Isnin, 29 Julai 2013

Nota Mengarut

Aku dah luahkan segala perasaan,
Perasaan paling dalam di lubuk hati kecil ku,
Memang engkau senyum dan mengiya lalu menerima,
Tapi jiwa seorang pendamba cinta mu itu perlukan perasaan mu,
Memang mustahil hubungan ini,
Tapi aku hanya perlu jawapan sebenar mu,
Yang cuma di hati mu,
Hanya aku.....

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan2013 (Lelaki Di Dasar Ngarai.)

Di sebuah kawasan gurun lagi terpencil,
Terdapat sebuah ngarai yg tinggi,
Di dasarnya kelam,
Gelap-gulita,
Tiada cahaya tiada kehidupan,
Apatah lagi tamadun,
Tiada banyak udaranya,
Tiada juga airnya,
Sunyi sepi,

Seorang lelaki memencilkan diri,
Di dasar ngarai penuh kesempitan,
Bagi nya tiada lagi harapan di atas itu,
Baginya di atas itu,
Telah sirna,
Telah menular virus kebencian,
Dia terselamat dari virus itu,
Kerana dia berjaya lari,
Lari dari terjangkiti,

Katanya;
Biar saja aku mati di sini,
Daripada aku hilang kebahagiaan di depan mata ku sendiri,
Daripada hati ku mati,
Daripada jiwa ku mati teraniaya,
Lebih baik aku menyepi di dalam kegelapan ini,
Sungguh kegelapan ini lebih membahagiakan,
Lebih mendamaikan,
Biar tubuh ku luka,
Daripada hati ku terluka,
Biar tubuh ku lemah,
Daripada aku hidup dibelenggu,
Biar saja aku bersengkang mata berwasda,
Daripada aku dibuai mimpi palsu...

Dunia hitam,
Lebih hitam daripada kelam nya di dasar ngarai itu,
Dunia yg lebih gawat daripada gurun yg terpencil ini,

Dunia hitam,
Tapi kita lah pelukis nya,
Kita lah pewarnanya,
Kita juga lah yg menjurikan ia,
Mengapa mesti kita tinggalkan?

Dunia hitam,
Setelah dihitamkan,
Mengapa cari lagi kegelapan?

Matahari itu tetap bersinar..bukan?

Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan2013 (Bermula Kembali)

Bulan Ramadan,
Bulan puasa,
Bulan penuh barakah,
Bulan mulia,
Bulan memantapkan keimanan dan kesabaran,
Bulan yg ada nikmat di siang dan malamnya,
Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka,

Apalagi yg terbaik di bulan ini?

Tak terkira banyaknya,

Aku lahir dalam keluarga serta suku yg biasa berniaga,
Pergi mati sama akal mereka yg berkata otak mereka berbakat besar dlm berniaga,
Aku lahir dalam keadaan di mana otak ku terbiasa berniaga,
Keluarga kami pernah hampir sukses,
Tapi Allah saja yg tahu,

Kali ini aku tak boleh gagal lagi,
Tak akan tamak lagi,
Tak mahu menaruh harapan tak setanding bayang-bayang lagi,
Bermula kembali dari bawah,
Bermula dari apa yg orang-orang sukses mula kan,
Bermula dari apa yg orang-orang yg diberi nikmat mulakan,

Bismillahi rahmani rahim....

Selasa, 23 Julai 2013

Kegelapan Di Sampingnya.

Sebuah kegusaran berdiri bersamanya kegelapan,
Kegelapan yg juga hadir di waktu siang bolong,
Aku ingin berundur diri dari musibah ini,
Tetapi kegusaran yg masih cekal berdiri itu mengunci bibir dan lidah ku,
Sedang kegelapan itu memujuk.-mujuk ku ke pangkuannya,
Aku benci perasaan ini,
Nak dibiarkan..tapi ia kepunyaan ku, mesti dipulangkan..
Jika bertindak, takut malapetaka menimpanya,
Kadang aku rasa ingin persetankan saja kegusaran itu,
Tapi aku tak mampu berbuat demikian,
Aku lemah....pengecut...

Allahu... Tuhan ku....
Tenang kan lah jiwa ini,
Sesungguhnya jiwa ini milik Mu...
Aku hamba Mu yg pencundang,,
Gagal sama sekali mentadbir jiwa pemberianMu ini,

Allahu... Tuhan ku....
Hanya pada Mu sesungguhnya kuserahkan semua ini,
Tuntun lah aku ya Allah....
Bimbing lah hamba Mu ini ya Allah...
Karna,
Hanya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu...

Hanya pada Mu.....kubermohon....

Jumaat, 19 Julai 2013

Persoalan Ku Buat Mu.

Apa yang sukar buat mu?
Apa yang menjadi kan kegusaran di fikiran mu?
Apa yang memedihkan hati mu?
Apa yang membebani pundak mu?
Apa yang perlu mengalir dari kelopak mata mu?
Apa yang mengikat tangan dan kaki mu?
Apa apa apa?

Apa yang sebenarnya terjadi pada mu?
Apabila waktu itu tiba engkau duduk termanggu seperti terbelenggu..
Apabila waktu itu pergi engkau melayang terbang seperti bersayap..

Aku bukan siapa-siapa untuk memaksa,
Aku hadir di sisi mu untuk mengingatkan, sesudah itu aku akan berdiam dan berdoa....untuk mu dan untuk ku..

Khamis, 18 Julai 2013

Ramadhan2013 (Bersujud)

Menurut tarikh yg tertera di ruang catatan ini diterbitkan, telah masuk hari ke-9 kita berpuasa fardhu di bulan Ramadhan tahun 1434 hijrah ini. Alhamdullillah, sampai setakat ini, aku masih dapat bertahan untuk berpuasa dan semoga aku bisa lebih mantap lagi berpuasa di hari yg mendatang. Syukur yg tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan redhaNya, aku masih di beri peluang untuk menikmati limpah rahmatNya di bulan Ramadhan tahun ini.

Berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib
bagi umat Islam. Ia adalah rukun islam maka ia adalah perintah yg wajib sama seperti solat 5 waktu sehari semalam. Manakala, wajib itu tiada istilah "yg lebih wajib" atau "yg tak berapa wajib" wajib tetap wajib dan tiada pilihan buat kita untuk memilih ibadah fardhu mana yg kita hendak kerana ia adalah rukun serta suruhan daripada tuhan yg wajib disembah bagi kita seorang muslim yg meng-imani tuhan yg maha esa iaitu Allah Azza Wa Jalla. Dan tiada tuhan selain Allah. Cukup saja Allah yg Maha Satu itu untuk kita sembah dan percaya.

Aku ialah seorang yg agak liberal dan bebas melakukan apa sahaja aku hendak kan di ketika hidup ini, perkara-perkara fardhu seperti solat khusus nya juga tidak selengkap mana aku diri kan, terlalu banyak yg aku sengaja tinggalkan kerana ibadah keduniaan yg kadangkala tiada manfaat apa pun, aku terlalu sedar akan perkara tersebut. Namun, aku tetap berpegang kepada prinsip bahawa aku percaya akan kewujudan suatu kuasa yg membekal oksigen untuk aku bernafas, dan oksigen itu tidak terkurang selama aku hidup, yg Maha Kuasa itu ialah Allah SWT. Walau terlalu sekian lamanya aku pernah terlupa tapi jika aku kembali mencari Allah di kala aku menghadapi kegawatan, Dia tetap ada menghulurkan rahmat serta jalan penyelesaian, maka mana mungkin aku bisa tegar melupakan Allah apatah lagi menentangNya.

Oleh kerana itu, aku sebenarnya benci apabila mendengar kata-kata kesat yg diselitkan dalam rungutan ketika menghadapi kesusahan seperti sakit. Maaf ya sahabat, aku bukannya nak tunjuk alim atau menghindarkan engkau dari berbuat dosa, kerana jika mengingatkan engkau akan dosa, kau akan seperti beranggapan bahawa Allah itu bukan siapa-siapa tanpa Syurga dan Neraka, aku sekadar mengingatkan engkau bahawa Allah tidak zalim untuk menganiaya engkau sehingga engkau perlu mengumpat akan Nya, bersyukur dan terhutang budi lah kepada Allah yg memberikan engkau nikmat yg tak akan tertukar dengan harta dan ilmu mu itu. Ini lah sebenar-benar jasa yg engkau perlu berasa berterima-kasih.

Oleh itu, kepada siapa engkau hendak berterima-kasih? Adakah kepada pemerintah, para bangsawan atau para intelek? Janganlah engkau zalim ke atas diri mu sendiri kerana mereka itu bukan siapa-siapa tanpa terima kasih mu walau sebenarnya kita wajib untuk berterima kaseh tetapi mereka tetap tergugat jika engkau tidak berterima kasih kepada mereka. Berbanding dengan tuhan mu yg tidak mengharapkan apa-apa darimu setelah Dia yg sebenar-benarnya mengurniakan engkau pelbagai nikmat sehingga hati mu bisa damai tanpa mengambil apa-apa dari hasil usaha mu. Malah Allah minta sedikit nikmat kita itu dikongsikan bersama golongan yg sebenarnya menjadi ujian buat kita., itu maknanya, nikmat yg kita punya berlebih dari apa yg sepatutnya tersuai buat kita. Allah itu ternyata lebih tahu bukan?

Maka nikmat tuhan mu yg manakah yg engkau mahu dustakan?

Maka ingatlah wahai sahabat, aku bukan ingin menjadi Pak Syeikh atau menunjuk alim kerana aku juga bukan lah sebaik mana, tapi ingatlah tentang nikmat yg lebih besar atau hikmahnya. , jika engkau sakit ., bersyukurlah kerana sebelum ini engkau sudah sekian lama menikmati kesihatan, maka tak mungkinlah apabila engkau sakit sekali-sekali lalu engkau lupakan semua itu? Aku bersyukur apabila Allah menarik nikmat tangan ku, yg sekian lama aku mencungkil bakat bersamanya, di masa aku sudah mula dikenali dengan bakat ku, Allah menarik nikmat tersebut, ya..mungkin Allah mahu aku hidup tanpa tangan dan Allah tahu aku mampu kerana Allah tidak akan memberi ujian seperti ini jika aku tidak mampu menghadapinya. Dan ternyata kerana penerimaan ku, menjadi kan aku lebih popular dari bakat ku. Dan dalam keadaan itu aku menjadi rendah diri dan kerana itulah aku bersyukur kerana aku pasti hidup meninggi hidung jika ketika ini aku beranggota lengkap..dan banyak lagi sifat buruk yg akan ada pada aku jika aku beranggota lengkap. 

Faham kan wahai sahabat? Ingat akan nikmat dan hikmahnya serta bersyukurlah. Bagaimana untuk bersyukur? Mudah, tanpa melabur apa-apa...hanya bersujud serta mengakui bahawa kita adalah hamba kepada Allah, tiada tuhan selainnya.

Waallahualam

Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan 2013 (aktivitas)

Dah cukup, lupakan cerita tentang fon yg canggih ni..hahahaha... macam mana kamuorang punya puasa setakat ni? Ada oke atau dah terberos? Kalau yg masih oke tu semoga sukses lah, manakala yg dah terberos terpeleset tergolek terbungkang tu, sila lah qada' puasa anda di bulan lain...oke..

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, tahun ini aku ada kebih banyak rancangan untuk beraktivitas, dan aktiviti yg lazimnya aku lakukan sejak kecil ialah berniaga di expo Bazar Ramadhan yg disediakan di Tampin setiap tahun di bulan Ramadhan. Menjual barang-barang pakaian dan aksesori untuk umat beraya nanti.

Sejak, popularnya Bazar Ramadhan di Taman Chempaka, di Bandaraya Melaka, potensi di Bazar Tampin agak merudum sejak kebelakangan ini, paling-paling penjual kerepek dan kuih raya yg nampak agak sukses, manakala yg lain ada yg rugi besar dan ada juga yg sekadar balik modal. Tapi, still nampak oke lah, masih meriah apalagi bila tiba seminggu nak raya. Okelahh boleh laaa.. sewa tapak pun tak ada lah mengarut sangat kan. Kalau tak oke, tak akan lah setiap tahun ada saja muka baru yg berminat untuk memohon tapak berniaga.

Cuma berniaga ni biasalah, kena berani melabur, tapi tak jugak lah, sebab kena hati-hati jugak, takut terbangkrup pula nanti. Hahaha alasan yang sesuai ialah, "rezeki masing-masing" "mana tau ada rezeki" "kalau ada rezeki, adalah"...

Tapi alasan tu tak sesuai pun untuk orang yg pesimis, sebab kadang-kadang dia yg paranoid sorang. Kadang-kadang kita bagi cadangan untuk dia, diingatnya kita cuba memperlekeh lalu digunakan lah alasan-alasan seperti itu. Hey hey, kawan..optimis tak semestinya sombong oke, bagi aku lepas engkau yakin dengan sepenuh keyakinan barulah di akhirnya kau boleh gunakan alasan tersebut. Baru nampak macam kau tawadhuk dan rendah diri jer kan..bukan lembik..

Berbalik kepada aktivitas, bagi aku expo tu masih oke tetapi untuk aku yg berada di zaman kebangkitan selepas kejatuhan akibat krisis keluarga dan sebagai nya. , tidak lah sesuai bagi aku untuk menyumbat modal besar di lubang-lubang rezeki ini. Mujur tahun ini pihak AJK yang mengelola pengurusan bazar ramadhan ini menyediakan tapak-tapak baru berukuran lebih kecil, ya aku masuk itu aja, buat apa tapak besar-besar sangat ..barang nak dijual pun tak banyak jenis.

Selamat lah si Hanis member baik aku ini, mak dia ada alat untuk pati minyak  wangi dan mak beliau tak lagi menjual barangan kegemaran Saidina Umar Al Khatab tersebut. Ya.,, kami jadi saudagar minyak wangi la ...

Yang penting, idea ni semuanya dari abah aku..kalau aku nak fikir semua ni..memang tak lah...

Oke ma frennnn ma blood ma fellass..

Itu lah aktiviti serta perancangan aku di bulan penuh kerahmatan ini. Bulan penuh kerahmatan okeyyy.. tak akan nak tidur kat rumah jer kot, keluar lah merebut rahmat yg memenuhi sepanjang Ramadhan ini.

Let's Rock!!!!



Ramadhan 2013.(1st test)

Puasa di hari pertama Ramadhan, aku dah dapat ujian pertama, ujian yg begitu menguji mental dan kesabaran serta ketabahan bagi aku supaya menerima hakikat bahawa ia adalah sebuah ujian dari Tuhan,

Handphone Sony Experia P yang aku punyai selepas adik aku mendapatkan Galaxy Note 2 yg aku hadiahkan sempena kecemerlangannya meraih keputusan cemerlang dalam SPM beberapa bulan yg lalu , hilang sekelip mata.

Yaaa..memang ada suspek yang boleh dituduh , tapi jika memang dia adalah dalangnya, tak mungkin dia bisa mudah untuk mengaku. Maka aku biarkan saja daripada berlaku sebarang pertumpahan darah..lagipun bulan puasa kan...Respect..

Dan hikmahnya..hari ini aku sudah punya fon yg lebih canggih dari itu. Lagipun, aku mmg berkehendak untuk menukar fon sebelum ini, asyik tangguh-tangguh, kali ni tak boleh tangguh-tangguh dah. Kira okey sangatlah, senang nak update blog..huhuhuhu

Alhamdullillah.

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan 2013

Selamat berpuasa kalian semuanya!!! Semoga sukses!! Tidak seperti Ramadhan sebelum ini, tahun ini, kerana adik aku perlukan lappy di kolej nya, yaaaa sebagai seorang abang yg tampan dan pemurah lagi baik hati, dgn rela hati aku lepaskan laptop itu pergi ke pangkuannya adik aku..maka, tahun ini tiadalah 'diari ramadhan' yg sering aku nukilkan setiap tahun di bulan Ramadhan.

Akan tetapi, aku telah berjaya mendapatkan sebuah smartphone hari ini, dan telah pun aku downlowd aplikasi untuk blogger. Oleh itu, aku tidak lagi mengharapkan laptop dan broadband untuk menaip lagi; malah aku rasa bakal lebih banyak catatan yg akan diterbitkan dgn menggunakan smartphone bernama Samsung Galaxy S4 ini..

Wokeyhhh blogger!!! Rock On!!!!