Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan2013 (Lelaki Di Dasar Ngarai.)

Di sebuah kawasan gurun lagi terpencil,
Terdapat sebuah ngarai yg tinggi,
Di dasarnya kelam,
Gelap-gulita,
Tiada cahaya tiada kehidupan,
Apatah lagi tamadun,
Tiada banyak udaranya,
Tiada juga airnya,
Sunyi sepi,

Seorang lelaki memencilkan diri,
Di dasar ngarai penuh kesempitan,
Bagi nya tiada lagi harapan di atas itu,
Baginya di atas itu,
Telah sirna,
Telah menular virus kebencian,
Dia terselamat dari virus itu,
Kerana dia berjaya lari,
Lari dari terjangkiti,

Katanya;
Biar saja aku mati di sini,
Daripada aku hilang kebahagiaan di depan mata ku sendiri,
Daripada hati ku mati,
Daripada jiwa ku mati teraniaya,
Lebih baik aku menyepi di dalam kegelapan ini,
Sungguh kegelapan ini lebih membahagiakan,
Lebih mendamaikan,
Biar tubuh ku luka,
Daripada hati ku terluka,
Biar tubuh ku lemah,
Daripada aku hidup dibelenggu,
Biar saja aku bersengkang mata berwasda,
Daripada aku dibuai mimpi palsu...

Dunia hitam,
Lebih hitam daripada kelam nya di dasar ngarai itu,
Dunia yg lebih gawat daripada gurun yg terpencil ini,

Dunia hitam,
Tapi kita lah pelukis nya,
Kita lah pewarnanya,
Kita juga lah yg menjurikan ia,
Mengapa mesti kita tinggalkan?

Dunia hitam,
Setelah dihitamkan,
Mengapa cari lagi kegelapan?

Matahari itu tetap bersinar..bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan