sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
lidah sekadar berbahasa
tangan panjang
bagaikan jengkaut
sedia mengaut
tanah emas pusaka
dan telah pun dikaut
setelah bahasa hipnotis
perdaya si pemuja nya
sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
bangganya pengkhianat
mendabik dada
segunung khianat untuk isi perutnya
tapi selautan tangisan kebuluran
tidak diendahkannya
tapi telanjang nya dia tanpa malu
melaung janji hipokrasi
membina seribu mahligai
sebagai makanan si terpedaya
sedang mereka perlukan penamat kebuluran ini
sudah terang lagi bersuluh
sudah jelas lagi nyata
tiada yang terpedaya
dia bakal dihancuri tangannya sendiri
kerana yang buta sudah celik
yang jatuh sudah bangkit
juga sedar dari lena
dulu hanya mengumam kerana trauma birokrasi
kini lantang bersuara menentang nya
kerana tiada tipu daya oleh dia lagi
kerana sudah terang lagi bersuluh
kerana sudah jelas lagi nyata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan