Khamis, 3 September 2015

Tanpa Tangan

"abang perhatikan Pi'e kat pasar malam, Pi'e tak tegur orang. Abang tau Pi'e malu sebab ada rasa rendah diri nak bersemuka dengan orang. Jangan malu dengan kekurangan."

Seorang yang aku anggap cuba memberi teguran bagi mencukup kan apa yang terkurang dalam cara dan tingkah laku.

Pertama sekali, aku tak pernah malu dan segan dengan setakat kekurangan cuma orang yang risau tengok aku apabila aku lebih ligat berbanding mereka. Walau aku perasan ada banyak mata yang bilamana berpapasan dengan ku akan tertumpu ke arah kiri tengah anggota tubuh ku.

Apa tanggapan mereka aku tak peduli. Mereka selesa atau tidak, terserah. Aku tak sesekali pernah merasa untuk membantut kan langkah sesiapa atau pun mencurangi sesiapa. Ini bukan masalah dalam hidup ku, kekurangan yang ada pada aku ialah anugerah.

Tak bertegur, aku memang pemalu dan memang sedikit kurang percaya diri. Aku orang yang takut kalah tapi menerima kekalahan untuk kemudiannya kembali menang. Itu sifat ku sejak kanak-kanak. Tak ada kena-mengena dengan kekurangan yang ini.

Ingat! Tak ada kena mengena dengan tangan kiri kudung ni.

Aku lebih suka menyendiri. Tak bergantung harap pada siapa pun. Kali ini, adalah kerana keprihatinan orang yang menyangka aku perlu kan bantuan. Terus terang aku terpaksa untuk 'perlu' dan aku sama sekali tak pernah segan silu untuk meminta tolong mengisi kekurangan ku yang ini saja. Yang lain aku cuba sendiri.

Aku pernah berjalan sendiri, maksudnya berfikir sendiri dan penjelajahan kecil dari Dumai,Riau ke Padang,Sumatera Barat.

Tanpa tangan. Kemahuan tetap ku bertempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan