Khamis, 29 Disember 2011

25-12

Ahad, 25 dis. ialah Krismas atau Hari Natal.
Selamat Hari Natal ! Walaupun ada spekulasi bahawa haram bagi muslimin mengucapkan 'merry christmas' tapi apa masalahnya di sini?  Kenapa haram? Ada yang kata, murtad kalau ucapkan itu?

Sebab apa? Sebab mereka Kafir lalu bila kita ucapkan maka kita pun jadi kafir?

Aku bukan nak jadi radikalis atau pemberontak tapi cuba lah fikirkan. Aku rasakan perkataan 'kafir' itu sangat keras di lontarkan sehingga ia menjadi kata-kata cacian dan makian untuk orang yang berkelakuan seperti kafir. Istilah 'kafir' digunakan untuk manusia yang mengingkari atau tidak mengakui kebenaran agama Islam. Jadi, perkataan itu ialah untuk mereka yang bukan Islam.

Yang percaya Islam itu lah muslim. Yang tidak percaya itu lah kafir.

Tapi apa masalah nya dengan muslim yang mengucapkan 'merry christmas' kepada orang beragama Kristian yang kita golongkan sebagai kafir?

Sebenarnya begini, perbincangan para ulama atau Ijma' telah mengharamkan nya kerana muslim tidak boleh meredhai hari kebesaran mereka kerana Allah tidak meredhai nya. Tapi bukankah Allah menyuruh kita berbaik-baik sesama manusia? Jika diikutkan Allah bukan sahaja tidak meredhai hari perayaan mereka tapi tidak meredhai agama mereka dan setiap individu yang muslim gelarkan sebagai kafir itu. Tapi Allah menyuruh kita untuk berbaik-baik sesama Manusia maksudnya berbaik-baik dengan semua manusia tidak kira bangsa,agama dan ideologi.

Tak salah berbuat apa pun untuk menguatkan keimanan tapi salah bila kita menjauhkan diri dan berpisah-pisah dengan orang beragama lain kerana ini dunia bukan syurga. Semua nya kita kongsi di dunia ini. Semasa zaman Jahillilliya di Mekah dahulu, setiap suku kabilah di kota itu suka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama suku sehingga ada yang tempoh perperangan tersebut berlanjutan selama 40 tahun. Itu merupakan salah satu perkara yang merungsingkan Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda mengasingkan diri ke Gua Hira' sehingga Rasullullah s.a.w diperintahkan untuk menyebarkan syi'ar Islam sebuah agama yang harmoni sehingga akhirnya semua kabilah itu bersatu. Bagaimana dengan kisah Muhajirin dan Ansar yang hampir berperang? Bukankah Rasullullah s.a.w yang menyatukan mereka atas petunjuk Allah?

Islam itu indah. Bukan untuk jadi sombong dan bertambah ingkar dan kufur. Islam ialah untuk segalanya maka  bersyukurlah kita lahir dalam agama ini dan terus membesar bersama Islam.

Islam itu indah. Tapi keindahan itu bukan sahaja untuk mereka yang Islam tetapi untuk golongan yang 'kafir' itu merasakan juga keindahan Islam dengan berbuat baik kepada mereka seperti biasa.

Semua agama tidak kira Samawi atau Aryan pasti mengajar penganutnya supaya hormat-menghormati sesama manusia dan begitu juga dengan Islam. Bayangkan jika muslim itu mencerca mereka maka apakah agaknya pandangan mereka pada kita? Fikirkan.

Islam itu indah.

Ahad, 25 Disember 2011

Aku ada kampung yang indah

Wow!
Nak dekat sebulan juga tak 'post' apa-apa 'entry'. Musim tengkujuh ni jalur internet jadi sangat lemah dan bercampur pula dengan urusan yang menyibukkan aku untuk diuruskan supaya ia terurus lalu selesai. Bermula 29 Nov. hingga 11 Dis. kelmarin pula, aku merelakan diri untuk pulang ke kampung halaman yang buat pertama kalinya aku jejakkan kaki bersama Abah dan adik. Maklumlah kampung jauh di seberang Selat Melaka sana.

Bukit Tinggi,Agam,Sumatera Barat,Indonesia. Aku rasa ramai yang tahu akan tempat ini dan yang tak tahu tu sila  gunakan carian google anda. Ya, bangga ada kampung yang indah dan terkenal seperti ini. Dikelilingi sawah, ladang-ladang yang traditional, udara nyaman, kedinginan yang selesa, ketenangan serta pemandangan yang indah. Penduduk yang peramah, sopan-santun, beradab dan beradat, suka bergotong-royong, mengambil berat dan aku rasakan kehidupan kekeluargaan di antara penduduk kampung di sini.

Kemudian, aku mengerti apa arti adat yang dicipta oleh orang kampung lazimnya di MinangKabau ini. Kebetulan ada kenduri kahwin diadakan bagi meraikan tuan rumah iaitu pihak pengantin lelaki untuk berangkat ke rumah pihak pengantin perempuan di kota Padang yang kira-kira 4-5 jam perjalanan. Aku teringin untuk melihat orang-orang lelaki mengerjakan istiadat 'berunding' sebelum menjamah selera. Aku cuba dengar kata-kata madah halus lembut mereka semasa membuat rundingan antara wakil tetamu dan wakil tuan rumah(rasanya begitulah). Aku jadi hairan apabila mereka membincangkan akan kebenaran untuk menjamah makanan yang sudah pun terhidang. Mereka duduk bersila mengelilingi ruang tamu dan tengah-tengah ialah makanan. Semua dapat mendengar apa yang dirunding. Kemudian, ada yang membantah kerana masih ada yang tidak cukup maka bertambah sakit lutut aku bersila sebab selagi ada yang tidak cukup, makanan masih belum boleh dijamah lalu perlulah dicukupkan atau ada alasan dan semua bersepakat dalam rundingan barulah boleh dijamah hidangan tersebut.

Tujuan nya, ialah sebagai penghargaan terhadap tuan rumah dan acara yang diadakan. 'Berunding' bukan sahaja pada kenduri ini tetapi sejak awal perancangan untuk perkahwinan ini. Aku faham bahawa adat iaitu kebiasaan yang ditetapkan itu merupakan kunci kerjasama antara penduduk bagi mengikat erat tali silaturrahim. Sebab itu aku katakan hidup di sini bagaikan sebuah keluarga. Basa basi mereka yang terpuji, seorang sakit semua sakit, seorang bodoh maka semua terasa bodoh, seorang berjaya maka semua terasa bangga dan susah untuk jadi sombong di sini.

Aku tak pernah harungi indahnya kampung. Suatu pagi aku bersama abah dan adik berjalan kaki mengelilingi Negeri Panampung(fahami pembahgian pemerintahan R.I).

Ku lihat Gunung Merapi tersergam indah gagah megah di hujung sawah,
Terima Kasih Allah kerana takdirkan abah lahir di sini,

Aku ada kampung yang indah !!

Isnin, 28 November 2011

Hujan

Haih.

Selalu memang mulanya november, mulanya juga musim tengkujuh. Maka mulalah fenomena kebiasaan di kawasan tanah rendah seperti pantai timur,utara dan johor iaitu banjir. Alhamdullillah , kawasan tempat tinggal aku tak termasuk dalam golongan tanah rendah. Tapi aku simpati dengan mangsa-mangsa banjir seperti yang aku tonton di berita tadi apabila petani kerugian kerana sawah mereka ditenggelami air. Hujan juga menyebabkan tanah runtuh sehingga hampir mengorbankan nyawa beberapa penghuni rumah di gua musang,kelantan dan landasan kereta api di terengganu yang ditimbus tanah runtuh lalu mengganggu perjalanan ktm.

Sabarlah.
Hujan itu rahmat.
Tuhan tak pernah memberi bencana.
Melainkan atas perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri yang membuat bencana.
Iktiar serta usaha supaya dapat mengelak daripada perkara yang tidak diingini.
Aku hanya mampu simpati dan mendoakan.

*abah aku juga mengalami kesulitan untuk berniaga kerana hujan,
tapi apakan daya, ini bumi bukan syurga.

Bumi akan tandus dek panas matahari, betapa pemurah Allah kepada makhlukNya apabila hujan tetap dicurahkan membasahi bumi yang tandus dibakar matahari, kemudian dikeringkan semula dengan matahari supaya makhluk nya berfikir akan realiti hidup yang sebenar dan kerana kasih Allah kepada manusia walau ramai yang kufur.

na'udzubillah.

Rabu, 23 November 2011

Se-bahasa




Banyak pula aku tengok blog-blog ala-ala aktivis yang post berkenaan game bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Terutama sekali berkenaan kutuk-mengutuk antara penyokong dua negara se-bahasa ini. Aku katakan se-bahasa kerana orang-orang kita faham apa yang dileterkan mereka iaitu indonesian dan mereka faham apa yang dimaki-maki oleh kita malaysian.

Yeah !!
Se-bahasa !!

Masalah nya bagi aku di sini -

-malaysian kutuk indonesian = aku bengang.
-indonesian kutuk malaysian = aku bengang.

konklusi nya = konflik.

Tapi mulanya aku malas nak post pasal benda tahi ni sebab aku sendiri konflik. HAHA !

Okaylah.

Aku enjoi dengan game hari itu,  perlawanan yang sengit + menarik. Tuan rumah hebat menyerang manakala timnas kita kental bertahan dan lebih taktikal. Walaupun tuan rumah bersama ratusan ribu gelora bung karno mendahului seawal minit ke-5 hasil tandukan Gunawan Dwi Cahyo tapi final kembali seimbang di minit 35, diimbangi oleh Asrarudin Putra Omar.  Tiada gol selepas itu hinggalah di bawa ke penentuan penalti.

Timnas kita menang penentuan penalti tersebut 4-3 sekaligus mempertahan emas 2 tahun lalu.

2 tahun berturut-turut kita 2 negara se-bahasa,serumpun,se-bangsa dan se-saudara menguasai 2 final terpenting di Asia Tenggara. Tumpuannya sehingga jauh ke Eropah. Se-dunia lihat 2 negara se-bangsa menguasai final di rantau kita ini. Bagi aku, tak kira lah siapa menang, tetap kita juga yang menang, maksudnya bangsa kita juga.

Tak apa lah. Ini hanya pendapat aku yang lebih suka untuk bersorak-sorak. Kedua-dua tim sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menang cuma niat yang menetukan kemenangan. Contohnya-

apabila penyokong timnas Indonesian yang menonton penuh rasa kebencian dan dendam bersama sumpah seranah lalu perbuatan tersebut mengelilingi perlawanan bersama warna merah. Oleh itu, player mereka lebih teringin untuk menghancurkan pemain malaysian daripada menjaringkan gol kemenangan. Tak hairan lah apabla Titus Bonai yang mendapat julukan 'Messi Asia Tenggara' tidak dapat menembusi gawang Khairul Fahmi seorang 'focus point'.

pemain timnas pula dengan penuh kesabaran menghadapi gelora bungkarno. Ingat, Allah suka orang yang sabar. Do'a orang yang sabar teraniaya ni diterima Allah sebab itu lah orang teraniaya selalu menang.

Masalah sebenarnya di sini yang ingin aku beritahu ialah tentang 'orang sabar selalu untung'. Oleh itu, malaysian tak perlu nak mencaci kepada cacian mereka tapi sabar dan berikan semangat kepada timnas kita yang slumber melalui ratusan ribu cacian betul-betul di sekeliling mereka sedang kita hanya tahu perbuatan mereka daripada saluran media kita yang juga tidak kurang rasis nya. Senang cerita, tak perlu nak gelabah.

Separuh akhir Piala Tiger (aff suzuki kini) 2004. Timnas menang 2-1 ke atas Indonesian di hadapan pelontar-pelontar botol di gelora bungkarno. Menjelang 2nd leg di bukit jalil, penyokong kita ingin membalas perbuatan penyokong garuda. Penuh stadium pada malam itu bersama jalur gemilang dan sorakan provokasi sehingga bergegar stadium apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol seawal minit ke-5+. Tapi bagaimana kita boleh tewas 1-4 pada hari itu lalu menyingkir kan malaysian dengan malu yang teramat di hadapan ribuan penyokong sendiri? Jawapannya adalah kerana kita sendiri yang hadir bersama dendam.

Tak salah untuk provakasi penyokong lawan, tapi tak perlu keterlaluan sehingga menimbulkan ketegangan. Mengejek pasukan lawan tidak memberi apa-apa bantuan kepada pemain sebenarnya malah merugikan mereka. Contoh bila terjadi rusuhan, kita sebenarnya telah menyusahkan pemain dan pengurus semuanya malah menyusahkan orang lain juga. Jadi, hentikan provokasi sesama kita lalu berdamailah. Sebab benda ni dah ketinggalan zaman dah. World Cup 2010 kelmarin pun dah ada istlah 'say no to racism'. Afrikan duduk bersama-sama penyokong lawan di tempat duduk stadium masa itu. Tak ada isu-isu provokasi pun?
Afrikan tu !!

Tak kira malaysian atau indonesian, sebenarnya kita telah diracun dengan konflik ekonomi, kawasan dan ideologi oleh orang-orang politik kita maka tiada kena mengena langsung dengan rakyatnya atau bangsanya. Hanya masalah individu tidak boleh dinisbah kan dengan bangsanya. Faham kan? Penat taip ni.

malaysian dan indonesian.
Kita bukan berjiran .
Tapi saudara.

Masalah

Banyak betul masalah datang, nak halau memang tak boleh sebab nanti lagi banyak ia datang. Kalau lari lagi teruk masalah tu kejar. Jadi memang tak boleh nak lari dari masalah kerana sebanarnya, nak tak nak kena lalui juga masalah tu baru lah ia pergi. Alhamdullillah, Tuhan kurniakan aku hati yang tabah melalui sahabat-sahabat sekeliling yang sangat prihatin dengan masalah aku. Mereka lah pendengar setia segala luahan ku. Walaupun aku hilang keupayaan fizikal tapi sahabat tetap tidak hilang. Syukur lah.

Berbalik kepada masalah.

Ramai orang tersungkur dan mengangap mereka sudah kalah apabila masalah tiba termasuk juga kebanyakan orang yang mati bunuh diri. Perkara ini terjadi adalah kerana mereka ini cuba lari daripada masalah tapi perbuatan itu lebih mengundang kehampaan lalu tiada jalan lain lagi selain bunuh diri. Dalam Islam, membunuh diri ialah salah satu dosa besar, mungkin kerana punahnya Iman mereka kepada Allah.

Apa guna nya masalah ?

Aku tidak berapa mahir tentang IT tapi aku pernah menggunakan sebuah browser internet iaitu Internet Explorer. Masalah pada browser ini ialah 'kelembapan' yang pernah mengundang amuk pada aku. Tapi aku dengan sabar memuat naik browser baru iaitu Mozilla Firefox yang lebih pantas dan kini aku menggunakan Google Chrome yang lebih baik sehingga aku dengan berani dan sewenang-wenangnya membina akaun-akaun sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan Blogspot. Tanpa masalah PC kita pasti masih menggunakan Pentium, suatu yang lebih lembab daripada kini. 

Sebenarnya, masalah merupakan cara Tuhan untuk memaksa hambanya sebagai khalifah untuk lebih maju. 
Oleh itu, tersangat lah rugi bagi mereka yang lari daripada masalah.

Cara mengatasi ?

Mudah saja. 
Hadapi saja masalah itu.
Tak usah lari. Iringkan do'a bersama. Agar dijauhkan kesulitan dalam urusan. 
 

Khamis, 17 November 2011

Keluar lah.

Layani hidup mu,
Usah berperap di dalam kotak itu,
Layari segala isi dunia,
Yang adanya untuk mu,
Sememangnya milik mu,
Pantang larang telah mengekang mu,
Maka terlalu berjaga-jaga engkau bergerak,
Hapuskan segala rasa was-was dalam diri mu,
Lalu keluar menikmati indahnya pelangi,
Yang telah aku pesan kan untuk mu,
Kerana aku tahu,
Kau lebih selesa di dalam kotak ini,
Sedang keinginan mu sebenarnya di luar,
Keluarlah,
Langkaui lah garisan yang menghadang keinginan itu,
Jangan lepas peluang ini,
Peluang untuk kau lebih tinggi,
Hanya angkat kaki mu itu tinggi dari tanah,
Langkaui garisan yang menghadang itu,
Melangkah lah keluar,
Lalu nikmatilah pelangi yang ku pesan kan untuk mu ini,
Kerana aku tahu,
Keinginan mu di luar garisan ini.
Kerana itu,
Aku setia menunggu mu,

Kawan.

Selasa, 15 November 2011

Tak Hendak



Memang kadang-kadang ada sesuatu perkara datang tiba-tiba tapi perkara itu tak sekali pun kita minta atau perlukan. Kita mula anggap itu sesuatu yang meremehkan atau menyusahkan lalu kita mengeluh. Kita selalu inginkan sesuatu yang bertepatan dengan kehendak kita, tidak kira jika kekayaan yang datang lalu orang itu menolaknya atau sebalik nya ia tetap dilabel sebagai kehendak. Bila tidak dapat apa yang dipinta tu, derita yang amat rasanya.

Seperti mahu meronta-ronta, seperti ingin dikoyak-koyakkan dada, mengaut semua perit dalam dada, kaki dihentak-hentak sekuat hati biar pecah tumit kaki dan menjerit hingga pecah isi dada.Tak boleh terima keadaan yang sudah mestinya terlambat untuk berbalik lalu patah lah hati apabila sesuatu yang tidak kita hendak kan merangkul jiwa yang tidak hendak kannya. Pedih memang pedih.

Tapi sabar lah kawan.

Aku akui memang semua datang dan pergi lalu banyak yang kita tak ingin kan. Namun, apakah yang terdaya untuk kita lakukan lagi pula kita hanya manusia ? Guna lah kesaktian apa pun, yang kita tak hendak itu tetap akan ada lalu tidak lah sekali-kali kita mampu untuk menghalang kuasa Tuhan. Semua itu adalah di bawah kekuasaan Tuhan yang Maha Esa. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya maka kita hanya perlu bersabar.

Jangan nak merungut

Khamis, 10 November 2011

Tumblr

Aku baru saja membuat 1 akaun Tumblr atas nasihat Jeneral Mayhem . Layan saja lah.
Tapi memang best ada Tumblr. Senang dan mudah.

Ini link Tumblr aku.
http://syafieyusran91.tumblr.com/

Tapi blog tetap blog, tak akan tinggal punya .

Rabu, 9 November 2011

Lesen Kereta

Sebelum kemalangan dulu, sepatut nya aku akan menghadapi ujian jalanraya JPJ untuk mendapatkan lesen P kereta. Ujian tersebut akan diadakan pada hari jumaat di Delta Mahsuri, Tampin. Memang Tuhan ada perancangan Nya yang terbaik untuk aku apabila aku mengalami kemalangan tersebut pada hari khamis iaitu sehari sebelum sepatutnya ujian itu diadakan.

Selepas 3 tahun , tangan kanan ini masih belum sembuh dan berfungsi seperti sepatutnya tapi rasa aku, begini sudah cukup elok maka aku cuba memohon lesen semula. Namun , aku perlukan kelulusan doktor dan pihak JPJ. Walaupun banyak kesangsian terhadap aku , semuanya berjalan lancar..

Alhamdullillah

JPJ meluluskan permohonan aku untuk mendapatkan lesen kelas A untuk OKU. 
Dengan syarat aku wajib memiliki kereta Auto yang diubah suai 'starter' dan stering nya.

Nampak nya, aku kena lah beli kereta.

Yeahh !!

Selasa, 8 November 2011

Cakap Dan Buat.

Aku mula tak faham bila sesuatu perancangan tu aku gembar-gemburkan, kesudahan nya selalu tak jadi. Kesudahannya pergi lari jauh dan tinggal nya angan-angan yang melayang ke bulan. Kenapa lah kan?

Abah ceritakan pada aku tentang kemerdekaan Republik Indonesia sejurus hanya beberapa bulan selepas kepergian tentera Jepun di tahun 1945. Mengapa begitu cepat? Itu yang aku tanya.

Abah aku jawab,
Dalam perancangan kemerdekaan tu ramai orang minang seperti Haji Agus Salim,Sultah Shahrir dan M.Hatta. Politik orang minang ni senang ,jangan cakap tapi buat.
Contohnya senang...
''betul nak merdeka, okay ini perancangan nya, engkau jadi presiden ,biar Hatta jadi wakil,''
maka selepas itu semuanya bermula. Tanpa publisiti atau apapun, semuanya bergerak secara bawah tanah.

Bukan nak meninggi-ninggikan keturunan aku iaitu minangkabau, tapi itu lah sesuatu yang perlu kita ambil ikhtibar.

Jangan sekadar cakap, Tapi buat.

Isnin, 31 Oktober 2011

Rindu Pada Dulu.

Sebenarnya rindu juga aku dengan life yang dulu di masa tangan aku masih ada. Waktu semua perkara aku boleh buat sendiri, ke mana-mana pun seorang diri. Dunia ini dah tak asing bagi aku. Hidup sekadar mainan waktu itu. Aku tak pedulikan sesiapa pun yang sakit di sebelah ku.

Perempuan memang banyak ,tapi mujur aku bukan kaki perempuan ,semuanya ku anggap kawan yang menjadi penaung bagi menaik taraf rasa konfiden aku untuk bergaul. Memang aku mengaku, ada juga kesilapan busuk yang aku lakukan, tapi aku ingat dan menyesal.

Aku takut jika aku terus hidup pelbagai khilaf yang bakal aku munculkan dengan tangan ku ini.

Alhamdulillah.

Allah ambil tangan aku,
Mungkin Dia rasa ia boleh merosakkan aku.
Aku bersyukur Tuhan keep attention terhadap aku.

Sekarang aku ada akal dan masih boleh berjalan,
Tuhan beri sedikit kemudahan untuk aku menaip.

Yang penting,
Tuhan telah hidupkan sahabat-sahabat aku,

untuk aku..

Ahad, 30 Oktober 2011

HOBEN JANG HOBEN!!!!





Why always N9!!

HAHA

Bangga nya aku sebagai orang Negri Sembilan. 3 tahun berturut-turut mara ke final Piala Malaysia walau hanya sebagai pasukan 'underdog' tapi still boleh ke final. Yang penting 3 kali berturut-turut final aku ada di stadium. Daripada tahun 2010 final Piala FA v Kedah (n9 menang), final Piala Malaysia v Kelantan (Kelantan menang).

Aku sangka n9 dah down tahun ni kerana melihat prestasi mereka di Liga Super dan tersingkir pada pusingan awal Piala FA 2011. Tapi ternyata diorang ni hanya mahukan Piala Malaysia yang dirampas tahun lalu oleh Kelantan selepas Jang menjulangnya pada musim sebelum itu juga bertemu Kelantan.

Hai-o striker N9 sememangnya ada magic bak kata orang barat. Tahun 2009 N9 pinjam beliau dari T-Team dan beliau menjaringkan gol di final kemudian beliau bermain di Kelantan dan juga menjaringkan gol di final menewaskan N9 dan tahun ini.....

Hoben Jang Hoben!!
Negri 9 juara Piala Malaysia 2011 menewaskan Terengganu 2-1..


Pada mulanya memang jerit, buat provokasi bagai, sebab negri9 memang banyak menyerang, siapa tak konfiden kan? Sekali bila Terengganu gol dulu..semua yang kuning terdiam...
Penyokong Terengganu yang hitam putih dah terkinja-kinja.
Dengan gendang dipalu-palu..tapi best bunyi gendang mereka,
sikit-sikit aku joget.
Si kuning dah mula resah di bangku-bangku mereka ,

Tapi..

Aku perasan player negri mula laju, baru aku ingat..
Negri ni memang kena tertekan baru boleh gol..
Walaupun sekadar angan-angan, aku tetap percaya!!

Di masa penyokong Terengganu mula lupa diri terkinja-kinja..
Mereka ketawakan defend negri Tengku Qayyum yang terjatuh semasa membawa bola,
Tapi Tengku dengan pantas bangun semula melorong bola kepada Firdaus Azizul dan firdaus hantar kepada Kunalan .Kira macam pergerakan 1-2 lah. Aku tengok kawan aku ni Munsyawir dah monyok.
Kunalan cross ke tengah kotak penalti yang di nanti Hai-o dan Syukor Adan. Tapi bola menuju tepat ke arah dakapan Shalbinee. Hai-o dan Syukor tak sempat untuk sentuh bola tersebut .
Tapi cross Kunalan kali ini agak padu tapi nampak perlahan. Bola melantun ke tanah dan melambung ke arah Shalbinee dan beliau buat kesilapan !!!

Beliau tangkap ayam , seperti terkejut dengan ayam yang meronta...
Bola dengan tenang melantun ke dalam gol meninggalkan Shalbinee yang dimalukan.
Apa lagi ..

Aku, Hanis, Awe dan Iza..bersama kuning-kuning yang lain melompat ke atas kerusi dan jerit GOL!!
Berjoget !

Yang hitam putih  dah macam warna tembok dah, senyap..

Kali keputusan kembali seimbang Negri 1-Tranung 1..

Tapi penyokong Jang terus memekik dengan mercun, hon, jeritan semangat dan gendang..
Aku lihat jam pada scoreboard sudah minit ke 85 bersamaan edisi Piala Malaysia musim ini.
Negri makin pantas menyerang , kali ini Farizal Marlias mengambil Gol Kick selepas percubaan Trengganu tersasar.. bola melambung jauh ke kepala Syukor ditanduk ke  Hai-o dan ditanduk bola itu ke arah Shahurain di sebelah kanan padang , beliau meleret bola kebelakang ke arah Syukor Adan lalu kapten itu terus menghantar bola ke tengah dalam kotak penalti Terengganu yang di mana Hai-o sudah menanti dengan tandukan nya yang terkenal..

Tapi terbaik!!
Bicycle Kick sekali dia bagi..dan Shalbinee sudah tertewas.....

Hati kami yang kuning lega, hitam putih sudah meninggalkan stadium..
Walau botol air terbang ke arah kami, tapi kami tetap berjoget dan berjoget sehingga wisel penutup Liga Malaysia 2011 di tiupkan.

Alhamdullillah..

2-1 negri menang.
Pengalaman manis bagi Hanis, Awe dan Iza..
Kemeriahan yang dahsyat..

Harap semua boleh jadi macam Negri9, menyerap tekanan dengan baik.
Sehingga tekanan yang memangkin mereka.

Selamat Maju Jaya!!



Si Kuning




Si Hitam Putih

Isnin, 17 Oktober 2011

Perikemanusiaan


Kemanusiaan


Bagi aku, manusia adalah manusia. Dalam diri manusia ada suatu sifat yang dipanggil 'Perikemanusiaan' yang merupakan suatu sifat untuk manusia boleh merasa simpati,hormat,kasihan dan mesra. Kerana hati manusia itu ada 'kasih sayang' yang menuntun manusia supaya memiliki sifat-sifat tersebut. Jika manusia hilang sifat-sifat tersebut maka dunia ini tetap tidak akan ubah seperti sebuah 'safari' dan 'rimba' apabila semua makhluk binatang dan manusia berbunuh-bunuhan untuk makan lalu meneruskan hidup. Bayangkan jika kita hilang sifat perikemanusiaan atau kasih sayang itu.

Kali ini aku nak update tentang makhluk yang bergelar manusia tapi tak bersyukur dengan sifat manusia yang ada pada diri. Atau sebenarnya dia tidak tahu yang dia ialah manusia yang mempunyai akal yang perfect malah itu merupakan perbezaan antara kita dan binatang.

1. Aku suka dengan konsep barat yang melepaskan tangkapan ikan yang ditangkap dan ia mula sedikit-sedikit dipraktikkan di negara ini. Konsep itu lahir dari rasa perikemanusian mereka kepada binatang sehingga ia menjadi sebuah peraturan dan jika dilanggar tindakan tegas bakal dikenakan. Tapi aku terfikir akan apa yang telah dilakukan terhadap tawanan mereka di negara-negara yang diperangi seperti Iraq dan Palestin.Bagaimana dengan bayi dan orang tua yang telah digugurkan bom di atas kepala dan rumah-rumah mereka ? Sewenang-wenangnya mereka berbuat sesuka hati ke atas tawananan di Abu Ghaib dan Guatenamo. Aku tidak faham dengan sifat perikemanusiaan mereka hanya pada binatang sedang mereka menganiaya dan menindas manusia yang tak berdosa dan langsung tiada kena mengena. Tidak lain, materialistik telah membaham sifat perikemanusiaan mereka. Oleh itu, sebuah safari telah diada-adakan bersama bom dan bayi. Maka hati-hatilah dengan materealistik yang mampu mengubah sifat .

2.Aku juga percaya tentang perbezaan sememangnya sudah ada dalam kejadian manusia itu apabila diciptakan seorang lelaki dan kemudian seorang perempuan untuk menemani dan menghiburkan si lelaki (adam dan hawa) lalu lahir anak-anak ,terbentuk keluarga, keturunan, dan bertebaran mereka di muka bumi lalu terbahagi kepada kelompok,pelbagai warna dan jenis kulit,muncul pelbagai budaya,bangsa dan agama,belajar melalui sumber-sumber di tempat tinggal mereka,terbina tamadun dengan kejayaan dan ilmu tersendiri dan seterusnya sehingga kini. Saiz manusia itu juga berlainan antara yang lain ,begitu juga wajahnya. Apakah gunanya semua perbezaan ini dicipta? Sebenarnya ialah untuk setiap bangsa,kelompok atau individu itu mengenal antara satu sama lain lalu mereka perlu memerlukan kemudian tercetus suatu 'solodarity' atau kesatu-paduan untuk membina suatu matlamat. Di situ mereka akan belajar menghargai sesama manusia,hormat akan keupayaan orang lain,belajar akan kelebihan yang diperolehi orang lain dan sebagainya. Apakah punca maka terjadinya 'Rasis' atau perkauman apabila perbezaan 'diada-adakan' lalu 'dibesar-besarkan' kemudian 'disisih-sisihkan'. Begitu juga akan 'Seksis' apabila jantina lelaki memperbesar-besarkan jantina mereka lalu merendah-rendahkan kaum wanita sedang mereka lah kaum yang dicipta untuk kita hargai bukan dicemuhi atau ditindas. Kita semua sama dan perlu memerlukan antara satu sama lain. Itu lah istimewanya perbezaan dengan rasa perikemanusiaan.

3.Sebenarnya ,kita sedang berdiri di atas bahu-bahu di dalam sebuah 'Piramid Manusia' di tepi pantai sambil ombak-ombak besar menghempas kita. Jika bahu orang yang kita pijak di bawah terasa sakit pasti kita akan jatuh semuanya begitu juga jika kita merasa sakit akan bahu yang sedang dipijak oleh orang di atas yang juga sedang berusaha mempertahankan kekukuhan piramid ini lalu kita putus asa, pasti usaha semuanya jadi sia-sia apabila piramid yang lama bertahan oleh hempasan ombak ini musnah kerana putus asa. Maka orang atas perlu menghargai orang yang sedang mendukung dan berusaha untuk kita di bawah. Atas dan Bawah hanya gelaran dan pangkat berdasarkan keupayaan kita bukan darjat atau nilai kehebatan. Adakah orang yang Bawah bodoh jika dia sedang berkerja untuk orang Atas? Sedangkan orang Atas memerlukan keupayaan orang Bawah untuk menyara keluarga dan namanya. Oleh itu, tak kira bertapa besar pangkat itu bukan alasan perbezaan manusia tapi keikhlasan mereka pada diri sendiri sebenarnya yang menjadi harga seorang manusia yang berperikemanusiaan.
  
4.Perhatikan semut-semut yang sedang beratur berulang-alik. Jika ia bertembung sesama sendiri ,semut-semut itu seperti bercium dan kelakuan itu berlaku setiap kali mereka bertembung. Aku ni memang jenis senyum jer bila jumpa orang, memang tak ada nak lebih-lebih kipas tiup-tiup bagai. Kalau ada pun, itu buat-buat jer nak ambil hati atau sengaja nak menggamatkan suasana. Aku macam tu dengan orang-orang yang aku baru kenal jer sebab aku ni pemalu sebenarnya . Tapi sekurang-kurangnnya aku senyum. Tapi ada yang kerek-kerek ni, dia nampak ni aku senyum dan menyapa dengan ''uit''., tetapi mata nya dengan tenang menjeling. Watafak!! Kau memang suka hidup sorang-sorang ke kat dunia ni? Selalu kat gig pun ada yang macam ni, kerek buta bak kata orang-orang tua. Kalau nak kerek rasanya tak perlu datang gig. Baik kau pergi 'clubbing' pakai rantai besar-besar..Terbaik!! Ada juga yang bila aku hulur tangan untuk salam ,mata pandang atas bawah. Watahak!! Aku tak tahu kenapa,tapi itu suatu yang menjengkelkan.

Dah ke gaung mana aku merepek dah ni,
Harap semua faham dengan 'perikemanusiaan' yang cuba aku terangkan ini,
Aku juga 'naif' dan 'berkhilaf-khilaf',
Itulah aku ingin ingatkan tentang perikemanusiaan yang perlu ditanam dalam diri.

Ahad, 16 Oktober 2011

Sakit Sebelum Senang

Sekujur tubuh ku kini kaku , tapi bukan kerana ada yang mengikat tegang, ada sebab lain yang merupakan sebaliknya. Antara melompat gembira atau bersujud dan memuji pemberianNya menjadi pilihan yang perlu aku pilih . Memang tradisi ada mengata kan-

''berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,,
 bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian''

Maka usaha dalam hidup ini wajib melalui jalan kesakitan hingga kemudia baru lah menemui kesenangan.
Bekerja keras untuk mendapatkan gaji yang berpatutan .
Ingat!
Kesakitan dulu baru kesenangan,
Maka selalu lah tabah, bersabar dan banyakkan memuji Allah swt.
Supaya terhindar daripada gejala putus asa dan patah semangat.
InsyaAllah!

Memang tidak boleh untuk menikmati kesenangan dengan mudah dan tak setimpal. Kerana ia akan diikuti kesakitan selepas itu.
Seperti perompak berjaya merompak sejumlah wang di bank.
Berjuta-juta besar mana pun wang rompakan itu tetapi selepas itu dia akan resah gelisah,
Tapi bila resah,susah di akhirnya maka tak guna lagi wang berjuta tersebut.

Alhamdullillah..
Atas kurniaan rezeki...

Rabu, 12 Oktober 2011

Ini aku III

Ada orang cuba gunakan aku, mungkin dia fikir aku takut pada dia. Suka-suka hati dia mengherdik,menuduh aku bukan-bukan,merampas barang aku dan sebagainya. Bertambah meraja dia bila aku membungkam dan dia tidak pun menutup mulut aku walau memang dia mengutuk suara aku. Bilamana orang itu sedikit tidak pernah mengangguk sebagai setuju malah menggeleng dan mentertawa. Bertambah bebas dia menyelinapkan tangannya menggemgam otak aku supaya boleh dia mengawal tubuh aku, tetapi dia masih tidak mampu melakukan itu. Orang itu lupa atau bodoh bahawa otak sebenar terletak di hati. Itulah yang membuat dia fikirkan aku takut dan tunduk pada nya sedangkan aku bersabar. Kerana aku percaya, dia akan dihukum dengan perbuatan sendiri.
Aku bersabar tanpa dendam, kerana tidak mahu hidup ku jadi kelam.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Ini aku II

Aku tak punya tangan untuk menampar,tempeleng,pukul sebatang,ketuk kepala atau menumbuk. Aku tak ada hati langsung nak maki hamun orang macam setan sebab setan suka makin hamun. Suara aku bukan untuk menindas orang jahat atau orang baik. Tak perlu nak cakap banyak ,hanya soalan hidup dan dugaan yang aku jawab bernas. Kalau tangan aku dah sembuh kelak (insyaallah) pun aku akan terus bersabar tanpa dayus tapi aku akan terus anggap orang yang suka makan kipas sebagai sampah berulat berlendir. Sampah paling busuk di ruang galaksi. Sampah untuk anjing-anjing liar. Si pengipas bangsat ni lah anjing liar berkurap.

Tapi aku tak ada tangan nak baling batu atau memukul.
Tapi aku tak ada hati untuk menghalau.
Tapi anjing juga makhluk.
Tapi ada kah ubat untuk hilangkan kurap tu?

Isnin, 3 Oktober 2011

Trials Of Life

My life is not the same
When i'm too corncened by what they say
Why should I? When I have You
To doubt You would be the worst mistake


Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything which make no sense
I know that You exist
You are the light
That guides me throught darkest night
That shows me right from wrong in life
In a world that often lie


Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But you
No I dont need anyone
To show me my way
No I dont need anyone
But You


Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know i'll come out stronger
in this world.


I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that'a what You decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what You want for me


write by SAMI YUSUF

Jumaat, 30 September 2011

Hati Mau Kuat!!

''Mesti berani tau! Hati mau kuat!''

 Masih ingat tak dialog perompak samseng berbangsa India kepada seorang temannya yang baru pertama kali menyertai rompakan di dalam filem Kongsi arahan Farid Kamil yang dibintangi pelakon popular Shaheizi Sam? Filem itu mengaut keuntungan berjuta ringgit kerana jutaan rakyat Malaysia telah menontonnya di pawagam, itu baru pawagam belum yang cetak rompak lagi. Popular filem ni ,mesti semua tahu kan?

Adegan tersebut juga pasti diingati kerana sejurus selepas dialog tersebut diucapkan, perompak yang tak putus-putus memberi semangat seakan-akan dia seorang yang kuat semangat tiba-tiba menjerit kerana terlihat sebuah lori besar seakan-akan bertentangan dengan kereta yang dipandu oleh nya,dia merasakan bahawa lori itu bergerak dan akan melanggar kenderaannya tetapi sebenarnya lori tersebut sedang ditarik oleh 'lori tarik' melalui belakang badan lori itu dan kepala lori menghala kebelakang. Oleh itu, dia menyangka lori rosak yang ditarik oleh lori tarik sedang menuju ke arah kereta yang dipandunya.

Menurut dialog di atas, kata-kata ''mesti berani..'' mendahului ''..hati mau kuat'', mengapakah ''hati mau kuat '' tidak mendahului ''mesti berani'' ?
                                                ........................................................

Maka aku menaip lagi tentang hati yang merupakan raja untuk seluruh anggota tubuh. Hati selalu dikaitkan dengan niat atau nawaitu ,jika sesuatu perkara itu dilakukan pasti dimulai dengan niat samaada sedar atau tidak. Niat sememangnya penting sebagai tapak permulaan bagi memulakan sesuatu dan tentu sekali tanpa niat kerja-kerja yang dilakukan seakan-akan kosong atau tidak bermakna. Niat juga merupakan matlamat, tujuan,penyebab dan juga sesuatu yang tersirat tapi kadang kala tersurat. Seperti bila kita menegur seseorang kerana kesalahannya, niat tersirat ialah untuk mengajar atau memberi amaran supaya orang itu tidak mengulangi kesalahan itu lagi manakala yang tersuratnya ialah tahap atau cara kita menegur nya.

Begitu juga keadaannya akan niat seorang bapa tua yang masih membanting tulang untuk anak isterinya lalu bagaimana bapa itu bisa sekuat itu untuk meneruskan niatnya?

Sebenarnya kekuatan terletak pada hati yang memegang kuat niat itu walau otot-otot tubuh sudah lemah untuk bergerak tapi kerana hati masih kuat memegang niat maka bapa tua itu pasti sanggup bergadai nyawa demi anak isteri yang menjadi tanggungannya.

Oleh itu, kita boleh menembusi apa sahaja selagi hati ini kuat ,
asalkan Allah masih lagi menunjuki .
Jadi berdoa lah untuk selalu dikuatkan hati kita,
supaya niat tetap tergenggam,
supaya janji tetap terkotakan,
Bergantung saja lah pada Nya
bila hati lebih kuat dari tumit,
dan biar kan ia kuat melebihi lidah,
maka berdoa lah,
agar selalu ditunjuki hati kita...

Supaya kita berani , hati kuat!

Sabtu, 24 September 2011

M-T-C Sekadar Nama Darah

Minority Trace Community iaitu sebuah nama komuniti yang mewakili kami anak-anak hardcore/punk di Tampin. Nama ini telah menyatukan kami semua yang selama ini hubungan antara semua tidak serapat sekarang. Bermacam aktiviti yang kami semua plan dengan tidak mengira suara siapa pun di antara kami warga komuniti yang bertujuan mewujudkan solidarity antara semua.

Mungkin kata-kata aku ini dianggap agak membesar-besarkan tetapi memang komuniti ini tidaklah sebesar komuniti d.i.y yang lain dan komuniti ini masih belum melakukan perkara besar seperti di mana-mana yang mampu membina 'hall gig',diy centre,perpustakaan,gig atau event dan zine contohnya. Maka sebesar apa pun yang aku ceritakan harap difahami yang komuniti ini tidaklah sebesar komuniti yang ada di tempat anda ketika ini. Nama komuniti ini tetap akan ada selagi kami ada dan dimasa akan datang ia tetap digunakan sebagai nama tali hubungan kami yang sentiasa sepakat.

Memanglah semua kawan-kawan bersemangat tetapi apa kah yang mampu dilakukan selain mengacara gig low budget antaranya 'Saturday Night Fest',Minor Showcase 1/2/3 dan Another Sweet Saturday Evening. Itu juga menjadi titik mula kewujudan komuniti. Maka organiser luar yang menganjurkan gig di Seventh Heaven tidak perlu risau akan crowd kerana di sini masih ramai anak-anak muda yang menyokong scene walau tidak seramai di tempat lain. Bulan-bulan ini memang tidak terlihat ramainya kami atas sebab komitmen pelajaran dan kerja. Maklumlah, rata-rata antara kami merupakan murid sekolah,pekerja kilang,pekerja kedai makan,peniaga pasar malam dan sebagainya. Itulah gunanya nama komuniti ini bagi kami mengambil berat antara satu sama lain kerana merasa kan talian hubungan seperti darah daging.

Maka Minority Trace Community memang sekadar nama dan tiada apa pun bagi kami tapi fahamilah jika seorang dari kami membantu anda,dia telah pun mewakili kami semua dan begitulah jiwa-jiwa kami bersama nama ini. Begitulah kiranya..

Pelita Dan Bayang

Terkadang bayang ku hilang,
Walau tunduk aku dalam kelam,
Cahaya pelita pengganti suria,
Agar ia menghidupkan bayang ku,
Api kecil itu ditiup angin kontradiksi,
Namun ia tak terpadamkan,
Malah tubuh ini yang kedinginan,
Ku biarkan asal bayang ku masih ada,

Tertinggalkan suria,
Bukan aku benci,
Hanya bayang ku perlukan,
Aku selalu berteduh daripadanya,
Walau aku berusaha bersama nya,
Tapi bila ku berteduh,
Bayang ku hilang,
Dan udara di keredupan melenakan lalu 
ku ditidurkan tanpa bayang,

Pelita ini juga bagaikan mentari,
Menerangi luar dan dalam ku,
Bersangkutkan bayang-bayang,
Agar ia selalu padan dengan bentuk jasad ku,
Walau cahaya nya tak sebenderang mentari,
Namun sesiapa menghidupkan,
Dia mampu secemerlang mimpi,
Selagi bayangnya masih ada..

Maka nyalakan pelita,
Supaya bayang-bayang selalu ada,
Teman mu di kala kelam,
Ukur kemahuan mu,
Sama kan bayang-bayang,
Agar tidak sia-sia apa yang kau jadikan,
Dari angan yang belum pergi,
Dari mimpi yang belum mati,

Sudah nyalakan pelita,
Terus berlari bersama bayang mu,
Teman mu di kala sinar,
Kejar kemahuan mu,
Asal ia masih sama dengan bayang mu,
Agar tidak sia-sia apa yang kau kejarkan,
Paksa kan angan mu sebelum ia pergi,
Paksa kan mimpi mu sebelum ia mati,

Kecapi saja puncak yang ada nya sinar,
Di mana tinggi nya mencakar bintang,
Usah kau harap bulan untuk kau terlihatkan bintang,
Kerana ia tidak ada sementara suria diarah bertugas,
Bentuk kan bayang mu itu seperti bersujud,
Berserah kepada kuasa pencipta bulan dan mentari,
Maka tujulah puncak itu bersama pelita mu,
Sehingga cahaya pelita berganti sinar nan tak akan padam,
Maka bayang-bayang mu selalu ada,
Malah tubuh jiwa mu sendiri yang menyinari,
Dan mungkin bila nanti,
Engkau sentiasa terteduh daripada garang nya matahari,
Maka tetaplah jaga bayang mu,
Dan berbahagi lah sinar mu itu,
Bersama mereka yang turut berusaha,
Menuju puncak sinar,
Atau bagi mereka yang tak berkudrat,
Hiduplah api pelita untuk mereka,
Agar tidak sia-sia apa yang kau usahakan..

p/s:  Ilmu itu Pelita Hidup.
       Mengaku Lah Dengan Bayang Sendiri.

Khamis, 22 September 2011

Bola Itu Bulat (olimpik Q- Jap v Mas)

Bola lagi.

Semalam (21 September 2011),aksi kelayakan Sukan Olimpik London 2011 antara pasukan Harimau Malaya bertemu Japan telah berlangsung. Aku nonton di sebuah kedai mamak area Pasaraya Giant di Tampin ini yang diberi nama Ehsania bersama Awe,Akem,Angah dan anak saudara aku Faiz.
Yaa..lawan pun juara Asia,tuan rumah,Samurai Biru menang perlawanan pertama tersebut 2-0.
Bagi aku Malaysia ini belum banyak pendedahan antarabangsa macam Jepang ni, player negara 'matahari terbit' tu dah banyak yang beraksi di liga-liga elit eropah seperti salah satu nya Keitsuki Honda. Skuad Olimpik yang rata-ratanya player Harimau Muda A/B ni pernah membuat latihan di eropah dengan menyertai Liga Slovakia dan tampak memuaskan. Mungkin Malaysia bukan lawan Jepang yang sepatutnya dah boleh buat harimau jadi lauk tapi kepujian diberikan kepada 'Goalie' Khairul Fahmi Che Mat dengan persembahan ala-ala Iker Cassilas nya. Namun, wajarnya semua pemain harus dipuji kerana bisa layak hingga ke tahap ini setelah sekian lama tersungkur. Cuba-cuba lah tanya Khairul Fahmi tu apa sumber inspirasi dia boleh bermain seperti penjaga gol Sepanyol.

Tak apa, ada 5 perlawanan lagi untuk kita layan. 23November, Harimau Muda bertemu Syria di Tanah Air.

Selasa, 20 September 2011

Result 4 (rawatan)

Aku ni bersuka-suka sana sini, lepak-lepak buang masa, gelak ketawa ,
tapi sebenarnya aku ni tak habis berubat lagi, badan ni memang belum sihat lagi,
selalu bila lepak main skate dengan kawan-kawan aku tak main sangat sebab aku belum habis rawatan lagi,
aku tak kisah kalau jatuh ,patah bagai, tapi aku belum sihat lagi,
aku join lepak sampai ke pagi sebab aku bosan,
maklum lah aku bukan kerja pun, selamat lah ada laptop ni,
hilang sikit rasa bosan, on9,blogging,youtube dan search google,
kata orang ,hilang bosan sambil tambah ilmu,
rasanya seperti lagi best macam ni, duk rumah ,on lappy,
daripada lepak-lepak tak tentu pasal,
macam dulu-dulu, waktu chat dengan Qinasha Hudson sampai ke subuh,
sejak lepak-lepak malam ni, dah jarang chat dengan Qina tu, dia pun busy jer,
sekarang Mira Saje pulak, tapi dia ni cepat ngantuk, 
tapi okay lah...
ada juga Nur Hidayah chat kental dengan aku, tapi dia tak on9 malam, 
dia on9 pada masa-masa tertentu saja sebab dia on9 kat cc saja,
tak ada lappy sendiri,
tapi yang peliknya, lelaki tak ada pun yang nak chat dengan aku..?

