Khamis, 24 Januari 2013

Guru Teragung

Masih lagi ku tersungkur,
Mengelak jerat yang bertaburan,
Atas satu jalan sempit berliku,
Jalan yang tercipta khas untuk ku jalani,
Belum mahir berjalan dengan lancar,
Langkah terhalang kerana pelbagai jerat,

Aku ingin cuba berlari pantas,
Menggapai apa yang seperti 1400 tahun dahulu,
Di mana idola ku merentas ranjau serta duri atas pasir panas,
Ketika batu-batu direjam ke arahnya,
Sewaktu perutnya diikat demi sebuah matlamat,
Matlamat yang sejurus mengubah dunia,
Tercurah rahmat dek perjuangannya,
Hebatnya idola ku tidak akan terlawan,

Hanya dia lah guru teragung,
Mengajar aku untuk mengelak jerat-jerat ini,
Semoga dengan pengorbanan baginda Rasullullah S.A.W,
Aku tidak akan terjerat.

*ingat setiap saat..Salam MaulidurRasul.12RabiulAwal1434.

Rabu, 23 Januari 2013

Layar Putih Suci.

Aku berdiri di hadapan layar,
Layar yg diperbuat daripada kanvas putih,
Panjang lebar nya dua kali tinggi aku,
Tergantung di hadapan 3 meter ku berdiri,
Dalam sebuah bilik gelap,
Aku lihat putih kosong,
Orang kata putih itu suci,
Memang terlihat suci layar ini,

Cuma apa yang aku dapat dengan melihat layar kosong ini?
Sudahlah keliling ku gelap,
Tiada apa yang aku dapat,
Membosankan,
Tiada warna.


Selasa, 15 Januari 2013

Di Atas Pentas Teater.

Di atas pentas teater,
Berhadapan jutaan pasang mata,
Yang menunggu isyarat untuk tertawa,
Mentertawa aku yang sedang terluka,
Mereka suka menonton aku meronta,
Ketika ku menjerit menahan pedihnya luka,
Populariti persembahan aku ini semakin meningkat,
Setelah berulang kali ia terjadi,
Apatah lagi luka mentah yang masih berdarah terhiris lagi,
Berdarah kembali,
Sepi aku di ruang legar bergemanya suara ketawa geli hati,
Mereka suka,
Mereka gemar,
Mereka tak berganjak dari kerusi,
Mereka ketawa tak kering gusi,
Mereka suka,
Mereka gemar,
Populariti persembahan ini semakin lebih tinggi,

Tamat persembahan,
Pentas melabuh tirai,
Mereka bangun serentak,
Memberikan tepukan gemuruh,
Bersungguh-sungguh melontar kata-kata penghargaan dan pujian,
Setelah mereka tadi tertawa menonton aku menahan pedihnya luka.

Selasa, 8 Januari 2013

Tips Untuk Jadi Hot.

Ohh.. Saya mungkin sangat jelek, tak popular, tak stylo, loser atau apa lagi yang anda jijik kan? Oh saya tak ada tangan? So, adakah anda hairan? Saya cacat dan masih berdiri lebih tinggi dan terus berdiri berbanding anda yang mencacatkan diri anda sendiri demi sebuah garapan imaginasi terdesak anda untuk menjadi popular? Dan anda ketika ini merasakan bahawa anda lah yang terbaik serta mengenepikan yang tidak bersamaan dengan tahap kehangatan seperti anda? Cara anda untuk popular dan dikenali itu, tersangat besar salahnya.

Saya memanglah bukan siapa-siapa. Tapi saya akan ajarkan cara untuk anda yang hebat berbakat besar itu menjadi lebih popular. Begini jika anda ternampak saya dan pada masa itu saya perasan anda lalu saya hulurkan tangan untuk bersalam. Anda tidak perlu memandang saya dari hujung rambut hingga hujung kaki saya untuk anda rasa lebih hebat, cuma jawab salam saya, jabat tangan saya, berikan senyuman dengan sedikit pertanyaan kosong, maka saya sangat pasti yang anda akan jadi lebih popular kerana attitude anda yang hebat. Sekian. Selamat Mencuba!!

*saya bukan siapa-siapa.

Tahun Baru 2013.

poom poommm!!

Tepat jam 12 tengah malam 31 Disember 2012 dilancarkan persembahan bunga api yang gilang gemilang di langit Kuala Lumpur setelah 10 saat sebelumnya diadakan acara count-down. Harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk semua. Semoga 2013 lebih baik daripada tahun sebelumnya. Bagi mereka yang punya azam baru...goodluck!!!

Seperti tahun lalu, sambutan tahun baru aku kali ini juga di kota raya metropolitan Kuala Lumpur. Di Skate Rock n Roller 2012 yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Jika tahun lalu, aku ke KL dengan menaiki kereta baru yang hanya boleh memuatkan 5 orang penumpang tapi tahun ini aku memandu sebuah van dengan kapasiti yang lebih besar. Maka beramai-ramailah kami ke KL hari itu.

Walaupun matlamat utama aku meraikan tahun baru ialah di Dataran Shah Alam bersama Ustz Azhar Idrus tetapi tidak apalah, semoga tahun mendatang punya peluang buat aku bersama mereka yang bertuah itu. Lagipun sambutan tahun baru aku masih positif dan sihat.