Jumaat, 31 Disember 2010

malam tahun baru

Saat ini semakin dekat dengan tahun ke sebelas di alaf baru ini . Aku hanya merenung skrin monitor ini dengan penuh kelesuan apabila malam-malam seperti ini selalu kesepian melitupi hati ini yang biasa nya riang bernyanyi..
Sedang mata teman-teman lain terpegun melihat letupan bunga api yang indah menari,diri ini tiba-tiba mula merungut tentang hati ini yang masih belum berteman.  namun,aku biarkan rasa  itu menyeksa kerana ia amat bermakna buat ku...dan aku biarkan takdir yang menentukan... kerana gelak tawa keluarga masih tetap menemani kesepian ini..

Pagi terakhir..

Apabila tamat waktu malam semua teman-teman seangkatan akan berkumpul di rumah ku hingga ke pagi. Kami bergelak ketawa,meluah perasaan, mengutuk ,berangan ,merenung sesama sendiri dan menonton Discovery di ASTRO.. Sepanjang cuti sekolah yang panjang ini rutin tersebut berterusan tanpa bosan dan rasa kasih sayang antara kami bersahabat semakin kuat. Hari ini hari terakhir di tahun 2010 yang amat indah ceritanya bagi aku dan aku rasa semua turut menyedarinya..
Ada juga kisah duka lara yang amat memedihkan juga berlaku tetapi itu semua permainan hidup yang merancakkan lagi plot cerita di tahun ini...
Ambang 2011 semakin hampir dan selepas hari ini segalanya akan bersurai,,ada  sahabat2 yang berkerja,merantau dan ada juga yang memulakan persekolahan di sesi baru nanti..Semuanya bakal berubah.
Namun ,aku tetap tenang menghitung hari-hari ku yang terbaik walaupun tiada apa yang berubah...dan aku terus berharap serta berdo'a semuanya akan bertambah baik..

Khamis, 30 Disember 2010

sekitar hari ini (29Dec '10) Juara Piala Aff SUZUKI 2010

Kemarau 14 tahun selepas tumpas di final 1996 kepada Thailand..akhirnya berjaya ditamatkan oleh skuad bolasepak kebangsaan kali ini...Walaupun dirobek2 oleh Garuda Indonesia di awal saingan namun, kekecewan tersebutberjaya ditebus kembali selepas jurulatih K.Rajagobal membaiki kelemahan pasukan kebangsaan...apabila Harimau Malaya menerkam  Garuda dengan kemenangan 3-o pada final pertama di stadium Bukit Jalil hasil jaringan Safee Sali dan Ashaari bersama sokongan padu daripada penyokong Harimau Malaya..final kedua di Stadium Bung Karno Malaysia tumpas kepada tuan rumah 2-1. Namun Malaysia tetap bergelar juara apabila menang dengan Agregate 4-2....

kemenangan ini membuktikan warga kita sudah mula pandai berdikari..

Jumaat 31 dec 2010-cuti umum..

Selasa, 28 Disember 2010

Kupu-Kupu Malam

ada yg benci dirinya
ada yg butuh dirinya
ada yg berlutut mencintanya
ada pula yg kejam menyiksa dirinya

ini hidup wanita si kupu-kupu malam
bekerja bertaruh seluruh jiwa raga
bibir senyum kata halus merayu memanja
kepada setiap mereka yg datang
dosakah yg dia kerjakan
sucikah mereka yg datang
kadang dia tersenyum dalam tangis
kadang dia menangis di dalam senyuman

oh apa yg terjadi, terjadilah
yg dia tahu Tuhan penyayang umatnya
oh apa yg terjadi, terjadilah
yg dia tahu hanyalah menyambung nyawa



peterpan

Rabu, 22 Disember 2010

Selesai Sudah

Setelah hampir setahun 9 bulan kemalangan ngeri itu berlaku pada aku sehingga mengorbankan sahabat terbaik dalam hidup ku..akhirnya, perbicaraan tuntutan insuran di mahkamah telah pun selesai dalam jangka masa yang singkat. Aku bersetuju untuk menerime wang pampasan sebanyak RM 700k semalam. Mungkin dalam 2 bulan lagi wang tersebut akan masuk ke poket ini..Walaupun target sebenar tuntutan ialah RM 1 juta namun yang ini sudah lebih memadai untuk aku..

Walaupun pada saat-saat akhir suatu masalah tiba-tiba datang namun itu semua bukan lah sesuatu yang menguji kesabaran ku..masalah dunia bukan mudah merungsingkan aku..tapi masalah kegawatan di Masyar nanti lebih merisaukan..

Jutaan terima kaseh kepada Mak dan Abah kerana dari awal hingga kini  berkorban masa demi hidup hadapan P.e ,,begitu juga kepada Tuan Govi ,seorang peguam terbaik dan pertama dalam hidupku..orang pertama yang mencabar kelemahan ku..beliau begitu bersungguh-sungguh ingin membantu mendapatkan tuntutan ini..ya,beliau agak 'sugul' apabila tidak dapat membantu aku memperolehi RM 1 juta..namun terima kaseh Tuan..
Dan kepada seorang lagi sahabat yang pertama membantu iaitu Amar yang menemani hari-hari ku di Hospital Tuanku Jaafar seremban...Amar,segalanya sudah selesai..sahabat tetap sahabat,walau nama mu sudah sedikit kotor, namun engkau tetap salah satu obor hidup ku...

Dan terakhir sekali,sudah tentu lah kepada sahabat-sahabat lain...anggota2 Red Bullet,Throw Ma ,Sermonized,Toward November dan semuanya...Ijal, Syafiq,Amir dan banyak lagi..dan juga kepada masyarakat sekeliling yang begitu prihatin..termasuk abang-abang yang hebat...

dan terakhir sekali kepada adik ku selamanya, Iza seorang adik yang berjasa..beliau seorang yang hebat...

Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat dugaan Mu.

Isnin, 20 Disember 2010

Etika

Etika sememangnye sinonim dengan kehidupan kita di mana waktu sekalipun etika merupekan perkara yang amat penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu yang dicintainye..Dari cara makan,berpakaian,pergaulan,pemikiran dan sebagainye ,tidak dapat tidak sesuatu antaranya itu akan menjadi baik selagi etika  dipegang.
Contohnye ialah etika berpakaian di bengkel atau kilang..,,pekerja tersebut wajib mengenakan pakaian2 yang selamat dan bersesuaian..etika ketika di meja makan,,sedikit kesilapan akan memberikan pandangan negatif pade orang lain. etika ketika memandu di jalan raya,,jika tidak dipatuhi bila2 masa padah akan datang..


Pada masa ini, makin beranak-pinak band2 yang membawe arus 'hardcore' khususnye... Tetapi ada juga antara mereka yang memandang remeh pada etika yang wajib ade dalam diri mereka yang mahu mengaku gagah memperjuangkan muzik hebat mereka..Etika dalam hardcore bukanlah suatu kongkongan tetapi ia juga adalah sebagai alat untuk seseorang itu lebih beradap dalam hidup..meletakkan rase benci dalam hati seseorang itu pada perpecahan hubungan global dan bangsa..etika ini amat menentang unsur2 perkauman ,penindasan hak, fasisma iaitu semangat ''Asobiyah'' yang terlampau..sexisme,prejudis dan sebagainye..

Ade juge terdengar ditelinga yang masih aktif ini, seseorang berkate bahawe beliau hanye sekadar ingin bermain muzik dan menganggap etika d.i.y ini hanyelah sesuatu yang melecehkan dan tiade arti langsung pade beliau..percayelah,jika anda ingin memulakan sebuah kugiran hardcore(d.i.y) tanpe mempunyai pengisian etika ini dalam diri line-up semuanya ,rasanya seperti ''kereta mewah tanpa stering''..tiada arahtuju yang tepat selain mengejar populariti..sesuatu kerja yang sia-sia..

Aku lebih memahami Etika ini hanya apabila aku mule mengambil tahu keindahan Agama Islam anutan ku..aku menyedari bahawa semuanya telah lengkap di dalam AlQuran dan sunnah..Semua perkara2 negatif yang ditentang oleh Etika lebih dahulu di suarakan oleh AlQuran...Islam mengajar kita supaya tidak berpecah belah, berburuk sangke, menganiaya dan semua muslim itu bersaudara...dan non muslim itu ialah sahabat..namun tiada perbezaan bagi kita di 'mata' Allah..melainkan taqwa hambaNya..
begitu juge Hardcore,,anti racist,anti facist ,anti sexist,anti facist, anti prejudice,anti hatred dan banyak lagi....bukan kah itu semue merupakan suatu yang amat kite benci selama ini?  Namun mengapa kita mesti menolaknya...sedangkan ia sesuatu yang sihat..

apakah arti perjuangan tanpa pengertian?
mencipta sesuatu tanpa ada kegunaan pada orang lain?
tidakkah ia sesuatu yang sia2 apabila duit keluar beratus2 ringgit untuk meriliskan lagu namun tiada apa-apa manfaat bagi pendengar ?

Ahad, 19 Disember 2010

sekitar hari ini (18dec '10)

Hari ni memang banyak event2 yang aku mesti pergi...Aku telah berjanji pade rakan-rakan
supaya menghadiri event2 tersebut..antarenye :

menghadiri gig Metal Fest di Johor Bharu.
menonton perlawanan rugbi di  Seremban.
menghadiri Majlis Ceramah Maal Hijrah di surau.
menonton perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF  di rumah bersame abah.

itulah antare event2 yang perlu aku pilih supaye ia bermanfaat untuk aku.

tetapi,aku telah membatalkan semue date2 di atas selain Maal Hijrah kerane majlis itu hanye merupekan kaba angin semate2..aku membatalkan semue date2 tersebut kerane sesuatu yang lebih penting..perkare tersebut ialah.....

''latihan mengatasi masalah malu bertemu perempuan'' 


okey..memang pelik sikit bunyi nye,,bende ni adelah plan aku sendiri tanpe ade sesiape pun yang tahu sebelum ini...tujuannye ialah untuk aku mengatasi kelemahan pade diri aku yang nervous tak tentu pesal bile bercakap atau bertemu dengan perempuan...entah kenape la aku dapat penyakit ni...tapi tak pe,aku harus mencubanya..


aku telah memancing beberape gadis hebat dan single di facebook untuk keluar bersame aku..yeah3....
yaa...akhirnye seorang yang terpilih..aku tak perlu beritahu name beliau sebagaimenjage privasi kerane takut jadi kontroversi..huhummm


hahaha..beliau pun tidaklah mengetahui tujuan sebenar aku ni melainkan sekadar lepak-lepak minum. Pade mulenye rase gementar tersebut masih lagi stabil..dan aku nampak nye seperti seorang yang cool..
Sehinggalah kami bertemu..


GULPPP~~


lawa lah pulak...uiyoo..tak berani aku nak pandang mate beliau...terus mengigil-gigil lutut ni..tibe2 aku jadi blur dan terkepit..huishhhh...tapi selamat beliau perasan dengan kelakuan aku tu..Kami kemudiannye pergi ke kedai mamak berhampiran untuk minum bersame...yeayy...selamat beliau banyak bercakap dan suke tergelak..haha..
selamat la si Mushawer ni ade teman sekali..kalau tak memang terkepit-kepit je la aku..
tapi aku masih steady la borak2 walaupun cover2..tah ape yang aku cover aku pun tak tahu..


yeaaa...sebelum ade kontroversi berlaku dalam hati,,kami pun bersurai...




tapi aku sifatkan test ni aku gagal..sebab aku teruk sangat..
harap lepas ni dapat lalui test ni lagi..haha..aku akan cube yang terbaik...


tapi ini hanye sekadar testing untuk aku mencabar salah satu kelemahan dalam diri aku..sampai bilelah aku perlu merase rendah diri macam ni kan..aku sedar keadaan aku..dan tanpe beliau sedar aku telah menguji hati budi beliau terlebih dahulu di facebook sebelum itu..dengan menanyakan beberape soalan ... yerr..jawapan beliau memang menyenangkan..huhummm..aku lebih yakin..


Tapi jangan lah sesekali anda merasekan yang aku keluar dengan beliau sebab ade ape2 hubungan khusus..
memang tak dinafikan memang teringin ingin mencari pasangan seperti beliau..tapi...HAHAHAA..


berangan boleh la ..







Jumaat, 17 Disember 2010

Ibu Bapa dan Hak Asasi Manusia

Pada abad ini, Hak Asasi Manusia memang kuat disuarakan oleh golongan-golongan yang ingin membela orang-orang yang ditindas,dikongkong,ditawan,dijajah dan pelbagai lagi.. aku tidak lah berapa fasih tentang perkara ini tetapi aku juga menyokong hal ini pada mulanya..Membela anak2 yang didera, membantu golongan miskin , bantuan kepada mangsa perang etc...semuanya dikerjakan atas nama Hak Asasi Manusia(HAM).
Aku sebenarnye masih kurang pasti tentang HAM ni,tetapi aku merasakan bahawa pertubuhan ini bagi membela hak2 kemanusiaan yang diganggu oleh golongan2 atasan atau yang lebih berkuasa ...

ya ,Akhirnya aku telah melihat sedikit kecelaan pada HAM. walaupun sedikit ,Ia memberi impak yang amat buruk pada kehidupan kita di Dunia dan Akhirat. Aku amat terkejut apabila seseorang yang aku kurang kenal akan gerangannya, merungut-rungut kepada rakannya,,

''aku benci betul lah,suka hati aku lah nak buat apa.,mak bapak aku sibuk je nak tanye2 pulak..hak aku ah nak keluar malam ke,balik lambat ke..hidup aku ,aku punye suke ah''

ade juga aku dengar yang begini..

''mak bapak aku ni tak habis-habis nak kongkong aku,,dari kecil sampai ke besar''


wowowo..hebat sungguh si mangkuk-mangkuk ini..menyuarakan hak nye dengan begitu berani..
tetapi pade siapakah yang mereka ni tak puas hati sangat ni?
ohhhhh~~~ Ibu dan Bapa mereke rupenye...amboi2..HAHAHA

aku rase kite semue boleh ingat waktu kite sepanjang hidup ini mengongkong mereke ,lahirnye kite mengubah hidup mereke ..tujuan mereka menitiskan peluh hanyalah untuk kite..tidak mungkin kita lupa bahawa dulu kitalah yang selalu menanyakan mereka bila mereka tidak kelihatan..kita menangis2 didakapan ibu apabila si bapa terpaksa meninggal rumah untuk ke tempat kerja..tidak untungkah si mangkuk itu apabila lahirnya bukan di tong sampah?

so, jangan sesekali kita menentang Ibu Bapa kite dengan menyuarakan hak bodoh kite seperti si mangkuk tersebut..ingatlah,,kita tak kan mampu membayar kembali hutang2 kita pada mereka, jasa-jasa kita pada mereka tak kan terbalas...namun, kesempatan bagi kita hanyalah memohon keampunan dan keredhaan mereka..kerana...keampunan dan keredhaan Allah itu adalah berdasarkan kerelaan mereka mengampunkan dan meredhakan langkah2 dan hembusan2 nafas yang diisi oleh titik peluh ibu bapa kita......

Isnin, 13 Disember 2010

Hijrah itu perubahan

Walaupun Maal Hijrah itu tidak lah disambut meriah seperti New Year yang penuh dengan bunga api,konsert-konsert dan ucapan selamat.. Tapi aku masih merasekan bahang tahun baru Islam tu..terima kasih bagi Amirul Mu'minin Khalifah Umar Al Khatab yang mencadangkan supaya peristiwa hijrah itu dijadikan kiraan tahun pada tarikh Islam..

Hijrah itu perubahan..sebab tu lah aku masih merasekan bahang Awal Muharam tu sebab aku selalu berangan untuk melakukan perubahan ,tahun lalu aku berangan untuk berhenti rokok apabila Muharam ni datang lagi..Alhamdullillah ,tahun ni aku dah pun bebas dari merokok..daripade azam itu, tak ade masalah bagi aku untuk solat dan berpuasa sebab sebelom ni kene tahan diri daripade hisap rokok..tapi kali ni dah tak payah dah.. Nampaknye boleh la aku ganti puase2 tinggal yang lepas. Selalu aku puasa sunat ngan adik aku,,tapi hari ni (isnin 7/1/1432,13/12/'10) aku seorang diri berpuase,,sedih gak..beliau berade di Kedah . Nampak nye , boleh ''balance'' kan balik berat badan yang da bersepah-sepah ni...

Berubah dari perkare yang buruk kepade baik, kalau kite hanye sekadar bicare dengan lidah tapi hati masih ragu-ragu,,memang susah lah kan...contohnye, aku da berhenti hisap rokok..aku berjaye..sebab aku berazam dengan hati je pade mulenye,,dan aku tak bagitahu sesiapepun yang aku dah berhenti,,kecuali pada Abah, Mak dan Adik...aku berjanji pada mereka bahawa aku akan mule berhenti pada malam 1Muharam...aku seorang yang takut untuk berjanji sebab aku tak nak jadi Munafik yang suke memungkiri janji..orang Munafik bukan kene bakar dengan api nerake,,tapi orang-orang Munafik ni jadi bahan pembakaran api neraka Jahannam..lagi teruk dari orang Kafir dan Musyrik..so, aku takut untuk ingkar dengan azam...
Aku segan nak katekan aku berubah kerana Allah..sebab takut orang2 kate aku 'bajet' Mu'alim..
biarlah tertulis kat entry ni je..biarla kalian yg mmbace entry ni dan Allah sahaja yang tahu niatku..

Bila aku dah berjaye berhenti merokok sekarang,,aku sengaje menjatuh2kan member aku yang hisap rokok,,kesian gak ,tapi kadang-kadang je ah..tapi dah name kami semue bersahabat,,perbuatan aku tu dah jadi bahan untuk kiterang ketawa2..aku sengaje hebah2kan kat Facebook yang aku da berhenti..haha..ramai terkejut dan tak percaye...sahabat-sahabat juge mule segan silu dengan kehebatan aku ni,,namun ''Tiada daya upaya dan kekuatan pada diriku melainkan hanya dari Allah yg Maha Agung''...
Ekonomi aku dah makin baik..pegi lantaklah harge rokok naik ke ape,,asalkan rumah aku ade beras ,lauk-pauk,elektrik dan air.. haha...
Hari-hari aku dah tak berlalu begitu saje,,bile tak hisap rokok boring,,aku kalau boring aku ON pc dan melayari sesawang untuk mencari article2 penting, tentang agama,sejarah dan sebagainye..
Abah dan Mak dah mule bangge ngan aku..hahaha sahabat2 pun da makin sayang ngan aku..hohoho..


Itulah hikmah bile kite berjaye dengan azam kite kerane Allah . Segale jadi mudah.. biarlah hati yang berubah bukan nye penampilan..berubah biarlah menjadikan yang buruk itu mati lalu melahirkan yang baik, bukan merubah batu menjadi berlian..

lepas ni aku akan berangan-angan untuk berubah seberape banyak darjah lagi.. 

Sabtu, 11 Disember 2010

Ketika Cinta Memanggil

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku

Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu
Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

opick

Menanti Esok

Apa ada dengan ''esok'' ?
rasa tak sabar nak tahu,
tekaan sebelum ini selalu meleset,,
tak layak rasanya untuk meneka lagi,

Apa ada dengan esok?
adakah mentari esok akan muncul lagi?
pastikah nyawa ini akan tetap bersama?
adakah kehidupan hari esok masih ada?
dimanakah aku esok?
siapakah aku esok?
apakah aku esok?


berharaplah,supaya pendirian ini tidak akan lebur,,
kepercayaan ini tidak akan berubah,,
agama terIndah ini akan terus menjadi pegangan,,
Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang beriman,,
supaya Dia tetap di hati..
Supaya cinta ini tidak akan rapuh...
sehinggalah menanti Esok itu tiada lagi,,....

Khamis, 9 Disember 2010

niQUITin

niQUITin adalah ubat berhenti merokok..bila aku rasa nak merokok,,aku makan,
bagi aku ubat ni memang berkesan bagi mereka yang betul2 tiada hati lagi mahu merokok..
bagi mereka yang berhenti dengan care beransur-ansur,,ubat ni memang tiada gunanya bagi anda..kerane mahu berhenti rokok ni ialah dengan menguatkan pendirian anda untuk berhenti...ubat ni akan melengahkan kehendak nafsu anda untuk merokok..
 Menghabiskan ubat ini memang lame,,ia berupa bulat seperti ''panadol''..
kita perlu menghisapnye seperti gule2 sehingga habis..
rasanya ala2 ''papermint'' atau gule2 yang sejuk2 tu..
pada permulaannya anda akan merase pedas2 di tekak,,kemudian pedih ulu hati,,kemudian mual,selepas itu anda akan rasekan seperti sesuatu proses pembersihan di dada atau perut,,kemudian perut kembung dan ''angin'' akan berpusu-pusu keluar dengan hebat nye samaada dari ''kentut'' atau ''sendawa''........tiba-tiba anda akan sedar ,,rase untuk merokok itu telah hilang..dan anda akan rase tertekan kerane akan keluar masuk tandas selepas itu...HAHA....

dan rakan-rakan anda yang nakal akan mengusik2 anda dengan rokok ,,supaye anda kembali ketagih memakan asap

RASAKANLAH KEPERITAN ITU UNTUK SEMENTARA WAKTU

Rabu, 8 Disember 2010

Berhenti Merokok.

