Ahad, 25 dis. ialah Krismas atau Hari Natal.
Selamat Hari Natal ! Walaupun ada spekulasi bahawa haram bagi muslimin mengucapkan 'merry christmas' tapi apa masalahnya di sini? Kenapa haram? Ada yang kata, murtad kalau ucapkan itu?
Sebab apa? Sebab mereka Kafir lalu bila kita ucapkan maka kita pun jadi kafir?
Aku bukan nak jadi radikalis atau pemberontak tapi cuba lah fikirkan. Aku rasakan perkataan 'kafir' itu sangat keras di lontarkan sehingga ia menjadi kata-kata cacian dan makian untuk orang yang berkelakuan seperti kafir. Istilah 'kafir' digunakan untuk manusia yang mengingkari atau tidak mengakui kebenaran agama Islam. Jadi, perkataan itu ialah untuk mereka yang bukan Islam.
Yang percaya Islam itu lah muslim. Yang tidak percaya itu lah kafir.
Tapi apa masalah nya dengan muslim yang mengucapkan 'merry christmas' kepada orang beragama Kristian yang kita golongkan sebagai kafir?
Sebenarnya begini, perbincangan para ulama atau Ijma' telah mengharamkan nya kerana muslim tidak boleh meredhai hari kebesaran mereka kerana Allah tidak meredhai nya. Tapi bukankah Allah menyuruh kita berbaik-baik sesama manusia? Jika diikutkan Allah bukan sahaja tidak meredhai hari perayaan mereka tapi tidak meredhai agama mereka dan setiap individu yang muslim gelarkan sebagai kafir itu. Tapi Allah menyuruh kita untuk berbaik-baik sesama Manusia maksudnya berbaik-baik dengan semua manusia tidak kira bangsa,agama dan ideologi.
Tak salah berbuat apa pun untuk menguatkan keimanan tapi salah bila kita menjauhkan diri dan berpisah-pisah dengan orang beragama lain kerana ini dunia bukan syurga. Semua nya kita kongsi di dunia ini. Semasa zaman Jahillilliya di Mekah dahulu, setiap suku kabilah di kota itu suka berperang dan berbunuh-bunuhan sesama suku sehingga ada yang tempoh perperangan tersebut berlanjutan selama 40 tahun. Itu merupakan salah satu perkara yang merungsingkan Nabi Muhammad s.a.w sehingga baginda mengasingkan diri ke Gua Hira' sehingga Rasullullah s.a.w diperintahkan untuk menyebarkan syi'ar Islam sebuah agama yang harmoni sehingga akhirnya semua kabilah itu bersatu. Bagaimana dengan kisah Muhajirin dan Ansar yang hampir berperang? Bukankah Rasullullah s.a.w yang menyatukan mereka atas petunjuk Allah?
Islam itu indah. Bukan untuk jadi sombong dan bertambah ingkar dan kufur. Islam ialah untuk segalanya maka bersyukurlah kita lahir dalam agama ini dan terus membesar bersama Islam.
Islam itu indah. Tapi keindahan itu bukan sahaja untuk mereka yang Islam tetapi untuk golongan yang 'kafir' itu merasakan juga keindahan Islam dengan berbuat baik kepada mereka seperti biasa.
Semua agama tidak kira Samawi atau Aryan pasti mengajar penganutnya supaya hormat-menghormati sesama manusia dan begitu juga dengan Islam. Bayangkan jika muslim itu mencerca mereka maka apakah agaknya pandangan mereka pada kita? Fikirkan.
Islam itu indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan