Memaparkan catatan dengan label hang out. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hang out. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mac 2013

Komunitas

Di antara kami yang di dalam komuniti sekarang ini sedang menghidap demam bola sepak. Sejak pertandingan futsal ''Not A Cup'' diumumkan dan Jeneral Mayhem mengisytiharkan Tampin Is The Reason yang dibarisi oleh aku sendiri, Rasid(throw-ma), Adek(throw-ma), Syuk, Salleh, Razak(hurricane), Hafas(schrank inv) dan Tapa(awaken) makin giatlah semua yang punya masa terluang berfutsal sehari-hari.

Ikutkan Rasid, Syuk, Adek dah lama tak berfutsal, maka sebab itulah kami main hari untuk cari 'tune' kembali..

Hafas, Razak dan Tapa mungkin 'busy' maka tak dapat lah mereka itu turut bersama kami untuk berfutsal.

Sambil sibuk-sibuk berfutsal, kami juga sedang cuba merangka logo untuk skatebording Tampin, tujuannya supaya dapat dinaikkan banner dan komuniti itu diiktiraf serta mendapat perhatian peminat skate di kawasan Tampin ini.

Wahhh..terasa komuniti mulai sibuk dengan pelbagai kegiatan bersama.
Semoga aku dapat bagi komitmen lebih...

-belum cerita pasal gig lagi ni. haihhhhhhhh.....

Selasa, 28 Ogos 2012

Travelog Raya Ku 2012

Ketika di setiap tahun yang berulang,
Aku mendengar Aidilfitri mereka kurang terasa,
Meski mereka masih hadir di hari itu,
Tidak semalang saudara di tanah bergolak,
Maka aku bersyukur,
Erti Aidilfitri itu terfahamkan pada ku,
Serta tangan semakin segan menadah,
Tidak jemunya nikmat mencurah,
Kebahagiaan tak sudah,
Walau selalu aku tersalah.

Syawal ini,
Terpilih akhirnya aku,
Menunai Solat Sunat,
Digemakan takbir mendayu sayu,
Sudah itu,
Aku tidur lena di rumah sehingga hujung Luhur,
Akibat keletihan malam raya ku berniaga,
Memujuk kesempatan rezeki seadanya,
Malamnya berhibur bersama teman,
Hingga lewat pagi,
Maka berakhir mudah kisah di 1 Syawal.

Tidur lewat,
Maka bangkit ku juga di hujung Luhur,
Malam juga lah,
Dijemput beraya oleh teman di Kota,
Senang hati beliau kami datang beraya,
Disambut juadah enak tak terperi,
Kemudian bergegas ku memacu kereta pulang,
Selepas abah memanggil pulang,
Tetamu utara dan selatan bakal tiba,
Tidak sabar kami menunggu,
Abang kakak anak-anak semua berkumpul,
Berhari raya bersama,
Yanto saudara yang baru terjumpa turut bersatu,
Syukur beliau tidak terperi bila pertama kali beraya bersama keluarga ini,
Panjang dan sulit ceritanya,
Tetapi ini rahmat agung kurniaan Ilahi.
Bersama Yanto menonton bola di kedai mamak,
Hingga lah ke pinggir subuh,
Maka lewat lagi aku tidur.

Juga di hujung luhur ku terjaga,
Kerana suara abang Eri mengetuk lena ku,
Mengajak kami semua berjalan raya,
Memenuhi tradisi ziarah menziarahi di hari raya,
Pertamanya ke rumah abang Yandi,
Kemudian kami semua turut juga keluarga abang Yandi,
Menuju ke Seremban ke rumah kak Mimi dan abang Rafi yang baru punya cahaya mata baru,
Selepas itu,
Baby Kenari, Van Bang Rizal, Iswara Bang Eri dan Alza Bang Yandi memacu ke Pasoh,
Ke rumah Kak Niki yang juga baru punya cahaya mata sulung,
Hampir sejengkal tiba di Pasoh,
Rupanya Kak Niki tiada di rumah kerana berkampung di Rembau,
Terpaksa rela semua kami berpatah balik pulang ke Tampin,
Inilah pertama kali raya ku seindah ini,
Beraya bersama kakak dan abang,
Panjang dan sulit juga ceritanya,
Tetapi ini rahmat agung kurniaan Ilahi,
Tiba di rumah aku terus terlena kerana esoknya,
Aku bakal menyertai alumni tingkatan 5 sciences SMK Taman Indah 2008,
Maka tidur ku untuk esok.

Kali ini aku terbangun lebih awal,
Waktu dhuha,
Aku segera bersiap mengenakan baju melayu berseluar jeans hitam,
Meminta izin kepada semua untuk keluar beraya bersama kawan-kawan lama,
Aku sudah lewat sebenarnya,
Mereka sudah bergerak ke rumah kedua dalam jadual digubal Rhahimi,
Rhahimi boleh aku nilaikan sebagai ikon kepada ramai orang,
Hari ini beliau merupakan leader bagi alumni ini,
Ternyata 14 rakan-rakan lain menghormati kreadibiliti beliau,
Sebenarnya setiap tahun mereka adakan aktiviti seperti ini,
Cuma aku yang sudah lama tak bersua,
Maklumlah,
Umumnya rakan seumur aku di Tampin ini,
Hampir seluruhnya menyambung pengajian di IPT,
Tinggallah aku saja di Tampin,
Malahan aku hanya sekelas dengan mereka hingga tingkatan 4 saja,
Lalu berpindah ke Sm Teknik Port Dickson,
Dahulu aku pernah juga menyertai mereka beraya bersama mereka,
Aku masih ingat waktu itu kami hanya naik bas bersama beraya hingga ke Keru,
Tak berapa rumah yang kami dapat ziarah waktu itu,
Hari ini 7 rumah dirancang oleh Rhahimi,
Semua dikehendaki mengenakan baju melayu full dan baju kurung,
Walaupun aku sudah terlewat menyertai mereka,
Namun aku berjaya mendapatkan mereka ketika terlihat kereta-kereta mereka beratur berkonvoi menuju ke Desa Permai lalu aku terus mengekori mereka,
Terkejut juga mereka mendapati kehadiran aku tiba-tiba,
Terutamanya Rhahimi,
Mungkin kerana terlalu lama tak bersua ada sedikit rasa segan bagi aku,
Tapi akhirnya aku makin selesa,
Rumah pertama yang aku sertai ialah guru sejarah serta GPK HEM,
Ustaz Isa yang memuji jambang aku,
Aku kelewatan 2 buah rumah,
Rumah Rhahimi dan Cikgu Ramlah yang merupakan seorang guru kimia mereka,
Selepas itu ke rumah Norli yang turut menyertai aktiviti alumni ini,
Terkenal dengan buah naga,
Maka kami di sambut dengan juadah buah naga seperti jus buah naga,
Terima kasih Norli kerana aku memang aku sudah lama mengidam buahan unik tersebut,
Kemudian kami ke rumah Farah yang terletak di Repah,
Ada cerita yang buat aku terharu di rumah Farah,
Rhahimi menyuap makanan ke aku lalu Taufiq mengusik,
Taufiq : Waa sweet nya suap-suap.
Rhahimi : Elehh dulu masa sekolah rendah kitorang pernah makan sepinggan dari darjah 3 sampai darjah 5.
MasyaAllah beliau masih ingat,
Benar sekali memori itu,
Kami memang sudah seperti bersaudara,
Tapi benarlah bahawa Allah itu tidak mengampakan,
Aku sentiasa didakapi jiwa-jiwa indah sempurna,
Kemudian kami menunaikan solat zohor berjamaah di masjid berdekatan,
Di imam kan oleh Rhahimi,
Sambung perjalanan ke rumah Zulaikha di Taman Indah,
Oh lupa,
Kogulan dan Wang Siow Sing juga turut serta dan mengundur diri setelah selesai beraya di rumah Zulaikha,
Destinasi seterusnya agak jauh,
Iaitu rumah Cikg Faridah di Kendong,
Di sini Afif meminta diri,
Aku ditemani Taufiq menghantar Afif ke rumahnya sedang lainnya meneruskan perjalanan ke Gadong rumah Cikgu Rohaya,
Selepas menghantar Afif di pulang,
Ada cerita mengejutkan semasa dalam perjalanan ke Gadong,
Inallillahi wa innalillahi roji'un,
Al fatihah untuk arwah Nazrin Shah,
Aku baru tahu akan kepulangannya ke rahmatullah,
Selepas di khabarkan oleh Taufiq,
Selepas rumah Cikgu Rohaya,
Selepas solat asar berjemaah,
Kami berangkat pula ke Pedas yang terletak di Rembau,
Rumah guru kelas 5 science 2008 Cikgu Azira,
Di pinggiran senja,
Syakir yang telah bertunang serta semua teman wanita meminta diri,
Samada keletihan atau ada urusan menjadi alasan,
Tinggal aku, Rhahimi, Taufiq, Hidayat dan Rashidi melengkapkan jadual,
Ada janji 2 buah rumah lagi selepas maghrib,
Rumah Cikgu Abu Bakar yang sudah bersara dan rumah Ustaz Safri,
Tersangat keletihan,
Aku terlelap di masjid Kuala Ina selepas solat maghrib semasa menunggu Rashidi dan Hidayat yang pulang sebentar ke rumah masing-masing,
Aku meninggalkan Baby Kenari di perkarangan masjid dan menaiki kereta Rashidi untuk ke rumah Cikgu Abu Bakar,
Mujur aku sudah kurangkan kapasiti perut ini,
Banyaknya makanan yang kami perlu habiskan di rumah Cikgu Abu Bakar,
Sebelum itu Cikgu Abu Bakar mengajak kami  ke masjid Kg. Tanjung Rimau menunaikan solat isyak berjemaah,
Sebelum bersara beliau merupakan guru kemahiran hidup dan lukisan kejuruteraan,
Sempat beliau menunjukkan projek ayam belanda beliau,
Terpegun melihat ketuhar-ketuhar yang di buat sendiri oleh beliau,
Hanya dengan papan-papan meja dan kerusi sekolah,
Digunakan untuk mengeram telur,
Dibawa kami ke reban ayam belandanya yang agak luas terletak di belakang rumah beliau,
Selesai berkongsi pengalamannya selepas pencen,
Akhirnya kami bakal menuju ke rumah terakhir seperti dijadualkan,
Rumah Ustaz Safri,
Beliau pernah menjadi jurulatih bolasepak bawah 15 tahun Smk Taman Indah,
Semasa itu aku berada dalam pasukan yang menjadi naib juara peringkat daerah tahun 2006,
Aku juga terpilih mewakili daerah Tampin ke peringkat negeri,
Hebat juga lah aku main bola dulu,
Ahaksssssss,
Oleh kerana itu, Ustaz Safri masih mengingati aku,
Atau mungkin kerana beliau pernah mengajar aku subjek pendidikan Islam semasa tingkatan 1,
Ustaz Safri juga memuji jambang ku,
Aww,
Dan Ustaz Safri juga baru mengetahui kepergian tangan kiri aku semasa timbul kehairanan ketika Taufiq menyuap makanan ke aku,
Beliau agak kesal juga kerana tidak perasan semasa bersalam dengan aku,
Mungkin kerana telalu tertumpu ke arah jambangku,
Apa-apa pun kami lah 5 last man standing,
Aku, Rhahimi, Rashidi, Taufiq, Hidayat,
Kami berjaya menamatkan aktiviti alumni selepas meminta diri pada pukul 11.30 malam,
Sampai di rumah aku terus terlena membawa realiti ke dalam mimpi,
Hari yang indah,
Tetapi ini rahmat agung kurniaan Ilahi,
Semoga tahun depan ada lagi seperti ini.

Minggu ini,
Semua sudah kembali berkerja,
Kembali pulang ke IPT masing-masing,
Aku akhiri travelog ini,
Semoga khabar gembira buat semua.

Ahad, 10 Jun 2012

Northern

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan, Bertambah Pengalaman.

Hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun selama 2 minggu. Banyak perkara yang aku lakukan bagi mengisi hari-hari cuti ini walaupun aku memang sudah lama bercuti. Sebenarnya, keutamaan cuti ini adalah untuk adik aku yang berada di tingkatan 5 maka, aku kotakan saja permintaannya untuk ke mana saja. Lalu beliau mengambil kesempatan ini sebaik-baiknya dengan memberi cadangan yang agak mustahil buat aku iaitu bercuti di Negeri Jelapang Padi yang terletak beratus-ratus kilometer dari rumah kami.

Memanglah kami pernah beberapa kali ke sana memandangkan keluarga kakak kami menetap di sana tetapi aku tidak pernah memandu Baby Kenari sejauh itu. Namun, dengan keyakinan kepercayaan kepada Allah swt, aku gagahi jua. Salah seorang sahabat baik aku iaitu Adek(vokalis Throw-ma) juga ikut serta dalam perjalanan yang panjang ini.

Alhamdullillah, kami selamat pergi dan pulang dengan izin Allah yang maha kuasa kerana tanpa izin-Nya aku sekali-kali tidak mampu memecut kereta sejauh ini serta apapun takkan selamat tanpa Allah yang menguasainya. Segalanya berjalan dengan lancar dan tiada perkara yang buruk berlaku.

Masih terbayang-bayang akan indahnya permandangan di Kedah terutamanya semasa mengelilingi Gunung Jerai, selepas melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang menempatkan tapak-tapak candi lama yang ditemui oleh ahli-ahli arkeologi. Pelbagai maklumat yang aku faham daripadanya serta memuji kebijaksanaan Allah mengatur semua kaum-kaum ciptaannya.

Ustaz Azhar Idrus menemani perjalanan kami dengan ucapan kuliyah yang banyak diisi dengan lawak jenaka lalu mencuit hati kami melalui pemain cd di dalam kereta dan ia menambah menarik perjalanan ini. Perjalanan di Kedah mengingatkan aku kepada Sumatera Barat yang masih tak terlawan indahnya tetapi Tuhan sengaja menciptakan sesuatu itu ada lebih dan kurang nya maka lain pula pengalaman yang aku perolehi di sini dan segalanya ialah kurniaan Allah.

Tidak lupa juga Pulau Mutiara yang masih pesat membangun seperti dahulu walaupun sudah dilanda tsunami politik. Masih kelihatan jambatan kedua sedang dibina di sebelah selatan jambatan sedia ada yang menghubungkan terus dari tanah besar ke Bayan Lepas. Kami bersiar-siar di bandar Georgetown, Batu Feringgi dan Padang Kota Lama yang menempat kota yang dibina oleh Sir Francis Light iaitu pengasas kepada Pulau Pinang.

Selama 3 hari bermula Selasa kami menginap rumah kakak di Sungai Petani lalu kami pun berangkat pulang pada petang Jumaat. Perjalanan ke Tampin agak pantas berlalu, kata Adek ''Selangor, KL macam takde je.'' hehehe. Seronoknya kami apabila tiba kembali ke Tampin. hip hip hooray!!

Namun, masih ada satu lagi perjalanan jauh iaitu EURO2012!!

Isnin, 20 Jun 2011

Nah! Rasakan!

Nah! Cakap orang lagi!

Sabtu lalu barulah aku rasakan bagaimana sebenarnya susah menjadi pengacara atau 'emcee' yang sebelum ini selalu menjadi masalah apabila 'emcee' dilantik dari kalangan komuniti kawan-kawan . 'Psyco' di buatnya sehingga tergagap-gagap  dan kembung kempis dada ini kerana menahan gementar apabila pertama kali aku melakukan tugas tersebut. Akan tetapi, mujurlah Jeneral Myhem, Rangga ,Awe dan sahabat-sahabat lain turut memberi semangat asalkan tiada perkara tidak diingini berlaku sehingga aku sedikit demi sedkit mampu mengawal perasaan gerun tersebut sehingga slot yang terakhir untuk band yang tour ke Tampin iaitu TOOL OF THE TRADE bagi meriliskan rilisan terbaru mereka aku serahkan mikrofon kepada Jeneral Myhem bagi membuat pengumuman supaya mood crowd lagi bertambah kuat dan ia agak berjaya.

Fuhh!

Tapi best juga jadi 'emcee' , kena belajar ni...

Ahad, 5 Disember 2010

sekitar hari ini (4dec '10) ''part 3''

''umangai ado gig poit''
yeahhhhh....patutnye tarikh ni aku rancang nak bercuti di Indonesia bersame adik aku tapi kerane gig ni banyak penting nye bagi aku,terpakse aku dulukan gig ni selepas adik aku setuju untuk sekadar bercuti di Kedah bersame kakak dan abg ipar.

yaa..seperti yang dijanjikan,pade gig ni opening act nye, Toward November...diorang2 ni member2 aku la time sekolah dulu sampai sekarang dan gig ni juge ade sesi pembacaan sajak oleh 3  abang2,,ececehh....iaitu Khairul Azizihttp://khairulazizi.blogspot.com/, Jeneral (Ateng)http://3titikhitam.blogspot.com/ dan Jayzuan. http://mohdjayzuan.blogspot.com/

tentang sesi pembacaan sajak tu..tentang nama2 pembaca  tersebut...buat aku beranggapan gig ni seperti memanggil2 sebab......aku pade mule nye tak kenal siape khairulazizi ? Lalu pade satu hari aku meminjam 'zine' dari Rashid. Seronok 'zine' ni dan aku bace sampai habis. Aku cari name penulisnye,ternyate zine ni ade 'blog' bername..'bebalMailorder','kharulazizi'...dari blog2 ini aku temui blog ''atengdevilica'' dan aku terus follow sebelum bace . Dan pade suatu malam,seseorang bername 'Jayzuan' menghantar mesej private,beliau memberi ulasan tentang blog ini,teryata beliau kagum dengan pengisian agame dalam blog ini ..Dan beliau mengetahui blog ini selepas terbace 'entry' dari ateng (jurnalOrangKasar) bertajuk 'One Hand Typer'.......dan lengkaplah suatu kebetulan...dan aku perlu jumpe mereke sebagai tande terime kasih...

semalam adelah hari yang memenatkan, bangun tido pukul 2ptg...mandi , solat, terus berangkat bersame Awe ..aku rase hari ini buat aku kurus sebab satu hari tak dapat makan nasi..bermule dari Toward November sampai band Pusher(slot ke 7 kot) lepas tu aku da tak boleh tahan penat da..sebelum tu,aku terpakse lupekan untuk menonton persembahan dari Cyberne yang dijemput khas dari Jepun. Tapi dengar juge muzik mereke dari luar studio ,amatlah hebat dan jahat sound mereke ..sesi pembacaan sajak, dimulakan oleh ''Khairul Azizi and the Jekput'' kemudian, Jayzuan dan seterusnye Jeneral(ateng)...ni first time dengar tokoh2 bace sajak..ade juge rase tertarik ingin menjadi seperti mereke...rase tersentuh ade juge,bile Jeneral bace ''Puisi Orang Kasar''. Jyzuan menghadiahkan buku ''Nota-Nota gila'' nya pade aku..sebagai tande persahabtan..


mood aku pade gig kali ni, One Hand Typer dan aku rase makin dewase kini..

Selasa, 23 November 2010

sekitar hari ini (22nov '10) ''part 2''

 cerite pesal hari ni memang tak abis lagi. Lepas nyot2 balik datang lagi seorang brother yang bername Malek yang popular bersame Cookie Monster-Devilica (off) . Lepak kat  jejantas T.S yg berdekatan dengan Studio Seventh Heaven milik bang Madi. Pade mulenye Angah iaitu member aku yg bermain drum bertanye pade bang Malek tentang sesuatu berkenaan  alat muzik yg aku cintai sampai sekarang walaupun terpakse aku lupe kan. then ,Malek dgn sikap profesionalnye pade kami mengajar Angah secare lisan. Banyak jugak nasihat2 yg diberi dan membuka mate kami dengan lebih luas. Hasrat memang nak kongsi sekali tapi panjang sangat ,letih aku nak menaip. Nanti aku ceritekan sedikit demi sedikit tentang ape yang diceritekan oleh MalekDevilica.


walaupun tak sampai setengah jam tapi,memang banyak aku belaja walaupun ia baru sedikit.
dan Hc/punk tetap best..



sekitar hari ini (22nov '10) ''nyot2''

Memang da lame sangat tak turun Tampin(lepak kat pekan Tampin) dah. Tengah hari tu aku 'bajet' nak tido sampai petang sambil hati mule digoda2 oleh 'syaitan' supaye merempuh waktu Zohor...tapi Alhamdullillah aku dikejut kan oleh adik aku . Die kate member aku yang aku panggil ''Nyot2''(name sebenar=razen) waktu kat hostel dulu dah ade kat Tampin.. Razen ni kampung die kat Kuala Pilah ,,kire die dari kampung la ni sebab baru lepas raye kan.? haha..die hantar mak dan kakak beliau untuk membeli belah di Tampin yang popular dengan kedai kain nye.. so.die boring ah nak follow mak nye merayau2.. aku dengan ''confident'' yg terhebat meminjam kerete mak aku dan pergi Tampin selepas berjaye menunaikan Zohor..yeahhh!!!

  member aku ni da 2 tahun tak jumpe.lastly mase kat hospital TuankuJa'far Seremban waktu aku kat wad dulu..lepas tu tak jumpe2 da.  Lagi 1 die ni dok K.L..kat wangsa maju.. ade kenduri tahlil arwah kat kampung die iaitu Kualo Pilah..

nostalgia-nostagia aku ngan die ni banyak jugak la.. Kali pertame aku pergi gig ngan die ni la..waktu tu tahun 2008 kat Skinzo Studio,Cheras.. aku dengan dier form 5 time tu.. mase tu aku ngan die nak tengok band member kiterang iaitu si Sepet yg juge ''hostelmate'' aku. Aku dengan Razen ni tak pernah 'miss' performance band Sepet yg bergelar ''the pop''...yg bergenre ala2 indie/pop.. tapi Sepet ni la satu2 nya member kitorang yg ade band waktu tu.  tu yang aku ngan Nyot2 ni sayang betul ngan Sepet ni..hahahaha.. 


Nyot2@Razen ni bagi aku merupekan antare sebahagian besar jugak la di antare orang2 yang ade waktu aku mule nak 'up' dlam scene ni...walaupun sekarang aku masih setahun jagung dan tak pergi jauh mane lagipun,,tapi bile imbau balik perjalanan yang singkat tu.. hummmm..kejap betul mase berlalu..

Uuuuuuuhhhh...rase lagi tulang2 aku yang meletup2 time die peluk aku tadi uiyaiiiii....
lepas tu aku ajak die lepak mamak kat T.S ,boleh borak-borak panjang. Best ah dengar cerite beliau yg penuh pengisian tu. Cerite pesal band beliau, citer pesal scene hc/punk sekarang, tanye khabar dan macam-macam lagi la. Lepas ah rindu time sekolah dulu. Maklum la,semue member2 dulu da bawak haluan masing-masing,so feel kat sekolah dulu da tak rase sangat..but ,aku yang terperam je kat rumah ni? kenangan-kenangan manis kat sekolah dulu still rase lagi. hahahahaha..tapi diorang semue best..

 lebih kurang pukul 5;30 ptg ,die gerak balik . sekali lagi die letup-letupkan badan aku dengan pelukan yang hebat tu. terharu la nak lepaskan die.. hahaha.. 

harap2 nanti dapat lepak lagi ramai-ramai...huhuhu

Selasa, 6 Julai 2010

kupu-kupu malam

World cup mmg mengerikan..nak dekat sebulan ni tido aku tak cukup..tengok kat kedai mamak memang best..
biler sampai kat kedai mamak aku akn order teh o ais n roti banjir...dgn semangat kami menjerit mnyokong pasukan pilihan masing2 dan memaki hamun reffree walau secare zahir nyer reffree kt skrin putih tu mmg x dgr...

tp x sia2 ah berjage sampai pagi..lpak2 ngn member2 yg majoriti nyer masuk air...dah naik krem pipi ak yg tembam ni tergelak jer..ader jer bender yg lensa camera world cup tu shoot kiterg nk bahan..hahaha..

ahli2 world cup mamak zon taman rekreasi Tampin...

Selasa, 22 Jun 2010

brpoya poya di port dickson..

 penganjur :afif si gedik
driver     :afif si gedk..
penumpang; AKU, hairi the arrival, n not expected passenger..fareha..
matlamat/tujuan; teman afif g nta barang kt taman politeknik port dickson...


bertolak dari taman gunung mas,tampin pd pukul 6ptg..afif bersame kerete picanto biru laut nyer brsame2 hairie jemput aku kt umah aku dan bertolak..sampai kat taman sebelah terserempak ngn fareha seorang awek dan kami pun mngajak die dan die pun follow....

berborak,bersembang,ketawa2 sesame sendiri..kami tibe di taman poli pade pukul 7lebih..agak lewat dr mase yg kami target kan mungkin kerana jalan yg teruk dan selekoh2 tajam..apabila tibe di rumah afif di lorong 5 taman politeknik pd..afif terluper kunci rumah nyer dan rase cam nk cekik lutut afif..haha..
kiterg pun sumbatkan barang2 tu kt tingkap jer..

dah setel sumer kiterg gerak g bt. 4..mein pasir,mein air laut dan memijak-mijak ketam yg kecik2 tu..air laut surut mase tu..jalan2 mnyusuri pantai,sedar-sedar da sampai hujung pantai..nk amik gmbar ,camera xd flash..adoiyai..

kiterg gerak g kt kerete yg trletak hampir 500 meter dr tmpat kiterang mase ni..dlm perjalanan ke kereta,fareha tanye kt afif bank CIMB..dier nk cucuk duit..dan dier sudi blnjer kiterang KFC....hehehe..aku suke kfc..
tgh aku tersengih-sengih aku trnmpak tali kain yg hampir tertimbus oleh pasir pantai...aku pun tarik kain tu..alangkah terkejutnyer apabiler ditarik,bnder tu coli sebenarnyer..hahaha..fareha segan2 silu...yg afif ngn hairie buat2 alim..aku pulak rase serba salah sbb dierg tgok ak cam mamat giler seks..cepat2 ak timbus balik..

kiterang g pekan Port Dickson mncari cimb bank dan kfc..bgus ah ak dulu skola saner..so..tau ah an..
kiterg amik kputusan untuk bungkus jer kerane afif trpkse rushing sebb mama dier nk guner kerete...fareha beli kfc sorang satu set..1 set ad 3 ketul ayam...waaaaaa syok nyer..hairie yg suap kan aku...tanks hairi..
afif gedik ngn fareha kt depan cam biase..mintak suap bagai..aku x jeles..x jeles pun..huhuhu.

pada pukul 11 pm kiterg sampai Tampin......

jutaan terime kaseh kpade..

Afif; bg aku follow ko..best wei..ak tensen sbnarnyer pagi tu...

Hairi; suapkan aku kfc yg hebat..

Fareha ;belanje kfc..dan mnyerikan suasane aku hari ni..pergghhh...

GUDLUCK for all!!                                          Fareha



      Hairie..sori gambar ko aku x jumper..