Khamis, 29 Mac 2012

Pahit

hidup ini
kena terus maju
jangan berundur
tapi pahit
setiap resah itu pahit
pahit yang teramat pahit
tapi hidup tak boleh berundur
kena terus maju
kerana manis itu di dalam tubuh
pahit untuk jasad
manis untuk roh
pahit itu ubat
manis itu penyakit

tapi tak kuasa aku
hadapi ini semua
aku ingin bebas berlari
tiada duka lara
mahu suka-suka
hidup dan akhir nya mati
mati setelah hidup ini tersangat gembira
mati setelah aku bebas kucup langit malam
mati setelah aku terbang mengharungi udara senja
mati setelah aku berlari sejauh ufuk
itu mahu ku
sedang aku sedar
aku ialah manusia
bukan jin
bukan malaikat
bukan binatang
bukan lalang
aku ialah manusia

manusia yang berkeinginan
berimpian dan angan
untuk jadi manusia
manusia itu pemimpin dunia
pemimpin dunia
hidup ini pahit.

Terang Lagi Bersuluh

sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
lidah sekadar berbahasa
tangan panjang
bagaikan jengkaut
sedia mengaut
tanah emas pusaka
dan telah pun dikaut
setelah bahasa hipnotis
perdaya si pemuja nya

sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
bangganya pengkhianat
mendabik dada
segunung khianat untuk isi perutnya
tapi selautan tangisan kebuluran
tidak diendahkannya
tapi telanjang nya dia tanpa malu
melaung janji hipokrasi
membina seribu mahligai
sebagai makanan si terpedaya
sedang mereka perlukan penamat kebuluran ini

sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
tiada yang terpedaya
dia bakal dihancuri tangannya sendiri
kerana yang buta sudah celik
yang jatuh sudah bangkit
juga sedar dari lena
dulu hanya mengumam kerana trauma birokrasi
kini lantang bersuara menentang nya
kerana tiada tipu daya oleh dia lagi
kerana sudah terang lagi bersuluh
kerana sudah jelas lagi nyata

Rabu, 28 Mac 2012

Rahmati lah Mereka Allah

21 Mac lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 diumumkan. Aku diminta Salleh si sobat sejati untuk menghantar beliau ke Sekolah Menengah Vokasional Juasseh tempat dia berhempas-pulas selama 2 tahun. Di sini juga keputusan tersebut diberikan. Beliau berjaya memperoleh 2 A dan bersyukur lah dia akan nikmat balasan usaha nya oleh Allah yang Maha Adil. Begitu juga dengan rakan-rakan lain seperti Dush,Akem dan Angah yang ketiga-tiganya merupakan ahli band yang juga dianggotai oleh aku iaitu Red Bullet selain Afiq. Keputusan mereka tidaklah sehebat Salleh tetapi memandang usaha mereka ianya lebih dari setimpal. Sememang nya sedikit hampa bagi mereka tetapi tetap bersyukur selain akur dengan keputusan yang diperoleh.

Kini mereka semua sedang merancang jalan seterusnya. Dush memilih jalan untuk berhijrah ke Johor Bahru mencari kerja manakala Akem, Angah dan Afiq mungkin akan mengambil 'paper july' dan meneruskan pelajaran. Salleh pula sedang bertaffakur memilih bidang pelajaran yang ingin ditempuhnya.

Semoga Allah merahmati jalan hidup mereka.

Sebelum itu, aku mendapat khabar duka tentang sahabat yang merawat aku di hospital semasa masih terlantar 3 tahun lalu iaitu Amar yang mengalami kemalangan jalan raya apabila motorsikal ditungganya merempuh sebuah lori ketika pulang kerja. Aku sudah melawat beliau yang masih terlantar di wad ICU. Aiman iaitu adik nya menerangkan kepada ku tentang kecederaan yang dihadapi Amar.  Tangan kanan dan 3 batang tulang rusuk abang nya patah selain pendarahan di dalam dada sehingga memberi kesan kepada jantung yang boleh mengecil jika dibiarkan. Maka Amar bakal dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Aiman juga mengambil keputusan SPM masa itu dan memperoleh 3 A bagi subjek Mathematic, Science dan Pendidikan Seni Visual.

Semoga Allah merahmati dan melindungi Amar.

Selasa, 27 Mac 2012

Usah Jadi Buta

usah jadi buta
kerana kau celik
usah bingung
usah keliru
akal itu ada
maka tak usah kau lara
tak usah kau rusuh

ada bersimpul di dalam kalbu
sebuah kebenaran
maka rungkaikanlah simpulan itu
relakannya terungkai
supaya kau sejati
memilih nukilan tersuai
bukan palsu yang ingin memujuk kau
jatuh mati ke dalam ngarai.

Kukuh Seperti Ini

masih kukuh berdiri
tidak beranjak
tidak juga rebah
tidak pula hanyut 
tidak sesekali tidak
tidak tidak tidak

kau alih mata 
sedang dariku 
terbit senyum kuikhlaskan
ku apit ia dengan sejati
tanpa pradoks tanpa hipokrit
tanpa sinis tanpa kecaman
ku rela kan ukiran ini untuk mu

tapi hati sukar memahami rasa
rasa yang tak tentu
rasa yang ada dalam diri mu
rasa yang kau sedang rasa
hari ini
besok 
lusa
hingga selanjutnya kau hilang
bersama rasa terpendam itu
tanpa kau dengar kisah ku.
 
aku akan terus berdiri
kukuh seperti ini
mendepa mengharu udara
mendongak menutup mata
mendada mata hati kubuka
supaya aku tak sekejam kau


3 Tahun Kudung

pantas masa berlalu
pantas segala nya berlalu
pantas semua nya berlalu
pantas usia berlalu
pantas masa berlalu

Genap sudah 3 tahun aku bergelar si kudung dan aku berasa bangga bisa mendobrak jiwa ku sendiri ke hadapan tanpa aku berhenti dan berpatah balik ke belakang. Masih mampan kuatan semangat ku bergejolak untuk ku kucup semua yang ku cinta. Syahdu nya hidup ini bila ku terlusuri indah nya dugaan sehingga akhir nya gerimis akan berhenti selepas dentuman petir menghenyak telinga. 

Tidak seorang ku tampan semua rusuh ini kerana pasti kini aku berdesah jika tiada darah-darah manis merah ikut mengalir bersama hangatnya nafas memapah ku sebelum jatuh. Darah merah itu lah asbab jantung ku masih terdetak dan akan terus berdetak walau ajal memanggil ku pergi. Itu lah mereka yang bernama sahabat yang tak terlupakan. 

Syukur kepada yang maha pencipta atas peluangnya membekal ku nafas dan waktu supaya masih ada ku hayati siang dan malam dengan akal agar bisa ku berfikir dan bersyukur dengan pemberiannya. Tidak terbayang bertapa gelap nya hidup ku jika takdir tak seperti ini. Tiada Tuhan selain Mu ya Allah.

Dan Allah sahaja yang mampu membalas budi Abah.



 



Selasa, 20 Mac 2012

Anekdot 1- Apek si tukang tuning.

Kali ini aku ada cerita menarik nak dikongsikan dengan kau semua. Tak lah menarik sangat cuma.. okay lah daripada tak update-2 langsung blog ni. Betul ?

cerita pertama .

Baby Kenari dah 3 bulan membahagiakan aku dan aku jaga ia dengan rapi sehingga kan bunyi enjin buruk sikit aku dah risau. Hari itu aku bersama-sama abah pergi ke sebuah bengkel 'tuning' kereta di sekitar Tampin ni dengan harapan bunyi enjin kereta aku ni elok sikit dengar nya. Aku berhenti di hadapan bengkel tersebut lalu abah turun dari kereta dan menemui seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 40-an berdasarkan struktur kulit yang masih belum rapuh dan berkedut dan uban-uban yang masih sedikit. Nampak nya tiada kereta/customer lain selain aku maka tak perlulah aku menunggu lama di tengah hari ni.

Kelihatan abah memberi isyarat supaya aku turun dari kereta yang di parking melintang di hadapan pintu masuk bengkel kecil ini. Aku matikan enjin kereta dan keluar untuk ke tempat di mana abah dan apek tersebut berdiri. Belum sempat aku tutup pintu kereta apek tersebut menjerit ''masuk kan kereta !'' serentak baju panas yang aku sangkut di bahu kiri dan ku biarkan terjurai bagi menutup tangan kiri yang kudung ini terlepas dari sangkutan bahu ku dan jatuh ke lantai. Aku nampak muka apek yang tadi berkerut mungkin kerana panas dan sibuk berubah menjadi kelam kabut. Beliau datang segera ke arah aku ''tak apa-apa, sorry, kenapa lu takda cakap'', lalu aku ambil kembali baju panas dan ku sangkut semula ke bahu kiri. Beliau memusing kunci yang masih tercucuk pada starter untuk menhidupkan enjin lalu apek tersebut memasuk kan kereta ke dalam bengkel nya dan memulakan kerja-kerja tuning.

Hampir 20 minit apek berjaya menyelesaikan kerja-kerja nya berharga RM50. Yup, memang elok bunyi nya. Apek membukakan pintu untuk aku sambil berkata dalam irama membebel

  ''kita hidup aa tak perlu malu dengan kekurangan yang orang tengok, dia orang tengok saja tak da marah pun, dia ejek ka ketawa ka lu mau takut apa. Steady lah tak perlu malu tunjuk saja itu tangan sama orang biar diorang tengok. Itu menteri curi duit rakyat bejuta-juta tapi dia takda malupun. Lu mau malu apa? Lu bukan mencuri pun.''

Tak pernah orang nasihat aku macam ni.

Ahad, 18 Mac 2012

Awan

awan berserakan
ia tetap gerak bersama
awan besar atau kecil
juga tetap gerak bersama
walau ia hanya mengikut arah angin
tapi semuanya pergi hanya kepada satu arah
kerana itu fitrah kejadian
awan dituntun oleh angin 
bukan oleh awan-awan yang besar
tiba masa awan membesar dan hitam
awan itu menjadi berat
maka angin tak mampu menolak lagi
maka dikorbankan segala isi nya ke bumi
supaya angin bisa menuntun kembali










Rabu, 7 Mac 2012

Esok Masih Ada

Dalam perjalanan hidup ini, yang kita tak tahu di mana hujung nya dan bila berakhirnya, selalu datang perkara-perkara yang menyusahkan lalu membuatkan manusia itu merungut atau panas baran. Seperti kereta yang dipandu tiba-tiba enjin nya mati di tengah perjalanan, di atas nya matahari yang terik, di bawah nya jalan tar yang panas. Banyak sekali manusia yang kemudian turun dari kereta yang rosak itu lalu menendang keretanya dengan perasaan marah yang sia-sia. Sedang kan itu juga ialah dugaan penghapus dosa kecil. Tanpa usaha atau ikhtiar manusia itu terduduk mengenggam telapak tangannya menjadi penumbuk sekuat hati kerana marah kecewa yang tak bisa dilepas kan. Atau mencakar kulit kepalanya dengan dua belah tangan sambil air mata yang tak tertahankan mengalir kerana berang dengan nasib nya. Atau memaki pencipta matahari dan bumi serta nasibnya.

Mungkin dia lupa bahawa hidup nya tidak terhenti di situ. Walaupun tujuan perjalanan nya itu adalah mengejar segunung emas yang direbut dunia namun oleh kerana dugaan ini maka dia akan terlambat dan pulang tangan kosong, syukuri lah kerana besok masih ada. Walaupun dia berjaya memulihkan kereta nya lalu berkejar ke tujuan dan dia berjaya memperoleh emas sebanyak seribu tahun, syukuri lah kerana besok masih ada.

Oleh itu, hidup mesti diteruskan kerana esok masih ada.

Ahad, 4 Mac 2012

Selagi Bernafas

Dahulu, sebelum aku menjadi seperti hari ini, di mana aku masih bisa menggenggam beras, di mana aku mampu berlayar sendiri dan di mana hari ini aku tidak bisa lagi menjadi seperti dahulu, segala urusan tuhan permudah kan. Urusan seperti kad pengenalan, passport, perjalanan menjadi mudah dan hari ini, selepas takdir menghentam ku urusan kini bertambah lebih mudah. Al maklum lah, OKU maka semuanya lagi mudah.

Oleh itu, dengan mudah nya aku lulus ujian memandu kereta JPJ setelah sekian lama aku memandu tanpa lesen. Jatuh ke dalam air mata apabila kertas tanda itu menyatakan aku lulus kedua-dua ujian litar dan jalan raya. Alhamdullillah.

Walaupun kita lemah, walaupun kita tak sempurna, walaupun kita gagal, walaupun kita jatuh
Terus kan lah hidup selagi bisa bernafas
Kerana, akhir nya..

Allah s.w.t yang lebih berkuasa

Jumaat, 2 Mac 2012

Gebeng Yang Luka

Gebeng yang luka
Kita ghairah merubah sebanyak tanah bertuah
konon demi rezeki alam dan udara kita.
Kita sengaja terlupa tanah cicit yang syahdu,
tuli akan senandung insan dan unggas nan merdu.
Dari denai ke rimba dan sungai ke samudera
terdengar rintih ombak meraung bumi sejarah.
Pernahkah kita bertanya pada Gebeng terluka—
bersyair, berpantun demi kebahagiaannya?
Kita hanya memacakkan gedung dan kilang zahir
merela bumi Gebeng teracun beransur cair.
Kita sedang alpa malah amat bangat terlupa—
harta terkini menutup masa depan yang lara.
Di sisi mewah harta cemar sejarah bermula,
kita sedang memahat hikayat tragedi bangsa.
7 Oktober, 2011 ––A. SAMAD SAID


anti lynas