awan buat mu,
Di atas langit berdua dengan mu,
Dan bertempat di dalam sanubari mu,

Aku layak berteman dengan nestapa,
Ketika kekeluan tiada kasih nya,
Aku layak bercinta dengan hampa,
Jika ku terus sembunyi kan rasa.

Khamis, 10 Oktober 2013

Bertanding Ke-nyaman-an.

Pernah kah engkau merasa,
Semasa engkau di perantauan,
Di sebuah negeri yang jauh asingnya,
Yang jauh dari mahligai yang kau bina dulu,
  Lalu datang suara yang meninggi kan,
Meninggikan tentang apa yang tak dia tahu dari mu,
Dari mu dia cuba membina ,
Namun telah pun kau punya di negeri mu,
Dan hanya engkau saja yang tahu,
Berulang-berulang dia memerli,
Menujah binaan nya supaya engkau tahu,
Tapi engkau sudah punya binaan itu di negeri mu,
Dan hanya engkau saja yang tahu,

Tapi apa daya yang engkau ada,
Engkau perantau untuk kehidupan yang baru,
Lari dari kenyamanan untuk mencari kenyamanan yang baru,
Bagi engkau,
Tiada guna engkau bertanding tentang siapa yang lebih nyaman,
Kerana engkau masih sedang mencari kenyamanan dan kedamaian untuk sisa hidup mu sendiri,
Bukan untuk diri nya...

Rabu, 9 Oktober 2013

Sebelum Hilang.

Terasa siksa ku bernafas,
Di antara dada yang kebas dan mata yang tidak lagi mampu menatap keindahan mu,
Dan aku hanya mampu menggeletar,
Kerana keperitan untuk meninggalkan mu sendiri, sesudah ini.

Apa yang ada di kelihatan ku ketika ini,
Ialah hujan lebat yang menyimbah mu,
Tak perlu engkau begitu menderita,
Semata-mata mengenang gelak tawa kita yang terpapar di layar itu,
Aku sentiasa ada jika engkau perlu,
Cuma aku tidak lagi mampu menyentuh mu,

Jangan lagi engkau bernafas untuk ku,
Tak terduga derita yang bakal engkau hadapi selepas ini,
Untuk bumi yang bakal membawa mu terus berputar,
Bernafas saja lah untuk diri mu sendiri...

Usah kau ulang putar segala yang terakam,
Biar kan ia tamat,
Dan apa yang ada pada mu,
Cuma ikhtibar nya,
Supaya engkau berdiri teguh di bawah mentari dan rembulan yang sering singgah menerangi mu,
Lalu seluruh anggota tubuh mu mampu berlari lebih pantas dari biasa,

Buka luas jendela kamar mu,
Walau tiada aku kau dapati,
Dan rasakan angin yang bertiup,
Mengibar tirai mu di setiap pagi yang baru,
Dan kau depa kan tangan mu,
Hirup lah udara yang pernah kau hembus kan untuk ku,
Serta udara segar yang masih kekal ada untuk mengasihi mu,

Tinggal kan tempat di mana kita pernah mengira bintang yang tersemat di langit malam,
Kerana apa yang menjadikan aku lebih tersiksa,
Apabila kesepian yang menggantikan tempat ku di sisi mu.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Percaya Mimpi

Bila kita punya impian,, yang sebenarnya melampaui batas kemampuan, kita mesti percaya yang kita mampu menggapainya di waktu-waktu ke depan, kerana mungkin kemampuan yang tinggal sekarang belum boleh kita nilai untuk masa hadapan, apa yang boleh menjadi kayu ukur bagi sebuah kemampuan itu bukan kemampuan semata-mata, tetapi sejauh mana usaha yang kita mampan kan dalam kekuatan serta keinginan dalam batang tubuh manusia ini untuk merealisasi kan mimpi-mimpi itu.

Maka dari situ kita baru boleh menilai tahap kemampuan yang kita bina daripada asa dan tekad seorang susuk manusia yang berusaha.

Jika sebuah cahaya mimpi itu tiba-tiba terpadam, walau sudah kehabisan darah dan keringat kita berjuang untuk mencapainya, Usah khawatir dan putus harapan, mungkin ada bintang yang lebih terang dan tersuai buat kita, cuma asal kan kita tidak hilang kepercayaan diri, kerana apabila sesuatu hilang, ia hanya sesuatu, tetapi jika hilang kepercayaan dalam diri kita, maka selayaknya kita bakal hilang segala-gala nya.

Kerana manusia itu, kerana punya kepercayaan, tekad dan matlamat nya lah, ia menjadi bukan sekadar daging yang hanya punya nama.

-terinspirasi dari filem '5cm'.

Selasa, 1 Oktober 2013

Hambar

Aku ada di sana pagi itu,
Di mana secangkir kopi menjadi nyawa,
Hembusan asap tembakau menjadi udara,
Kisah lalu menjadi suara,
Cerita semasa menjadi adat,
Masa depan menjadi pendapat,

Aku seorang diri malam ini,
Tanpa lampu yang telah dipadam,
Angin meniup berbahasa pilu,
Kesepian ku merenung nyawa,
Terdiam aku tanpa udara,
Suara lenyap,
Adat ditelan keadaan,
Pendapat hanya terpendam,

Hambar,

Ahad, 29 September 2013

Pergi Sekarang.

Bila engkau sudah yakin percaya,
Akan tempat mu itu ada di hatinya,
Pergi lah,
Pergi sekarang ke sisinya,
Atau jika tidak,
Engkau tinggal sahaja di hati ku,
Yang selama ini ku hias untuk mu,
Namun jika engkau mula percaya dengan nya,
Pergi lah,
Pergi sekarang....

Isnin, 16 September 2013

Khayal Hilangkan Masalah?

Aku masih sedang cuba untuk menerima pendapat segelintir atau umum nya para sahabat yang kalau dipandang melalui kalangan mereka boleh menjadi sebahagian besar yang mempunyai fahaman bahawa khayalan mampu menghilang kan masalah.

Maaf, sebelum kamu mula meneliti perkataan seterusnya ini, sememangnya aku tidak pernah berbicara tentang ini kerana aku boleh menerima atas apa yang mereka amalkan namun, aku tidak dapat menerima pendapat yang mereka cuba alaskan.

Masalah hilang dengan khayalan.

Khayalan yang aku maksud kan adalah berkhayal dengan bahan-bahan khayal seperti dadah dan alkohol contohnya.

Maaf sekali lagi aku pohon kan kerana aku bukan jenis yang melarang tetapi cuma memikirkan alasan itu. Bagaimanakah masalah boleh dihilangkan? Adakah mereka mengenal konsep khayal atau mabukan itu sebenarnya?

Khayal atau mabukan adalah apabila seseorang itu mula hilang daya waras nya sehingga kesan bahan yang di ambil itu hilang. Jika begitu, persoalannya, adakah masalah dan kegusaran itu hilang lenyap selamanya selepas kesan bahan tersebut hilang? Adakah begitu?

Atau khayalan itu adalah sekadar bius bagi menghilangkan sebentar rasa sakit ketika kita cuba mendapatkan ketenangan untuk berehat? Adakah begitu?

Jika ia dianggap bius yang mengebaskan tubuh fikiran supaya menangguhkan sebentar rasa sakit dek keserabutan dan kegusaran, jika itu alasannya aku setuju menerima nya. Tapi jangan kata berkhayal itu mampu menghilangkan masalah kerana orang lain yang sedang bangun mencari arah bakalan tertipu.

Kita tidak mampu menghilangkan masalah melainkan kita menghadapinya. Apabila kesan bahan itu habis maka kita akan memikirkan kembali masalah itu dan yang paling ditakuti sebenarnya ialah, masalah yang datang apabila sedang berada di bawah pengaruh. Maklum lah, dadah itu, seluruh authoriti dunia berjaya menewaskan nya dan ia sudah dikategorikan sebagai jenayah yang berat, adapun hukuman baginya adalah sehingga mencapai tahap hukuman mati mandatori. Bahaya untuk sebuah masa depan cerah yang kita rancang sejak kecil.

Kembali aku mengulang bahawa aku tidaklah sesekali berniat untuk mempersenda, tetapi mempersoalkan alasan yang khayalan mampu menghilangkan masalah. Adakah dengan menjadikan diri separuh waras mampu untuk kita memikirkan cara menyelesaikan masalah? Maaf, mungkin aku tidak mengerti perasaan mereka dengan amalan tersebut.

Bagi aku, ciptaan Tuhan itu tiada yang sia-sia walau nyamuk dan agas sekalipun, semuanya berperanan besar terhadap penghidupan dunia dan alam semesta malah juga untuk dunia akhirat.

Allah juga menyediakan pelbagai nikmat untuk manusia kerana kita dilengkapi dengan 5 deria untuk kita mengenal serta akal untuk kita berfikir. Kenapa akal diberi tetapi kita masih perlu berfikir? Kenapa Tuhan tidak memberi terus akal yang berisi penuh dengan ilmu kepada kita jika benar manusia ialah makhluk nya yang terpilih?

Aku akan cuba terangkan dilain bahagian. Cuma apa yang ingin aku katakan ialah, rasakan, nikmati segala apa yang telah Tuhan sediakan di langit dan di bumi, tetapi jangan lah sehingga berlebih-lebihan. Kerana semua nikmat itu adalah untuk difikirkan bukan membinasakan.

Tuhan tidak membinasakan melainkan kita yang meminta untuk dibinasakan.

Pengulangan

Seketika ini, saya cuba mengulang kembali atas apa yang pernah saya tegas kan di suatu bahagian lain sebelum ini, supaya anda tidak menganggap saya dengan sesuatu pemandangan yang berlebih-lebihan apabila membaca perkataan-perkataan yang saya sematkan di dalam blog ini.

Tidak lah saya yang serba kekurangan dari segi fizikal, mental dan ilmu pengetahuan ini cuba untuk memandai-mandai atau mengada-adakan agar dipandang mulia. Apa yang menjadi tujuan saya adalah mencari jawapan atas apa yang menjadi permasalahan saya sendiri.

Permasalahan saya itu bukan lah bermaksud saya yang bermasalah tetapi kejadian atau peristiwa di dalam lingkungan kehidupan yang membuahkan banyak persoalan di dalam pepohon pemikiran saya. Lalu, saya cuba kongsikan formula atau jawapan yang saya dapat kan dari persoalan itu melalui cerita atau kata-kata ringkas.

Mungkin saya bersikap paranoid ketika mengulang pencerahan ini, kerana ramai yang bersetuju dan mengambil ikhtibar daripada petikan-petikan daripada blog ini. Jutaan terima kaseh.

Dan doa saya yang anoyying ini,

Semoga berbahagia dan diberkati Tuhan.

Isnin, 9 September 2013

Bunga Api.

Ketika engkau keseorangan di dalam kegelapan,
Kau menghidapi kepiluan,
Kesepian yang amat menyakit kan,
Aku amat kenal perasaan itu,
Aku nampak kelibat kau bersama ia,
Dalam kegelapan aku terlihat engkau keseorangan,
Menulis di atas buku kesepian,
Ku curi lalu ku baca,
Aku sedar,
Engkau cuba untuk mengukir sendiri senyuman mu,
Namun luka hati mu semakin parah,
Engkau tiada mampu untuk bergerak,

Maka  hadir lah aku menghulur kasih,
Walaupun tidak pernah engkau pinta,

Ku bedah jiwa dan perasaan mu,
Kemudian aku temui apa yang terluka,
Ku letak kan penawar pada luka itu,
Semoga engkau tidak lagi perlu menderita dengan kepedihan itu,
Agar engkau kembali gembira dan tenang,
Selepas itu ku nyala kan bunga api pelbagai warna,
Aku mahu menghapuskan kegelapan itu,
Sambil engkau tersenyum melihat warnanya.

Apabila aku sudah bisa melihat wajah mu dalam terang,
Aku cuba menjadi pena,
Menuliskan cinta di atas buku catatan sepi mu,
Supaya engkau tiada lagi terluka,

Namun,
Apalagi daya ku?
Engkau sudah punya buku yang baru,
Dan buku ini telah engkau hapus kan,
Maka tidak lah lagi engkau baca tulisan cinta ku,

Kini..
Dalam terang engkau senang melangkah,
Senyuman sudah pun mampu engkau ukir sendiri,
Tak perlu lagi bunga api,
Tak perlu lagi pena ku,

Engkau sudah mampu melihat bunga-bunga penghias dunia,
Bintang-bintang penghias malam,
Serakan awan penghias langit,
Bunga api telah kau tinggalkan,
Maka fungsi ku tiada lagi buat mu,

Selamat tinggal aku ucap kan,
Semoga engkau masih dalam keadaan baik,

Kini giliran aku pula menanti kan seseorang menyalakan bunga api untuk ku..

Sabtu, 7 September 2013

Semata Kerdil

Serpihan kaca ikut menjalar bersama api,
Melukakan serta membakar,
Darah menitis tiada yang menadah,
Mengalir lah darah entah kemana,

Di dalam terang aku terdiam,
Di dalam gelap aku membisu,
Lidah ku lemah memberat,
Jiwa ku beku kepiluan,

Langkah ini mati,
Di hadang tembok tembaga yang tinggi,
Keraguan melakukan kekejian,
Mengganggap takdir sudah pun diketahui awal,
Maka rentak nya memaksa untuk diikut,
Kerana semata aku kerdil...

Khamis, 5 September 2013

Tiada apa yang kita lebih tahu

Kita manusia. Binatang yang berakal. Hamba. Musafir. Khalifah.

Tiada apa yang kita lebih tahu untuk masa hadapan. Jika hari ini kita temui kejayaan, esok masih ada dan tiada lah yang kita tahu dari nya. Jika hari ini kita temui kehampaan, esok masih ada untuk kita belajar daripada kelalaian.

Kita ini pejuang untuk diri kita sendiri. Berpantang undur sebelum mati, berpantang kesal sebelum melangkah.

Biarkan hari ini air mata membasuh luka kita, asal besok kita bisa kembali berdiri. Biarkan hari ini kita disiksa tiada dapat berkata, supaya suatu hari kita sudah bisa mendinginkan bahang lava merapi.

Kita terus kan berharap dan menggigih..kerana tiada apa yang lebih kita tahu di masa hadapan.

"The most coolest kid in Tampin"

"The most coolest kid in Tampin"

Aku masih sangat ingat title yang Ateng pernah berikan ke aku semasa menjalani pembedahan suatu ketika dahulu.

Sama ada beliau masih ingat atau tak, aku tetap ingin ucap kan jutaan terima kasih yang tak terkata buat beliau kerana ia sudah menjadi prinsip hidup aku kini. Aku ingin kekal tenang menjalani pelbagai proses.

Meski tak semudah kata-kata..

Aku tak kan sia-sian kan title ini.

Rabu, 21 Ogos 2013

Nak Kurus!!!

Aku nak kurus!!! Aku tak kira!!! Apa kah ini?!! Pinggul besar..Pinggang lebar..Perut buncit ya amat!

Haritu bulan puasa..boleh jer jaga diet..mulai raya jer..hambik kau nyah..selamat aku demam..kurang selera sikit..tapi juz kurang okay..bukan tak ada selera makan..still melantak habis-habisan tak pandang kiri kanan punya..

Ada yang kata aku dah slim sikit..tapi bila ada orang kata macam tu..aku syak dia ni saja ambik hati atau sebab dah lama tak jumpa. Then, aku akan buat-buat tanya.."iye ke?!" Haha..dengan tujuan nak tengok reaksi orang tu..sebab lazimnya lepas aku tanya balik tu..baru lah orang itu akan konfem kan balik apa yang nampak ni..

Sebagai contoh, dia akan jawab..."iya lah..diet ke? Jogging ke?" Haaa itu tanda betul lah tu aku berhasil..tapi kalau dia jawab "ada lah sikit" ..haaa itu tak ada lah tu..tadi tu kemungkinan besar dia saja nak ambik hati..ahakss..*padahal..sebab aku tak puas hati ni..apesal sikit?!! haha

Tapi aku lagi suka orang yang kahau lah..jujur gila.."weyh gemok" "mok" ahahahaha...diorang buat aku ni nak berlari lebih pantas..haihh tunggu lah engkorang..

Pertengahan bulan puasa kelmarin, adalah jugak turun 3 kg daripada 80 kg sebelum ni. Aku harap berat tu masih maintaine atau menurun lagi.. target aku 60-65 kg.. tadi nak timbang..mesen tu boleh rosak pulak. Huh kehampaan.


Isnin, 19 Ogos 2013

Persoalan Mati Untuk Hati Yang Terkunci.

Haih..
Benci dengan perasaan ni.
Perasaan di mana engkau punya banyak persoalan...
Dan engkau mengharapkan seseorang ini memberi jawapan...
Supaya engkau tak lagi gelisah..
Tapi jawapan engkau dapati..
Sangat tidak memuaskan..
Dan ada lagi jawapan di sebalik jawapan yg sebenarnya engkau mahu tahu..
Tapi engkau pula segan nak mengungkapkan persoalan itu..
Maka engkau diserabuti persoalan mati tanpa jawapan..
Apakah sebenarnya jawapan dari persoalan ini....?

...............................................

Di lembaran yg lain..
Engkau berharap supaya aku tidak mengharap kan mu...
Tapi bagaimana?
Hati ini sudah terkunci..
Hati yg jatuh pada mu ini bukan lagi gurauan..
Ini benar sebenar-benarnya..
Aku tidak mahu engkau kecewa, gusar, tertekan dengan sikap ku..
Maka oleh itu aku hanya kias kan segala isi hati ku pada mu dengan gurauan agar engkau tak menjauhi ku atau menganggap aku lain dari anggapan mu sebelum ini..
Bagaimana untuk aku tidak meletakkan hati ku pada mu .?
Aku tidak pernah memaksa mu untuk jadi seperti apa yg aku rasakan..
Aku hanya butuh jawapan mu..
Lalu biar hati yg terkunci ini bebas pergi..
Tanpa ada lagi persoalan......

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kahwin

Haaaaa..ramai jugak yg dah mula tanya aku.."pie bila nak kahwin"

Hahaha mak aku dah siap kenen-kenen bagai dah..haaaa abah aku jer yg tak pernah..yer abah faham dengan aku yg perlu jugak ada target.

Target apa eik.. ? Target lah..kira dapat kan target tu baru lah selesa nak buat keputusan nak kahwin ke apa..

Tapi bagi aku..walau dah sampai target tu pun..aku tak kahwin kot..entahlaa..

Apa? Kahwin tu macam bina masjid.? Masjid buat besar-besar kalau tak ada orang datang jemaah 5 waktu pun..lagi haprak tau...kalau tak diimarah..dijaga..baik roboh kan jer...

Aku akan kahwin..tapi kahwin tanpa sebab..true love okay...sapa pun makwe aku sekarang..aku biar takdir jer yg tentu kan..sambil aku menjaga hubungan...

Kalau lah makwe aku sekarang bukan jodoh aku di masa hadapan..time dia kahwin tu..aku nak nyanyi lagu...when I was your man kat majlis persandingan tu...hahaha baru lah tragis..hihi

The End

Okay..habis dah cerita pesal raya ni..macam-macam cerita sebenarnya yg aku nak kongsi ..tapi masa tu..tak banyak menyebelahi aku dan kita..yaa sokay lah tahun depan ada lagi kan? InsyaAllah..panjang umur..

Khamis, 15 Ogos 2013

Syawal2013 (beraya)

Haihhh..bila dah terlalu banyak aktiviti..masa jadi padat..oooo..tak ada ruang untuk aku meng-update content baru sempena aidilfitri ini seperti yg telah aku janji kan..ampun dan maaf dipinta...

Cuma hari ini, abang aku dan keluarganya dari selatan tanah air pulang ke Tampin..bukan hari ini, maksud aku semalam..haha..

Cuma hari ini, kami pergi beraya ke rumah sepupu atau saudara...di sekitar Tampin kemudian ke Seremban..yaaa memang sudah jadi adat resam atau arah tuju abang dan sibling yg lain bila di hari raya..

Namun, hakikatnya..kami masih beraya okayy..walaupun orang dah ramai yg ketika ini sudah pulang ke kota untuk kembali berkerja...tapi kami masih memeriahkan hari raya..

Memang penat dan letih sikit laa..but..still happening...merapatkan silaturrahim..yaa sunnah kann.? Luas sungguh ruang yg diberi Tuhan untuk kita memungut pahala...

Abang aku dan famili beliau ni..kalau balik baru lah function rasa nya raya ni..maksud aku, keluarga besar..kalau aku..semua benda function...haha..jarang ada yg bosan ..melainkan kalau benda tu kelam kabut atau terlalu strich tak tentu pasal..aku jadi kacau dan tensi...

Aku tak tau lah apa lagi program abang aku ni esok..walaupun tak lah semeriah tahun lepas..asalkan tak hambar lahh..lagi pun keluarga kakak aku dari utara tak balik tahun ni..its okey..jauh kott..kalau diorang balik..fuhhh abang ipar aku tu lagi fucntion..memang kaki jalan-jalan..fight habis..

Apa-apa pun, kepada yg masih beraya..harap jangan lupa batas-batas kawalan di atas landasan..kaya meletup macam mana pun kamu, ingat semua benda Tuhan bagi tetap ada had nya..jangan sampai lupa motif kita hidup di dunia ni..keseronokan di dunia bukan  terletak di hari raya..tapi cara kita memanfaat kannya..bila kita pandai memanfaat kan fungsi..kat situ baru kita dapat keseronokannya walau bertapa sederhana atau bertapa mewah sekalipun..

Don't leave yourself..

Ahad, 11 Ogos 2013

Syawal2013 (saturday)

Okay...hari sabtu di hari raya!!!!! Okay tak buat banyak benda pun hari ni..juz dok rumah sampai petang..sambil membincangkan pesal tayar van yg meletup masa otw pulang ke Tampin daripada Seremban malam semalam..Selamat si Aiman tu dok kendong iaitu tempat di mana kejadian ini berlaku..tak sampai 5 kilometer lagi pun dari Tampin yooo...thanks lah Aiman..

Yang kelakar nya..masa kitorang deal dengan dia melalui telefon..Si Aiman ni sedang sibuk layan movie kat rumah.. sampai dia tak tau jam dah pukul berapa masa tu..then, bila dia setuju nak tolong tu, Aiman ni sangka baru pukul 9 malam lahh..sekali dia tengok jam ...dah pukul 2.30 pagi woooo...dalam hati rasa menyesal jer kot..hahahahahaha!!!

Maka, terpaksa lah beliau datang tolong kitorang...thanks lah Aiman!! You are our Batman!!

Jreng jrengg

Berbalik kepada catitan hari ini...

Pukul 5 petang baru lah aku dengan Iza keluar di sampingi oleh Aboi...okey..aku memang selalu tak ada plan kalau  keluar dari rumah sebab apa yg penting bagi aku ialah feel..sebab mood itu kita yg buat okay..bukan ia yg datang..so..aku selalu jaga lidah aku daripada menyebut "tak ada mood"...kalau tak ada buat lah!! Sebab tu kadang-kadang aku tiba-tiba jadi joker atau kaki troll,  sebab nya pasal nak dapat kan mood lah..kalau tiba-tiba jer aku senyap tu..bukan sebab tak ada mood..tapi tengah berfikir...ehemm poyo jer kata tengah berfikir kan..? Hahahahaa. .padahal tengah frust..

Hari ni, aku punya Jarvis tak ada pulak..komrad lain tah hilang mana tah? Frust menonggeng ke apa diorang ni sampai tak keluar rumah hari sabtu...nak contact ..malas..biarlah..apa yg aku dengan Iza buat ialah sing-a-long lagu-lagu Bruno Mars dalam Baby Kenary.. memang Bruno Mars punya track adalah favorite aku ketika mendapatkan feel dengan udara luar..dan apabila nak dapat kan feel tersebut dengan cara yg lebih extreme..aku dengan Iza akhirnya punya plan... Plan yg memang sering kitorang gunakan sebagai alternatif untuk mendapat kan mood..plan ini kami gelar kan.."The Shekilot Escape Plan".. Hahahaa. .tak ada maknanya pakai nama bagai..kitorang karoke lah..walaupun dengan Iza dan Aboi jer..tapi tetap syok!!..

Then, lepak kopitiam sampai maghrib..


Jumaat, 9 Ogos 2013

Syawal2013 (penderhaka)

Raya....bila takbir bergema..
Jiwa menyepi dari dunia gundah..
Roh ini bagai di tarik jauh ke ruang kosong...
Hati jadi sayup..
Maka mata pun terpejam..
Salah satu yg kita pasti ingat ialah ..
ayah bonda..

Namun aku..?
Bagaimana dengan aku?

Hati ini yg telah terguris oleh rasa muak..
Cuba ku mengubah putaran..
Tetapi masa nya masih belum tiba..
Tiba-tiba permukaan halus dan rata ini terguris parah..
Darah mencurah membasahi kedamaian..

Aku terpaksa diam dan menghindar..
Daripada aku jawab ..
Lalu aku jadi penderhaka...

Syawal2013 (Jarvis)

Seingat aku, rasanya memang hari raya selalu jatuh pada hari Jumaat atau hari-hari yg dekat dengannya iaitu khamis atau sabtu..

Di raya kedua ini, nampak nya demam raya masih belum surut.. eh..bukan demam raya yg tu..maksudnya aku yg demam di hari raya,..haihh... nampaknya masih belum okey lagi..

Hari ni, aku bangun pukul 12.. Sebelumnya, aku ada terbangun sekejap sebab kepala tiba-tiba sakit..waaaa nak menangis woo..selamat Hanis ni ada..aku kejut kan dia dengan penuh manja dan rasa kasih sayang yg harmoni..aku harap masa dia bukak mata tu..dia nampak bunga-bunga cinta di wajah aku...hahahahahaa..eleeeehhh...sebab
nak mintak tolong dia picit kan kepala..kalau tak..selalunya..pakai kaki jer aku kejutkan dia..

Hanis ni sebenarnya dengan aku macam mana eik nak cakap..haaa tau kan filem Iron Man? Kira aku ni Tony Stark...Hanis ni aku punya Jarvis lah...Ehh mana aku tau dia yg nak jadi aku punya Jarvis..haaaha

Syawal2013 (Raya Pertama)

Di hari raya...okey demam semakin teruk...tak boleh nak bangun..nak bersin dan batuk pun dah tak larat...badan semua sakit..lemah.. kalau dah begitu cerita nya..alamat nya memang pagi tadi tak pergi sembahyang raya..pukul 1 baru aku bangun..

Hahaha..sebenarnya memang dah setiap tahun kitorang macam ni lahh..raya pertama ialah tidur sepuas-puas nya...apabila hampir sebulan kami menahan tidur demi berkah rezeki di bulan ramadhan...mana tak nya..pukul 4-5 pagi baru kami siap berkemas...

Lazimnya..raya pertama ni, petang bar keluar beraya...semasa buat review ni aku sedang lepak-lepak di restoran mamak paling aku feveret kat Tampin..Restoran Kari Kepala Ikan atau aku lebih suka menyebut Tandoor yg merupakan nama lamanya..

Yaaaa...pack oooo...dekat setengah jam pun tak dapat order lagi...

Ohhh yee...sebelum ini kami pergi beraya ke Kuala Linggi..ke rumah mak si Hanis. Ada tragedi kelakar tadi kat pondok depan rumah tu...hahahahaha

Papan nya dah reput...aku pergi bantai baring..ambik kau..SummerSlammmm!!!

Syawal2013 (MalamRaya)

Untuk ke sekian kali nya...aku akan menukil lirikan syawal di dalam blog ini..okey lahh ..daripada tak ada apa nak diisikan...takut nanti lama-lama dibiarkan berkarat pula..

Aku akan update aktiviti seharian...

Bermula daripada malam mantai...sehingga tenang kehangatan syawal...

Insyaallah..

Malam raya..aku tak pernah ingat bila kali terakhirnya aku join masyarakat pergi bertakbir..kerana saat itu, selalunya aku mencurah keringat di bazar Ramadhan..aku rasa semua tahu kot apa aku buat..aku berniaga..

Malam terakhir ini selalu jadi hikmah buat kami yg kesempitan...Alhamdullillah..di Tampin..cuaca baik sehingga ke hujung malam..

Cuma yg tak seronok nya..tiba-tiba demam.. sebenarnya aku nak post content ni malam tadi...tapi demam teruk yg melanda buat aku tak berdaya nak mengetik touch screen ni..

Hasil jualan malam tadi..Alhamdullillah..sangat memuaskan..lepas jugak 4 angka walaupun barang dah tinggal sikit..

Apa yg lebih bahagia daripada itu, ialah aku berjaya puasa penuh, macam 2 tahun sebelum ini..

Haaaa...rindu nya aku pada bulan Ramadhan..semoga jumpa lagi..

Khamis, 8 Ogos 2013

Ramadhan2013 (the end)

1 jam sebelum menjelang malam raya..kuasa tubuh ku tiba-tiba lemah..bersin dan batuk tiba-tiba menggila..berhembus keluar daripada rongga wajah ku..berulang-berulang ku ucapkan Alhamdullillah...kerana aku masih bernafas.

Tiba di bazar ramadhan, ada yg melelong..disuruhnya pengunjung menghabiskan jualannya..tiba-tiba beliau berteriak..; "cepat2 ..dah nak berbuka ni"

Aku tersentak...berbuka di ramadhan hari yg terakhir..

Rabu, 7 Ogos 2013

Biarlah.

Mudah untuk ku cerna hembusan keji mu, kumatikan gegendang ini demi tubuh ku mendaki, tak akan mungkin kuhentikan sendi-sendi ini untuk mengungkap kegigihan, kuperkasakan asa ku sebagai perantau di dunia asing ini, walau wujudku jauh terasing daripada alam gelora, gelora senyap yg mengadu domba, aku masih punya jalan yg terbina sendiri, biar berduri dan biarkan beranjau, asalkan aku masih kenal tanah di mana aku menginjak, aku tahu arah mana yg aku tuju....

Biar sirah leher ku, biar luka wajah ku, biar terhiris langit ku, biar kasar wajah ku, biar gugur keringat ku, biarlah..

Aku mahu kejar arah yg aku tuju daripada kupedulikan setan mu....

Isnin, 5 Ogos 2013

Ramadhan2013 (Shopping!!!)

Raya dah nak dekat ni...mesti kamu orang semua dah mula berlegar-legar kat shopping mall atau bazar ramadhan mencari pakaian baru untuk raya ni kan? Normal lah kan cari pakaian baru sempena hari raya, yaa samalah macam kita cari pakaian bersempena sesuatu majlis atau cari baju seragam kerja ke...hehe lebih kurang lah kan?

Apalagi hari raya..hari di mana kita bakal berjumpa keluarga, sahabat yg pulang dari rantau, rakan sekerja, rakan sekelas, sekampus dan sebagainya...mesti nak tunjuk kita ni bergaya ye tak? Waaa paling aku jeles apabila melihat sesebuah keluarga yg pakaian raya mereka..waaa seragam tu...kadang-kadang ada yg nak matching kan dengan warna cat rumah..haaa pun ada tau...

Memang normal sebenarnya...penganut agama apa pun kalau perasan laaa..mesti diorang akan bergaya dan berhias habis bila tiba hari besar..Rumah pun akan dihias habis-habisan menjelang hari itu...apapun suku..mesti akan buat macam tu..

Semua perkara ni terjadi kerana, salah satu nya yang aku faham ialah...

Bila tiba sesuatu hari besar macam hari raya ini...masyarakat akan melakukan aktiviti ziarah menziarahi ke rumah-rumah saudara, sahabat atau jiran tetangga..kerana itu lah hari di mana tak ada yg merasa curiga...semuanya sedang bersenang hati..so..sepanjang hari raya adalah rumah terbuka..

Then, bila tetamu datang rumah tak akan lah kita sambut diorang pakai baju pagoda yg bawak pergi kebun dengan kain pelikat? Bukan sebab takut rasa terhina tapi trtamu yg datang mesti rasa janggal lah.."apa diorang ni tak raya kah?"

Kita pun tak kan lah tak beraya kot rumah orang..diorang nak sedekah tu..tak baik tolak rezeki..mesti kena pergi wooo..terasa pulak member tu nanti..bila pergi rumah orang tu.. kita mesti mau nampak smart maa...

Cuma berpada-padalah berbelanja tu..kalau tak dapat beli pakaian baru..jangan lah sedih macam mati anak..pakai jer lah baju-baju smart yg sedia ada..tak kan tak ada kan? Yang kamu orang borong masa mega sale dulu tu..tak kan sedekah kat mangsa tsunami kot...

Buat lah apa pun untuk raya ni..just kena ingat jer dengan orang-orang yg di bawah..laaa macam kamu orang borong makanan iftar banyak kat pasar ramadhan tu then tak habis tu..ada orang tu tak dapat apa pun untuk raya ni..ada yg rumah pun macam reban..tapi diorang still bersemangat jugak nak raya...kita ni, bapak tak belanja stokin raya pun *molotuih-lotuih ..padahal kalau dikumpulkan stokin yg dia ada dari 1haribulan januari sehingga 29 ramadhan...mau dekat dekat 30 dozen dah stokin...hahahahaha..rilek lahh...

Apa-apa pun..selamat beraya sakan lah eyy...

* molotuih-lotuih - meletus-letus.

Ahad, 4 Ogos 2013

Ramadhan2013 (Erti Mengerti)

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua..lalu kita bakal dihadiahkan dengan hari paling berbahagia iaitu Hari Raya Aidilfitri...

Meskipun ada yang akan berkata ramadhan atau raya kali ini bosan dan tak meriah seperti tahun sebelumnya..bagi aku itu bodoh..kerana orang itu akan mengulanginya setiap tahun bila tiba ramadhan dan syawal...

Ramadhan, aku sukakannya kerana aku bisa melatih mental serta moral yg sering melampaui batasan...aku rasakan peperangan itu...menentang nafsu sendiri...disamping aku berasa hormat terhadap golongan yg tidak bernasib baik dan tak semewah aku...

Syawal, aku suka kan nya kerana di hari pertama itu aku merindui kehangatan ramadhan lalu akan aku ubati rindu itu dengan kebahagiaan hari kemenangan ini...mengubat rasa rindu itu sesuatu yg menyeronokkan bukan?

Begitu lah cara aku mengerti kan dua bulan mulia ini...biarlah kegembiraan itu  sedikit..asalkan aku masih bisa bersyukur....

Pusara Buat Luka mu.

Biar aku jadi rembulan mu meskipun tak pernah terungkap..Biar aku jadi mentari mu meskipun tak teranggap..Biar aku warnakan dunia mu meskipun tidak terharapkan..Biar aku jadi udara mu meskipun bukan pilihan mu...Asal bisa aku selimuti hati mu yg beku..Asal bisa aku jadi pusara buat luka mu...Asal bisa aku mengukir cinta di atas nisan sepi mu...

Meski tak kaurasakan..Aku hanya ingin melihat ukiran senyuman di wajah hati mu yg sepi..

Sabtu, 3 Ogos 2013

"Beliau"

Walaupun aku selalu mempersoalkan tentang tindak tanduk beliau, tapi sememangnya aku lah yg lebih faham dan lebih tahu atas apa yang beliau putuskan.. sebab, cara dan akibatnya..semua yg beliau putuskan itu, memang aku lah yg lebih mengerti...

Sejak dari kecil aku bersama beliau..cara dan kaedah beliau itu aku lah yg lebih mengerti...beliau tak akan melakukan semua keputusan dengan membuta tuli dan tergesa-gesa...aku tahu apa yg beliau fikirkan dan juga aku tahu bagaimana dan bila bila masanya beliau memikirkan...

Yaa, kamu orang boleh kata beliau ontok, lembab dan tak cerdik mana pun...tapi kamu orang nampak kan bagaimana hasilnya?

Kamu orang tahu kan beliau itu tegas? Bukan tegas ke atas orang lain akan tetapi ke atas dirinya sendiri.. Sebab itu kami tetap santai walau apa pun malapetaka yg datang.. jangan memandai-mandai menuduh kami menyusah kan beliau... kerana beliau tahu yg kami ini memerlukan beliau sampai bila-bila...dan sejujurnya itu benar..

Tidak kah kamu orang nampak apa yg selalu dibincangkan? Apa yg selalu dipersoalkan? Apa yg selalu diceritakan oleh beliau? Tidak kah kamu lihat atas ketulusannya berkata-kata? Ini bukan soal akhlak dan moraliti beliau...tapi prmikiran kompleks beliau...

Jadi apa yg kamu tahu tentang beliau? Bukan sejarah...tapi peribadi beliau... Adakah kerana beliau mengambil sikap berjaga-jaga dan merendah diri anda rasa beliau itu terbelakang??

Tidak juga kah kamu memikirkan akan mana-mana orang seumur beliau yg masih membanting tulang seperti beliau?

Kenapa kamu begitu naif berfikir?

Cuma jutaan terima kaseh juga hendaknya buat semua insan yg rajin serta sudi memikirkan kami daripada diri kamu sendiri yg lebih terkontang-kanting...tapi maaf bila aku terdiam merubah wajah mengetap bibir bila anda berbicara dengan ku...

Kerana anda tidak mengerti tentang beliau...

Jumaat, 2 Ogos 2013

Ramadhan2013 (Typical Judgers)

Haihh... Pejam celik pejam celik.. kelip kelip mata.. tarik nafas hembus nafas.. tidur bangkit tidur bangkit.. berdiri duduk berdiri duduk.. berlari berjalan berlari berjalan..setelah matahari bulan silih bergantian.. sahur puasa buka sahur puasa buka....subuh zuhur asar maghrib isyak teraweh.... sibuk sungguh bulan Ramadhan ni... Baru sedar, tak sampai seminggu lagi Hari Raya AidilFitri bakal menjelma....

Setakat Alhamdullillah..dengan redha Allah yang maha kaya, puasa aku masih belum miss.. semoga dapat bertahan seperti ini sampai bila-bila di masa aku wajib berpuasa.

Di bulan Ramadhan ini, ibadah yg kita dirikan sebenarnya boleh dikatakan 10 kali lebih ikhlas berbanding bulan-bulan biasa mengikut kajian-kajian para intelek. So , sebenarnya tak hairanlah kalau ada kawan-kawan kita yg tiba-tiba jadi alim, tiba-tiba pergi masjid dengan kerap, pandai tegur orang yg melampaui batas agama atau pokok nya tiba-tiba jadi alim lah...

Ada jugak kes yg macam ;

"hek eleh polan tu..puasa konon tapi tak solat buat apa!"

Hoiii gang..apo kono kau?! Polan tu tak solat memang salah lahh..sebab itu wajib...tapi polan puasa tu betul lahh sebab itu pun wajib jugak... jangan nak poyo laa gang.. kalau dah mantap tu mantap kan sekali moral lu tu..biar orang pun boleh respect sama lu..

Selain tu..;

"Polan tu kata dia puasa, tapi umangai.!! Kemain seksi lak aii!!"

Bro...tau kan apa dia perkara yg boleh membatalkan puasa? Ada tak mana-mana nas yang kata tak tutup aurat batal puasa?!! Lu jaga lu punya mata sama lu punya iman sudah...ujian tuu...baru Tuhan nak buang dosa kau..hampeh punya cai... Memang lah polan tu tak tutup aurat salah sebab itu kewajipan..akan tetapi yang dia berpuasa tu dah betul lahhh.....sebab puasa tu pun wajib okeyyyy!!!!

Sebenarnya lah kan...

Bulan ni adalah bulan di mana kita punya ruang dan peluang besar untuk memperbanyakkan pahala...setan kena ikat tuuu...tak ada yang nak bisikkan was-was kat telinga kita dah...so yang duk judge  tak tentu pesal ni, dari mana datang setan kau?!

Ada yang guna istilah 'iftar' menggantikan istilah berbuka puasa...okay apa?!! Bahasa arab poit!! Ada yang kata poyo, sebab tak ikhlas... dalam hukum bahasa, tatabshasa, grammar, nahu saraf...tak ada pulak ketetapan yg kita kena ikhlas dari hati nurani syahdu untuk menggunakan sesuatu istilah..? Pliss respect lah weyyy...

Selamat Berpuasa untuk baki hari yg tersisa..

Isnin, 29 Julai 2013

Nota Mengarut

Aku dah luahkan segala perasaan,
Perasaan paling dalam di lubuk hati kecil ku,
Memang engkau senyum dan mengiya lalu menerima,
Tapi jiwa seorang pendamba cinta mu itu perlukan perasaan mu,
Memang mustahil hubungan ini,
Tapi aku hanya perlu jawapan sebenar mu,
Yang cuma di hati mu,
Hanya aku.....

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan2013 (Lelaki Di Dasar Ngarai.)

Di sebuah kawasan gurun lagi terpencil,
Terdapat sebuah ngarai yg tinggi,
Di dasarnya kelam,
Gelap-gulita,
Tiada cahaya tiada kehidupan,
Apatah lagi tamadun,
Tiada banyak udaranya,
Tiada juga airnya,
Sunyi sepi,

Seorang lelaki memencilkan diri,
Di dasar ngarai penuh kesempitan,
Bagi nya tiada lagi harapan di atas itu,
Baginya di atas itu,
Telah sirna,
Telah menular virus kebencian,
Dia terselamat dari virus itu,
Kerana dia berjaya lari,
Lari dari terjangkiti,

Katanya;
Biar saja aku mati di sini,
Daripada aku hilang kebahagiaan di depan mata ku sendiri,
Daripada hati ku mati,
Daripada jiwa ku mati teraniaya,
Lebih baik aku menyepi di dalam kegelapan ini,
Sungguh kegelapan ini lebih membahagiakan,
Lebih mendamaikan,
Biar tubuh ku luka,
Daripada hati ku terluka,
Biar tubuh ku lemah,
Daripada aku hidup dibelenggu,
Biar saja aku bersengkang mata berwasda,
Daripada aku dibuai mimpi palsu...

Dunia hitam,
Lebih hitam daripada kelam nya di dasar ngarai itu,
Dunia yg lebih gawat daripada gurun yg terpencil ini,

Dunia hitam,
Tapi kita lah pelukis nya,
Kita lah pewarnanya,
Kita juga lah yg menjurikan ia,
Mengapa mesti kita tinggalkan?

Dunia hitam,
Setelah dihitamkan,
Mengapa cari lagi kegelapan?

Matahari itu tetap bersinar..bukan?

Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan2013 (Bermula Kembali)

Bulan Ramadan,
Bulan puasa,
Bulan penuh barakah,
Bulan mulia,
Bulan memantapkan keimanan dan kesabaran,
Bulan yg ada nikmat di siang dan malamnya,
Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka,

Apalagi yg terbaik di bulan ini?

Tak terkira banyaknya,

Aku lahir dalam keluarga serta suku yg biasa berniaga,
Pergi mati sama akal mereka yg berkata otak mereka berbakat besar dlm berniaga,
Aku lahir dalam keadaan di mana otak ku terbiasa berniaga,
Keluarga kami pernah hampir sukses,
Tapi Allah saja yg tahu,

Kali ini aku tak boleh gagal lagi,
Tak akan tamak lagi,
Tak mahu menaruh harapan tak setanding bayang-bayang lagi,
Bermula kembali dari bawah,
Bermula dari apa yg orang-orang sukses mula kan,
Bermula dari apa yg orang-orang yg diberi nikmat mulakan,

Bismillahi rahmani rahim....

Selasa, 23 Julai 2013

Kegelapan Di Sampingnya.

Sebuah kegusaran berdiri bersamanya kegelapan,
Kegelapan yg juga hadir di waktu siang bolong,
Aku ingin berundur diri dari musibah ini,
Tetapi kegusaran yg masih cekal berdiri itu mengunci bibir dan lidah ku,
Sedang kegelapan itu memujuk.-mujuk ku ke pangkuannya,
Aku benci perasaan ini,
Nak dibiarkan..tapi ia kepunyaan ku, mesti dipulangkan..
Jika bertindak, takut malapetaka menimpanya,
Kadang aku rasa ingin persetankan saja kegusaran itu,
Tapi aku tak mampu berbuat demikian,
Aku lemah....pengecut...

Allahu... Tuhan ku....
Tenang kan lah jiwa ini,
Sesungguhnya jiwa ini milik Mu...
Aku hamba Mu yg pencundang,,
Gagal sama sekali mentadbir jiwa pemberianMu ini,

Allahu... Tuhan ku....
Hanya pada Mu sesungguhnya kuserahkan semua ini,
Tuntun lah aku ya Allah....
Bimbing lah hamba Mu ini ya Allah...
Karna,
Hanya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu...

Hanya pada Mu.....kubermohon....

Jumaat, 19 Julai 2013

Persoalan Ku Buat Mu.

Apa yang sukar buat mu?
Apa yang menjadi kan kegusaran di fikiran mu?
Apa yang memedihkan hati mu?
Apa yang membebani pundak mu?
Apa yang perlu mengalir dari kelopak mata mu?
Apa yang mengikat tangan dan kaki mu?
Apa apa apa?

Apa yang sebenarnya terjadi pada mu?
Apabila waktu itu tiba engkau duduk termanggu seperti terbelenggu..
Apabila waktu itu pergi engkau melayang terbang seperti bersayap..

Aku bukan siapa-siapa untuk memaksa,
Aku hadir di sisi mu untuk mengingatkan, sesudah itu aku akan berdiam dan berdoa....untuk mu dan untuk ku..

Khamis, 18 Julai 2013

Ramadhan2013 (Bersujud)

Menurut tarikh yg tertera di ruang catatan ini diterbitkan, telah masuk hari ke-9 kita berpuasa fardhu di bulan Ramadhan tahun 1434 hijrah ini. Alhamdullillah, sampai setakat ini, aku masih dapat bertahan untuk berpuasa dan semoga aku bisa lebih mantap lagi berpuasa di hari yg mendatang. Syukur yg tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan redhaNya, aku masih di beri peluang untuk menikmati limpah rahmatNya di bulan Ramadhan tahun ini.

Berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib
bagi umat Islam. Ia adalah rukun islam maka ia adalah perintah yg wajib sama seperti solat 5 waktu sehari semalam. Manakala, wajib itu tiada istilah "yg lebih wajib" atau "yg tak berapa wajib" wajib tetap wajib dan tiada pilihan buat kita untuk memilih ibadah fardhu mana yg kita hendak kerana ia adalah rukun serta suruhan daripada tuhan yg wajib disembah bagi kita seorang muslim yg meng-imani tuhan yg maha esa iaitu Allah Azza Wa Jalla. Dan tiada tuhan selain Allah. Cukup saja Allah yg Maha Satu itu untuk kita sembah dan percaya.

Aku ialah seorang yg agak liberal dan bebas melakukan apa sahaja aku hendak kan di ketika hidup ini, perkara-perkara fardhu seperti solat khusus nya juga tidak selengkap mana aku diri kan, terlalu banyak yg aku sengaja tinggalkan kerana ibadah keduniaan yg kadangkala tiada manfaat apa pun, aku terlalu sedar akan perkara tersebut. Namun, aku tetap berpegang kepada prinsip bahawa aku percaya akan kewujudan suatu kuasa yg membekal oksigen untuk aku bernafas, dan oksigen itu tidak terkurang selama aku hidup, yg Maha Kuasa itu ialah Allah SWT. Walau terlalu sekian lamanya aku pernah terlupa tapi jika aku kembali mencari Allah di kala aku menghadapi kegawatan, Dia tetap ada menghulurkan rahmat serta jalan penyelesaian, maka mana mungkin aku bisa tegar melupakan Allah apatah lagi menentangNya.

Oleh kerana itu, aku sebenarnya benci apabila mendengar kata-kata kesat yg diselitkan dalam rungutan ketika menghadapi kesusahan seperti sakit. Maaf ya sahabat, aku bukannya nak tunjuk alim atau menghindarkan engkau dari berbuat dosa, kerana jika mengingatkan engkau akan dosa, kau akan seperti beranggapan bahawa Allah itu bukan siapa-siapa tanpa Syurga dan Neraka, aku sekadar mengingatkan engkau bahawa Allah tidak zalim untuk menganiaya engkau sehingga engkau perlu mengumpat akan Nya, bersyukur dan terhutang budi lah kepada Allah yg memberikan engkau nikmat yg tak akan tertukar dengan harta dan ilmu mu itu. Ini lah sebenar-benar jasa yg engkau perlu berasa berterima-kasih.

Oleh itu, kepada siapa engkau hendak berterima-kasih? Adakah kepada pemerintah, para bangsawan atau para intelek? Janganlah engkau zalim ke atas diri mu sendiri kerana mereka itu bukan siapa-siapa tanpa terima kasih mu walau sebenarnya kita wajib untuk berterima kaseh tetapi mereka tetap tergugat jika engkau tidak berterima kasih kepada mereka. Berbanding dengan tuhan mu yg tidak mengharapkan apa-apa darimu setelah Dia yg sebenar-benarnya mengurniakan engkau pelbagai nikmat sehingga hati mu bisa damai tanpa mengambil apa-apa dari hasil usaha mu. Malah Allah minta sedikit nikmat kita itu dikongsikan bersama golongan yg sebenarnya menjadi ujian buat kita., itu maknanya, nikmat yg kita punya berlebih dari apa yg sepatutnya tersuai buat kita. Allah itu ternyata lebih tahu bukan?

Maka nikmat tuhan mu yg manakah yg engkau mahu dustakan?

Maka ingatlah wahai sahabat, aku bukan ingin menjadi Pak Syeikh atau menunjuk alim kerana aku juga bukan lah sebaik mana, tapi ingatlah tentang nikmat yg lebih besar atau hikmahnya. , jika engkau sakit ., bersyukurlah kerana sebelum ini engkau sudah sekian lama menikmati kesihatan, maka tak mungkinlah apabila engkau sakit sekali-sekali lalu engkau lupakan semua itu? Aku bersyukur apabila Allah menarik nikmat tangan ku, yg sekian lama aku mencungkil bakat bersamanya, di masa aku sudah mula dikenali dengan bakat ku, Allah menarik nikmat tersebut, ya..mungkin Allah mahu aku hidup tanpa tangan dan Allah tahu aku mampu kerana Allah tidak akan memberi ujian seperti ini jika aku tidak mampu menghadapinya. Dan ternyata kerana penerimaan ku, menjadi kan aku lebih popular dari bakat ku. Dan dalam keadaan itu aku menjadi rendah diri dan kerana itulah aku bersyukur kerana aku pasti hidup meninggi hidung jika ketika ini aku beranggota lengkap..dan banyak lagi sifat buruk yg akan ada pada aku jika aku beranggota lengkap. 

Faham kan wahai sahabat? Ingat akan nikmat dan hikmahnya serta bersyukurlah. Bagaimana untuk bersyukur? Mudah, tanpa melabur apa-apa...hanya bersujud serta mengakui bahawa kita adalah hamba kepada Allah, tiada tuhan selainnya.

Waallahualam

Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan 2013 (aktivitas)

Dah cukup, lupakan cerita tentang fon yg canggih ni..hahahaha... macam mana kamuorang punya puasa setakat ni? Ada oke atau dah terberos? Kalau yg masih oke tu semoga sukses lah, manakala yg dah terberos terpeleset tergolek terbungkang tu, sila lah qada' puasa anda di bulan lain...oke..

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, tahun ini aku ada kebih banyak rancangan untuk beraktivitas, dan aktiviti yg lazimnya aku lakukan sejak kecil ialah berniaga di expo Bazar Ramadhan yg disediakan di Tampin setiap tahun di bulan Ramadhan. Menjual barang-barang pakaian dan aksesori untuk umat beraya nanti.

Sejak, popularnya Bazar Ramadhan di Taman Chempaka, di Bandaraya Melaka, potensi di Bazar Tampin agak merudum sejak kebelakangan ini, paling-paling penjual kerepek dan kuih raya yg nampak agak sukses, manakala yg lain ada yg rugi besar dan ada juga yg sekadar balik modal. Tapi, still nampak oke lah, masih meriah apalagi bila tiba seminggu nak raya. Okelahh boleh laaa.. sewa tapak pun tak ada lah mengarut sangat kan. Kalau tak oke, tak akan lah setiap tahun ada saja muka baru yg berminat untuk memohon tapak berniaga.

Cuma berniaga ni biasalah, kena berani melabur, tapi tak jugak lah, sebab kena hati-hati jugak, takut terbangkrup pula nanti. Hahaha alasan yang sesuai ialah, "rezeki masing-masing" "mana tau ada rezeki" "kalau ada rezeki, adalah"...

Tapi alasan tu tak sesuai pun untuk orang yg pesimis, sebab kadang-kadang dia yg paranoid sorang. Kadang-kadang kita bagi cadangan untuk dia, diingatnya kita cuba memperlekeh lalu digunakan lah alasan-alasan seperti itu. Hey hey, kawan..optimis tak semestinya sombong oke, bagi aku lepas engkau yakin dengan sepenuh keyakinan barulah di akhirnya kau boleh gunakan alasan tersebut. Baru nampak macam kau tawadhuk dan rendah diri jer kan..bukan lembik..

Berbalik kepada aktivitas, bagi aku expo tu masih oke tetapi untuk aku yg berada di zaman kebangkitan selepas kejatuhan akibat krisis keluarga dan sebagai nya. , tidak lah sesuai bagi aku untuk menyumbat modal besar di lubang-lubang rezeki ini. Mujur tahun ini pihak AJK yang mengelola pengurusan bazar ramadhan ini menyediakan tapak-tapak baru berukuran lebih kecil, ya aku masuk itu aja, buat apa tapak besar-besar sangat ..barang nak dijual pun tak banyak jenis.

Selamat lah si Hanis member baik aku ini, mak dia ada alat untuk pati minyak  wangi dan mak beliau tak lagi menjual barangan kegemaran Saidina Umar Al Khatab tersebut. Ya.,, kami jadi saudagar minyak wangi la ...

Yang penting, idea ni semuanya dari abah aku..kalau aku nak fikir semua ni..memang tak lah...

Oke ma frennnn ma blood ma fellass..

Itu lah aktiviti serta perancangan aku di bulan penuh kerahmatan ini. Bulan penuh kerahmatan okeyyy.. tak akan nak tidur kat rumah jer kot, keluar lah merebut rahmat yg memenuhi sepanjang Ramadhan ini.

Let's Rock!!!!



Ramadhan 2013.(1st test)

Puasa di hari pertama Ramadhan, aku dah dapat ujian pertama, ujian yg begitu menguji mental dan kesabaran serta ketabahan bagi aku supaya menerima hakikat bahawa ia adalah sebuah ujian dari Tuhan,

Handphone Sony Experia P yang aku punyai selepas adik aku mendapatkan Galaxy Note 2 yg aku hadiahkan sempena kecemerlangannya meraih keputusan cemerlang dalam SPM beberapa bulan yg lalu , hilang sekelip mata.

Yaaa..memang ada suspek yang boleh dituduh , tapi jika memang dia adalah dalangnya, tak mungkin dia bisa mudah untuk mengaku. Maka aku biarkan saja daripada berlaku sebarang pertumpahan darah..lagipun bulan puasa kan...Respect..

Dan hikmahnya..hari ini aku sudah punya fon yg lebih canggih dari itu. Lagipun, aku mmg berkehendak untuk menukar fon sebelum ini, asyik tangguh-tangguh, kali ni tak boleh tangguh-tangguh dah. Kira okey sangatlah, senang nak update blog..huhuhuhu

Alhamdullillah.

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan 2013

Selamat berpuasa kalian semuanya!!! Semoga sukses!! Tidak seperti Ramadhan sebelum ini, tahun ini, kerana adik aku perlukan lappy di kolej nya, yaaaa sebagai seorang abang yg tampan dan pemurah lagi baik hati, dgn rela hati aku lepaskan laptop itu pergi ke pangkuannya adik aku..maka, tahun ini tiadalah 'diari ramadhan' yg sering aku nukilkan setiap tahun di bulan Ramadhan.

Akan tetapi, aku telah berjaya mendapatkan sebuah smartphone hari ini, dan telah pun aku downlowd aplikasi untuk blogger. Oleh itu, aku tidak lagi mengharapkan laptop dan broadband untuk menaip lagi; malah aku rasa bakal lebih banyak catatan yg akan diterbitkan dgn menggunakan smartphone bernama Samsung Galaxy S4 ini..

Wokeyhhh blogger!!! Rock On!!!!

Isnin, 10 Jun 2013

Hahihu..Love

Jatuh cinta. Aik??! Haa nampak tak? Apehal tiba-tiba aku ni?
Ya akhirnya!! Aku bercinta........urmmm

Oke fine.

Bercinta dengan siapa? Ohhh no komen.. ''ececehhh..'' hahaha..

Aku sebenarnya masih konfius dengan kesesuaian gunapakai istilah untuk situasi aku sekarang dengan si dia.

Sama ada, KAMI sedang bercinta atau aku saja yang mencintai dia? (sebenarnya aku pun masih janggal dengan perkataan ''cinta'' , maaf jika anda rasa nak muntah)

Memanglah, dah declare, aku rindu dia, dia pun pernah kata yang dia juga rindu, .. oke oke, dengan kucing peliharaan pun boleh rindu kan? Orite, tak sama kot..

Masalah aku ialah,

Aku punya puisi indah,
Kutulis dari dalamnya perasaan,
Perasaan ku kepada mu,
Supaya kau bisa mengerti,
Tentang jatuhnya hatiku kerna mu,

Tapi bagaimana?
Engkau masih tidak menyatakan,
Tentang jiwa ku bagi mu,
Perasaan mu terhadap ku,

Baru lah aku bisa menghias puisi indah itu,
Bersama senyuman manis mu,

ini betul-betul,, bukan main main ye sayang..

Isnin, 3 Jun 2013

Otak, Hati dan Mata Buta Sebelah.

Kita ada fizikal yang kuat,

Lengkap sempurna sifatnya,

Tenaga yang tak terbatas hitungannya,

Perkiraannya,

Perut lembu pun boleh pecah dengan sekali hentaman,

Kita perkasa,

Kita kuat,

Kita adalah jagoan,


Tapi kadang-kadang,

Kerana berbangga kita leka,

Kadang boleh jadi ego,

Diri sendiri saja yang benar dan elok sikapnya,

Maka di saat mata hanya celik sebelah kiri,

Mata kanan nya pula buta,

Kita lupa yang kita ada otak,


Otak itu letaknya di dalam tempurung kepala,

Tinggi letaknya paling atas,

Organ paling tinggi duduknya berbanding organ lain,

Tapi mata buta sebelah tidak mampu melihat otak yang di atas kepala,

Hanya mampu melihat ke tubuh sendiri yang di bawah,

Di bawahnya pula tidak dilihat akan hatinya,

Kerana terhalang dek dadanya yang tegap,


Bila satu masalah datang,

Dek kerana mata buta sebelah itu terpesona dengan ukiran badannya,

Kita tak akan terpandang atau buat-buat tak nampak akan otak dan hati,

Semua tahukan apa guna otak dan apa guna hati?


Pada yang tak tahu itulah yang selalu membuat masalah,

Kerana selalu tak berfikir panjang dalam tindakkannya,

Kerana terlalu berikhtibar dengan keperksaannya,

Lalu mereka tak ingat atau sama sekali tidak tahu mereka punya otak dan hati,

Dan pada saat itu semua keperkasaannya itu hilang,

Maka, sila lah menyesal jika anda gagal kerana kezaliman diri sendiri...



Sabtu, 1 Jun 2013

Masalah Sayang Ku.

Masalah datang?

Rilek brader..

Jangan anggap atau jadikan ia sebagai musibah..

Jangan fikir masalah itu adalah kecelakaan atau bala..

atau balasan dari Yang Maha Kuasa..

Jangan sampai terduduk garu kepala..

Menangisi masalah dan sebagainya..


Bertindak lah bro..

Cepat cari jalan penyelesaian yang sebaiknya..

Atau cari saja jalan lain..

Biarlah jalan lain itu jauh..

Yang penting sebenarnya keberkatan..

Jalan yang diredhai Ilahi..


Teruskan bergantung kepada Tuhan..

Supaya Allah redha dan melindungi jalan yang kita pilih..

Jangan gelabah lah sayang..

Tak usah buang masa menganggap dunia ini zalim..

Dunia tak zalim yoo..

Kita yang zalimi diri sendiri..

Tak payah lah nak tayang pada dunia..

Yang kita lebih stress..

Atau berlakon yang kita tak ada masalah..

Diri ini saja yang benar..


Dengan tenang..

Luahkan kisah hati yang gusar itu..

Kepada teman tercinta..

Serta kepada yang Maha Pencinta..


Percayalah sayang..

Satu persatu masalah anda itu akan dibuka jalannya..

Maka tak usah meratap di depan pintu yang tertutup..

Kerana masih ada pintu lain untuk kita..


Tapi bila dah dapat jalan..

Jangan lupa bersyukur..

Jangan lupa berterima kasih..

Jangan lupa daratan..

Jangan lupa..

Jangan lupa sama Allah..


Teruskan usaha mengharap kredhaan Allah..

Kerana selagi hayat masih dikandung badan..

Ujian Allah itu tetap tersedia untuk kita..


Maka rugilah bagi mereka yang tidak sabar..

InsyaAllah..

Ahad, 26 Mei 2013

Bunga Mekar Di Tanah Tandus.

Bunga-bunga harapan mekar,
Tumbuh indah di atas tanah subur,
Sebidang tanah subur yang diberkati,
Sujud syukur kepada Ilahi,
Karna-Nya lelah silam terbayar,
Dekad penuh kepahitan berakhir,
Nikmatnya kemanisan datang menyerap keringat,
Keringat perjuangan mengusahakan tanah-tanah tandus,
Hingga bunga-bunga mampu mekar hari ini,

Di atas tanah tandus,
Bunga-bungaan itu di tanam,
Namun, makhluk persis diriku itu gemar pula menabur duri,
Supaya ada yang terjatuh dan terluka,
Sedang ia sudah terperangkap dalam hati kesumatnya,
Hati yang menyimpan sebuah perasaan jahat,
Maka duri-duri mereka taburkan,
Supaya aku terluka,
Namun, setakat ini tubuh mental ku sudah lali dengan duri itu,

Kenyataannya,
Bunga itu sudah pun mekar,
Tumbuh subur menghias sanubari,
Tanah tandus hilang kejelekannya,
Maka lidah-lidah jahat itu perlu ingat,
Kata-kata pengkhianatan yang pernah dilontarkan,
Ternyata silap jangkaan mu,
Bunga ini mekar di atas tanah tandus.

Selasa, 21 Mei 2013

Mata Jahat Dari Segumpal Daging Sendiri.

Alhamdullilah..adik aku dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan Syariah dan Undang-undang(Asasi) di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Memang aku bangga lah kan malah bukan setakat aku dan orang tua saja yang bangga tapi semua teman-teman serta saudara mara turut mengungkap kata-kata bangga buat NoorHafiza bt Yusran. Sebuah lagi peristiwa yang bersejarah dan penuh dramatik. Mimpi beliau menjadi kenyataan.

Baiklah tukar cerita lain.

Walaupun memang aku ini ada kehormatan dalam keluarga, tapi aku tak pernah menayangkan bakat aku kepada siapa pun dalam kalangan keluarga. Bukan apa, bakat aku tidak ada guna nya pun buat keluarga jadi  untuk apa mereka tahu. Bagi sesetengah dari mereka, aku ini liar sama seperti remaja-remaja yang melepak, merempit, mengenjet, mendisko dan pelbagai gejala remaja lainnya. Mungkin kerana mereka melihat imej selekeh yang aku pakai serta imej teman-teman aku.

Tentang pergaulan aku, baik siapa pun dalam keluarga ini, menganggap kawan-kawan aku yang seadanya ini syok setia bersama aku dek semata-mata aku ber-uwang maka mereka akan memperkudakan aku. Mereka silap dan mereka jahat, kawan-kawan yang bersama aku ketika ini adalah mereka yang menaikkan aku ketika aku jatuh, waktu itulah aku kenal mereka. Memang pernah aku tersilap, tapi yang namanya pembelajaran itu bukan hanya terdapat di sekolah, universiti dan tempat mengaji AlQuran sahaja, tapi dalam longkang pun masih terdapat pembelajaran. Ilmu itu di mana-mana.

Aku memang tak dapat menjadi seperti adik aku, duduk bersila di puncak menara gading. Tapi aku ada cara aku sendiri untuk sebuah kejayaan. Biar aku dan Tuhan sahaja yang memahami.

Senang cerita, aku memang nampak bodoh, sebab itu kau harus kenal siapa aku...

Ahad, 5 Mei 2013

Besok Malaysia.

Aku punya sehelai jersi bolesepak kebangsaan Republik Indonesia dan tak punya sehelai pun jersi Harimau Malaya. Aku lebih gemar memuji Indonesia berbanding Malaysia yang diduduki oleh orang-orang yang keliru. Bukan salah mereka menjadi keliru tetapi pencarian ilmu yang tak terbuka, minda yang ditutup, dibataskan setelah dibutakan.

Kita tak perlu lihat jauh, negara seberang itu sudah cukup buat kita untuk mengesan kelemahan di tanah air kita ini. Politik mereka milik rakyat, mereka bersatu menjadi pemerintah, berpuluh-puluh parti politik yang ada di sana, dan hampir semua sudah merasa menjadi pemerintah, dari Soekarnoe hingga ke S.Bambang.Y, bersilih ganti menghuni Istana Presiden.

Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tidak diiktiraf dengan memandang parti politik atau idealogi nya, tetapi sumbangan mereka kepada tanah air walau tokoh itu banyak mengkritik pemerintah sekalipun.

Mereka menerima reformasi, dan hari ini negara itu kembali membangun selepas keruduman ekonomi yang teruk di era Suharto. Koruptor tidak diterima lagi suaranya, meski besar manapun popularitinya, dia tidak akan diterima lagi bertanding oleh RAKYAT.

Jauh, terlalu jauh matangnya mereka itu berpolitik berbanding kita.

Aku lahir di Malaysia dan seorang penduduk berstatus warganegara Malaysia. Jangan halau aku ke luar negara kerana catatan di atas, kerana aku yang masih hingusan ini, ingin turut serta berfikir bersama tentang negara yang kompleks ini,

11-5-2013, aku bakal genap berumur 22 tahun, hari ini aku telah pun layak untuk mengundi. Terharunya aku dengan pengalaman pertama memangkah di pusat pengundian.

Setelah bertahun mempertahan pendirian, mencari kebenaran, hari ini kita mengundi dan beberapa minit lagi pusat undi akan ditutup.

Berdoa lah supaya Malaysia yang selepas ini, bertambah matang segala segi nya.

Khamis, 2 Mei 2013

Gadis Bertudung Merah.

Apabila terdengar lagu ST12 sebuah band boy berentak melayu dari Indonesia bertajuk Biarkan Aku, mengingatkan aku kepada suatu peristiwa atau kenangan sewaktu aku di Pekan Baru, Riau, Indonesia beberapa tahun lalu. Dimana aku terpikat dengan seorang gadis manis yang ternyata pertama kalinya aku terpikat bukan kerana pakej fizikal serta wajah anggun anugerah Tuhan itu, tetapi kerana kesantunannya, adabnya serta peribadinya.

Kata orang lama, ''makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah'' , itulah yang aku alami kerana terlalu memikirkan cuitan kenalan yang tak aku sangka terbalas. Lagu tersebut berkumandang sewaktu aku menanti jawapan daripada gadis itu. Bagi aku, dia sangat elok, lagu bertajuk Gadis Bertudung Merah milik kumpulan Wali Band cukup untuk menggambarkan ciri-ciri gadis itu.

Namun, tempoh terlalu singkat di tanah Sumatera, maka tidak banyak yang aku simpan tentangnya. Aku pulang ke Malaysia dengan rasa rindu yang masih aku rasa. Kerana lama tak berhubung, kami lost contact dengan sebuah hubungan otomatis terhenti. Aku terpaksa lupakan walau bukan mudah untuk menghapuskan sesuatu yang sudah terukir kemas di dalam hati. Tapi aku mesti lupakan supaya tidak ukiran itu menjadi luka.

Kelmarin aku kembali ke Pekan Baru, mengubat rindu pada keluarga sebelah ibu. Adik aku, Iza ditemui oleh sepupu kami Tia. Tia ialah teman sekepala buat Iza dan aku juga lebih selesa untuk berbual dengan Tia. Tak tahu kenapa? Mungkin Tia lebih sesuai dengan cara pergaulan kami berbanding yang lain.

Sudah 3 tahun kami tidak ketemu, ternyata Tia sudah gadis. Walau perawakan agak ke arah 'tomboi' tapi wajah gadis nya itu sudah mula terserlah. Tiba-tiba beliau mendekati telinga aku lalu berbisik tentang sesuatu yang sudah lama terhapus lenyap dari benak fikiran aku. Tentang Gadis Bertudung Merah.

Keadaan yang sudah lama pergi itu tiba-tiba kembali meresap mengingatkan kepada sebuah kisah tak kesampaian penghujungnya. Seperti bangunan yang dirancang megah tetapi gagal ditamatkan pembinaannya lalu terbengkalai dan dilupakan, dibiarkan dalam semak-samun dan belukar.

Namun, apa yang diceritakan oleh Tia tentang gadis itu ternyata berbalik 360 darjah dari apa yang diceritakan oleh beliau 3 tahun lalu tentang peribadi indah gadis tersebut. Walau Tia jauh lebih muda dari aku, tapi pemikirannya sudah lebih matang berbanding usianya, masalah dalam keluarga besar ini sudah terhafal oleh nya. Gadis tersebut merupakan adik kepada abang ipar Tia. Tidak hairanlah jika Tia tahu banyak cerita tentang gadis tersebut.

Tia mengkhabarkan tentang gadis yang pernah aku simpan di dalam hati, aku seperti timbul di permukaan air di tengah hutan sunyi yang berkurun lama tak berkocak apabila disentak dengan nama gadis tersebut,

''Kak Ela lari rumah sama lelaki, tak ketemu sampai kini, tak tahu di mana dia, lelaki itu sudah menghamilkan Kak Ela dan lelaki itu seorang Kristen.''

''..keluarga tidak kisah jika lelaki itu yang dia mahukan, keluarganya bisa terima, tetapi lelaki itu seorang Kristen dan mereka takut jika Kak Ela masuk Kristen.''

Aku terkilan, sangat terkilan dengan apa yang terjadi, bukan kerana aku yang tidak dapat bersama meniti hidup bersama gadis itu, tetapi kerana persoalan yang lebih penting, mengapa perkara begini boleh terjadi? Dia baik, dia solehah tapi kenapa terjadi begini? Terlalu tak masuk akal bagi aku untuk gadis seperti dia memperlakukan perkara sebegini.

 Di manakah silapnya? Bukan kerana gadis itu menjalin darah dengan seorang Kristen, tetapi kenapa dia berubah dan tak seperti dulu? Seperti masa-masa aku terpesona dengan peribadinya.

Mudah untuk kita jawab,

Pendirian. Prinsip. Itu tiang kepada peribadi kita.

Walaupun seseorang itu sudah menjadi manusia yang baik, sebaik malaikat sekalipun. Jika tiang itu tak mampu terjaga, maka, runtuhlah mahligai indah yang sekian lama terpuji kebaikannya.

Jika tiang itu rapuh, maka rapuhlah dia ditempuh oleh ujian Allah swt.

Na'uzubilllah.

*semoga Allah memberi petunjuk dan mengembalikan gadis kepangkuan keluarganya dan dugaan ini selesai sempurna sifatnya. Amin.


Rabu, 1 Mei 2013

Membersih Sawang.

Oh God!!

Dah bersawang-sawang nampaknya blog ni. Lama sangat tak berpenghuni. Maaflah, bukan tak ada idea tapi masa yang aku ada dah terlalu padat dengan pelbagai aktiviti sehingga tak sempat nak menguraikan lipatan laptop ni. Tapi tenang ya saudara-saudara, aku tetap juga punya banyak idea untuk digarap dan diabadikan dalam blog ni. Alhamdullillah.

Okeylah, sebenarnya bermula 2 April hingga 17 April kelmarin aku pulang kampung di Indonesia. Adalah urusan peribadi yang dikerjakan sikit, panjang kisah nya. Terlalu sibuk sehingga tak sempat nak update apa-apa melainkan di Twitter dan FB melalui handfon dengan plan data internet 8gb aktif dalam tempoh sebulan dengan harga cuma 50 ribu Rupiah bersamaan kira-kira RM 15. Power kan? Malaysia tak ada kan? Eh, gurau-gurau. Saya masih patriotik oke..ha ha ha.

Namun, akan ada beberapa perkara yang aku akan huraikan nanti. Pengisian baru atau ole-ole dari Indonesia yang aku bawa untuk semua yang bersama dengan One Hand Typer.

Stay tuned!!!!!

Jumaat, 29 Mac 2013

Feeling Lebih.

Walaupun aku ni nampak garang, keras dan berwajah ganas(pendapat orang ramai), tapi ramai yang tidak tahu bahawa aku ni seorang yang romantis. HAHAHAAHA!! Romantislah sangat. Ahh tak ada kena mengena!

Kadang menonton filem-filem romantis atau epik mahupun komedi sekalipun, pasti ada babak yang memberi kesan sensitif hingga air mata bergenang-genang di atas permukaan bebola mata. Aku punya daya feeling itu terlalu tinggi hingga tak sengaja sudah terkesan dengan babak-babak itu. Aku seperti sangat memahami perasaan sesuatu watak dalam sesuatu babak. Terasa sangat dekat perwatakan itu dengan peribadi ku.

Kalau nak dikatakan bahawa itu ialah kepandaian sutradara dan kehebatan pelakon melakonkan watak, sukar juga untuk aku terima kerana terdapat filem yang aku terkesan tetapi orang lain kata tak best. 

Bukan sahaja sedih atau terharu, banyak feel lain yang boleh didapati, seperti cemas, lawak, seram dan sebagainya. Kenapa kah? Bukankah itu hanya filem selain filem yang berdasarkan kisah benar dan sejarah?

Ustaz Azhar Idrus memberikan jawapan ketika program Ambang Tahun Baru 2012 di Shah Alam bersama Zizan Raja Lawak. Beliau kata, kemungkinan situasi dalam babak itu pernah dialami oleh kita atau kata yang lebih ringkas ''teringat kenangan lama''. Atau bagi aku, mungkin kita pernah memikirkan atau terfikir jika ia terjadi pada kita. Atau boleh jadi kita berangan. Maklumlah, imaginasi kaki tonton wayang ni kadang-kadang power.

So, kalau adegan-adegan sedih dan pilu itu aku boleh terkesan,  
Adakah aku pernah mengalaminya? Adakah aku seperti watak itu?

Dah pening dah cerita aku. Dah tidur-tidur.!!!




Rabu, 27 Mac 2013

4 Tahun Lalu.

Sekejapan. Seperti baru semalam rasanya tragedi itu berlaku. 26 Mac iaitu beberapa jam sebelum aku menaip catatan ini telah genap 4 tahun akan sebuah tragedi yang merubah serta mencorakkan hidup ku dengan warna pelbagai tona.

Sehingga kini, sejujurnya aku masih belum boleh melupakan kejadian tersebut hingga kisah kronologi kejadian itu masih segar untuk diceritakan sampai kini. Bukan lah aku ini menyesali atau berduka dengan nasib yang menimpa tetapi bagi aku ia adalah sebuah pengalaman hidup yang layak untuk dikongsi bersama siapa sahaja yang bertanya.

Aku suka menceritakan tragedi itu sebagai pedoman dan pengajaran, atau sebuah kisah karya Ilahi yang amat kemas tersusun. Ia begitu menarik untuk dikongsi, seperti ada 1001 kisah di sebalik peristiwa bersejarah itu. Semuanya terubah, yang tenggelam tiba-tiba timbul, yang bergemalapan tak disangka-sangka telah lenyap dan semuanya itu sangat terkait dengan tragedi 4 tahun lalu itu.

Apapun tanggapan orang, kisah ku tetap bermula dengan tragedi itu atau bagaimana aku boleh didaftar Tuhan untuk menyertai tragedi tersebut sejurus menghantar Arwah Marwan pulang ke Rahmatullah. Kemudian, barulah mudah aku bicarakan tentang diri ku yang tak layu dan tak mekar.

Jangan anggap aku kecewa dan putus asa, itu hampir tiada dalam pemikiran ku. Tapi jangan lupa untuk membakar api ku yang sedia menjulang agar lebih tinggi lidah-lidah api ini menjilat langit. Percayalah, tragedi 4 tahun lalu tidak menghalang aku akan cita-cita ku kerana aku tahu bahawa aku tak pernah sendiri.

*Al Fatihah buat Al Mahrum Marwan Safwan B. Aswirman. Sahabat yang tiada galang ganti. Semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang diredhai-NYA.

Selasa, 26 Mac 2013

Pintu, Matahari, Rembulan, Warna dan Engkau.

Berdekad-dekad kau menarah masa,
Semua sisa-sisa hidupmu tiada makna,
Pintu-pintu lain kau tinggalkan,
Hanya melutut pada satu pintu yang sudah tertutup,
Darah apa yang mengalir naik ke kepala?
Jika tidak kau landakan malapetaka ke atas diri mu,

Apa guna matahari yang terbit di hari baru?
Kalau bukan lenyapnya kegelapan,
Kegelapan yang mengaburi arah tuju mu,
Namun sirna rembulan setia bersahabat,
Ketika engkau buta dalam kegelapan,

Usah berenggang lagi dengan warna,
Warna hidup mu suka duka,
Berjalan di dalamnya dengan nikmat tersedia,
Datar, lurah dan mendaki harus kau terima,
Mengapa perlu berpatah balik dan lari?
Kerana ini lebih bermakna,
Daripada engkau mati tanpa nama yang terukir.

Isnin, 25 Mac 2013

Bodoh Sombong.

Manusia ni memang selalu bersikap tak adil baik pada diri sendiri atau sekeliling. Aku melihat pada diri aku sendiri dan orang lain. Bila orang lain salah, kita kondem bersungguh-sungguh, tapi apabila kita tersilap, kita tak mahu belajar daripada kesilapan. Orang  nasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Kita tak perlu komplen bila dunia ini ada pengkritik yang akan sering mengkritik atau mempersoalkan tindak tanduk kita. Malah, jika benar kita salah maka beradab lah untuk belajar memperbetulkan kesilapan itu.

Kalau tidak, itulah namanya ''bodoh sombong''.

Rabu, 13 Mac 2013

Rutin.

Aku bangun tidur pukul 12 atau 1 tengah hari, pukul 3 layan sinetron, pukul 6 jogging. Malamnya lepak mamak sampai pagi melainkan jika ada urusan keesokan paginya aku akan pulang awal.
Selepas itu, ulang kembali dari atas.

Begitulah rutian harian aku yang tak ada kerja ni. Aku menulis catatan ini pun pada pukul 6 pagi setelah tadi aku menonton game bola liga champion pusingan 16 terakhir antara Barcelona dan Ac Milan. Seperti dijangka Barca menang besar 4-0 dan layak ke pusingan 8 akhir dengan agregat 4-2.

Aku telah berazam serta berjanji dengan sahabat baik ku iaitu Aboi untuk tidak makan makanan berat pada malam hari kerana beliau ingin melihat aku kembali slim seperti dahulu. Tetapi, di waktu malam selera untuk makan itu lebih kuat berbanding waktu siang. Apapun terjadi, aku akan tetap mengatasinya.

Aku akan cuba untuk tidur lebih awal supaya aku boleh menangguh kelaparan di waktu malam itu. Aku tak akan target berbulan tapi setahun untuk aku kecapi hasrat ini.

Adik aku kata, ada perubahan. Tapi tak tahu lah, mungkin dia sengaja nak ambil hati aku supaya terus bersemangat. Aku percaya tak ada yang mustahil, aku akan buktikan semua orang berhak punya usaha dan keyakinan.

Selasa, 12 Mac 2013

Spekulasi Akibat......,

Tentang pencerobohan di Lahad Datu. Aku sebenarnya tak berani untuk mengulas banyak berkenaan khabar dukacita tersebut kerana segala maklumat yang aku tahu hanya berdasarkan khabar-2 berita, akhbar serta cerita-2 masyarakat. 

Setakat ini, apa yang aku tahu ada perwira kita yang terkorban. 

Al Fatihah buat Al-Mahrum dan takziah buat keluarga mereka yang terkorban itu.

Musykil atas apa yang terjadi sebenarnya. Masa kan tidak? Kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan yang jelas lagi tentang kejadian ini kepada rakyat. Sebaliknya mencari alasan dan sebagainya. Tiba-2 sudah ada yang terkorban. Maka, di sana itu tidak aman lagi, dan penduduk terancam.

Jika mereka fikir rakyat tidak berhak tahu, tidak kah mereka ingat bahwa polis yang terkorban itu juga adalah rakyat? Adakah mereka yang terkorban itu tahu atas apa yang mereka perjuangkan?

Ada yang marah dengan seorang YB di pihak opposition yang menyatakan kejadian ini adalah sandiwara, so what?? 

Siapa pun akan buat pelbagai spekulasi bila engkau menjerit tiba-tiba, dan bila ditanya kenapa, kau menjawab, ''aku akan siasat siapa yang buat aku menjerit''.....ahhaaaiiii...
Memang aku fikir kau tu sengaja nak cari publisiti, atau kata dasarnya sandiwara lah kan walaupun ada yang mati terkejut dengar kau menjerit. *tamsilan kecil




Isnin, 11 Mac 2013

Komunitas

Di antara kami yang di dalam komuniti sekarang ini sedang menghidap demam bola sepak. Sejak pertandingan futsal ''Not A Cup'' diumumkan dan Jeneral Mayhem mengisytiharkan Tampin Is The Reason yang dibarisi oleh aku sendiri, Rasid(throw-ma), Adek(throw-ma), Syuk, Salleh, Razak(hurricane), Hafas(schrank inv) dan Tapa(awaken) makin giatlah semua yang punya masa terluang berfutsal sehari-hari.

Ikutkan Rasid, Syuk, Adek dah lama tak berfutsal, maka sebab itulah kami main hari untuk cari 'tune' kembali..

Hafas, Razak dan Tapa mungkin 'busy' maka tak dapat lah mereka itu turut bersama kami untuk berfutsal.

Sambil sibuk-sibuk berfutsal, kami juga sedang cuba merangka logo untuk skatebording Tampin, tujuannya supaya dapat dinaikkan banner dan komuniti itu diiktiraf serta mendapat perhatian peminat skate di kawasan Tampin ini.

Wahhh..terasa komuniti mulai sibuk dengan pelbagai kegiatan bersama.
Semoga aku dapat bagi komitmen lebih...

-belum cerita pasal gig lagi ni. haihhhhhhhh.....

Jumaat, 8 Mac 2013

Not A Cup.

16 Mac ni, ada pertandingan bola sepak 6 sebelah yang dianjurkan oleh Futbol de Hardcore/Punk yang diberi nama Not A Cup.

Its okay and also power lahh!!

Sebab selalu nya kami orang ni hanya kerap menganjurkan gig, tapi kali ini kami membuktikan bahawa punk juga mampu menganjurkan pertandingan bola ''bak kata Abg Ci Chan.

Apa yang best dan faedahnya, bagi aku bukan senang nak kumpulkan semua scene daripada pelbagai tempat dan beraktivitas bersama-sama, so aku harap event ni sukses seperti yang kita harapkan.

Pada awalnya, 25 pasukan dari serata negara memohon untuk menyertai acara ini, akan tetapi hanya 12 pasukan terawal yang boleh diterima atas sebab-sebab tertentu. 12 pasukan bakal dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B manakala hanya 2 pasukan teratas daripada kedua kumpulan layak ke pusingan separuh akhir.
Wahh, best,, sebab satu team boleh main sampai 5 game, maka tiadalah istilah pulang awal.

Turnament bakal diadakan di Kuala Lumpur. Datanglah beramai-ramai!!!

untuk maklumat lanjut- http://www.facebook.com/events/261577687308527/270740873058875/?notif_t=plan_mall_activity


Khamis, 28 Februari 2013

Alasan.

Samad berjalan-jalan seorang diri sambil bersiul-siul di kawasan perumahan nya,
Tiba-tiba dia terpandang seorang awek yang menawan hatinya dan matanya terpaku ke situ sedang kakinya masih melangkah.

Dipendekkan cerita, beliau tersepak batu ''aduh! pediss ibu jari kaki ku'' Samad keperitan.
''siapa yang letak batu kat sini? jahanam sungguh orang itu'' Samad yang bodoh.

..........

-Samad.. kenapa lah mesti nak buat alasan, salah orang lain?
Kau berjalan tak tengok depan, tak guna mata, khayal dengan kelalaian, lalai dengan khayalan..

Kalau dah memang salah sendiri, akur jer lah.. tak payah nak buat alasan.

Senang cerita..daripada buang masa cipta alasan untuk menutup kecuaian,,lebih baik cepat ikhtiarkan jalan penyelesaian.

*cerita ini fiktif belaka.. hanya tamsilan dan kiasan untuk cerita realiti yg lebih besar serta memuakkan.

Selasa, 26 Februari 2013

Putus Asa Ialah..?

Baru-baru ni,

Aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) demi menghadiri sesi medical check-up dengan doktor pakar. Memang tiap 6 bulan aku wajib berjumpa dengan specialist kerana mereka hendak memantau perkembangan tangan kanan aku yang masih sedang dirawat ini. 

Straight to the point lah beb!

Sebelum ni, aku sebenarnya tak faham putus asa tu macam mana. Ramai jugaklah yang selalu cakap ke aku,,''jangan putus asa!'' ''jangan menyerah!''..

Aku angguk jer, tapi aku tak faham atau tersalah arti, sebab aku ingatkan putus asa tu macam orang loser, nobe atau lemah bagai. Lagipun aku rilek jer happy2 suka-suka sana-sini...

So, baru aku faham setelah Dr. ...?? alamak lupa nama..ahh.. beliau menegur aku seperti ini.

''awak jangan putus asa, latih lagi tangan ni sebab masih tak kuat,, otot ni boleh kuat kalau awak push lagi..awak masih muda.. mesti semangat!! Saya tak pernah putus asa dengan awak,,saya selalu cuba memikirkan macam mana tangan awak boleh sembuh...''

Serius.. aku terharu woo masa tu, nak meleleh jugak air mata. Bertambah membara semangat ni.

Putus asa ialah .. berhenti berusaha. 

Titisan air pun lama-lama boleh menghakis batu yang keras walaupun makan masa bertahun-tahun. Namun, titisan air yang lemah itu tak berhenti menitis.

*masalah putus asa ni jugaklah yang buat berat badan aku terus meningkat*


Bangkang.

Hahaihhh..!!

Dalam hati kecil ni, nak jugaklah jadi orang yang berpengaruh. Yaa,, sikit-sikit pernah jugaklah duk pengaruh orang ni. Contohnya, kawan-kawan seangkatan kat Tampin ni yang main band sampai sekarang dan komuniti.

Sebenarnya, aku ni lebih kepada seorang pencetus idea jer (uhuk uhuk) atau kadang-kadang tu menganalisa, memberi pengertian, nasihat dan mengajar. Taklah banyak benda tapi Alhamdullillah,..aku masih punya peranan serta diperlukan dalam lingkungan sahabat handai.

Abah aku pernah bagi satu pengajaran ni,

''Pie tak cukup anggota untuk berkerja, tapi syukurlah Pie ada otak yang masih elok berfungsi, mata yang masih cerah serta lidah yang masih ligat berbicara. Maka gunakan apa yang ada''

Tapi, apa yang sudah aku kecapi ni, kalau setakat usaha aku sendiri, mustahil lah jadi.
Semuanya adalah kerana dunia yang menerima aku sebaiknya,,, maksudnya, seperti keluarga, sahabat dan masyarakat. Mereka semuanya adalah pendengar yang tersangat baik kerana mereka sering setuju dengan aku.

Yang tak setuju pun ada sebenarnya, tapi bagi aku mereka itu seperti pembangkang yang juga punya hak serta pendapat. Oleh itu, aku tak perlu pulau atau tindas mereka seperti yang Umngok buat. Kerana satu masa aku juga akan berada di kerusi pembangkang apabila majoriti aku terkurang.

ehh!!
masuk-masuk politik pulak tiba-tiba..hahahaahahaaa


Ahad, 24 Februari 2013

Omong Kosong.

Dahulukala,
Ditiarap di dasar lautan dalam,
Tangan dan kaki didepa,
Setiap pergelangan digari,
Mata ditutupi kain hitam pekat,
Lidah juga diikat,
Hanya mampu menjerit tanpa suara,

Terkini pula,
Tapak kaki ku di muka nya,
Tumitku menghentak matanya,
Terpekik kuat deklamasi keperitan balasan untuknya,
Terinspirasi berdasarkan perbuatannya dahulukala,

Siapa pun tak akan terdiam kali ini,
Kerana pemikiran dan perlaksanaan sudah mendahului omong kosong.

Khamis, 21 Februari 2013

Halimunan.

Apabila kita bisu, kaku di hujung sudut sosial, kita bakal menjadi seperti halimunan yang tidak kelihatan di mata kasar manusia. Di zaman persekolahan dahulu, sewaktu aku duduk di hostel, golongan yang seperti ini kami panggil ''alien'' atau ''makhluk asing'' apabila seseorang itu selalu menyendiri dan tidak bercampur dengan masyarakat dan warga.

Cuma golongan ini sebenarnya bukan sombong atau berlagak, kerana mereka tidak pula alah dengan teguran dan sapaan kita. Menariknya golongan ini ialah, mereka sukar untuk dijangka kelebihan dan kekurangan serta kegunaan mereka, kerana mereka ini terkadang kita tersalah usik, ada juga yang menjadi berang tahap overdose, ada juga yang lawak jenakanya sedikit tapi mampu membuat kita tertawa di luar jangkaan.

Mereka sukar dijangka, kerana kita hanya mahu mengenali orang yang lebih tampak, maka kita selalu terlepas pandang dengan golongan halimunan ini. Lagipun, mereka itu sangat pendiam dan hanya berbual dengan individu yang sudah rapat atau sudah selesa diajak berbual. Kerana keyakinan diri yang mungkin lemah atau selalu berfikiran negatif maka golongan ini mempunyai sifat begini.

Oleh itu, jika terjumpa golongan seperti ini, imarahkan dunia mereka. Kerana mereka akan menjadi sahabat yang terbaik buat kita jikalau kena dengan cara.

-pengalaman sewaktu di hostel-

Khamis, 7 Februari 2013

Fitrah Dan Palsu.

Berguling-guling aku jatuh,
Sempat ku mengelak-ngelak batu-batan yang jatuh dari langit,
Bumi bergegar rimas,
Nafas ku sesak mendayakan tubuh dan kaki supaya bisa berlari,
Di masa aku telah pantas berlari meninggalkan kegawatan,
Tergelincir aku jatuh kerana menahan tubuhku dari dihimpap pokok-pokok yang sedang tumbang di hadapan ku,
Cuba kupantaskan diri ini menukar arah,
Tetapi tanah tiba-tiba mendap dan mujur aku sempat berundur dari ditelan bumi,
Segera ku teruskan larian ke arah lain,
Petir pula tak berhenti memanah sipi mengenai ku,
Sambil itu ribut berpusar di sekelilingku,
Seperti mengiringi larian terpaksa ini,
Aku tidak bisa berhenti untuk berlari sedangkan nafas semakin sesak,
Jantung semakin lelah berkerja kerana terpaksa laju mengepam darah ketakutan,
Luka semakin banyak,
Penglihatan semakin kabur,

Tapi aku masih digoncangi kekeliruan,
Malahan kekeliruan itu dicipta supaya aku akur,
Dikelirukan dengan fitrah dan kepalsuan,
Sering dipaksa memilih salah satu yang di mana aku tidak tahu,
Yang manakah fitrah dan yang manakah kepalsuan?

Rabu, 6 Februari 2013

Akulah Perantau.

Ada masa-masa aku memikirkan sebuah kemampuan yang hilang,
Kemampuan yang pernah menjadi tunggak keperkasaan ku,
Menjadikan aku seperti helang yang bersarang di awan,
Seperti pepohon tinggi di puncak dunia,
Atau lautan gelora yang tak pernah surut,

Semua itu sudah bersemadi di dalam memori,
Hanya hidup dalam kenangan atau lagenda,
Orang di perantauan yang mengingati tanah asalnya yang hancur lebur,
Di telan bumi dan tak akan timbul-timbul,
Maka tiada guna untuk dia mengimbau pulang,

Akulah perantau itu,
Tapi di dunia yang tak sekali-kali  menjadi asing bagi ku,
Kerana kemampuan yang ralat ini masih diperlukan dunia,
Segalanya tersuai berbanding memori itu,

Kerana itu,
Helang masih bersarang di awangan,
Pepohon masih berdiri teguh di puncak dunia,
Lautan tetap dalam dan bergelora,

Kerana dunia ini yang tak membiarkan aku terasing,
Kerana rantai dan besi jeriji tidak terpatri di keliling ku,
Kerana ada pusara untuk duka dan derita ku,
Kerana tiada guna untuk aku merasa pilu,
Walau memori ku buat warga menangis tersedu-sedu.




Isnin, 4 Februari 2013

Di Sisi Lain Ku.

Aku,
Tiada siapa yang tahu,
Di sisi lain ku,
Dalam hati kecil ku,
Aku pernah berazam di masa lalu,
Sebuah azam yang tiada siapa pernah tahu,
Pasti terkejut jika ada yang tahu azam itu,
Masih ku pegang walau tahun2 berlalu,
Walau godaan dan khayalan berlagu,
Meski kebinasaan pernah menyeru,
Tapi masih ku pegang gengam erat azam itu,
Azam apakah itu?
Biarlah hari besar itu,
Menjawab persoalan mu.

Khamis, 24 Januari 2013

Guru Teragung

Masih lagi ku tersungkur,
Mengelak jerat yang bertaburan,
Atas satu jalan sempit berliku,
Jalan yang tercipta khas untuk ku jalani,
Belum mahir berjalan dengan lancar,
Langkah terhalang kerana pelbagai jerat,

Aku ingin cuba berlari pantas,
Menggapai apa yang seperti 1400 tahun dahulu,
Di mana idola ku merentas ranjau serta duri atas pasir panas,
Ketika batu-batu direjam ke arahnya,
Sewaktu perutnya diikat demi sebuah matlamat,
Matlamat yang sejurus mengubah dunia,
Tercurah rahmat dek perjuangannya,
Hebatnya idola ku tidak akan terlawan,

Hanya dia lah guru teragung,
Mengajar aku untuk mengelak jerat-jerat ini,
Semoga dengan pengorbanan baginda Rasullullah S.A.W,
Aku tidak akan terjerat.

*ingat setiap saat..Salam MaulidurRasul.12RabiulAwal1434.

Rabu, 23 Januari 2013

Layar Putih Suci.

Aku berdiri di hadapan layar,
Layar yg diperbuat daripada kanvas putih,
Panjang lebar nya dua kali tinggi aku,
Tergantung di hadapan 3 meter ku berdiri,
Dalam sebuah bilik gelap,
Aku lihat putih kosong,
Orang kata putih itu suci,
Memang terlihat suci layar ini,

Cuma apa yang aku dapat dengan melihat layar kosong ini?
Sudahlah keliling ku gelap,
Tiada apa yang aku dapat,
Membosankan,
Tiada warna.