Jumaat, 29 April 2011

Penghinaan

Memang tidak dapat dinafikan apabila pelbagai tohmahan ,penghinaan,konspirasi dan sebagainya diadakan oleh orang-orang kafir terhadap golongan yang sabar tidak pernah terhenti daripada zaman sebelum kelahiran Rasullullah lagi. Kafir atau kufur bermaksud ingkar dengan ajaran Allah atau orang yang tidak mahu bersyukur walaupun sudah mengetahui kebenarannya maka nya tidak lah kafir itu boleh digelarkan kepada non-muslim sahaja tetapi orang yang tidak mahu bersyukur(termasuk golongan pro-materealistik) juga adalah umpama kafir walaupun kad pengenalannya tertera Islam/Muslim tetapi tidaklah sekafir orang-orang yang benar-benar ingkar pada tuhannya. Musyrik pula ialah golongan yang menyekutukan tuhannya.

Namun , di sini aku ingin membawa kamu semua menyelak surah Al Baqarah ayat 6

''Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan mereka tetap tidak akan beriman''

Mereka akan tetap terus memusuhi orang-orang yang sabar sehingga orang-orang sabar ini mengikuti bagi pihak mereka barulah mereka akan berhenti. Sememangnya orang yang teraniaya oleh golongan zalim tetap akan mendapat kejayaan di akhirnya. Maka tidak perlulah kita tiba-tiba menyahut penghinaan mereka lalu kita pula menghina mereka kerana itu sudah meletakkan kita dalam keadaan tertewas kerana kita telah terikut cara kotor mereka.
Bukanlah di sini kita tidak boleh menentang mereka apabila mereka mula mencabuli tetapi biarlah dengan cara yang suci dan di bawah keredhaanNya yang Maha Kuasa. Gunakan akal untuk mengingati dan tidak terikut-terikut hati yang sedang berdendam.

Selasa, 26 April 2011

Kerusi Si Sampah 3

Heboh setiap orang melaungkan kedamaian dengan jeritan-jeritan mencari pasal dan di luar kuasa sebenarnya. Kedamaian apa sebenarnya yang mereka cari ? Sedangkan dia malas untuk berusaha memperbaiki dirinya yang lusuh itu. Menaikkan semangat orang-orang lemah bagi mengecapi kedamaian sedangkan mereka selepas itu memberontak tanpa harga diri. Apa yang mereka laungkan bukanlah dari pendirian mereka tetapi hanya sekadar aset untuk mensucikan nama di dunia.

Dia menuntut kedamaian sedangkan hatinya resah akan kedudukannya yang bakal dirampas. Dia pula sedang merasa dengki dan berusaha untuk mengkhianati. Dia pula sedang runsing untuk memikirkan wang riba nya. Dia pula sedang gembira memakan harta-harta orang susah.

Jadi, kedamaian apa yang mereka laungkan ? Jika bukan sekadar kerusi yang mereka gilai.....

Bersama

Nampaknya kita sering jatuh bersama,
Bersama nama yang terhakis,
Di bawah terik matahari,
Kita berpanas bersama.

Memahami bukan sahaja di sini,
Tapi kita akan tetap bersama,
Selamanya..
Hati-hati dengan lidah mu,
Penyebab segala perpecahan.

Inilah masanya untuk kita,
Memecah batu prasangka,
Apabila kita sering jatuh bersama.

Isnin, 11 April 2011

Tsunami Jepun 2011

Baru-baru ini kita dan seluruh dunia dikejutkan oleh suatu lagi dugaan dan ujian yang menimpa sahabat kita di negara 'matahari terbit'  iaitu Jepun. Cerita sedih dan duka seperti korban maut,kerugian ,tangisan warga yang kehilangan ahli keluarga terutamanya kanak-kanak yang kehilangan tempat bergantung dan sebagainya dikongsi oleh seluruh penduduk dunia yang turut simpati.

Itulah ujian yang datang secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka bagi menguji kesabaran warga Jepun dan juga menguji kita supaya berfikir bertapa hebatnya kuasa Allah s.w.t. Namun , Alhamdullillah,apabila aku terbaca riview tentang interview dengan salah seorang mangsa tsunami yang disiarkan di Majalah3 9/4 bahawa beliau sedar

 ''apa yang berlaku ini sudah ditakdirkan oleh tuhan yang maha kuasa dan juga ujian bagi kami supaya bersabar dan lebih berwaspada dengan dugaan seperti ini selepas ini''




Maka kita semua perlu berwaspada bagi melalui ujian-ujian besar yang bakal tiba tak kira masa. Persiapkan emosi serta mental yang kuat dan ingatan kepada Tuhan supaya lebih bersabar juga redha dengan ujian-ujian selepas ini kerana kita tidak tahu apa akan jadi dalam hidup kita selain mati.