Kembali pada result kali ini, 
Aku tak dapat sertai gig Gegey Fest 24 september ini,
kerana ada appointment di sebuah pusat rawatan alternatif di Machap,Johor..

Isnin, 19 September 2011

Bola Itu Bulat

Lepas nonton Manchester United v Chelsea malam tadi, perlawanan ke-5 untuk kedua-dua tim dalam Liga Perdana Inggeris(EPL). Game tersebut dimenangi oleh M.U 3(Smalling,Rooney,Nani)-1 (Torres) dan berlangsung di Old Trafford venue milik M.U. Malam sebelum tu aku telah menyaksikan game untuk Liga Spain iaitu antara Barcelona v Osasuna yang menyaksikan Osasuna dibantai 8-0.

Tiba-tiba terasa nak cerita bola pula.
Bila ditanya pada aku ''ko suke tim ape?'' atau ''tim mane yang bagi kau kuat?''
Adoi, aku sangat konfius dan serba salah bila cakap benda-benda berbentuk prejudis ni. Tapi bola sepak memang merupakan sesuatu yang memerlukan 'perang psikologi' seperti berdebat dan bahan-membahan . Kerana bola sepak ialah permainan yang paling popular di negara ini.
Okey, kita berbalik pada soalan di atas tadi,

Aku suka pada semua tim,samada kelab atau kebangsaan tapi bila tim tersebut bertemu Manchester United,aku lebih memihak kepada kelab 'setan merah' itu. Sebab aku dah mem'favourite'kan diri aku pada tim ni sejak zaman kegemilangan 'therier henry' di Arsenal lagi di mana 'david beckam' masih menyarung jersey nombor 7(2002). Tim ni lah yang buat aku minat main bola sebab nak jadi macam 'beckam',sebenarnya sampai hari ni aku masih minat pada 'beckam' berbanding Messi,C.Ronaldo,Fabregas dan beberapa lagi.

Chelsea bagi aku merupakan seteru utama Man U selain Arsenal dan Liverpool,
Tapi aku memang tak minat dan tak berkenan langsung terhadap tim ni, tak tau lah kenapa...
Humm, mungkin bagi pandangan aku tim ni nampak macam budak-budak poyo yang tak sedar diri,macam budak-budak baru nak naik, dah tu macam ''baguih jer''..
Upss, tapi defender diorang sangat kental dan kebal,tapi aku tetap tak minat...hahaha...

Arsenal, semasa tim ini menguasai liga sejurus pernah mencatat rekod tanpa kalah hingga akhir musim dengan 'Therier Henry' muncung penjaring terbanyak dengan bilangan gol melebihi angka 100 dalam 1 musim. Pasukan yang bertanggung-jawab menjadi seteru mereka sudah tentulah.....Man.U....
Sekarang mungkin Arsenal dah tak macam dulu, mungkin sejak tukar stadium baru diorang dah lupa diri...eh eh,,gurau-gurau. Tapi aku suka bila tim ni jumpa Barcelona..

Liverpool, tim ni pula pernah buat aku nangis weyh!! Iaitu kenangan manis di Istanbul apabila AC Milan yang mendahului 3 gol tumpas melalui penentuan penalti. Dudek penjaga goal yang dikritik kerana prestasinya ketika itu  menjadi wira untuk 'The Reds' dengan aksi nya yang diingati hingga kini. Liverpool ni bagi aku macam orang-orang bernasib malang dan perlu dibela ,so bila mereka bertemu M.U , aku macam tak ghairah sangat dan tak berapa nak heran...

Layan diorang ni buat aku terfikir,
Pandai bagaimana pun manusia itu,
Manusia tetap manusia,
Hidup tetap hidup,
Tak selamanya di atas,
Tak selamanya di bawah,

p/s: tapi m.u selalu atas,
      tak pernah bawah..

Sabtu, 17 September 2011

Kampung Halaman Abadi

Kita cari kesenangan di perantauan,
Moga membawa kesenangan bila pulang nanti,
Bermodal pakaian dan tambang,
Bermodal Ilmu yang asas,
Bermodal kepercayaan pada kesabaran,
Lalu nasib diperjudi,

Antara dua hala,
Hala yang membentuk kita bila pulang nanti,
Hala dilabel 'berjaya' dan 'gagal',
Berjaya bila ilmu nya dipertambah,
Berjaya bila pakaiannya sederhana,
Berjaya bila sabar nya tetap tepu,
Berjaya bila bisa kita pulang dengan mudah.
Gagal adalah sebaliknya,

Moga kita bisa pulang,
Bersama kejayaan. 
Kejayaan di kampung halaman kita
yang abadi.

Jumaat, 16 September 2011

Tangan Ku Yang Di-Ratah

Pernah dulu, seorang gadis mengatakan sesuatu pada temannya nya yang ditujukan untuk aku, tapi kata-kata itu disampaikan oleh seseorang ke telinga aku yang sebulan sekali baru dikorek ni. Ia berbunyi, ''kalau lelaki tu tak ada rm50,000 dalam bank ,jangan harap nak dapatkan aku''.
   Okay fine, ini bukan nak cerita pasal negatif ke apa, tapi jujur aku kata kan dalam akaun simpanan aku ada beratus-ratus ribu ringgit ,hampir setengah juta ringgit. Ia merupakan wang pampasan insuran kemalangan yang pernah aku ceritakan sebelum ni. Semuanya aku simpan dan labur ke dalam akaun simpanan tetap,ASB,Gold Deposit dan Tabung Haji. Memang banyak duit aku dibandingkan dengan usia muda begini, agak nya aku keliling dunia belum tentu habis duit tu. Itu semua anugerah Tuhan yang Maha Kaya.
  Sebelum dapat duit tu aku sudah pun berjanji pada diri yang aku tidak akan menggunakan nya melainkan sedikit yang aku peruntukkan sebagai perbelanjaan rawatan tangan kanan yang masih kaku ni. Kerana aku memikirkan keadaan diri dan hidup semasa 20 tahun akan datang atau apabila tua nanti. Memang lah kita tak tahu apa nak jadi esok, tempoh hayat memang merupakan urusan Allah swt, tapi aku memikirkan jika wang tersebut habis ketika ini untuk perkara sia-sia atau berfaedah sekalipun, lantas tua nanti aku bagaimana?
Fikir-kan lah sebagai manusia yang masih manusia, bukan manusia yang tak tahu guna akal seperti binatang. 'Sorry to say', perkara ini sangat mengecewakan aku.
  Wang tersebut memang ujian bagi aku dan di 'stapler' sekali bersama dugaan sehingga ibu dan abah aku kini sudah pun berpisah akibat persilisihan faham mengenai apa yang aku fikirkan di atas. Sebenarnya, Abah  yang memikirkan perkara tersebut, orang semua nasihat aku ''jangan boros,jimat'' , bagi aku nasihat macam tu dah 'klise' dan aku benci dengan perkataan yang aku sedia faham tapi diulang-ulang macam aku ni eksiden telinga tercabut dah. Itu lah Abah,  begitulah dia menasihati tapi berbentuk cadangan berserta alasan yang menakutkan aku daripada ber-boros, dia mampu berfikir sejauh itu.
  Kini, aku sudah pun melupakan dan tidak menghiraukan wang di dalam akaun-akaun tersebut kerana aku tak mahu lagi memikirkannya. Tapi ramai orang datang dengan segan atau buat-buat segan nak pinjam duit, ada yang aku bagi akhirnya sedangkan itu ternyata wang hasil tangan yang putus. Sedang kan mereka nampak yang aku tak punya apa-apa, wang tersebut masih pokok dan belum berbuah,jika pokok itu diratah-ratah maka sedikit lah buahnya. Dia semua kata aku kedukut? Lupa diri? Tapi tu tangan aku yang kau ratah tu.
  Aku bukan marah atau tak redha, mana yang pinjam tu, aku memang ikhlas tolong dan ada hikmah nya ,sangat besar hikmah nya. Cukuplah setakat ni, aku nak lupakan wang tu semua dan biarkan sampai aku yang betul-betul susah baru lah aku gunakan tangan yang dah di'kuis' dagingnya itu untuk menolong orang. Sudahlah, aku tiada punya apa-apa pun.Tak nampak? Pergi pekan masih lagi pakai 'treksuit', kereta masih 'nissan sunny', rumah pun tak ada, abah aku masih niaga di 'pasar malam' .

So..mata guna untuk apa?

Isnin, 12 September 2011

Semoga Kau Berubah

Aku tak nampak apa yang kau buat,
Aku tak rasa apa pun bila kau bergerak,
Aku tak dengar pun tulang 4 kerat kau bunyi,
Aku tak faham apa yang kau makna kan.

Memanglah kau dah pun bagitau,
Kau dah pun ceritakan semua,
Akan apa yang kau dah/bakal buat,
Tapi aku tak nampak pun.

Sebenarnya, aku memang nampak,
Tapi aku saja buat-buat tak nampak,
Sebab kau salah orang lah nak cerita benda
yang aku tak nak tahu pun.

Kau heboh canang kau baik,
Kau heboh cerita kau terbaik,
Kau sibuk sangat nak ambil perhatian,
Kau nak orang kipas kau ke?

Jangan lah rasa besar sangat,
Walau kau digedik-gedik oleh orang besar,
Ni semua kawan-kawan kau,
Kita ni semua macam 'share partner',
Semua untung ,semua rugi sama,
Kau jatuh, bazirlah masa sikit kawan kau ni nak papah kau,
Jadi, tolong lah beradab ,hormat,
Sebab ni semua kawan kau,
Semua dah mula dengki dengan kau,
Sebab sikap kau,
Kau power, kagum dah tak ada untuk kau,
Sebab kau gelabah dengan adab kau yang hancur,
Tak perlu nak tunjuk diri,
Tak perlu nak tayang diri,
Tak perlu sampai nak bogel kan diri,
Semata-mata untuk orang kenal kau,
Publisiti yang kau ada dah cukup,
Tapi 'ketang ketung''nya cerita kau,
Buat semua dah jijik pada kau...

semoga kau berubah

Kembali Ke Dunia

Dah 2 minggu Syawal ni, ada rasa raya lagi tak?
Enjoy lebih nampak! 
Macam melampau-lampau dah ni.
Sudah!
Keterlaluan sangat ni, lupa dunia akhirat!
Cukup lah!
Kembali ke dunia semula!
Poket dikeringkan nafsu yang gembira.
Gembira ,berseronok macam monyet!
Cara monyet berseronok pun aku dah lupa,
Tapi monyet pun lagi baik!
Dahi ni pun tak sentuh lantai lagi!
Adoi! Apa jadi ni? 
Imaginasi untuk enjoi bersarang dalam angan,
Tak ada dah angan untuk beli 'viva',
Mula-mula habiskan untung sikit-sikit ,
Lama-lama curi sikit modal,
Untuk di habis kan di sarang nafsu,
yang menggoyang-goyangkan.
Poket,kad atm dikorek-korek oleh nafsu,
Ah! Memang salah sendiri!
Sebab nafsu tu dalam diri.
Haish!~
Semua gara-gara enjoy atas perintah nafsu!!
Sudah!
Kembali ke dunia!

Khamis, 8 September 2011

Teman Bukan Rimba

Penat, Pening, Sakit Kepala,
Mual, Demam, Lenguh !

Seminggu meraikan Aidilfitri, 
Masa-masa itu begitu manis ,
Habis bersama keluarga dan teman,
Tapi lebih seronok bersama teman,
Walau ada falsafah tentang 'famly first',

Keluarga juga adalah teman,
Tapi kadang-kadang sama juga,
Bila senang baru datang senyum-senyum,
Susah dok jauh ngutuk-ngutuk,
Tapi apakan daya,
Manusia tetap manusia,
Haram nak sama kan dengan binatang,
Melainkan 'seperti binatang',

hahaha

Ketawa aku dengan hidup ni,
Nampak tanah datar melatar,
Memang tempat untuk manusia,
Tapi ada rimba yang ditutup nya,
Di mana yang buas,
Menginjak-injak di atas mangsa.

Apa lah yang aku merepek ni?!

Aku mahu teman yang digelar sahabat,
Bersusah bersenang,
Menangis ketawa,
Bersama.

Biarlah. Moga Tuhan memberkati mereka,

Aku masih belum terperangkap dalam rimba itu,
Aku masih 'anak emas',
Aku belum ada yang menyisihkan,
Aku masih boleh beraya!

Alhamdullillah!



                                    

Rabu, 7 September 2011

Menulis Sudut Terdalam

Aku telah menulis tentang sudut,
Sudut terdalam pada dirimu,
Hingga kau tunduk ,
Menyangka aku bersakti,

Aku telah fahami ,
Tiada yang ku ragui,
Pada dirimu yang terindah,
Ku sangka kau akan terus mengejar,
Bila puisi ku mengikat mu,
Angkuh merasuk jiwa,
Sangka ku mulai menyangka,
Kau tak akan meninggalkan ku,

Telah lama aku,
Tidak menulis puisi cinta untuk mu,
Kerana aku hanya memahami mu,
Bukan erti cinta bagimu,
Kau lepasi ikatan puisi,
Yang aku anggap mentera,

Mudah kau lupakan aku,
Sedang aku pula diikat rindu, 
Untuk mengejar mu.

Isnin, 5 September 2011

Musafir Gurun Dahaga

Sudah ada yang hancing di dalamnya,
Sudah ada yang meludah ,muntah padanya,
Sudah  ternyata kotor yang menggauli nya,
Sudah ternyata keroh warnanya,

Kenapa semua mahu menyelam,
berendam,berenang,bermain,bergurau dengannya ?
Memang tak terhidu tapi kan masin rasanya ?

Aku memang leterkan laut di persisir,
Dalam senyap supaya tiada didengar,
Biar tersia-sia asalkan leter ini benar,
Memang aku rasa terlalu benar,

Aku hanya leterkan, 
Tanpa tahu akan kisah sebenar, , 
Tanpa merasai kemasinan yang belum kurasa seperti mereka yang sudah pun tertelan air masin,
sambil dirasuk keseronokan,

Memang kah benar itu seronok?
Sebelum ku rasai,tahu,fahami ,
Sebelum ku selami,renangi,harungi,
Sebelum segalanya ku renungi,
Tak akan halal untuk aku menilai,
Kerana aku perlu tahu,
Sebab banyak yang sudah palsu,
Menikam dengan sebilah sangka buruk,
Mata buta ditutupi dimensi bersudut prasangka,
Seperti Fatamorgana
Disangka air oleh musafir gurun dahaga,
Tapi bila didekati ,
Ternyata lelahnya menipu 
Kerana gurun di arah Tuhan menguji kesabaran,
Memberi pengajaran,
Maka bersambunglah haus si musafir,

Aku perlu harungi air masin itu,
Menyelami apa yang diaku nikmat,
Oleh mereka yang tadi ku leterkan dalam senyap,
Sebelum lepas ku katakan mereka najis,
Aku harus menyelami apa adanya,

Aku harus selami 

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan (Last Chapter)

Alhamdullillah...

Hari ini telah berlalu nya ramadhan , berlabuh bila azan senja berkumandang,
 ketika  semua muslim menjamah juadah berbuka puasa fardhu yang terakhir untuk tahun ini.
Sedih bersulam pilu mengiringi sejak taraweh terakhir hingga saat ramadhan berlabuh ,
 Bagai melambai-lambai dengan harapan kita akan berjumpa lagi tahun hadapan.
 Sama dengan orang berpisah kerana masa,begitulah rasanya,

Bulan berkat penuh kasih-sayang bakal meninggalkan kan muslimin,
Yang berusaha melengkapkan rukun Islam.
Ada pun lailatulqadar telah menggembirakan mu'minin yang terpilih,
Do'a mereka harap bertempias untuk kesejahteraan semua.
Bulan pertarungan untuk kita menentang syaitan dalam diri sendiri bakal selesai,
Perkiraannya terletak pada kita sendiri...

Gud Bye Ramadhan~~

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ramadhan 11 (Sumbangan)

Semasa menjalani pembedahan pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun ini ,pihak hospital meminta aku supaya mengusahakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana aku merupakan golongan OKU lalu membolehkan mereka sedikit sebanyak meringankan kos pembedahan tersebut. Aku telah pun mempunyai kad OKU sejak tahun lalu , pendaftaran hospital untuk setiap temu janji ialah RM 20 tapi aku diberikan percuma dan pelbagai lagi kemudahan lain yang bersifat selain rawatan dan pembedahan kerana hanya OKU yang berdaftar vebagai bantuan yang layak mendapat perkhidmatan tersebut. Namun, Al Razak yang tidak pernah memungkiri janji  mengurniakan rezeki dan rahmat Nya yang agung tu, seseorang hadir beberapa bulan lalu bagi menawarkan permohonan tersebut tanpa aku sangka akan takdir yang selalu mengejutkan . Tanpa aku tahu, beliau telah pun menyenaraikan nama ku dalam senarai nama yang mendapat bantuan JKM. Tiba-tiba JKM telefon dan aku diminta hadir ke pejabat mereka di Tampin.

Kelmarin , suatu majlis telah diatur oleh pihak tersebut bagi memberikan sumbangan yang disampaikan oleh orang-orang politik yang sambil-sambil memberi ucapan berbaur politik dan pekat, pahit,  perit baunya, biasalah, pembelaan bangsa menjadi alasan . Ah cukuplah..

Alhamdullillah, bantuan sebanyak RM150 sebulan, sumbangan duit raya RM50 dan kuih raya , walaupun tujuan sebenar aku memohon bantuan bukan kerana inginkan wang bantuan tersebut, tapi aku merasa lebih bersyukur dan lebih menghargainya..

Rabu, 24 Ogos 2011

Ramadhan 10 (beraya)

Seminggu terakhir ini aku habiskan di pekan kelahiran ku, Tampin. Ramai bertanya di mana aku akan beraya? Jawapannya ialah ''tak tau lagi, tak raya kot, mungkin bercuti bersama Adik'' sempena cuti yang diidami nya ini . Hari ni Abah yang sedang berniaga di Jempol menghubungi ku ,beg sekolah Adik putus dan di asrama tiada benang atau jarum , lalu aku belikan sebuah beg sekolah berharga RM 50 dan ku hantar ke asrama nya yang terletak di Tampin. Dia tampak suka kerana beg yang merupakan jenama idaman nya. Aku juga berbangga untuk itu dan aku selalu berdoa agar Allah membuatkan aku dan Abah berbangga untuk nya suatu hari nanti. kerana..

cita-cita nya, impian kami

Isnin, 22 Ogos 2011

Ramadhan 9 (musafir)

Tahun ini, aku lebih banyak bermusafir bersama abah, yang aku tau bila bermusafir tapi masih boleh puasa juga, pahala lebih banyak, di sini abah ajar bagaimana nak jamak qasar,taqdim semasa berhenti di hentian sebelah selatan Sq Besi,KL. Ini pengalaman yang tak dapat aku lupakan, pengalaman bersama abah, ulang alik Johor-Tampin, Johor-K.L, Tampin-K.L. Seperti biasa pelbagai ilmu pengetahuan yang tercurah oleh abah kepada aku, ilmu tentang iktiar hidup, pengalaman yang penuh pengisian , penyelesaian, hukum-hakam dan sebagainya. Abah seumur dengan usia kemerdekaan Republik Indonesia tetapi dia tidak sama dengan orang-orang berumur sepertinya yang sudah pun berehat sedang abah bukannya berharta dan berpangkat  . Abah tetap rela merasa susah walau dia tak pernah merasa senang dan jauh sekali abah merasa gundah dengan nasib nya kerana aku nampak hatinya melayan dengan redha kesusahan tersebut . Usahanya seperti tidak terhenti selagi aku dan adik masih belum mampu memiliki kehidupan sendiri atau selagi kami masih belum selesai menelaah pengalaman jerih payah abah .

ya Allah, berikan aku peluang untuk menumpah bakti pada abah
walau jasa abah tidak terjangkau nilainya..amin

Sabtu, 20 Ogos 2011

Ramadhan 8 (Release)

RedBullet sejak aku menyertainya ,selalu bermula pada ramadhan, maksudnya pada 2009 dimana band ini  telah mula ditransformasi pada Ramadhan 2009, transformasi yang membawa aku berada dalam senarai line-up baru RedBullet. Ramadhan 2010 ,single kedua iaitu ''Red bullet into our arms'' juga siap pada bulan mulia ini. Kini, Ramadhan 2011, Bang Madi telah pun memberikan demo cd RedBullet yang memuatkan 6 track semuanya  sudah selesai di 'mastering'..Ia merupakan EP pertama kami yang bakal di 'Release' tahun ini.

Terima Kasih pada semua rakan taulan, sahabat handai, 
We are the scene! The scene is us!


Kau Lupa

Kau punya nama yang disebut-sebutkan, punya wajah yang terpampang,
punya pakaian yang bersih selalu, punya suara yang sahih,
punya jari telunjuk untuk mengarahkan, punya tapak tetap untuk berdiri..

Aku punya nama yang diaibkan, punya wajah yang dilempang,
punya pakaian kotor dan berbau, punya suara yang daif ,
punya jari teluntuk yang puntung, punya tapak hina untuk sendiri.

Tapi aku yang menyebut-nyebut namamu, aku yang melembarkan wajah mu,
aku yang membersihkan pakaian mu, aku yang menyanjung suara mu,
aku saja yang menerima telunjuk mu, aku yang mendukung tapak mu.

Sedang kau lupa dirimu dulu tiada bernama, wajahmu hanya hiasan sampingan,
pakaian mu kusam, tidak bersalin, suara mu seperti anak kecil yang dibawa manja,
tiada iktiraf bagi telunjukmu, tiada tapak untuk kau berdiri..

Kini kau pandai menghina nama ku, melempang wajah ku,
melempar luluh pada pakaian ku, meninggi suara mu padaku,
mengetuk kepala ku dengan telunjuk mu, mencuri tapak kepunyaan ku..

kau lupa.

Ramadhan 7 (Gembira)

Ada lebih kurang 1 minggu lagi kita bakal mengucup tangan-tangan orang tua kita untuk mengtucap 'maaf zahir batin', ucapan tradisi turun temurun ,belum ada lagi yang menukar atau menokok tambah ucapan tersebut melain ucapan bunga bagi orang yang lemah. Orang lemah? hahaha..
 Raya nanti tak payahlah bersedih-sedih sangat, terharu atau apa melainkan kalau kau tak puasa .
Itu lah puasa bukan masa bulan ramadhan sahaja, tapi setiap hari kita berpuasa kalau boleh..
Dengan itu, orang miskin tak terasa miskin, yang kaya tak merasa kaya .
Kerana nafsu yang menggilai kuantiti dalam hidup bukan kualiti untuk hati,,

Bersabar dan Bergembiralah..

Ramadhan 6 (lapar)

Bila masuk waktu berbuka puasa maka perkara pertama ialah makan , aku makan dan minum dengan apa yang dihidangkan di atas meja. Sebelum masuk waktu berbuka ,semua hidangan ini seperti tak cukup dengan perut yang seharian tak makan ,namun bila masuk waktu aku bagai menjamah dengan terpaksa. Begitulah puasa menguji kekuatan dan keikhlasan hati kita yang berpuasa.

Warga Somalia setiap tahun berpuasa
dan belum tentu berbuka seperti kita,
tapi mereka kuat ,

kerana puasa bukan sahaja menahan lapar..
Iman, Syukur, Sabar


Jumaat, 19 Ogos 2011

Ramadhan 5 (niaga)

Ramadan tahun ini hampir menjadi paling tidak bermakna bagi aku bila hari-hari puasa habis dengan tidur dan terperuk di dalam rumah. Tak seperti tahun sebelum ini ,puasa aku jalani di  Bazar Ramadan,Tampin.
Tahun ini keluarga aku yang merupakan antara pengasas bazar tersebut merasa hiba apabila kami tidak lagi menyertainya kerana beberapa masalah dalaman keluarga.

Setelah mula fedup, aku menggunakan duit simpanan dan ku laburkan sebagai modal untuk sekadar masuk ke pasar malam bersama nissan sunny kesayangan. Lama tak ke pasar malam ,kekok sudah..Bukan sahaja pasar maLam, tapi pasar pagi pun ada.. Aku sekadar menjual cermin mata Okley dan RayBan bersama beberapa tali pinggang. Baru lah rasa nasi sahur tadi dah hadam..kalau tak kembung jer selalu..

Penat~~tapi..
Bila tekak kering,,
Barulah terasa nikmat puasa ,,

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadhan 4 (Merdeka)

Dari tahun ke tahun , bulan Ramadhan mengukir sesuatu dalam memori kita semasa menjalani ibadah tersebut. Salah satu daripanya pasti masih berbekas ,tidak kira bekas itu berbentuk kesukaan atau kedukaan. Yang suka terus dikekalkan manakala yang pahit di jadikan ikhtibar. Bila tahun ini ramai yang menganggapnya tidak serasa dengan dahulu ,bagi aku yang mereka maksudkan mungkin zaman kanak-kanak yang penuh keriangan. Tahun ini juga ibadat puasa diiringi dengan Bulan Kemerdekaan negara sehingga 31 Ogos yang juga merupakan 1 Syawal ,tarikh Hijrah yang menunjukkan hari pertama Lebaran. 

Ramadhan bulan kemerdekaan untuk jiwa kita daripada nafsu.
Bebas daripada kehendak nafsu yang melampau.
Harap aku mampu ..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ramadhan 3 (Demam)

Alhamdullillah, ujian untuk bulan ramadan tahun ini telah pun Allah berikan pada aku untuk menjalani nya. Pada mulanya aku terseksa melihat teman ku terbatuk-batuk tak henti, kemudian seorang teman ku pula demam dan kini ,di minggu kedua Ramadan aku pula mengalami keduanya.
    Bermula semasa perjalanan ke Yong Peng ,Johor di mana terletaknya rumah abang aku dan keluarganya . Cuaca panas dan hujan lebat yang tidak menentu semasa perjalanan memberi impak kepada kesihatan ku..bermula dengan selsema dan seterusnya batuk yang tidak henti-henti bersama tekak yang gatal dan sakit sehingga saat aku menaip ini.

Syukurlah ,kerana..
Allah bersama orang yang sabar.
Semoga Allah tidak  tinggalkan aku..amin..

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan 2 (taraweh)

Tidak silap, bermula dari form 4 aku tidak pernah terlepas minggu pertama solat sunat taraweh di bulan Ramadhan ini. Apalagi tahun lalu aku hampir memenuhi setiap malam di surau untuk ber-taraweh bersama jemaah lainnya.
  Tapi tahun ini ,aku masih belum lagi ber-taraweh sehingga sekarang (9.8.2011/Ramadan 10).
  Namun, aku masih meneruskan rutin kegemaran di tengah malam ku,

menonton siaran langsung  tv9...Taraweh di Masjidil Haram

Ahad, 7 Ogos 2011

Ramadhan 1 (vs Nafsu)

Inilah bulan paling menakutkan bagi majoriti yang resminya wajib mengikuti, sedang ini lah bulan paling menambah tebal rasa kesabaran bagi majoriti atau minoriti yang juga wajib mengikutinya. Ia tiba berulang-ulang setiap tahun , berulang selama-lamanya selagi hayat masih dikandung badan yang makin hari ,semakin badan ini menuju kelesuan dan kelusuhan. Terbit fajar hingga terbenam matahari di ufuk barat , seharian kita menahan rongga-rongga pada tubuh badan ini daripada dimasuki apapun melainkan udara, menahan diri daripada mengeluarkan bunyi-bunyian kesat dan sumbang daripada rongga yang selalu terlontar kerana mengikut perasaan yang lahir dari nafsu dan tabiat bagai hilang akal.

Nafsu merupakan suatu entiti yang mampu merusakkan hati sedangkan hati berpasangan dengan akal , namun nafsu tetap tidak akan hilang kerana tanpa nafsu maka tiadalah guna nya hati dan akal seurus seluruhnya tubuh badan tiadalah gunanya tanpa nafsu. Nafsu melahirkan perasaan atau apa rasa pun melalui hati dan tidak sesekali melalui kaki , maka akal meluluskan seberapa banyak ia perlu dilaksanakan oleh jasad melalui perbuatan atau perbicaraan. Oleh itu, semuanya memang bermula daripada nafsu lalu memberi rasa ke hati dan kemudian berfikir melalui akal.

Nafsu adalah sekadar kehendak yang belum dipertimbangkan oleh hati dan akal bagaikan kain putih yang kosong lalu kita berkehendak untuk mencorakkannya , hati kita pasti mahu mencorakkannya sesedap rasa ,sesedap perut sebelum akal kita berfikir akan baik buruk nya, tetapi jika hati tidak mahu diajak berfikir, maka rasa yang sudah digauli nafsu itu bakal melampaui batas. Akal merupakan tempat perhitungan yang memberikan hati rasa was-was dan sebagainya. Maka hati perlu kuat mengikut akal ,dan akal perlu kuat mengajak hati. Namun itulah kepayahan untuk membendung nafsu yang lebih gila dan kuat kerana semuanya berasal dari nafsu dan kerana itulah kadangkala masalah untuk ikhlas menjadi paling utama.

Bagaimana untuk menguatkan hati dan akal?

Inilah bulan untuk menguatkan hati dan akal , sabar ialah sesuatu yang penting untuk bulan ini . Ia merupakan tonik bagi menjalani kewajipan yang dinamakan puasa. Puasa bagaikan latihan bagi mengawal nafsu untuk tidak berlebih-lebihan dan melampaui batas-batas keinginan apabila kita menahan semua kehendak nafsu untuk makan minum , percakapan berlebih-lebihan,penglihatan dan perkara-perkara membatalkan hukum puasa lainnya yang semuanya berteraskan kesabaran. Oleh itu , sabar lah yang mampu menguatkan hati dan akal bagi menahan nafsu bagi menguasai tubuh badan kita.

Untuk meneguhkan kesabaran ialah syukur, syukur pada siapa?

Pemilik Sekalian Alam dan Segala Sesuatu Apa pun...di Langit dan di Bumi..

Jumaat, 29 Julai 2011

Ini Aku

Bila makin orang itu aku kagumi, makin aku tinggalkan supaya aku tidak terlanjur mengampu atas populariti dan publisiti. Aku akan dekat dan hanya mendampingi dengan orang yang ku anggap guru iaitu orang tua ku dan sahabat. Begitu juga bila aku terlalu dipuji aku akan terus meletakkan diri pada keadaan kosong yang sebenarnya menyedihkan bila aku ditinggalkan dan tidak dipandang lagi..

Biarlah ,asal aku tak jadi sombong.

Fiesta

Beberapa ela kedudukan ku dari keramaian di depan sana,
Keramaian berpunca dari fiesta yang ditunggu-tunggu sekian lama,
Berkibar di atas keramaian dan sorakan itu bendera berbagai jata,
Sorakan sedang mengiringi fiesta,
Aku melangkah lebih rapat ke arah suasana,
Harapan ku untuk bersorak bersama,

Kini aku tiba,
Senyuman ku bertukar terpana,
Ternyata sangkaan ku tidak sama,
Segalanya bagaikan tipu daya,
Memang keramaian itu pelbagai warna,
Namun semuanya bersorak di atas bendera,
Bukan bendera di atas mereka,
Bersorak atas nama jata, 
bukan fiesta,
Mereka tidak sama bersorak walau sorakannya sama,
Setiap jata tolak menolak sesama jata,
Sehingga jata yang lemah tumbang bersama warna yang mendukungnya,
Terdapat hadangan yang mereka dirikan berbeda-beda,
Sedangkan, mereka bersorak pada fiesta yang sama..

Dan aku seorang diri ,
Bersorak tanpa jata dan bendera ku sendiri,
Kerana ini bukan fiesta,tapi kepentingan diri,
Ini bukan keramaian, tapi peperangan sesama sendiri,
Fiesta yang diraikan , sekadar dirai...


Khamis, 28 Julai 2011

Result 3

Hampir 3 tahun aku bersenang-lenang ,berehat,tidur,makan tanpa aku sedikit pun melakukan apa-apa kerja untuk bersenang-lenang. Ramai juga yang cemburu . Sebenarnya, aku lebih cemburu terhadap mereka dan kecemburuan itu aku gunakan untuk aku bangkit dari perbaringan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat  memberi peluang untuk aku menjadi pelajar/pelatih beberapa bulan lagi sekiranya diluluskan.

Belajar biarlah untuk pengalaman, bukan habuan.

Anologi Lebuh Raya

Di sebuah lebuh raya, terdapat perbagai jenis kenderaan sama ada yang besar,kecil atau mewah,sederhana ,dan terdapat juga kenderaan dagangan seperti lori,kontena dan bas . Jenis dan jenama kenderaan semua berbeza di atas lebuh raya tersebut , sudahlah begitu ,lebuh raya tersebut dibahagikan dengan penghadang jalan untuk memisahkan jalan pergi dan pulang atau seperti lebuhraya 'plus' arah utara dan arah selatan. Maka terdapat dua hala dengan satu halanya dilalui beribu-ribu kenderaan berlainan jenis dan jenama. Belum dikira akan tahap kelajuan setiap kenderaan yang sudah pasti nya berlainan ,warna,jumlah penumpang .
Bayang kan jika semua kenderaan di lebuh raya tersebut sama semuanya manakala lebuhraya tersebut mempunyai hanya satu hala . Kenderaan sama laju,sama jenis,sama muatan.
Mustahil perbezaan boleh disamakan ,atau disatukan begitu saja kerana perbezaan tetap perbezaan. Maka apa yang sebenarnya persamaan bagi semua perbezaan ini?

Kita kembali kepada formula penciptaan kita. Semua perkara dalam kehidupan kita pasti berlaku daripada satu hal dan menuju kepada satu penyelesaian, bagaikan air sungai yang mengalir mengikut arus. Air sungai mengalir kerana satu hal iaitu , air hujan  mengisi kawasan tadahan di tanah tinggi lalu ia perlu mengalir ke kawasan paling rendah iaitu paras laut yang merupakan satu penyelesaian. Bagaikan garisan yang bermula daripada satu titik lalu ia berputar-putar membentuk pusaran atau lingkaran seperti lingkaran ubat nyamuk . Semuanya bermula daripada satu hal menuju kepada satu penyelesaian atau destinasi.

Begitulah keadaannya di lebuh raya tadi, semua kenderaan berbeza ,pelbagai jenis jenama ,kelajuan ,kegunaan dan saiz. Tapi sebenarnya, semua mempunyai misi yang sama iaitu destinasi .
Semua berada di atas lebuhraya tersebut kerana satu hal dan menuju kepada suatu penyelesaian iaitu destinasi. Tidak kira apapun karenah ,tapi hakikatnya semua sedang berusaha ,mencari-cari untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan dan bukan kemegahan di atas lebuh raya yang menjadi ujian kerana jika kenderaan tersebut tidak pasti akan akan hal,tujuan dan destinasinya maka kemewahan pun tidak dapat menyelematkan ia dari tersesat jalan atau tiba ke destinasi yang salah lalu merugikan.

Umpamakanlah dengan apapun dalam kehidupan kita, percayalah ..ia tetap sama.
Tidak kira apapun jenis orang,keupayaannya,usahanya ,hakikat kita semua menuju ke destinasi yang sudah ternyata pasti selagi ia bukan datang dari tujuan untuk memegah-megah dengan orang lain di dunia ini..




Selasa, 12 Julai 2011

Result 2

Perut tiba-tiba berbunyi-bunyi pagi buta ini. Aku tak sedar ,yang pagi sudah pun buta. Rasa nak menaip sesuatu di blog ini tetapi mata yang bertahan daripada tadi ini memberikan tanda-tanda akhir untuk tumpas. Banyak juga perkara yang aku pendamkan hari ini dan ingin aku muat-kan di sini. Namun , mata aku sudah mula menarik tengkok ku ke bawah tanpa aku sedar. Hari ini, tangan masih lagi berbalut , sukar untuk aku ber-wudu' , namun aku tempuhi juga dengan niat tertentu moga Allah menerima ibadat ku.

Result minggu ini, aku membolehkan diri aku untuk melihat Uncle Ateng mengamuk bersama Devilica sabtu/16-7 ini.

Isnin, 11 Julai 2011

Rusuhan. eh? Perarakan.

Petang tadi aku baru pulang daripada Hospital Pantai ,Bt Pahat bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan besi di tangan kanan kerana patah akibat kemalangan dahulu. Sebenarnya , pembedahan kali ini tidaklah se-serius seperti pembedahan beberapa bulan lalu yang perkiraannya lebih be-risiko , mujurlah pada ketika itu do'a dan harapan keluarga besar ku termasuk sahabat-sahabat bersama mengiringi semasa pembedahan tersebut dijalankan. Alhamdullillah , mudah segala urusan pada hari itu. Begitu juga pada hari tadi segalanya berjalan dengan mudah dan lancar . Sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t..

Bila membisu, terasa seperti dayus..bila mengikut sahaja ,rugi akan jati diri yang dianugerahkan..bila bersuara, bertengkar pula..bila bertengkar, maka hilanglah sabar..

Oleh itu, aku luahkan juga akan apa yang hanya aku mampu ikuti melalui kaca televisyen, surat khabar, perbualan di Facebook,Youtube,internet dan sebagainya. Iaitu tentang perhimpunan yang dianjurkan oleh Dato' S. Ambiga dan disokong berpuluh-puluh NGO dan jutaan rakyat Malaysia. Aku tidak pasti berkenaan bilangannya tetapi apa yang aku maksudkan ialah semangat cintakan negara mereka lebih kuat berbanding kelompok bertentangan yang hanya mengungkit perkara-perkara berbaur propaganda politik. Mereka(pihak bertentangan) merapu-rapu dengan lidah mereka yang dikelirukan akan hati yang masih mahu mengipas sedangkan mereka tidak tahu akan apa yang mereka katakan adalah ketelanjuran yang membodek dan sebenarnya mereka inilah yang gila-kan publisiti kerana habuan duniawi.

Memang aku tidak menyertai perhimpunan tersebut , tidak mampu untuk menyertai-nya. Aku hanya mampu mengikutinya melalui saluran seperti dinyatakan di atas. Namun, apa yang aku dapati hanya-lah sebuah fitnah, bodek-membodek , propaganda dan apa yang tidak diterima akal-ku. Mereka menyatakan bahawa perhimpunan rakyat yang jelas menunjukkan perpaduan dan kesepakatan sesama kaum itu, serta masih menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong , sebagai membuat 'kacau' dan me-rugi-kan serta mampu menghancurkan negara. Aku ketawa seorang diri bersama tangan yang masih berbalut ,di sebalik balutan itu terdapat luka yang dijahit dan masih belum bertaut hingga ia dibuka pada 14 Julai ini.

Wartawan ,pembaca berita ,penulis akhbar bersama majikan mereka terus melakukan upacara mengipas dengan mempaparkan seolah-olah sekawan gajah liar bakal memusnahkan kebun dan tempat tinggal atau bagaikan anjing yang bakal menggigit sesiapa sahaja yang menghalang tujuan-nya. Sebenarnya merekalah yang secara tidak sedar menakut-nakut-kan serta menghuru-hara-kan rakyat. Sehingga kini aku masih belum melihat akan  trak polis terbakar atau premis di kawasan tersebut dimusnahkan , aku hanya dapati peniaga-peniaga yang merungut atas kerugian yang mereka alami dan bagi aku ini sesuatu kerugian yang berkali ganda besar bagi peniaga tersebut kerana bagi aku tanah tak seluruhnya subur , langit tak selalunya cerah , air tak semuanya manis dan aku berharap Allah akan memberi petunjuk akan orang yang merungut akan kerugian kerana aku juga berada dalam keluarga peniaga dan oleh itu aku memahami prinsip untung-rugi-pulang modal yang 'tidak dapat tidak' seseorang peniaga itu perlu menerima salah satu-nya.
Terdapat juga pemandu-pemandu tersekat atau disekat oleh penutupan jalan-jalan masuk ke Ibukota tempat perhimpunan ber-moral itu diadakan. Dipaparkan juga akan beberapa pemandu bersama komen mereka yang mengikut hawa nafsu,  berinjak-injak di atas hati mereka lalu tumbang hanya kerana situasi, mereka berpendapat perhimpunan tersebut punca kesesakan lalu lintas ini berlaku dan 'lensa' kamera menganguk-anguk. Mungkin ini lah rakyat tak berpindirian yang menjadi kegilaan mereka yang dikipas. Kerana bagi aku bersama apa yang telah aku amati, mereka perlu berfikir tepat dan sejauh-jauhnya tentang punca sebenar mereka menerima masalah tersebut . Adakah kerana perhimpunan tersebut yang di dalamnya terdapat jiwa-jiwa yang merasa tertindas atau tidak lain hanya-lah kerana Ibukota dilumpuhkan dengan penutupan jalan serta sangkaan-sangkaan buruk yang telah disuntik kepada mereka.?

Sebelum ini, perhimpunan atau apa yang di-labelkan sebagai 'tunjuk perasaan' sepertinya telah pun beberapa kali berlaku salah satunya melibatkan isu perkauman dan semakin dilupakan. 'Dia yang berada di kerusi' ,tadi berucap mengenai peristiwa ini ,salah satunya aku ingat bila 'dia' berkata ''peristiwa ini perlu menjadi ikhtibar..kepada rakyat'' . Jika dia tak hendak-kan perkara ini berulang maka ''dia yang berada di kerusi'' itulah perlu mengambil ikhtibar untuk tidak lagi merasa bongkak,mendabik dada ,bercakap sombong dan sumbang kerana masih ada berjuta yang tidak senang dengan-nya .Maka peristiwa itu merupakan ikhtibar untuk 'dia' yang melaungkan ''1Malaysia , 1Melayu ,''. Aku yang tiba-tiba keliru atau  kenyataan tersebut yang mengelirukan sebenarnya?
Sudahlah...''negara kita aman''
dah hati diorang tak aman sebab kau...

haishh...

Maaf, aku sebenarnya belum bersedia untuk mengisi blog ini berkenaan politik secara terang-terangan ,oleh itu sebelum ini aku melalui 'Kerusi Si Sampah' aku telah pun berkias mengenainya, begitu juga kias-kias ringan yang aku kongsi di 'facebook wall' berkenaan ketamakan,gila kuasa dan sebagainya.

Ada yang pernah bertanya, ''Apa yang kau dapat melalui Hc/Punk setelah memahaminya?''
Aku tidak menjawab melainkan aku teringat akan blog 'standard' aku ini.

Rabu, 6 Julai 2011

Tulang 4 Kerat

Tulang empat kerat ,
Ku perhati keratan-keratan tulang itu,
Ia biasa namun kekuatannya luar biasa,
Bergerak tanpa henti semua keratan itu,
Daging-daging teguh membalutinya,
Bersamanya ialah sepasang pakaian lusuh,
Basah dek keringat-keringat sejati.

Tulang empat kerat,
Ku perhati keratan-keratan tulang itu,
Tampak lembut tapi sememangnya ia keras,
Kembung-kempis dadanya menyerap kelelahan,
Tetapi tulang itu tetap tegar menurut perintah hatinya,
Tiadalah apa yang menjadi sandaran,
Selain niat suci yang dia perjuangkan.

Tulang empat kerat,
Ku masih perhati keratan-keratan tulang itu,
Kini ku lihat tubuh yang tegapnya dengan sejuta impian dan angan,
Berdiri bongkok bersama keringat yang melenjun,
Menarik nafas sepuas hatinya,
Mungkin kerja hari ini sudah dia habiskan walau tenaganya sudah lama habis,
Entah kuasa sakti apa yang merasuk ke dalam nya sehingga tiada sedikit lelah tampak di wajahnya yang terbakar.

Kini tulang empat kerat itu pula memerhatikan aku ,
Lalu ia pergi berjalan dari tempat itu ,
Ke arah dua sosok lemah tak berupaya yang kelihatannya sedang menunggu,
Dia mengusap-ngusap rambut mereka sambil mencium dahi keduanya,
Sebelum tadi dua sosok itu telah menyambut tangan si tulang empat kerat itu sambil mencium tangannya,
Lalu mereka pergi bergandingan dan tampak benar oleh ku akan kebahagiaan daripada mereka ,
Walau hitam tapak tapak kaki mereka namun langkah-langkah mereka sedikit pun tidak seperti yang aku sangka,
Mereka tetap tampak bahagia.

Melihat dua sosok itu,
Barulah ku sedar....

Akan kuasa yang kuperhatikan tadi....

Selasa, 5 Julai 2011

Dongak ke Langit

Aku beranggapan siang ini pasti sedikit dingin apabila langit nampaknya berhias dengan awan-awan mendung yang menebal dan menggelap, menutupi sinaran garang matahari ketika ia membakar kepuasan-kepuasan manusia bila ia kejam. Bila hari ini aku menatapi langit yang seakan-akan untuk hari ini boleh merehatkan aku dari kepanasan yang memedihkan itu namun , aku terpaksa meratapi masa-masa lalu yang penuh pengharapan bila pada masa-masa  itu aku mengira bahawa bila langit sebegitu rupanya maka siang ini aku akan berasa dingin , tiada lagi kepanasan matahari yang membakar dan suasana redup , leka mata ini memandang tenangnya suasana redup dengan pancaran mentari yang sekadar menyinari alam semesta,

Ketika itu, aku beranggapan bahawa awan-awan mendung itu hanya sekadar menghadang dan meredupkan. Aku merasa terlalu gembira sehingga aku lupa , awan-awan tersebut membawa bersamanya petir,hujan lebat dan ribut yang kuat , lalu bila ia pula menggarang maka itulah bencana bila aku terlalu ingin merasa redup dengan berharap pada awan mendung yang nyata menebal dan bakal memusnahkan sedangkan aku lupa akan matahari yang sebelum itu menyinari dan menerangi sekalian hidup ku....

Aku beranggapan matahari akan kembali, akan tetapi bencana tadi masih tiada hentinya , aku merasa keliru apakah perlu aku menyesali walau kekesalan telah melanda segenap hatiku , segalanya memang sudah terhalang untuk berpatah kembali apabila aku tersasul menyusul hanyut dalam aliran kebanjiran yang di dalamnya  terdapat berjuta kerosakan jiwa. , aku kesal dengan pendirian ku..

Kini , aku hanya mendongak ke langit sambil meratapi di atas sejuta kekesalan sambil berharap matahari akan  terus bersinar kembali sambil awan-awan tidak lagi memberi bencana...

Result

Sekali-sekala terfikir juga  sejak akhir ni , banyak pula post  marah-marah dan putus asa . Tiada apa pun sebenarnya yang aku rungutkan jika bukan luahan yang terpendam di dalam hati. Background pun dah nampak dark semula macam dulu-dulu (sebelum aku pernah letak background putih). Tapi jangan risau ,mood aku still okay..

Ramai juga yang tertanya-tanya akan post berkias yang buat ramai confius. Sorry, itulah aku., daripada buruk-burukkan orang lain lagi elok macam tu..adalah nampak berseni sikit..hehehe.  Result terbaik kali ini, bila aku terpaksa membatal kan rancangan untuk 16 /7 ni iaitu Devilica reunion party di Tampin sebab Rabu ni aku operet,,.... bye2


Hanya gambar hiasan