Khamis, 29 Mac 2012

Pahit

hidup ini
kena terus maju
jangan berundur
tapi pahit
setiap resah itu pahit
pahit yang teramat pahit
tapi hidup tak boleh berundur
kena terus maju
kerana manis itu di dalam tubuh
pahit untuk jasad
manis untuk roh
pahit itu ubat
manis itu penyakit

tapi tak kuasa aku
hadapi ini semua
aku ingin bebas berlari
tiada duka lara
mahu suka-suka
hidup dan akhir nya mati
mati setelah hidup ini tersangat gembira
mati setelah aku bebas kucup langit malam
mati setelah aku terbang mengharungi udara senja
mati setelah aku berlari sejauh ufuk
itu mahu ku
sedang aku sedar
aku ialah manusia
bukan jin
bukan malaikat
bukan binatang
bukan lalang
aku ialah manusia

manusia yang berkeinginan
berimpian dan angan
untuk jadi manusia
manusia itu pemimpin dunia
pemimpin dunia
hidup ini pahit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan