Selasa, 25 Januari 2011

Bangga Diri

Semua sedia tahu bahawa Dajjal l.a akan mengaku sebagai Allah s.a.w suatu hari nanti seperti firaun semasa Nabi Musa a.s dahulu. Sudah pastilah ia akan mempromosikan pelbagai kesenangan dunia kepada setiap insan yang bakal tumpas kepada Dajjal tersebut di akhir zaman kelak. Tujuan ia melakukan demikian sudah pastilah untuk menarik kepercayaan umat pada waktu itu supaya ia bisa menguasai dunia ini lalu melemahkan iman orang-orang Muslim.

Setiap muka surat di dalam Al Quran ,Allah s.w.t sentiasa mengingatkan hambaNya supaya mengingati Allah s.w.t kerana Dia lah yang telah memberikan rezki,berkat,rahmat dan pelbagai lagi keterangan yang membesarkan kemuliaan Allah...Oleh sebab itu ,hambaNya tidak sesekali boleh membangga diri seperti Allah kerana jika istilah membesarkan diri itu digunakan pada manusia ia bertukar menjadi makna yang amat buruk kerana Allah saja yang boleh membesar2kan diri dan manusia tidak boleh membesar2kan diri.

Kini ramai dajjal mengaku tuhan telah lahir tanpa kita sedari sebenarnya. Terutamanya kepada mereka yang inginkan kuasa  sering menghebahkan kebaikan duniawi yang dilakukannya kepada orang ramai. Ada juga hari ini yang mengaku bahawa beliau lah yang memberikan kesenangan ,kebahagiaan,kesejahteraan dan sebagainya kepada pendengar sedangkan segalanya itu adalah pemberian daripada Tuhan. Pendengar yang lemah dengan ujian dunia akan tumpas menyokong mereka yang gila kuasa sedangkan itulah golongan yang mempunyai sifat dajjal ''lakhnattullah''. Itu bukti ramai yang masih lemah .

Jadi kita ni janganlah pernah sekalipun untuk membesar2kan diri walaupun apa yang dilakukan itu sebesar gunung baik nya..bersabarlah supaya Allah akan mengurniakan rezki yang berlipat kali ganda.

Kesimpulannya ,tidak kira apa taraf sekalipun manusia itu,,bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita ini dan usah bermimpi untuk'' memetik bintang di langit'' sedangkan kita tidak mampu ''mengira butiran pasir di pantai.''  .''Berbuatlah baik sehingga tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan''

Isnin, 24 Januari 2011

Minority Trace Community

Dari segi makna pecahan bagi setiap perkataan, MINORITY bermakna golongan kecil dan TRACE bermakna mengesan atau menjejak.
Jadi gabungan mengikut makna kamus adalah seperti Mengesan Golongan Kecil.. Itu juga menjadi tujuan utama nama Minority Trace Comunity dipilih..

Golongan atau kumpulan kecil, menjejaki kumpulan kecil lain atas dasar sama-sama membantu antara satu sama lain tanpa membeza-bezakan taraf hidup, umur dan sebagainya. Namun masih bertapak diatas dasar rasa hormat antara satu sama lain, diatas kebolehan dan kelebihan masing-masing.
Minority Trace Community juga bermula dengan pertubuhan satu semangat yang besar dari golongan yang kecil bagi bertujuan menjulangkan nama dan menyemarakkan minat terhadap scene bawa tanah.. Minority Trace Comunity ingin bukti kan bahawa golongan kecil ini bukan untuk dipandang sebelah mata, bahkan Minority Trace Community sentiasa membuka peluang serta membantu pada yang benar bersemangat untuk turut sama perjuangkan scene bawah tanah.. 



(suara jendela)


Berikut adalah makna dan maksud pada nama yang dicadangkan oleh sahabat dalam komuniti d.i.y iaitu Pidut Sermonize(suara jendela) . Nama ini mempunyai makna yang cukup lengkap sebenarnya untuk difahami kerana daripada nama yang mempunyai istilah yang amat ringkas ini dan mudah disebut namun makna ,tujuan serta prinsip di dalam nya sangat mudah dikesan . Itulah alasan aku bersetuju tentang cadangan yang dikelola oleh sahabat ini.


Setakat ini masih belum ada bantahan dari setiap rakan-rakan lain yang mendengar cadangan ini. Namun ,idea-idea lain masih lagi dinanti dan masih lagi terbuka . 


Beberapa  sahabat telah pun mengemukakan  cadangan baru-baru ini iaitu ''Straigth a Head'' dan Angkatan Muda D.I.Y..dan ia akan dibentangkan lalu diputuskan pada 29 Januari ini secara undian.

Khamis, 20 Januari 2011

Kerusi si Sampah 2

Sehingga melutut si pemimpi menuntut janji,
pengemis pula dianggap si sampah,,
sedang mimpi dulu masih hak mereka,,
kerusi semakin lama semakin murah,,
sehingga ia semakin berbau sampah..
         ......
datang si pejuang-pejuang radikal
namun mereka pula dianggap anjing
sebenarnya si sampah memang takut pada anjing
sehingga lah yang difitnah anjing itu dianggap anjing gila..
maka ramailah gundik-gundik dan pengipas membaling batu demi sisa si sampah...
dan si pemimpi terus melutut sugul..

Jumaat, 14 Januari 2011

Tanah rumah ku.

Bukan merasa diri ini tinggi tetapi inilah tanah tumpah darahku,
setapak ku tinggalkan , seperti mati ku rasa rindunya..
biar najis yang bertaburan,tetapi inilah tempat aku tidur..
tempat aku belajar untuk bermimpi ..
belajar gelak tawa dan tangis..

Bukan besar suara aku untuk berbakti kepada negara,,
biarlah suara kecil ini berbakti pada tanah rumahku.
bukan tinggi suara ku untuk berbakti kepada bangsa.
biarlah suara rendah ini berbakti
kepada segala penghuni tanah rumahku..

Pangkat tidak sekali menjadi niat ku..
hanya terisi piring sudah memadai bagi ku..
kerana jatuh bangun bukan kehendak ku,,
ku percaya yang Maha Kuasa tempat ku bergantung,,
agar rahmat dan berkat bagi ..
tanah rumahku..

Rabu, 12 Januari 2011

hai kawan-kawan

Alhamdullillah dari dulu hingga kini masih belum pernah aku merasa nikmat menumbuk ,menerajang atau patah-patahkan leher orang lain. Setakat ni segala perselihan faham cepat aku selesaikan supaya tidak melarat hingga mati. Aku tidak akan pernah untuk memeilih kawan yang baik atau jahat untuk aku dan aku lebih selesa jika mereka yang menegur sebelum aku dilabelkan sombong ,maklumlah aku ni pemalu sebenarnya..tetapi jika ada perkara yang sangat penting aku yang akan menegur mereka dengan segera.

Seumur hidup aku, aku hanya lebih banyak berkawan dengan lelaki daripada perempuan kerana perempuan merupakan sesuatu yang amat bahaya bagi aku(nafsu). Bagi golongan perempuan aku terpaksa memilih untuk berkawan. Aku hanya memilih mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat ke atas kelemahan dan kekurangan pada aku. Sebenarnya mereka ini telah banyak menguatkan keyakinan diri aku yang selalu rapuh ini.

So perempuan semua, aku sangat suka melihat anda semua ketawa dan senyum .,aku sangat susah hati apabila melihat muka ketat 'engkorang'. kalau ada masalah cerita lah..aku boleh selesaikan  insyaAllah ..tak kiralah ko siapa dulu,,tu bukan masalah aku..masalah aku kalau muka engkorang cam ketat an..tak boleh nak cool ngan masalah..
haa lagi satu hal..ngkorang tak payah nak hipokrit bagai buat2 senyum sebab aku bukan kanak-kanak ribena..tengok je aku da tau ngko sakit..
ha,ade lagi..jangan sesekali ingat aku nak adjust ko ke ape..oke...





paham..

kegagalan

Ya..aku terlampau takbur dengan kejayaan berhenti merokok hari itu dan kini puntung-puntung rokok telah mula menghiasi bibir ku..Entah kenapa tiba-tiba ketagih itu datang semula. Hati ini  masih belum kuat sebenarnya untuk merempuh cabaran-cabaran hidup. Tapi selepas ini aku akan kembali berhenti jangan risau. grrrrr

akhlak, ethics dan adat

Tahun 2011  merupakan tahun yang mempunyai permulaan yang sangat baik bagi aku . Apabila scene hardcore di Tampin yang pernah tertidur sebentar kini bangkit kembali dan bersama menghias gelap dan terang pada bidang kegemaran aku ini. Suatu hari Ateng mengemukakan idea pada aku yang sugul waktu tu supaya membina sebuah komuniti d.i.y bersama anak-anak hardcore yang lain. Terperanjat sebenarnya bila Ateng yang aku pernah aku saksikan dari jauh semasa beliau beraksi bersama Devilica suatu ketika dahulu kini duduk semeja dengan aku berbincang tentang 'ethics ,attitude,politik dan sebagainya.. Terasa umur ni sudah semakin meningkat. Komuniti yang bertujuan meramaikan  anak-anak yang meminati aliran ini supaya aku,kami dan mereka lebih kuat memperjuangkan keharuman nama scene Tampin walaupun tidak pernah busuk atas usaha tokoh-tokoh hc/punk di Tampin sebelum ini.

Aku pernah bercerita pada entry sebelum ini tentang alasan aku meminati aliran d.i.y ini , aku pernah merepek untuk menjadi seorang motivator dan inilah cara terbaik untuk aku membuktikan bahawa aku tidak merepek waktu itu.. kini aku lah motivator d.i.y ..
Aku terapkan ethics pada sanubari mereka bagi mengukuhkan pendirian serta memperbaik kan lagi attitude mereka supaya komuniti ini tidak roboh dengan sesuatu yang busuk suatu hari nanti.
Setiap hari aku habiskan untuk bercerita tentang perkara ini kepada mereka dan mereka sangat mudah memahami dan aku rase bangga diri dan sedikit takbur selepas itu..

Walaupun ethics yang merupakan fahaman yahudi dan nasrani itu aku terapkan tetapi aku lebih suka menterjemahkan ia kepada istilah 'akhlak ' dengan memasukkan unsur-unsur keperibadian Rasullullah S.A.W kepada mereka..namun,ethics ataupun akhlak adalah 2 perkara yang merupakan ajaran yang baik dari agama2 langit ini dan tak jauh beza pun..Abah aku pun kata bahawa baginda juga menggunakan ethics ini untuk menarik golongan nasrani dan yahudi kepada islam tetapi ethics bahasa Arab akhlak la kot..
So..ethics tu akhlak la...attitude tu sikap la..memang yang baik itu tidak pernah salah untuk difahami asalkan akidah masih kuat..

Ethics juga bagi aku boleh diterjemahkan kepada adat dalam masyarakat traditional seperti di Tanah Minang ada bahasa yang menyatakan ''adat bersendikan syarak'' dan abah aku pernah tersasul cakap ''ethic bersendi kan syarak''. Haha..itu satu lagi sebab bahawa sebuah komuniti  itu wajib memahami ethic supaya hidup ini akan jadi lebih mudah untuk dilalui.

Namun , akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan ethics kerana prinsip syariat bukan semata-mata akal. Maksudnya, piawaian akhlak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya mutlak dan kekal sepanjang masa. Sebaliknya, prinsip moral dan ethics yang bersandarkan pemikiran, falsafah, budaya atau adat boleh berubah-ubah mengikut situasi, kondisi dan peredaran zaman.

haha,,ada ciri-ciri motivator kan?

Rabu, 5 Januari 2011

sekitar hari ini (3jan '11)

Minggu ini kita dapat menyaksikan adik-adik kita yang akan memulakan zaman baru dalam hidup mereka. Zaman yang akan membina pembesaran akal dan minda mereka serta zaman yang penuh dengan kenangan manis daripada pahit yang akan terus kekal tertera dalam diari hidup mereka sehingga akhir hayat. Zaman ini menentukan arah tujuan hidup mereka di masa hadapan supaya menjadi orang yang berguna atau lebih tepat lagi menjadi insan yang lebih matang berfikir. Adik-adik ini akan menjadi pelapis bagi semua bidang tidak kira formal mahupun tidak bagi menyambung perjuangan insan-insandewasa yang telah membentukkan sejarah untuk mereka supaya tiada susah bagi mereka bagi menjelajah lebih dalam lagi hukum-hukum akal dan logik hidup ini..etika-etika yang telah dibentuk oleh tokoh dahulu telah disediakan supaya mereka tidak terperangkap dengan langkah mereka sendiri. Namun pegangan agama sudah semestinya begitu penting untuk kita terapkan pada mereka supaya tidak kecundang awal atau di pertengahan nanti dan jatuh dalam ruang penyesalan di akhirnya..

Inilah zaman yang juga membentuk aku dan rakan-rakan serta mua'alim dan tokoh-tokoh ternama mahupun tidak. Inilah zaman persekolahan.. Siapa yang mampu menafikan jika aku berpendapat tentang apa yang kita pegang,kita kerjakan mahupun yang kita ungkapkan dan bahaskan semuanya telah diturap pada pendirian kita pada zaman ini.. Inilah jangka masa paling banyak kita ditegur,diawasi dan dinasihat sehingga ia menjadi buah fikiran kita hingga kini . Aku akui bahawa aku amat merindui zaman indah ini.

Pada era modenisasi kini, tidak dinafikan pelbagai pengaruh-pengaruh hitam dan putih menghiasi dunia kita yang menjadi ujian besar bagi adik-adik kita ini. Dengan ini, guru dan ibubapa serta pelajar2 senior perlu membentuk solidariti yang kuat bagi membentuk moral adik-adik ini dan jadikan sekolah bukan sahaja berfungsi untuk menekan mereka untuk jadi pandai akademik tetapi menjadi tempat yang membantu mereka mengejar impian mereka yang amat diminati secara personal. Contohnya ada pelajar yang lemah dalam bidang akademik namun berbakat dalam kokurikulum seperti sukan,berpuisi,muzik, fotografi dan sebagainya...apa salah nya jika mereka dibentuk berdasarkan apa yang mereka minati? bukankah sekolah itu bagi mengisi ilmu yang akan berguna bagi hidup mereka?

Kelmarin, adik aku pernah bercerita sewaktu di sekolah seorang guru pernah bertanya tentang matlamat jangka pendek penghuni kelas tersebut. Maka apabila tiba giliran seorang murid baru menyatakan matlamat nya iaitu ingin mencapai keputusan cemerlang dalam SPM  dan ingin membeli sebuah basikal  kerana beliau ingin berkawan dengan ozon kerana adik ini berfikir bahawa generasinyalah yang patut memulakan niat baik  dan mulia ini kerana tidak sanggup melihat ozon makin dirobek oleh kerakusan modenisasi kini.  Lalu guru tersebut mentertawakan murid ini dengan menganggap adik itu merepek dan mengarut serta ditertawakan pula oleh murid lain.. mujurlah adik aku tidak melakukan yang sedemikian kerana beliau juga peminat alam sekitar.
Jadi mengapakah matlamat tersebut dipersendakan? itulah yang mengganggu jati diri serta keyakinan sebahagian anak-anak muda dulu dan kini...
Bukan sahaja guru tersebut tetapi kita perlu lah menyokong kehendak mereka yang masih belum mengenal identiti sebenar diri mereka.

Walaubagaimanapun aku ucapkan selamat maju jaya kepada adik-adiksemua..

Ahad, 2 Januari 2011

Kerusi Si Sampah

Kisah si penabur-penabur harapan palsu
atas jiwa-jiwa yang berharap
agar kerusi itu suci sang pemiliknya.
dibuaikan nya jiwa si pemimpi dengan pelbagai impian..
diracunnya minda  agar jatuh tertungkup di kaki .
sehingga akhirnya jiwa-jiwa itu terperangkap
menjadi gundik dan pengipas..

Sabtu, 1 Januari 2011

modenisaSial

Aku masih ingat di waktu kecil dahulu , di tanah ini terdapat deretan gerai yang dibina hanya dari papan dan kayu-kayu menambahkan cerita pada  diari hidup setiap orang, setiap masa gerai-gerai itu membangun dengan pendapatan mereka yang ditentukan oleh rezki dan rahmat kurniaan tuhan, isi keperluan asas manusia dilengkapkan daripada gerai-gerai itu.. keharmonian boleh didapati di situ apabila saingan2 sihat yang setara tarafnya itu mengukir senyuman2 manis yang masih aku rindui. Mereka berjuang dalam hidup mereka bagi mengisi perut anak2 mereka yang diletakkan pelbagai harapan di masa hadapan... Ada juga warga-warga emas yang mengisi masa akhir mereka di situ dan terdapat pula keluarga yang kurang bernasib baik mencuba nasib mereka di dalam kawasan deretan gerai itu..mereka juga amat mesra sehingga tidak ada beda antara penjual dan pelanggan sehingga ada yang menjadi keluarga..di tanah inilah semua itu berlaku ,aku pasti inilah tempatnya...
kemudian aku melutut lemah ke tanah ,kuperhati semak-samun yang yang megah memanjat dinding2 kayu yang menunggu tumbang...apakah yang terjadi pada mereka? dimanakah mereka? bagaimanakah hidup mereka kini? apa terjadi pada anak-anak mereka? 

sambil geram dan pedih hati ini bila aku melihat sebuah pasaraya yang dibina atas nama modenisasi bodoh di bina di seberang jalan itu..

(kapitalis)

Rutin baru

Sebelum ini waktu-waktu petang ku amat mengelirukan. Entah apakah yang sesuai untuk aku isikan waktu itu supaya lebih bermanfaat dan menenangkan. Selepas tamat nya kes di mahkamah maka aku telah bebas untuk melakukan perkara-perkara yang lebih agresif dan lebih berdikari setelah sebelum ini pergerakan ku agak diawasi .
Kini aku telah mendapat idea yang tetap untuk mengisi masa lapang ku di waktu petang yang semakin indah iaitu bersenam di padang serbaguna di kawasan Stadium Mini Tampin..bermula jam 1700 aku akan mulakan aktiviti sihat ini . Aku lebih suka bersendirian untuk melakukan aktiviti ini..keranadengan cara ini aku lebih banyak mendapat ilham-ilham untuk kuluahkan di dalam blog ini. Emotional rasanya bila berlari melalui trek yang disediakan bersama baju panas ala-ala Japan dan seluar trek sut kesayangan...memerhati rasa kasih sayang dan kegembiraan serta semangat yang gigih di kalangan masyarakat di situ..ia jugamemberi ruang untuk memikirkan cara-cara menyelesaikan masalah dengan baik...rasa lebih matang bila waktu2 ini diisi dengan sebegitu rupa..
Jam 1800 aku akan mula bergerak ke kedai mamak di Tampin Square yang terletak hampir 500 meter dari Komplek Sukan Tampin...Selalunya mesti ada yang tiba-tiba datang menemani aku untuk minum segelas te'o suam sambil bercerita perkara yang berfaedah..terima kasih aku ucapkan...
Itulah waktu yang paling menenangkan...
Apabila hari makin gelap,aku mula mengangkat kaki berjalan kaki ke rumah yang terletak dalam 1 jam perjalanan tanpa kenderaan..

Selamat Datang 2011

Tersengguk aku dari kesepian tadi apabila bunga api berdentum kuat. Rupanya ada yang lebih menggembirakan aku dari semua itu . Abah dan Mak memeriahkan malam tahun baru ini dengan menyuapkan ikan goreng ..suatu permulaan yang baik untuk tahun ini..