21 Mac lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 diumumkan. Aku diminta Salleh si sobat sejati untuk menghantar beliau ke Sekolah Menengah Vokasional Juasseh tempat dia berhempas-pulas selama 2 tahun. Di sini juga keputusan tersebut diberikan. Beliau berjaya memperoleh 2 A dan bersyukur lah dia akan nikmat balasan usaha nya oleh Allah yang Maha Adil. Begitu juga dengan rakan-rakan lain seperti Dush,Akem dan Angah yang ketiga-tiganya merupakan ahli band yang juga dianggotai oleh aku iaitu Red Bullet selain Afiq. Keputusan mereka tidaklah sehebat Salleh tetapi memandang usaha mereka ianya lebih dari setimpal. Sememang nya sedikit hampa bagi mereka tetapi tetap bersyukur selain akur dengan keputusan yang diperoleh.
Kini mereka semua sedang merancang jalan seterusnya. Dush memilih jalan untuk berhijrah ke Johor Bahru mencari kerja manakala Akem, Angah dan Afiq mungkin akan mengambil 'paper july' dan meneruskan pelajaran. Salleh pula sedang bertaffakur memilih bidang pelajaran yang ingin ditempuhnya.
Semoga Allah merahmati jalan hidup mereka.
Sebelum itu, aku mendapat khabar duka tentang sahabat yang merawat aku di hospital semasa masih terlantar 3 tahun lalu iaitu Amar yang mengalami kemalangan jalan raya apabila motorsikal ditungganya merempuh sebuah lori ketika pulang kerja. Aku sudah melawat beliau yang masih terlantar di wad ICU. Aiman iaitu adik nya menerangkan kepada ku tentang kecederaan yang dihadapi Amar. Tangan kanan dan 3 batang tulang rusuk abang nya patah selain pendarahan di dalam dada sehingga memberi kesan kepada jantung yang boleh mengecil jika dibiarkan. Maka Amar bakal dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Aiman juga mengambil keputusan SPM masa itu dan memperoleh 3 A bagi subjek Mathematic, Science dan Pendidikan Seni Visual.
Semoga Allah merahmati dan melindungi Amar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan