Memaparkan catatan dengan label anekdot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anekdot. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

Spekulasi Akibat......,

Tentang pencerobohan di Lahad Datu. Aku sebenarnya tak berani untuk mengulas banyak berkenaan khabar dukacita tersebut kerana segala maklumat yang aku tahu hanya berdasarkan khabar-2 berita, akhbar serta cerita-2 masyarakat. 

Setakat ini, apa yang aku tahu ada perwira kita yang terkorban. 

Al Fatihah buat Al-Mahrum dan takziah buat keluarga mereka yang terkorban itu.

Musykil atas apa yang terjadi sebenarnya. Masa kan tidak? Kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan yang jelas lagi tentang kejadian ini kepada rakyat. Sebaliknya mencari alasan dan sebagainya. Tiba-2 sudah ada yang terkorban. Maka, di sana itu tidak aman lagi, dan penduduk terancam.

Jika mereka fikir rakyat tidak berhak tahu, tidak kah mereka ingat bahwa polis yang terkorban itu juga adalah rakyat? Adakah mereka yang terkorban itu tahu atas apa yang mereka perjuangkan?

Ada yang marah dengan seorang YB di pihak opposition yang menyatakan kejadian ini adalah sandiwara, so what?? 

Siapa pun akan buat pelbagai spekulasi bila engkau menjerit tiba-tiba, dan bila ditanya kenapa, kau menjawab, ''aku akan siasat siapa yang buat aku menjerit''.....ahhaaaiiii...
Memang aku fikir kau tu sengaja nak cari publisiti, atau kata dasarnya sandiwara lah kan walaupun ada yang mati terkejut dengar kau menjerit. *tamsilan kecil




Khamis, 28 Februari 2013

Alasan.

Samad berjalan-jalan seorang diri sambil bersiul-siul di kawasan perumahan nya,
Tiba-tiba dia terpandang seorang awek yang menawan hatinya dan matanya terpaku ke situ sedang kakinya masih melangkah.

Dipendekkan cerita, beliau tersepak batu ''aduh! pediss ibu jari kaki ku'' Samad keperitan.
''siapa yang letak batu kat sini? jahanam sungguh orang itu'' Samad yang bodoh.

..........

-Samad.. kenapa lah mesti nak buat alasan, salah orang lain?
Kau berjalan tak tengok depan, tak guna mata, khayal dengan kelalaian, lalai dengan khayalan..

Kalau dah memang salah sendiri, akur jer lah.. tak payah nak buat alasan.

Senang cerita..daripada buang masa cipta alasan untuk menutup kecuaian,,lebih baik cepat ikhtiarkan jalan penyelesaian.

*cerita ini fiktif belaka.. hanya tamsilan dan kiasan untuk cerita realiti yg lebih besar serta memuakkan.

Rabu, 27 Jun 2012

Wad Bangsa Bersatu

Hospital dan hospital lagi,
Wad dan wad lagi,
Al maklumlah kawan,
Seminggu termenung di dalam tu dengan pergerakan yang sedikit terhad,
Ditempatkan pula dalam wad yang memuatkan hanya 6 pesakit,
Pelbagai bangsa jika didengar bahasa pertuturan mereka yang mengikut loghat masing-masing,
Katil depan aku Jawa, sebelah kiri aku dan sebelah kanan Jawa itu Nepal,
Katil sebelah Nepal sebelah aku ni ada Melayu dan India,
Katil mereka agak jauh sedikit dari katil kami berempat kerana dipisahkan oleh pintu masuk,

Bagaikan bunyi harmonika yang meriah,
Apabila kami semua cuba berbual sama dalam bahasa melayu,
Tapi not sebutan dan bunyinya nya ditentukan oleh kepelatan lidah mereka,
Cuma Nepal berdua itu hanya mampu menyebut ''kawan'' dan selebihnya berbahasa inggeris,
Maka, aku berada di dalam wad bangsa-bangsa yang bersatu.

Rabu, 28 Mac 2012

Rahmati lah Mereka Allah

21 Mac lalu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 diumumkan. Aku diminta Salleh si sobat sejati untuk menghantar beliau ke Sekolah Menengah Vokasional Juasseh tempat dia berhempas-pulas selama 2 tahun. Di sini juga keputusan tersebut diberikan. Beliau berjaya memperoleh 2 A dan bersyukur lah dia akan nikmat balasan usaha nya oleh Allah yang Maha Adil. Begitu juga dengan rakan-rakan lain seperti Dush,Akem dan Angah yang ketiga-tiganya merupakan ahli band yang juga dianggotai oleh aku iaitu Red Bullet selain Afiq. Keputusan mereka tidaklah sehebat Salleh tetapi memandang usaha mereka ianya lebih dari setimpal. Sememang nya sedikit hampa bagi mereka tetapi tetap bersyukur selain akur dengan keputusan yang diperoleh.

Kini mereka semua sedang merancang jalan seterusnya. Dush memilih jalan untuk berhijrah ke Johor Bahru mencari kerja manakala Akem, Angah dan Afiq mungkin akan mengambil 'paper july' dan meneruskan pelajaran. Salleh pula sedang bertaffakur memilih bidang pelajaran yang ingin ditempuhnya.

Semoga Allah merahmati jalan hidup mereka.

Sebelum itu, aku mendapat khabar duka tentang sahabat yang merawat aku di hospital semasa masih terlantar 3 tahun lalu iaitu Amar yang mengalami kemalangan jalan raya apabila motorsikal ditungganya merempuh sebuah lori ketika pulang kerja. Aku sudah melawat beliau yang masih terlantar di wad ICU. Aiman iaitu adik nya menerangkan kepada ku tentang kecederaan yang dihadapi Amar.  Tangan kanan dan 3 batang tulang rusuk abang nya patah selain pendarahan di dalam dada sehingga memberi kesan kepada jantung yang boleh mengecil jika dibiarkan. Maka Amar bakal dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Aiman juga mengambil keputusan SPM masa itu dan memperoleh 3 A bagi subjek Mathematic, Science dan Pendidikan Seni Visual.

Semoga Allah merahmati dan melindungi Amar.

Selasa, 20 Mac 2012

Anekdot 1- Apek si tukang tuning.

Kali ini aku ada cerita menarik nak dikongsikan dengan kau semua. Tak lah menarik sangat cuma.. okay lah daripada tak update-2 langsung blog ni. Betul ?

cerita pertama .

Baby Kenari dah 3 bulan membahagiakan aku dan aku jaga ia dengan rapi sehingga kan bunyi enjin buruk sikit aku dah risau. Hari itu aku bersama-sama abah pergi ke sebuah bengkel 'tuning' kereta di sekitar Tampin ni dengan harapan bunyi enjin kereta aku ni elok sikit dengar nya. Aku berhenti di hadapan bengkel tersebut lalu abah turun dari kereta dan menemui seorang lelaki cina berumur dalam lingkungan 40-an berdasarkan struktur kulit yang masih belum rapuh dan berkedut dan uban-uban yang masih sedikit. Nampak nya tiada kereta/customer lain selain aku maka tak perlulah aku menunggu lama di tengah hari ni.

Kelihatan abah memberi isyarat supaya aku turun dari kereta yang di parking melintang di hadapan pintu masuk bengkel kecil ini. Aku matikan enjin kereta dan keluar untuk ke tempat di mana abah dan apek tersebut berdiri. Belum sempat aku tutup pintu kereta apek tersebut menjerit ''masuk kan kereta !'' serentak baju panas yang aku sangkut di bahu kiri dan ku biarkan terjurai bagi menutup tangan kiri yang kudung ini terlepas dari sangkutan bahu ku dan jatuh ke lantai. Aku nampak muka apek yang tadi berkerut mungkin kerana panas dan sibuk berubah menjadi kelam kabut. Beliau datang segera ke arah aku ''tak apa-apa, sorry, kenapa lu takda cakap'', lalu aku ambil kembali baju panas dan ku sangkut semula ke bahu kiri. Beliau memusing kunci yang masih tercucuk pada starter untuk menhidupkan enjin lalu apek tersebut memasuk kan kereta ke dalam bengkel nya dan memulakan kerja-kerja tuning.

Hampir 20 minit apek berjaya menyelesaikan kerja-kerja nya berharga RM50. Yup, memang elok bunyi nya. Apek membukakan pintu untuk aku sambil berkata dalam irama membebel

  ''kita hidup aa tak perlu malu dengan kekurangan yang orang tengok, dia orang tengok saja tak da marah pun, dia ejek ka ketawa ka lu mau takut apa. Steady lah tak perlu malu tunjuk saja itu tangan sama orang biar diorang tengok. Itu menteri curi duit rakyat bejuta-juta tapi dia takda malupun. Lu mau malu apa? Lu bukan mencuri pun.''

Tak pernah orang nasihat aku macam ni.