Kali ini aku ada cerita menarik nak dikongsikan dengan kau semua. Tak lah menarik sangat cuma.. okay lah daripada tak update-2 langsung blog ni. Betul ?
cerita pertama .
Baby Kenari dah 3 bulan membahagiakan aku dan aku jaga ia dengan rapi sehingga kan bunyi enjin buruk sikit aku dah risau. Hari itu aku bersama-sama abah pergi ke sebuah bengkel 'tuning' kereta di sekitar Tampin ni dengan harapan bunyi enjin kereta aku ni elok sikit dengar nya. Aku berhenti di hadapan bengkel tersebut lalu abah turun dari kereta dan menemui seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 40-an berdasarkan struktur kulit yang masih belum rapuh dan berkedut dan uban-uban yang masih sedikit. Nampak nya tiada kereta/customer lain selain aku maka tak perlulah aku menunggu lama di tengah hari ni.
Kelihatan abah memberi isyarat supaya aku turun dari kereta yang di parking melintang di hadapan pintu masuk bengkel kecil ini. Aku matikan enjin kereta dan keluar untuk ke tempat di mana abah dan apek tersebut berdiri. Belum sempat aku tutup pintu kereta apek tersebut menjerit ''masuk kan kereta !'' serentak baju panas yang aku sangkut di bahu kiri dan ku biarkan terjurai bagi menutup tangan kiri yang kudung ini terlepas dari sangkutan bahu ku dan jatuh ke lantai. Aku nampak muka apek yang tadi berkerut mungkin kerana panas dan sibuk berubah menjadi kelam kabut. Beliau datang segera ke arah aku ''tak apa-apa, sorry, kenapa lu takda cakap'', lalu aku ambil kembali baju panas dan ku sangkut semula ke bahu kiri. Beliau memusing kunci yang masih tercucuk pada starter untuk menhidupkan enjin lalu apek tersebut memasuk kan kereta ke dalam bengkel nya dan memulakan kerja-kerja tuning.
Hampir 20 minit apek berjaya menyelesaikan kerja-kerja nya berharga RM50. Yup, memang elok bunyi nya. Apek membukakan pintu untuk aku sambil berkata dalam irama membebel
''kita hidup aa tak perlu malu dengan kekurangan yang orang tengok, dia orang tengok saja tak da marah pun, dia ejek ka ketawa ka lu mau takut apa. Steady lah tak perlu malu tunjuk saja itu tangan sama orang biar diorang tengok. Itu menteri curi duit rakyat bejuta-juta tapi dia takda malupun. Lu mau malu apa? Lu bukan mencuri pun.''
Tak pernah orang nasihat aku macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan