Jumaat, 4 September 2015

Kurus

'Kurus giler kau P'ie'
'Kenapa kurus? Sakit ke?'
'Wah, kurus dah kau. Hensem.'
'Kurus nyer, tak hensem lah'

Itu antara reaksi mereka.

Sebenar nya, apabila mereka berkata begitu baru aku perasan berat badan memang turun sedikit.

Sedikit? Iya, pada mula nya aku fikirkan sedikit, rupa-rupanya boleh tahan banyak juga berat badan aku turun. Turun 15 kg dari 80 kilogram dalam masa hampir 5 bulan. Dengan alat penimbang berat badan kepunyaan Akem, bulan April yang lalu berat badan aku turun mencecah 65kg, manakala berat badan aku pada november 2014 ialah 80 kg.

Ukuran lilit pinggang pun ikut mengecil. Sebelum ini, kalau mau cari seluar 'skinny' aku hanya boleh pakai ukuran 36 inci. Tapi sekarang, 31 masih longgar.

Maka ramai lah yang bertanya rahsia.

Maaf ya, aku cuma kurang makan dan berhenti untuk makan malam. Aku cuma makan nasi sekali pada waktu siang manakala malam, aku tak makan apa-apa. Satu lagi, aku sekarang dah mula berniaga maksudnya aku dah mula berkerja setelah selama 5 tahun aku hanya makan dan tidur sahaja di rumah. Jadi aku tak punya masa untuk makan. Apabila malam aku mula terbiasa tak makan  sebab waktu itu badan lebih lambat untuk mengkonsumsi makanan dalam perut, dan sebab kalau waktu itu aku makan, perut ni akan mula memulas dan cirit-birit berlaku.

Kesimpulannya, aku pun tak tahu kenapa berat badan aku mulai susut. Oleh itu, maaf aku tak punya cara. Kalau ada pun, takut tak ada yang berani ikut.

Hahaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan