Lepas nonton Manchester United v Chelsea malam tadi, perlawanan ke-5 untuk kedua-dua tim dalam Liga Perdana Inggeris(EPL). Game tersebut dimenangi oleh M.U 3(Smalling,Rooney,Nani)-1 (Torres) dan berlangsung di Old Trafford venue milik M.U. Malam sebelum tu aku telah menyaksikan game untuk Liga Spain iaitu antara Barcelona v Osasuna yang menyaksikan Osasuna dibantai 8-0.
Tiba-tiba terasa nak cerita bola pula.
Bila ditanya pada aku ''ko suke tim ape?'' atau ''tim mane yang bagi kau kuat?''
Adoi, aku sangat konfius dan serba salah bila cakap benda-benda berbentuk prejudis ni. Tapi bola sepak memang merupakan sesuatu yang memerlukan 'perang psikologi' seperti berdebat dan bahan-membahan . Kerana bola sepak ialah permainan yang paling popular di negara ini.
Okey, kita berbalik pada soalan di atas tadi,
Aku suka pada semua tim,samada kelab atau kebangsaan tapi bila tim tersebut bertemu Manchester United,aku lebih memihak kepada kelab 'setan merah' itu. Sebab aku dah mem'favourite'kan diri aku pada tim ni sejak zaman kegemilangan 'therier henry' di Arsenal lagi di mana 'david beckam' masih menyarung jersey nombor 7(2002). Tim ni lah yang buat aku minat main bola sebab nak jadi macam 'beckam',sebenarnya sampai hari ni aku masih minat pada 'beckam' berbanding Messi,C.Ronaldo,Fabregas dan beberapa lagi.
Chelsea bagi aku merupakan seteru utama Man U selain Arsenal dan Liverpool,
Tapi aku memang tak minat dan tak berkenan langsung terhadap tim ni, tak tau lah kenapa...
Humm, mungkin bagi pandangan aku tim ni nampak macam budak-budak poyo yang tak sedar diri,macam budak-budak baru nak naik, dah tu macam ''baguih jer''..
Upss, tapi defender diorang sangat kental dan kebal,tapi aku tetap tak minat...hahaha...
Arsenal, semasa tim ini menguasai liga sejurus pernah mencatat rekod tanpa kalah hingga akhir musim dengan 'Therier Henry' muncung penjaring terbanyak dengan bilangan gol melebihi angka 100 dalam 1 musim. Pasukan yang bertanggung-jawab menjadi seteru mereka sudah tentulah.....Man.U....
Sekarang mungkin Arsenal dah tak macam dulu, mungkin sejak tukar stadium baru diorang dah lupa diri...eh eh,,gurau-gurau. Tapi aku suka bila tim ni jumpa Barcelona..
Liverpool, tim ni pula pernah buat aku nangis weyh!! Iaitu kenangan manis di Istanbul apabila AC Milan yang mendahului 3 gol tumpas melalui penentuan penalti. Dudek penjaga goal yang dikritik kerana prestasinya ketika itu menjadi wira untuk 'The Reds' dengan aksi nya yang diingati hingga kini. Liverpool ni bagi aku macam orang-orang bernasib malang dan perlu dibela ,so bila mereka bertemu M.U , aku macam tak ghairah sangat dan tak berapa nak heran...
Layan diorang ni buat aku terfikir,
Pandai bagaimana pun manusia itu,
Manusia tetap manusia,
Hidup tetap hidup,
Tak selamanya di atas,
Tak selamanya di bawah,
p/s: tapi m.u selalu atas,
tak pernah bawah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan