Jumaat, 29 April 2011

Penghinaan

Memang tidak dapat dinafikan apabila pelbagai tohmahan ,penghinaan,konspirasi dan sebagainya diadakan oleh orang-orang kafir terhadap golongan yang sabar tidak pernah terhenti daripada zaman sebelum kelahiran Rasullullah lagi. Kafir atau kufur bermaksud ingkar dengan ajaran Allah atau orang yang tidak mahu bersyukur walaupun sudah mengetahui kebenarannya maka nya tidak lah kafir itu boleh digelarkan kepada non-muslim sahaja tetapi orang yang tidak mahu bersyukur(termasuk golongan pro-materealistik) juga adalah umpama kafir walaupun kad pengenalannya tertera Islam/Muslim tetapi tidaklah sekafir orang-orang yang benar-benar ingkar pada tuhannya. Musyrik pula ialah golongan yang menyekutukan tuhannya.

Namun , di sini aku ingin membawa kamu semua menyelak surah Al Baqarah ayat 6

''Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan mereka tetap tidak akan beriman''

Mereka akan tetap terus memusuhi orang-orang yang sabar sehingga orang-orang sabar ini mengikuti bagi pihak mereka barulah mereka akan berhenti. Sememangnya orang yang teraniaya oleh golongan zalim tetap akan mendapat kejayaan di akhirnya. Maka tidak perlulah kita tiba-tiba menyahut penghinaan mereka lalu kita pula menghina mereka kerana itu sudah meletakkan kita dalam keadaan tertewas kerana kita telah terikut cara kotor mereka.
Bukanlah di sini kita tidak boleh menentang mereka apabila mereka mula mencabuli tetapi biarlah dengan cara yang suci dan di bawah keredhaanNya yang Maha Kuasa. Gunakan akal untuk mengingati dan tidak terikut-terikut hati yang sedang berdendam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan