Rabu, 5 Januari 2011

sekitar hari ini (3jan '11)

Minggu ini kita dapat menyaksikan adik-adik kita yang akan memulakan zaman baru dalam hidup mereka. Zaman yang akan membina pembesaran akal dan minda mereka serta zaman yang penuh dengan kenangan manis daripada pahit yang akan terus kekal tertera dalam diari hidup mereka sehingga akhir hayat. Zaman ini menentukan arah tujuan hidup mereka di masa hadapan supaya menjadi orang yang berguna atau lebih tepat lagi menjadi insan yang lebih matang berfikir. Adik-adik ini akan menjadi pelapis bagi semua bidang tidak kira formal mahupun tidak bagi menyambung perjuangan insan-insandewasa yang telah membentukkan sejarah untuk mereka supaya tiada susah bagi mereka bagi menjelajah lebih dalam lagi hukum-hukum akal dan logik hidup ini..etika-etika yang telah dibentuk oleh tokoh dahulu telah disediakan supaya mereka tidak terperangkap dengan langkah mereka sendiri. Namun pegangan agama sudah semestinya begitu penting untuk kita terapkan pada mereka supaya tidak kecundang awal atau di pertengahan nanti dan jatuh dalam ruang penyesalan di akhirnya..

Inilah zaman yang juga membentuk aku dan rakan-rakan serta mua'alim dan tokoh-tokoh ternama mahupun tidak. Inilah zaman persekolahan.. Siapa yang mampu menafikan jika aku berpendapat tentang apa yang kita pegang,kita kerjakan mahupun yang kita ungkapkan dan bahaskan semuanya telah diturap pada pendirian kita pada zaman ini.. Inilah jangka masa paling banyak kita ditegur,diawasi dan dinasihat sehingga ia menjadi buah fikiran kita hingga kini . Aku akui bahawa aku amat merindui zaman indah ini.

Pada era modenisasi kini, tidak dinafikan pelbagai pengaruh-pengaruh hitam dan putih menghiasi dunia kita yang menjadi ujian besar bagi adik-adik kita ini. Dengan ini, guru dan ibubapa serta pelajar2 senior perlu membentuk solidariti yang kuat bagi membentuk moral adik-adik ini dan jadikan sekolah bukan sahaja berfungsi untuk menekan mereka untuk jadi pandai akademik tetapi menjadi tempat yang membantu mereka mengejar impian mereka yang amat diminati secara personal. Contohnya ada pelajar yang lemah dalam bidang akademik namun berbakat dalam kokurikulum seperti sukan,berpuisi,muzik, fotografi dan sebagainya...apa salah nya jika mereka dibentuk berdasarkan apa yang mereka minati? bukankah sekolah itu bagi mengisi ilmu yang akan berguna bagi hidup mereka?

Kelmarin, adik aku pernah bercerita sewaktu di sekolah seorang guru pernah bertanya tentang matlamat jangka pendek penghuni kelas tersebut. Maka apabila tiba giliran seorang murid baru menyatakan matlamat nya iaitu ingin mencapai keputusan cemerlang dalam SPM  dan ingin membeli sebuah basikal  kerana beliau ingin berkawan dengan ozon kerana adik ini berfikir bahawa generasinyalah yang patut memulakan niat baik  dan mulia ini kerana tidak sanggup melihat ozon makin dirobek oleh kerakusan modenisasi kini.  Lalu guru tersebut mentertawakan murid ini dengan menganggap adik itu merepek dan mengarut serta ditertawakan pula oleh murid lain.. mujurlah adik aku tidak melakukan yang sedemikian kerana beliau juga peminat alam sekitar.
Jadi mengapakah matlamat tersebut dipersendakan? itulah yang mengganggu jati diri serta keyakinan sebahagian anak-anak muda dulu dan kini...
Bukan sahaja guru tersebut tetapi kita perlu lah menyokong kehendak mereka yang masih belum mengenal identiti sebenar diri mereka.

Walaubagaimanapun aku ucapkan selamat maju jaya kepada adik-adiksemua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan