Isnin, 11 Julai 2011

Rusuhan. eh? Perarakan.

Petang tadi aku baru pulang daripada Hospital Pantai ,Bt Pahat bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan besi di tangan kanan kerana patah akibat kemalangan dahulu. Sebenarnya , pembedahan kali ini tidaklah se-serius seperti pembedahan beberapa bulan lalu yang perkiraannya lebih be-risiko , mujurlah pada ketika itu do'a dan harapan keluarga besar ku termasuk sahabat-sahabat bersama mengiringi semasa pembedahan tersebut dijalankan. Alhamdullillah , mudah segala urusan pada hari itu. Begitu juga pada hari tadi segalanya berjalan dengan mudah dan lancar . Sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t..

Bila membisu, terasa seperti dayus..bila mengikut sahaja ,rugi akan jati diri yang dianugerahkan..bila bersuara, bertengkar pula..bila bertengkar, maka hilanglah sabar..

Oleh itu, aku luahkan juga akan apa yang hanya aku mampu ikuti melalui kaca televisyen, surat khabar, perbualan di Facebook,Youtube,internet dan sebagainya. Iaitu tentang perhimpunan yang dianjurkan oleh Dato' S. Ambiga dan disokong berpuluh-puluh NGO dan jutaan rakyat Malaysia. Aku tidak pasti berkenaan bilangannya tetapi apa yang aku maksudkan ialah semangat cintakan negara mereka lebih kuat berbanding kelompok bertentangan yang hanya mengungkit perkara-perkara berbaur propaganda politik. Mereka(pihak bertentangan) merapu-rapu dengan lidah mereka yang dikelirukan akan hati yang masih mahu mengipas sedangkan mereka tidak tahu akan apa yang mereka katakan adalah ketelanjuran yang membodek dan sebenarnya mereka inilah yang gila-kan publisiti kerana habuan duniawi.

Memang aku tidak menyertai perhimpunan tersebut , tidak mampu untuk menyertai-nya. Aku hanya mampu mengikutinya melalui saluran seperti dinyatakan di atas. Namun, apa yang aku dapati hanya-lah sebuah fitnah, bodek-membodek , propaganda dan apa yang tidak diterima akal-ku. Mereka menyatakan bahawa perhimpunan rakyat yang jelas menunjukkan perpaduan dan kesepakatan sesama kaum itu, serta masih menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong , sebagai membuat 'kacau' dan me-rugi-kan serta mampu menghancurkan negara. Aku ketawa seorang diri bersama tangan yang masih berbalut ,di sebalik balutan itu terdapat luka yang dijahit dan masih belum bertaut hingga ia dibuka pada 14 Julai ini.

Wartawan ,pembaca berita ,penulis akhbar bersama majikan mereka terus melakukan upacara mengipas dengan mempaparkan seolah-olah sekawan gajah liar bakal memusnahkan kebun dan tempat tinggal atau bagaikan anjing yang bakal menggigit sesiapa sahaja yang menghalang tujuan-nya. Sebenarnya merekalah yang secara tidak sedar menakut-nakut-kan serta menghuru-hara-kan rakyat. Sehingga kini aku masih belum melihat akan  trak polis terbakar atau premis di kawasan tersebut dimusnahkan , aku hanya dapati peniaga-peniaga yang merungut atas kerugian yang mereka alami dan bagi aku ini sesuatu kerugian yang berkali ganda besar bagi peniaga tersebut kerana bagi aku tanah tak seluruhnya subur , langit tak selalunya cerah , air tak semuanya manis dan aku berharap Allah akan memberi petunjuk akan orang yang merungut akan kerugian kerana aku juga berada dalam keluarga peniaga dan oleh itu aku memahami prinsip untung-rugi-pulang modal yang 'tidak dapat tidak' seseorang peniaga itu perlu menerima salah satu-nya.
Terdapat juga pemandu-pemandu tersekat atau disekat oleh penutupan jalan-jalan masuk ke Ibukota tempat perhimpunan ber-moral itu diadakan. Dipaparkan juga akan beberapa pemandu bersama komen mereka yang mengikut hawa nafsu,  berinjak-injak di atas hati mereka lalu tumbang hanya kerana situasi, mereka berpendapat perhimpunan tersebut punca kesesakan lalu lintas ini berlaku dan 'lensa' kamera menganguk-anguk. Mungkin ini lah rakyat tak berpindirian yang menjadi kegilaan mereka yang dikipas. Kerana bagi aku bersama apa yang telah aku amati, mereka perlu berfikir tepat dan sejauh-jauhnya tentang punca sebenar mereka menerima masalah tersebut . Adakah kerana perhimpunan tersebut yang di dalamnya terdapat jiwa-jiwa yang merasa tertindas atau tidak lain hanya-lah kerana Ibukota dilumpuhkan dengan penutupan jalan serta sangkaan-sangkaan buruk yang telah disuntik kepada mereka.?

Sebelum ini, perhimpunan atau apa yang di-labelkan sebagai 'tunjuk perasaan' sepertinya telah pun beberapa kali berlaku salah satunya melibatkan isu perkauman dan semakin dilupakan. 'Dia yang berada di kerusi' ,tadi berucap mengenai peristiwa ini ,salah satunya aku ingat bila 'dia' berkata ''peristiwa ini perlu menjadi ikhtibar..kepada rakyat'' . Jika dia tak hendak-kan perkara ini berulang maka ''dia yang berada di kerusi'' itulah perlu mengambil ikhtibar untuk tidak lagi merasa bongkak,mendabik dada ,bercakap sombong dan sumbang kerana masih ada berjuta yang tidak senang dengan-nya .Maka peristiwa itu merupakan ikhtibar untuk 'dia' yang melaungkan ''1Malaysia , 1Melayu ,''. Aku yang tiba-tiba keliru atau  kenyataan tersebut yang mengelirukan sebenarnya?
Sudahlah...''negara kita aman''
dah hati diorang tak aman sebab kau...

haishh...

Maaf, aku sebenarnya belum bersedia untuk mengisi blog ini berkenaan politik secara terang-terangan ,oleh itu sebelum ini aku melalui 'Kerusi Si Sampah' aku telah pun berkias mengenainya, begitu juga kias-kias ringan yang aku kongsi di 'facebook wall' berkenaan ketamakan,gila kuasa dan sebagainya.

Ada yang pernah bertanya, ''Apa yang kau dapat melalui Hc/Punk setelah memahaminya?''
Aku tidak menjawab melainkan aku teringat akan blog 'standard' aku ini.

3 ulasan:

  1. "Bila membisu, terasa seperti dayus..bila mengikut sahaja ,rugi akan jati diri yang dianugerahkan..bila bersuara, bertengkar pula..bila bertengkar, maka hilanglah sabar.."

    so true..!

    BalasPadam
  2. maaf kalau aku berkata.

    sedih tengok bangsa kita sendiri terhegeh2 memalukan bangsa sendiri di negara sendiri. apa kebaikannya perarakan tu? lebih kepada ego mereka sendiri dan bersifat pentingkan diri. diberi keamanan tapi mengimpikan kemusnahan. sedih sebab terajunya bukan orang melayu dan bukan islam,tetapi balaci2nya banyak yang melayu dan islam, bangsa lain tengok keadaan bangsa kita gelak saja,selagi melayu terus jadi buta tuli sebegitu. apa yang mereka nakkan sebenarnya? demokrasi? adakah dengan cara perarakan tersebut akan selesai segalanya? aku tak memihak pada mana2 pihak, tetapi memang perarakan itu menghuru harakan, sebenarnya kita sendiri bole berfikir, yang bangsa kita akan musnah disebabkan oleh bangsa kita sendiri,bukan salah bangsa sendiri. bangsa kita juga yang menyentuh hak bangsa kita? adakah kita nak nampak dengan jelas kejatuhan bangsa kita sendiri nanti? baru nak berdamai? buang masa saja,terus terang aku cakap,selagi kita merasa mengecapi keamanan ini kita rasailah sepuas2nya. kerana kelakuan kita harini mencorak kelakuan bangsa kita dikemudian hari. aku taknak bangsa aku saling bermusuhan antara 1 sama lain disebabkan ideologi yang bercanggah antara 1 sama lain,kita kena ingat yang bangsa lain tenung dan tunggu masa saja untuk jatuhkan bangsa kita tidak kira dengan apa cara sekalipun. jangan kita menyesal di kemudian hari. fikir2kanlah, selamat beramal :)

    maaf kalau falsafah kita tak sependapat.

    BalasPadam
  3. huhumm..terima kasih untuk komen itu ejat,
    ''Kami mencipta manusia itu bersuku-sukuan agar mereka mengenal antara satu sama lain'' itu lah firman Allah dalam kitab-Nya . Tiada siapa yang bercanggah,tiada huru hara yg berlaku,tiada yg tak sependapat. Bagaimana berbeza pun , kita pasti disatukan juga dalam penentuan,perbincangan atau perundingan bagi mendapatkan hasil yg tepat dari matlamat mereka yg sama.. keamanan, kemajuan ,pembangunan, ya..aku bangga dan bersyukur.. Tetapi sepertinya , mereka memaparkan keamanan itu hasil mereka,kau fahami lah.. Bila engkau berkata tentang Islam,membanga diri seperti itu merupakan suatu kesalahan. bila engkau berkata tentang melayu, Rasullullah s.a.w melakhnat seseorang yang bersifat 'asobiyah'iaitu semangat kesukuan atau kini..nasionalisme,patriotisme...
    Aku juga tak memihak mana-mana pihak dan aku tak mahu meramal-ramal masa depan.. Aku sebenarnya berpihak kepada pihak aku sendiri ,

    thanks, luv u.

    BalasPadam