Tahun ini, aku lebih banyak bermusafir bersama abah, yang aku tau bila bermusafir tapi masih boleh puasa juga, pahala lebih banyak, di sini abah ajar bagaimana nak jamak qasar,taqdim semasa berhenti di hentian sebelah selatan Sq Besi,KL. Ini pengalaman yang tak dapat aku lupakan, pengalaman bersama abah, ulang alik Johor-Tampin, Johor-K.L, Tampin-K.L. Seperti biasa pelbagai ilmu pengetahuan yang tercurah oleh abah kepada aku, ilmu tentang iktiar hidup, pengalaman yang penuh pengisian , penyelesaian, hukum-hakam dan sebagainya. Abah seumur dengan usia kemerdekaan Republik Indonesia tetapi dia tidak sama dengan orang-orang berumur sepertinya yang sudah pun berehat sedang abah bukannya berharta dan berpangkat . Abah tetap rela merasa susah walau dia tak pernah merasa senang dan jauh sekali abah merasa gundah dengan nasib nya kerana aku nampak hatinya melayan dengan redha kesusahan tersebut . Usahanya seperti tidak terhenti selagi aku dan adik masih belum mampu memiliki kehidupan sendiri atau selagi kami masih belum selesai menelaah pengalaman jerih payah abah .
ya Allah, berikan aku peluang untuk menumpah bakti pada abah
walau jasa abah tidak terjangkau nilainya..amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan