Jumaat, 24 Oktober 2014

Helaian Kehidupan

Ketika ini duka menghunus mata pena nya yang tajam pada permukaan helaian kertas yang tertulis perihal kehidupan ku berjalan.

Terasa cemas menanti akan apa lagi yang bakal dikarang oleh pena itu. Entah berapa banyak lagi belukar yang akan dilukiskan di atas helaian itu.

Biarlah. Tiada guna aku berair mata kerana tiada sesiapa untuk aku persembahkan duka ini.

Biar lah.

Asalkan nanti, ada pentas yang tinggi menanti aku dengan dentuman meriam dan bunga api meraikan kewibawaan yang tak seberapa ini.

Dan ketika itu aku tersenyum sendiri menjulang kitab kehidupan. Dikala tiada siapa yang melihat selain Tuhan dan malaikat.

Rabu, 22 Oktober 2014

Malam Di Bawah Mentari

Angin bersiul lagi,
Di tepi perjalanan,
Daun-daun gugur menemani aku,
Di bawah limpahan cahaya neon,
Sedikit terang di tengah kelam nya malam,

Rembulan sudah terlalu terang
ketika ini,
Kerana ia mengingatkan aku pada lirikan mata mu,
Angin masih bersiul,
Bagai bisikan suara mu yang menyentuh kalbu ku,
Dedaunan semakin rancak berguguran berserakan pada muka aspal yang lembab,
Terasa seperti kita sedang berlari bersama ketawa riang yang memecah sunyi nya perasaan ku ketika ini,

Maka sejak tamatnya malam ini,
Akan aku kerahkan segala kudrat,
Supaya malam ini menjadi nyata di bawah mentari.


Ahad, 19 Oktober 2014

Ini

Aku sedang cuba mengerti.
Tentang perasaan ini.
Apakah ini?
Bertalu-talu peringatan yg datang.
Tapi ingatan ku hanya pada ini.
Seperti tak bisa ku lepaskan.
Ia bertaut mati.
Di dalam hati.

Terasa ada pisau yg menikam.
Ada luka-luka.
Pedih.
Tapi tak bisa kulihat.
Tapi aku rasa.

Aku masih cuba untuk mengerti.
Apa puncanya?
Apa jalannya?

Jumaat, 17 Oktober 2014

Kawan

Tentang kawan.
Kawan.
Teman.
Pasangan.
Sahabat.

Di dunia ini lah kita dapat berkawan.
Selepas ini kita tidak akan tahu akan ke manakah kita.

Di dunia juga kita tidak mampu menebak siapa kawan kita.
Di manakah kita esok?

Di dunia ini kita hidup berkongsi dengan pelbagai jenis orang.
Siapakah kita di sini?

Di dunia kita berasa dipedulikan oleh orang yang salah satu nya dipanggil kawan.
Siapakah dia?

Di dunia ini ..
Kawan ialah ujian..
Ada yang menanggap kawan itu bisa saja menghancur kan kita.
Tapi kita juga tidak bisa untuk meramalkan.

Bukankah kita pernah diberikan petunjuk dalam memilih kawan?
Yaa...kita terlalu malas untuk sekadar mengambil tahu.

Ada yang gusar dan merusuh, tidakkah kita berfikir sebelum terpengaruh?

Kita yang menentukan untung rugi kita dalam mencari kehidupan..jadi mengapa orang lain yang mesti dianjing kan?

Iya...kita teraniya, didustakan, ditindaskan, ditikam daripada belakang, dipermainkan atau diaibkan....apa bezanya dengan anak kecil yang kepala nya terhantuk ketika tersungkur jatuh lalu menangis kuat?

Itu ialah ujian bagi kita sayang.
Bersabarlah.
Kurung hati mu.
Pasung nafsu mu.
Biar akal yang bebas.

Berfikir tentang kebenaran serta kebaikan itu lebih elok.