Khamis, 4 September 2014

Hidup Ini Singkat.

Mungkin pernah atau belum datang akan sesuatu keadaan di mana kita didatangi dengan masalah yang pelbagai macam dan ia datang secara serentak atau bertubi-tubi. Ketika kita belum siap menyelesaikan masalah yang ini tiba-tiba satu masalah lagi menimpa malah serentak pula. Kita akan mula rasa terlalu serabut dan tak tentu arah seperti berada di tengah hutan belantara seorang diri di waktu gelap dengan ngauman binatang buas di mana-mana.

Ketika ini aku sedang mengalami keadaan tersebut.

Mungkin ini ialah cabaran dan ujian berat seterusnya oleh Tuhan untuk aku selepas terlihat sukses menghadapi dugaan berat 5 tahun lalu.

Apa yang boleh aku katakan, kita manusia punya akal fikiran yang lebih sempurna berbanding makhluk lain. Maka kita gunakannya untuk menghadapi perjalanan hidup ini, bukan untuk memikirkan kesakitan, memikirkan penderitaan, keberadaan musuh atau syak wasangka terhadap sesuatu. Kita gunakan untuk kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Hidup ini singkat...