Seperti yang pernah aku janjikan ,aku akan berhenti merokok pade 1 Muharram 1432 hjrah (7/dec/'10 ) iaitu tahun baru Islam. Aku dah pun mule berhenti merokok pada pukul 11 pm 6/dec/'10..Alhamdullillah aku berjaye bertahan untuk hari ini,bersame niquitine yg hangat di  iklan2 kini..

mule2 memang ramai kawan-kawan kate,,ubat tu tipu,,tapi Alhamdullillah,ia amat berkesan..bile rase nak merokok aku terus makan..hisap2 sampai habis..lame juge nak habiskan sebiji ubat tu,ade sejam lebih gak lah..terus hilang rase nak merokok..bau rokok  tu  terus busuk,menyampah aku...ish3..

aku rase best sekarang, rase bertenage je..tapi makan bertambah la..adeh..harap2 berat tak bertambah...
Tapi yang kesian member2 yang selalu datang rumah sambil mengharapkan rokok aku tu, terpakse pulang hampe..sebab aku dah TAK HISAP ROKOK!!!!!!!!!!

YEAHHH!!!!!!...
semoge lame aku bertahan dan terus bebas..

Selasa, 7 Disember 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah,,1432 hijrah

 Rase syukur ke hadrat Illahi yang sukar untuk aku ungkapkan,,akhirnya,berjaye aku titiskan air mate yang sudah lame terpendam beku saat ku ber do'a kepada Allah yang maha pemurah. Azam dan janji wajib aku tepati walau kawat berduri membelenggu dada,tapi hati yang di dalam dada akan terus bertahan.

segala sengketa tahun lalu ,minta dilupakan kerana kita semua bersaudara, usah mengumpul musuh selama hidup,
Rasullullah dah ajar kite, kite wajib bertegur kembali dalam tempoh selame 3 hari kalau lebih, keluar agama . berhenti bermusuh,bersabarlah, tenangkan jiwe dengan mengingat Allah, tempat kite semue datang dan kembali..

Ya Allah yang maha mulia, segale ape yang terjadi tahun lalu, telah terlalu banyak melanggar larangan mu ,ku yakin Engkau pun tahu. Namun ,Engkau tetap berlembut walau  Engkau punya kuasa untuk menyeksa hamba Mu ini.
Engkau tabahkan lah aku untuk melalui tahun ini, jauhi lah aku dari terdorong dengan hawa nafsu, Engkau sabarkanlah aku,tetapkan pendirianku dan lindungilah aku dari kekufuran.. selamatkanlah aku dari dugaan yang telah Engkau qadar kan untuk aku..namun,jika memang itu kehendak Mu,,aku bersyukur kepada Mu atas Hikmah dan Nikmat dari Mu dan hanya padaMu ku sembah dan Engkau sajalah tempat aku memohon pertolongan....




 terima kasih ya Tuhan ku,
atas nafas kurniaan Mu,
akal kurniaan Mu,
nikmat kurniaan Mu,
semoga tidak Engkau biarkan aku.

Isnin, 6 Disember 2010

Bebas Untuk Mati

Makhluk-makhluk dunia yang berkepak,
kadang cemburu aku lihat mereka terbang,
bebas dari memikirkan apa yang di tanah,
tak risau tikaman dari belakang,
tak risau saudara2 peng''hasad'',
tak risau orang tua yang mengongkong,
bebas dari memikirkan arah tuju,,

Jika aku bisa terbang,
Aku tak kan terbang,

bebas sehingga lupa daratan,
lari jauh dari orang tua yang hanye sebentar bersama kita.,
tiada lagi dapat merasa nikmat sabar teraniaya,,
erti hidup tiada erti lagi..,

Sedangkan manusia ada akal untuk berfikir

apakah bebas jika akal mati?
adakah kebebasan dunia itu menguntungkan di ''barzakh''?
adakah perhatian orang tua itu satu kongkongan,,?
pergi mati sama ''hak asasi mengarut,,'' jika itu alasannya,!!

berfikirlah..

Bersyukurlah

kemarau membakar,,kita minta hujan,
hujan mencurah menabur bakti,
lalu hujan pule yang dimaki,
diminta kembali matahari,
berdiamlah hujan seperti kecil hati,
pancaran matahari mule membakar,
namun,
matahari juge yang dicaci,
pasti mereka jemu dengan manusia,

ada piring plastik,mahu piring kaca,
ada cawan plastik,mahu gelas kaca,
ada yang memberatkan tubuh dengan hiasan yang melampau,
ada yang menganiaya diri untuk jadi cantik,
jika tak dapat tuhan yang dimaki,

apa guna kaca kalau pecah?
apa guna hiasan banyak kalau membazir?
apa guna cantik kalau sakit?
manusia yang membina neraka untuk diri mereka ,
membelenggu diri mereka sendiri dengan keresahan di sana sini

bersyukurlah dengan apa yang telah di qadar kan
sekecil habuk mengisi bantal,
angin kipas membuat lena..
bergembiralah,usah mencari lalai,
kenali lah nikmat yang tak sedar
 nikmat itu tak kan terkira banyaknya.......

Ahad, 5 Disember 2010

sekitar hari ini (4dec '10) ''part 3''

''umangai ado gig poit''
yeahhhhh....patutnye tarikh ni aku rancang nak bercuti di Indonesia bersame adik aku tapi kerane gig ni banyak penting nye bagi aku,terpakse aku dulukan gig ni selepas adik aku setuju untuk sekadar bercuti di Kedah bersame kakak dan abg ipar.

yaa..seperti yang dijanjikan,pade gig ni opening act nye, Toward November...diorang2 ni member2 aku la time sekolah dulu sampai sekarang dan gig ni juge ade sesi pembacaan sajak oleh 3  abang2,,ececehh....iaitu Khairul Azizihttp://khairulazizi.blogspot.com/, Jeneral (Ateng)http://3titikhitam.blogspot.com/ dan Jayzuan. http://mohdjayzuan.blogspot.com/

tentang sesi pembacaan sajak tu..tentang nama2 pembaca  tersebut...buat aku beranggapan gig ni seperti memanggil2 sebab......aku pade mule nye tak kenal siape khairulazizi ? Lalu pade satu hari aku meminjam 'zine' dari Rashid. Seronok 'zine' ni dan aku bace sampai habis. Aku cari name penulisnye,ternyate zine ni ade 'blog' bername..'bebalMailorder','kharulazizi'...dari blog2 ini aku temui blog ''atengdevilica'' dan aku terus follow sebelum bace . Dan pade suatu malam,seseorang bername 'Jayzuan' menghantar mesej private,beliau memberi ulasan tentang blog ini,teryata beliau kagum dengan pengisian agame dalam blog ini ..Dan beliau mengetahui blog ini selepas terbace 'entry' dari ateng (jurnalOrangKasar) bertajuk 'One Hand Typer'.......dan lengkaplah suatu kebetulan...dan aku perlu jumpe mereke sebagai tande terime kasih...

semalam adelah hari yang memenatkan, bangun tido pukul 2ptg...mandi , solat, terus berangkat bersame Awe ..aku rase hari ini buat aku kurus sebab satu hari tak dapat makan nasi..bermule dari Toward November sampai band Pusher(slot ke 7 kot) lepas tu aku da tak boleh tahan penat da..sebelum tu,aku terpakse lupekan untuk menonton persembahan dari Cyberne yang dijemput khas dari Jepun. Tapi dengar juge muzik mereke dari luar studio ,amatlah hebat dan jahat sound mereke ..sesi pembacaan sajak, dimulakan oleh ''Khairul Azizi and the Jekput'' kemudian, Jayzuan dan seterusnye Jeneral(ateng)...ni first time dengar tokoh2 bace sajak..ade juge rase tertarik ingin menjadi seperti mereke...rase tersentuh ade juge,bile Jeneral bace ''Puisi Orang Kasar''. Jyzuan menghadiahkan buku ''Nota-Nota gila'' nya pade aku..sebagai tande persahabtan..


mood aku pade gig kali ni, One Hand Typer dan aku rase makin dewase kini..

Sabtu, 4 Disember 2010

Pertumpahan Darah

Dalam hidup kite ni ,memang kite wajib membenci perkare2 yang dihasut oleh 'syaitan',,memang iblis itu telah bersumpah pada Allah bahawe 'ia' akan menyesatkan anak-anak Adam a.s kerane iri hati iblis kepade manusie..
Iblis yang ingkar itu mendakwe bahawe manusie ini akan menumpahkan darah sesame sendiri sekirenye menjadi khalifah di muke bumi ini..begitu juge malaikat yang pade mulenye juge tak setuju dengan penciptaan Adam a.s tetapi mereka tidak ingkar apabila Allah menunjukkan kebijaksananNya yg agung itu,,diajar oleh Allah kepade Adam beberape name,,lalu disuruh olehNya malaikat itu menamekan perkare2 itu..namun,malaikat tak mampu melakukan yg sedimikian manakala Adam mampu menamekanye seperti yang diajar oleh Allah s.w.t...
Iri hati iblis tu begitu kuat sehingge ingkar kepade Allah yg menyuruh iblis dan malaikat sujud pade Adam a.s..

okey , kite tahukan ape cerite lepas tu? dengan mudah iblis menghasut Adam dan Hawa supaye melanggar perintah Allah di Syurga lalu Adam dan Hawa diturunkan ke bumi,begitu juge Iblis,,begitulah takdir Allah sebenarnye..semue memang sudah dirancang apabile sebelum tu Allah befirman ''aku lebih tahu dari apa yang kamu semua tahu..''..
  di dunia,,memang terbukti sekali ape yang didakwe iblis dan malaikat itu tentang manusia apabila anak lelaki Adam a.s iaitu Habil dibunuh oleh Qabil maka itulah pertumpahan darah yang dimaksudkan iblis dan para Malaikat...

so, cerite yang terjadi dalam surah Al Baqarah ni macam iblis tu seperti menegakkan keadilan ..taknak manusie sebab nanti manusie ni menumpahkan darah di dunie..tapi Allah maha perkase,,xde sesiape yang boleh lawan kehendak Allah dan Allah maha benar dan lebih tahu dari ape yang semue makhluknye tahu..
Syaitan nak membuktikan pade Allah bahawe mereke benar,,tapi kenape kite tak pernah nak buktikan pade Allah bahawe mereka salah??

dengki dan fitnah bagi aku itulah pertumpahan darah , mengaibkan orang,mengumpat...mencaci maki hamun..semue tu pertumpahan darah..HAHA,,tak usahlah nak fikir pesal perang tu yang dajjal Amerika buat tu,,diorang yang perang,,tapi kite yang disangkekan aman ni??..membangge2 diri sampai orang sakit hati,, menyalahkan orang lain apabile kite sakit,,itulah pertumpahan darah ....bile manusie itu sengaje mencari musuh sesame sendiri,,begitu juge dengan modenisasi yang tak tentu arah..haishhh...

itulah pertumpahan darah bile,,dari iri hati,dengki kemudian sakit hati..lalu...mati.. 


(sori..aku nak taip panjang lagi..tapi demam ah..haishhh)



Rabu, 1 Disember 2010

Wajah mu,Wajah ku

Sifatnya sama erti dengan kite,
Hilang jantung tiade berganti,
Tawanya lebih riang dari kite,
walaupun tak mengerti.,
Sedihnye lebih pilu dari yang sempurna,
Sehingga menitis air mata ini di hujung senja.

Ku tahu diri ini juge tak sempurna,
walau sifat,walau hati,
Tapi akal itu kurniaan yang terlalu indah,,
tak layak bagi pendusta,,
suka mentertawa kan air,

Rasa ingin kuserah pade mereka itu nikmat ini,
namun,itulah takdir...
Sudah tertulis untuk hamba ini..
tanggungjawab kini kujanji kan...
wajah mu,wajah ku,,
hingga takdir memanggil ku pulang.


(dedicated to all down syndrome kids)

Selasa, 30 November 2010

tentang Dajjal

Alhamdullillah,, pade akhir ni ramai kawan2 aku dah mule tengok video2 dokumentari tentang penipuan dunia atau lebih asas kepade fitnah Dajjal dan video2 seperti Arrival,Divine Book dan semue nukilan2 dari saudare Nouraega dan rakan2 beliau dari ''WakeUpProject'' telah banyak juge menyedarkan sahabat2 aku. Tak lupe juge video2 yang disebarkan di Facebook. Dalam kelompok kami,topik tentang perkare tersebut pasti menjadi perbualan kami.

Allahua'lam..bagaimane bentuk dajjal tu kite tak tau melainkan ape yang di ajarkan oleh Rasullullah s.a.w bahawe dajjal memmpunyai 1 mate,bute mate kanan ,celik mate kiri dan Allah tidak bermate satu. tertulis perkataan ''kafir'' di dahi dan hanye orang beriman boleh membacenye dan banyak lagi la.


okey,entry ni bukannye aku nak berceramah pesal dajjal tu,tapi aku nak melihat erti dajjal tu dalam sikap kite.

Tentang mate nye. bute mate kanan dan celik mate kiri. Secare fizikal manusia mempunyai dua biji mate . Tapi adekah kite yang ade akal ni melihat dengan mate fizikal ni je? boleh terime akal kalau kalian tahu sesuatu perkare itu baik atau buruk dengan hanye melihat dengan mate fizikal tanpa berfikir? jadi,aku maksudkan bahawe kite mempunyai 2 mate iaitu mate fizikal dan mate hati.,setuju tak dengan pendapat aku ni?

Aku pasti semue tahu ape akibatnye bile manusie itu bute hatinye. Pastinye manusie itu akan melakukan perkare2 jahat dan terlarang walaupun ditentang,dikecam,dikutuk ape lagi dinasihat die akan tetap meneruskan agenda jahatnye seperti ape yang dilakukan Dajjal nanti..

Kerane buta mate hati, lahirla pembunuh,penzina,pencuri pemimpin zalim,ketidak adilan,fitnah,penipuan,orang yang rakus mengejar kebendaan dunia dan sebagainye.
di situlah kehancuran berlaku.Akal tidak bergune lagi.degupan jantung disia2kan....

jagelah hati ini dari dibutekan oleh bisikan-bisikan penghasut,berfikirlah dengan hati itu kerane setiap ciptaan Tuhan itu berpasang-pasangan dan bertimbal balik supaye tiade susah bagi manusie dan jelaslah Tuhan tidak pernah membiarkan makhlukNya tetapi kite lah yang melupakan nikmat yang diberi ini...

so,setuju tak dengan pendapat aku ni?

(phase 3.rujukan dari sheikh imran n. husein)

Tentang Bulan

Bulan dan bintang bersinar berkerlipan
Dan menerangi keindahan malam
Tanpamu bulan malam kegelapan
Tanpamu bintang hilanglah keindahan


Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Semoga berkekalan selamanya

Begitulah kami hidup lima sekawan
Sama berjanji susah senang dirasa
Membawa sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua



ost tentang bulan

Sabtu, 27 November 2010

kutuk atau tegur?

Aku pernah menonton sebuah rancangan t.v yang lebih kepade 'talkshow' di astro. Pengacare nye memang salah seorang artis kegemaran aku. Dalam episod kali ini,pengacare tersebut telah menceritekan sebuah buku yang ditulis oleh penulis barat yg aku pun lupe name nye...tajuknye, lebih kurang camni..''Malaysia negara paling biadap''. pengacare tersebut memang kelihatan tak puas hati lalu mengoyak kan buku tersebut dihadapan semue penonton di dalam studio di mana rakaman program tersebut di buat..dan kemudian ditayangkan slot2 dimane org awam ditemuramah secare random. semue berpendapat tidak setuju. bagus rakyat malaysia ni syg akan negare nye..

pade mulenye aku memang tak setuju lah, tetapi beberape hari selepas itu..aku perlu menghadiri temu janji pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya .  ini  merupekan pertame kali aku dan keluarge pergi ke sane.
so,jalan pun confius la..then abah aku yg drive salah masuk simpang lak..patut depan lagi..simpang tersebut ialah pintu masuk ke universiti malaya..abah aku terpakse u-turn.jalan mase tu kosong je. time nak u-turn tu ade satu kerete dari depan hon2 dengan kuat macam x leh sabar pulak..tah ape yang dikejarkan entah..pemandu tu patut paham sebab die nampak abah aku tengah u-turn dan jalan tu kecik,so kene adjust2 sket ah.die hon tak berhenti..sampai abah aku lepas u-turn..
  Bab biadap kat jalan raye memang banyak.aku rase engkorang pun boleh tengok sendiri..bile dierang potong barisan,memotong kat double line,mat2 rempit memekak2..dan banyak lagi..

oke kalau pesal jalan raye aku rase mmg seluruh dunie memang ade kebiadapan tu...

tapi ini kebiadapan paling menguji kesabaran aku..tapi aku tak de mase tu..
abah aku nak daftarkan adik aku kat hostel supaye adik aku boleh selese study.
dan abah aku jumpe guru HEM sekolah yg berkenaan tu..abah aku tanye elok2...guru tu jawab dengan penuh lakhnat,,die tinggi suare ngan abah aku..selamat aku takde mase tu..ape yang guru tu cakap,aku tak perlu cerite tetapi ia memang biadap bile bercakap care itu dengan orang berumur  macam abah aku..suatu kepantangan aku..


so? rukun negare ke lima? kesopanan dan kesusilaan..mane pegi?

jadi pengacare tersebut tidak perlu mengoyakkan buku tersebut dengan alasan memprotes kutukan dari penulis itu..kerane yang dikutuk bukannye 'Malaysia'...tapi kite,,rakyat malaysia..
cube fikir positif, adekah itu 'kutuk' atau 'tegur'? adekah terdapat caci maki dalam penulisan tu..kalu ade mungkin penulis pernah melalui kebiadapan kite di negare ni. Orang luar da cakap macam tu perangai kite..kenape mesti kite marah,protes? tak mungkin sekali buku yang popular tu ditulis oleh penulis yang jahil seperti membuat sesuatu keputusan tanpe alasan..

  ramai bangge dengan Malaysia sebab da dapat naik angkasa, panjat everest,antartika la..berenang merentas selat inggeris..KLCC...dan macam-macam lagi...tapi ternyate itu semue berupe kebendaan. ape nak dibanggekan bile ahli2 politik  mencaci-maki sesame sendiri.menfitnah,menyeleweng,,mengejar populariti,riak,takbur..sedangkan diorang lah  yang sedang memimpin..
dan di situlah ''kebiadapan diajar kepade rakyat''


''entry ini mungkin terlalu sensitif,
  tapi cube fikir positif''

jutaan terima kasih

   tibe-tibe bertubi-tubi komen dan mesej masuk kat facebook aku..tak kurang juge kawan-kawan yang request..dan pade suatu malam..seseorang anta '' private messege''kat facebook. beliau bername Jayzuan..ummmm..cam familiar name tu bagi aku..aku pun open da bace..
ni isi nye...






Mohd Jayzuan pada 24hb November pukul 1.06 pagi Lapor
Bos,


Aku baru lepas baca blog hang, aku kagum dengan semangat hang. Aku pernah beberapa kali accident juga, tapi tak sampai tahap macam hang la. Aku boleh agak sikit sebanyak apa hang rasa.


Apapun, aku hantar mesej ni sebab nak hang tau yanga aku rasa kau kuat bila baca ayat hang, " but, thanks to Allah s.w.t for grace to the present."


Apa yang aku kena, apa yang aku kena. Semua ujian dari Dia. Segala yang ada kat kita pinjaman semata. Teruskan menulis bos.




Jayzuan

then ,aku pun tanye ''ini jayzuan gadis elektrik?''
dan beliau menjawab..



Mohd Jayzuan pada 24hb November pukul 1.56 pagi Lapor
Aku masih baca blog hang ni, dahlama aku tak baca blog orang lama-lama. Aku suka bila hang cerita bab-bab agama, benda tu simple je, tapi kadang-kadang kita dahlupa, sebab taksub sangat dengan hal dunia kot.


Aku ada letak quote hang kat page aku, harap hang tak kisah, but, aku letak nama hand as One Hand Typer as orang yang bikin quote tu.


Ye bos, aku le tu yang bikin lagu tu. Enhanced by Smiley Central
woww..aku pelik dan blur macam mane beliau bole tibe2 jumpe blog ni...

dan seorang lagi pelayan di facebook telah me'request aku..titled FB nye...Haxim Skramz...

beliau juge memuji tinggi blog ni..dan menulis pade nota di facebooknye sebagai tande terime  kasih dan salam sahabat..tulisannye seperti ini..

kawan, terima kasih sebab semua tulisan kau yang bersahaja tue membuat mata aku terbuka.
kau ajar aku untuk jadi lebih bersyukur dengan hidup ini
kau ajar aku untuk tabah menghadapi hidup yang fana ini
kau ajar aku sedikit sebanyak tentang musik
kau ajar aku tentang kekayaan yang Maha ESA :)

harap satu hari nanti aku dapat bersembang santai bersahaja dengan kau

Moga tuhan sentiasa memberkati hidup kau!


p/s: lagu kat blog hang best ah!lagu pe tue? :D

----------------------------------------------------------------------------------------------------
so.,camne mereke2 ni boleh jumpe blog yang tak seberape ni? dan boleh membacenye dengan feeling? aku pun tanye pade Haxim tadi..lalu beliau bagi link sebuah blog...http://3titikhitam.blogspot.com/
rupenye ini blog ''atengDevilica'' ..brader ni sepupu member aku dan     juge merupekan vocalist Devilica(off) ..aku follow blog nye beberape hari sebelum itu...dan bile aku bukak..ade review tentang blog ni..haha.rupenyer beliau memang alert 
dengan sesape yang follow..

thanks to abg ateng,jayzuan..dan semue yg memberi sokongan..aku menulis ini bukan untuk 'riak' atau untuk berbange diri dengan kalian..tapi aku bangge dengan kalian semue yang baik hati dan mengambil berat..suatu perkare yang paling aku suke,bile mereke lebih memandang kepade cerite positif dalam blog ini khusus nye entry2 berkenaan agame..,pujian2 tersebut amat membine,,but,its not for me..it just for Allah s.w.t....


jutaan terime kaseh yang tak terhingge..

Rabu, 24 November 2010

Sijil Peperiksaan Malaysia '10

Selamat maju jaye pade semue calon-calon SPM '10.



  • banyak bace do'a.
  • sabar dan tawakal pade tuhan yang Maha Kuasa
  • jangan biar diri dibelenggu tekanan sangat. rilek je.
  • bagi semangat kat calon-calon lain.
  • mintak maaf pade guru-guru supaye die redha dengan ilmu yg dikongsikan tu,kalau segan bagi surat je.
  • memohon maaf pade mak ayah sudah semestinye..dan yang penting memohon keampunan dari Allah s.w.t dan solat sunat hajat.(only for Muslim)
semoga berjaye..


    SPM aku pun tak de lah bagus mane pun dulu. cukup makan je dengan 4 credit. Tapi aku rilek sebab.. SPM juz menentukan kepandaian seorang murid dalam  pelajaran je..tak yah nak kecewe sangat nanti kalau 'result' tak memuaskan..dapat ilmu skit tu cukuplah..sebab pasti ade kebaikan yg akan datang bile kite sabar dan sedar bahawe setiap kegagalan tu adelah perbuatan tangan2 kite  sendiri. 


so.berusalah sehabis baik..jgn kedekut ilmu sebab sedekah tu bagus but,jangan meniru lak....

   
   


Selasa, 23 November 2010

Kenduri Kahwin Jiran ku yang Best!!

  • 21nov '10.,abang kepade member baik aku yang title facebook nye 'muhd ridzwani muhd daud' atau aku lagi senang panggil 'adik'.
  • Abang beliau kawan-kawan panggil Alang yg merupekan vocalist Cookie Monster [old school hc](off) suatu ketika dulu.
  • kire influence aku ni.
  • meriah sangat la sampai pukul 6 pun tak habis-habis lagi. gempak an..?
  • rumah aku juge digunekan untuk kenduri tu,,seperti mesin kelape,,elektrik ,,air..
  • banyak la rumah-rumah kejiranan kami kat jalan suria 2/2 TMN GUNUNG MAS tu digunekan.
  • mereke kuat berkerjasama..mak aku da cam ''leader''. (hahahaha)
  • semue sibuk berkerje bagi menjayakan majlis ni..tapi aku tak dapat nak tolong..hummmm.sedih.
  • tak de langsung yang curi tulang melainkan Izzul yg buat2 pening dan tumpang tido kat rumah aku dan bang Razak baginda yang tumpang tengok badminton semi-final aSIAN GAME (LEEchong wei v chen jin)
  • hahaha..tapi tu je la.persiapan mengambil dalam 3 hari bermule Jumaat(akad nikah) besok nye baru mule aksi persandingan kat rumah keluarge pengantin perempuan dan aksi masak memasak di kawasan lorong rumah kami..yeahhhh!!!!!!!!! dan ahad (rumah keluarge pngantin lelaki)
aku tak bangge langsung dengan negare ni walaupun da ke angkasa lepas. tapi aku mule rase bangge bile tengok kite semue berkerjasame dan menjadi satu solidarity yg kuat.  tiade lagi sengkete pade mase tu bile dendam tercantum sekali dalam solidarity tersebut dan ia musnah bile ade hati-hati yang baik lebih kuat di situ. semoge ia dapat diteruskan...

Selamat Hari Raya Aidil Adha (17nov '10)

  • aiseyh..harap belom terlambat lagi nak ucap selamat. sebab hari-hari sebelom amat sibuk.
  • tapi raye haji ni memang banyak bagi pengertian dan keinsafan kat diri yg jahil ni..
  • tahun ni aku memang akan mule kan perjalanan untuk sebuah pengorbanan.
  • aku akan mule mengambil diet yang berkhasiat dan kurangkan minum ais atau kabornat.
  • Alhamdullillah ia berjalan dengan lancar walau 'setan' terus membisik-bisik supaye mati dalam nafsu aku sendiri..
  • aku juge akan mule berkorban mungkin pada 'awal muharam' dengan azam nak ''berhenti merokok''.
  • sebab rokok da banyak memperkosa paru-paru aku dan membakar poket seluar ni.
  • hari raye ni,,harap kite dapat melupekan sengketaan,hasad dengki,budaye benci membenci,mengklasfikasi darjat dan kaum. 

Bile menonton ''khabar haji'' kat Astro OASIS / rase memanggil-manggil lak..entah bile la dapat ke sana..

sekitar hari ini (22nov '10) ''part 2''

 cerite pesal hari ni memang tak abis lagi. Lepas nyot2 balik datang lagi seorang brother yang bername Malek yang popular bersame Cookie Monster-Devilica (off) . Lepak kat  jejantas T.S yg berdekatan dengan Studio Seventh Heaven milik bang Madi. Pade mulenye Angah iaitu member aku yg bermain drum bertanye pade bang Malek tentang sesuatu berkenaan  alat muzik yg aku cintai sampai sekarang walaupun terpakse aku lupe kan. then ,Malek dgn sikap profesionalnye pade kami mengajar Angah secare lisan. Banyak jugak nasihat2 yg diberi dan membuka mate kami dengan lebih luas. Hasrat memang nak kongsi sekali tapi panjang sangat ,letih aku nak menaip. Nanti aku ceritekan sedikit demi sedikit tentang ape yang diceritekan oleh MalekDevilica.


walaupun tak sampai setengah jam tapi,memang banyak aku belaja walaupun ia baru sedikit.
dan Hc/punk tetap best..



sekitar hari ini (22nov '10) ''nyot2''

Memang da lame sangat tak turun Tampin(lepak kat pekan Tampin) dah. Tengah hari tu aku 'bajet' nak tido sampai petang sambil hati mule digoda2 oleh 'syaitan' supaye merempuh waktu Zohor...tapi Alhamdullillah aku dikejut kan oleh adik aku . Die kate member aku yang aku panggil ''Nyot2''(name sebenar=razen) waktu kat hostel dulu dah ade kat Tampin.. Razen ni kampung die kat Kuala Pilah ,,kire die dari kampung la ni sebab baru lepas raye kan.? haha..die hantar mak dan kakak beliau untuk membeli belah di Tampin yang popular dengan kedai kain nye.. so.die boring ah nak follow mak nye merayau2.. aku dengan ''confident'' yg terhebat meminjam kerete mak aku dan pergi Tampin selepas berjaye menunaikan Zohor..yeahhh!!!

  member aku ni da 2 tahun tak jumpe.lastly mase kat hospital TuankuJa'far Seremban waktu aku kat wad dulu..lepas tu tak jumpe2 da.  Lagi 1 die ni dok K.L..kat wangsa maju.. ade kenduri tahlil arwah kat kampung die iaitu Kualo Pilah..

nostalgia-nostagia aku ngan die ni banyak jugak la.. Kali pertame aku pergi gig ngan die ni la..waktu tu tahun 2008 kat Skinzo Studio,Cheras.. aku dengan dier form 5 time tu.. mase tu aku ngan die nak tengok band member kiterang iaitu si Sepet yg juge ''hostelmate'' aku. Aku dengan Razen ni tak pernah 'miss' performance band Sepet yg bergelar ''the pop''...yg bergenre ala2 indie/pop.. tapi Sepet ni la satu2 nya member kitorang yg ade band waktu tu.  tu yang aku ngan Nyot2 ni sayang betul ngan Sepet ni..hahahaha.. 


Nyot2@Razen ni bagi aku merupekan antare sebahagian besar jugak la di antare orang2 yang ade waktu aku mule nak 'up' dlam scene ni...walaupun sekarang aku masih setahun jagung dan tak pergi jauh mane lagipun,,tapi bile imbau balik perjalanan yang singkat tu.. hummmm..kejap betul mase berlalu..

Uuuuuuuhhhh...rase lagi tulang2 aku yang meletup2 time die peluk aku tadi uiyaiiiii....
lepas tu aku ajak die lepak mamak kat T.S ,boleh borak-borak panjang. Best ah dengar cerite beliau yg penuh pengisian tu. Cerite pesal band beliau, citer pesal scene hc/punk sekarang, tanye khabar dan macam-macam lagi la. Lepas ah rindu time sekolah dulu. Maklum la,semue member2 dulu da bawak haluan masing-masing,so feel kat sekolah dulu da tak rase sangat..but ,aku yang terperam je kat rumah ni? kenangan-kenangan manis kat sekolah dulu still rase lagi. hahahahaha..tapi diorang semue best..

 lebih kurang pukul 5;30 ptg ,die gerak balik . sekali lagi die letup-letupkan badan aku dengan pelukan yang hebat tu. terharu la nak lepaskan die.. hahaha.. 

harap2 nanti dapat lepak lagi ramai-ramai...huhuhu

Isnin, 15 November 2010

aku kini...

Satu hari mak aku sembang2 ngan beberape org makcik kat depan rumah aku..tyme tu kul 5 ptg..aku kene gerak g padang untuk bersukan..haha..mase nak kluar tu..aku senyum ah kat makcik2 tu..pastu makcik2 tu muke tercengang je tengok aku..mak aku lak pelik tengok makcik tu tercengang..aku da rase amat pelik,,tp aku pedulikkan sebab nak cepat..


bile jauh sket dari dierang,,aku dengar suare makcik2 tu terkikih gelak,,kire gelak cam gedik2 kot..aku terase,,hati aku meletuih2 dalam perjalanan nak ke padang.ish3..


aku sampai je padang,terus mein bola..sampai azan aku berenti..n aku pun balik..dan berharap makcik2 tu xd kat situ lagi.buat paneh hati..


tengok ade lagi..adeh..grr..x tau nak balik ke da maghrib ni pun nak ajak mak aku bergosip2 lg..aku pun senyum dan angkat tgn kat dierg dan sebut ''cik.hehehe'' harr kali ni dierang senyum..hehehe,,paneh hati tadi rede balik..
pastu dengar lagi dierg terkikih2..cam tahan gelak..(imagine sendiri)..


aku pun terus amik rokok sebatang dan isap sementare tunggu badan sejuk..x lame pastu mak aku pun masuk..sambil senyum2 ngan aku..haarr aku bile dalam situasi macam ni aku blur..aku tanye ah kenape? n then mak aku pun g tau..


''makcik2 tadi terkejut tengok pi'e tegur dierg pastu senyum,,x cam dulu ,orang kentut pun x tegur..orang senyum pun xd respon..dierang cakap sejak lepas xciden ni baru pi'e agak mesre ,,da pandai sembang2 ngan org tue..''


huhuhu...aku pun kembang semacam,,uiyoooooo..iye ke? 
maknenye,,Aku telah dijadikan topic hangat dalam Gossip2 mereke...gurrrrrrrrrrr..

Ahad, 14 November 2010

'blur' itu agak kurang aja.

yeahhh..rase ghairah untuk menconteng2 ayat2 pelik semakin hebat..
  tapi amat lah hampeh 'line' internet ni buat aku tersipu2 dan ter'sedih'..
nak tunggu loading si beruk ni buat tangan aku ni hampir boleh meng'genggam'..
  selamat x leyh genggam..klo tak da kene tumbuk da skrin pc ni..


oleh kerane kejadian yg mengerikan tu kepale kembali blur seperti sedie kale..
  hampeh la sangat teruk ni haaaa...penattttt!!!


bile idea datang ,,internet lembab lak..nak tunggu loading..terus 'blur'..
  kuang aja x??' 

Rabu, 10 November 2010

Amarah

tengah hari memang panas,,x mampu untuk kite mengawal nye,,
syukurlah bile hujan melimpah..tapi jangan pule ia memberi bencane..
apakah kemenangan bile jiwe tumpas pade nafsu?? 
tanpa akal fikiran darah ditumpahkan sewenang2nye..
nikmat dilupakan begitu saje..


sembilu itu memang menyakitkan..tapi ape gune akal untuk berwaspade..?
sabar separuh dari iman,,kenape ia semakin dilupekan??
itu padah bile sorak lebih dari niat..
bile rumah tampak, jalan x tentu..


hati bukan sekadar daging,,tapi ia pembentuk sikap..
kotor ,kotorla sikap..bersih,,bersihla sikap..
menuntut bela sehingge putus nafas, beralasan dengan maruah..
adekah itu maruah? itu la dendam yang terlarang..


kebal kan lah benteng sabar,,bergembiralah.
marah biarla berjuang,,amarah itu lah pengotor..
tiang biarla berpanji,,rumah biarlah berpenunjuk..
berjalan biarla lurus,,berkate biarla benar..


sedarla ..hidup ini untuk kite lari dari itu..
mengamati bulan dan bintang di malam hari,,
bukan menanti mentari esok yang x pasti.. 



Isnin, 8 November 2010

Takdir

dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah kubersedih kubahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya
semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya
dan tertakdir menjalani segala kehendakMU
ku berserah ku berpasrah hanya padaMU
dan tertakdir menjalani segala kehendakMU
ku berserah ku berpasrah hanya padaMU
bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )
bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga
dan tertakdir menjalani segala kehendakMU
ku berserah ku berpasrah hanya padaMU
dan tertakdir menjalani segala kehendakMU
ku berserah ku berpasrah hanya padaMU
hanya padamu ya robbi

Opick

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Opick