Semasa menjalani pembedahan pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal tahun ini ,pihak hospital meminta aku supaya mengusahakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana aku merupakan golongan OKU lalu membolehkan mereka sedikit sebanyak meringankan kos pembedahan tersebut. Aku telah pun mempunyai kad OKU sejak tahun lalu , pendaftaran hospital untuk setiap temu janji ialah RM 20 tapi aku diberikan percuma dan pelbagai lagi kemudahan lain yang bersifat selain rawatan dan pembedahan kerana hanya OKU yang berdaftar vebagai bantuan yang layak mendapat perkhidmatan tersebut. Namun, Al Razak yang tidak pernah memungkiri janji mengurniakan rezeki dan rahmat Nya yang agung tu, seseorang hadir beberapa bulan lalu bagi menawarkan permohonan tersebut tanpa aku sangka akan takdir yang selalu mengejutkan . Tanpa aku tahu, beliau telah pun menyenaraikan nama ku dalam senarai nama yang mendapat bantuan JKM. Tiba-tiba JKM telefon dan aku diminta hadir ke pejabat mereka di Tampin.
Kelmarin , suatu majlis telah diatur oleh pihak tersebut bagi memberikan sumbangan yang disampaikan oleh orang-orang politik yang sambil-sambil memberi ucapan berbaur politik dan pekat, pahit, perit baunya, biasalah, pembelaan bangsa menjadi alasan . Ah cukuplah..
Alhamdullillah, bantuan sebanyak RM150 sebulan, sumbangan duit raya RM50 dan kuih raya , walaupun tujuan sebenar aku memohon bantuan bukan kerana inginkan wang bantuan tersebut, tapi aku merasa lebih bersyukur dan lebih menghargainya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan