Selasa, 22 September 2015

Sekepala

Teman Sekepala. Sebulu. Sehati. Sejiwa.
Ia merujuk kepada seseorang yang kita anggap nyaman dan selesa dibuat teman. Bagi aku kawan seperti itu sangat mudah untuk didapatkan kerana aku juga tak mahu cerewet untuk mencari-cari teman sejati dalam tanda kutip.

Cuma kadang aku cepat bosan dengan kawan yang tak kena dengan cara aku berbahasa. Maklum aku tak banyak bercakap melainkan penerangan supaya orang boleh faham tentang apa sebenarnya terjadi kerana aku terasa sangat tak menyenangkan apabila terdengar orang tersalah anggapan walaupun perkara yang dia tak suka sama dengan aku.

Contoh nya. Aku tak suka makan malam sebab sedang berbelanja hemat maka cukup aku makan masakan di rumah pada siang hari dan malam nya aku berpuasa makan kerana apabila sesuatu masa aku berada di luar pekan Tampin aku sudah terbiasa tak makan malam yang kadang membutuh kan selera yang lebih mahal seperti nasi goreng dan sebagainya. Tapi ada yang datang mengganggap aku terlalu obses untuk diet kuruskan badan. Ya itu benar setelah aku mula menyedari yang itu berkesan menurunkan berat badan aku. Maka ia jadi 2 dalam 1 di kemudian nya, belanja hemat dan diet.

Okay maaf. Contoh tersebut tak ada kena mengena nya dengsn topik entry kali ini.

Kawan sekepala itu akan kita dapat kan apabila, kita punya persoalan yang sama. Lalu kita bersama berkongsi persoalan tersebut. Persoalan yang sama, bukan cara yang sama dan tak semestinya jawapan nya sama. Maka kita perlu mendengar jawapan nya lalu kita belajar lah menghargai apa yang orang fikirkan lalu kita jawab pula dengan jawapan kita untuk persoalan yang sama tadi.

Yang tak jadi sebulu tu apabila kita atau dia hanya diam mendengar lalu mengangguk dan tukar topik. Hahaha!

Boleh mengangguk, tapi kita harus jawab dengan apa yang kita rasa atau mengulas apa yang orang itu rasa kan. Maksud aku, jangan tukar topik, lanjutkan dulu topik yang diutarakan oleh dia itu terlebih dahulu.

Kita sebenarnya perlu buat orang selesa dengan kita, baru kita boleh jumpa teman yang terbaik. Sebab ada orang tu diam sebab kita tak ajak berbual kemudian kita anggap dia itu sombong.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan