Khamis, 7 Februari 2013

Fitrah Dan Palsu.

Berguling-guling aku jatuh,
Sempat ku mengelak-ngelak batu-batan yang jatuh dari langit,
Bumi bergegar rimas,
Nafas ku sesak mendayakan tubuh dan kaki supaya bisa berlari,
Di masa aku telah pantas berlari meninggalkan kegawatan,
Tergelincir aku jatuh kerana menahan tubuhku dari dihimpap pokok-pokok yang sedang tumbang di hadapan ku,
Cuba kupantaskan diri ini menukar arah,
Tetapi tanah tiba-tiba mendap dan mujur aku sempat berundur dari ditelan bumi,
Segera ku teruskan larian ke arah lain,
Petir pula tak berhenti memanah sipi mengenai ku,
Sambil itu ribut berpusar di sekelilingku,
Seperti mengiringi larian terpaksa ini,
Aku tidak bisa berhenti untuk berlari sedangkan nafas semakin sesak,
Jantung semakin lelah berkerja kerana terpaksa laju mengepam darah ketakutan,
Luka semakin banyak,
Penglihatan semakin kabur,

Tapi aku masih digoncangi kekeliruan,
Malahan kekeliruan itu dicipta supaya aku akur,
Dikelirukan dengan fitrah dan kepalsuan,
Sering dipaksa memilih salah satu yang di mana aku tidak tahu,
Yang manakah fitrah dan yang manakah kepalsuan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan