Khamis, 24 September 2015

Sambutan

Bagi aku setiap sambutan atau perayaan yang terdapat dalam Islam itu punya moral dan pengajaran tersendiri. Ia adalah apabila kita boleh mencapai sesuatu dalam diri yang dinamakan kesedaran. Setiap nya punya nilai tersendiri malah setiap nya terwujud dengan tema memperingati sesuatu peristiwa serta perbagai kisah inspirasi dalam setiap peristiwa.

Aku sudah cukup bahagia tanpa apa-apa sambutan yang meriah dan pakaian mewah apabila aku mampu mendapat kan kesedaran lalu terinspirasi sendiri melalui setiap peristiwa tersebut.

Kita mungkin kurang penerangan mengenai hubungan setiap perayaan atau sambutan ini melainkan sekadar untuk memperingati namun tak banyak yang menghubung kait kan setiap nya itu dengan kehidupan. Oleh kerana itu orang suka memperbeda-beda kan setiap sambutan itu dengan kemeriahan nya seperti Hari Raya Aidilfitri lebih menyeronokkan berbanding Aidil Adha. Apalagi Maulid Nabi dan Maal Hijrah yang kadang antara kita tak tahu bila hari nya melainkan cuti.

Bagi yang sebenar berfikir, agama itu ada bukan untuk dijadikan tradisi tetapi ia adalah sebagai panduan buat rohani dan jasmani kita serta pedoman buat akal fikiran kita. Lalu kita wariskan pengetahuan yang kita ada buat generasi seterus nya supaya mereka ini berfikir.

Seperti hari ini, Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban juga boleh dipanggil Hari Raya Haji, kebanyakan hanya tahu tentang sembelih lembu dan naik haji. Juga kisah tentang Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah S.W.T supaya menyembelih anak nya Nabi Ismail serta pelbagai peristiwa hebat yang lain. Tapi apa kesadaran yang kita bisa dapat kan dari kisah tersebut serta hubungkait nya dengan kehidupan di dunia yang penuh tipu daya serta segala godaan materealistik ini?

Hubung kait dengan kehidupan bukan syurga dan neraka yang memang milik Allah S.W.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan