Isnin, 28 September 2015

Depan Mata Itu Cita-Cita.

Selepas menonton filem asal Indonesia berjudul '5cm' yang menceritakan tentang sebuah kisah benar 6 orang sahabat mendaki gunung berapi 'Sumeru' yang merupakan gunung tertinggi di Pulau Jawa, aku mulai ter'inspirasi' daripada kisah tersebut. Filem tersebut tercoret makna yang cukup besar bagi sebuah perjalanan hidup serta mampu membina motivasi buat kita yang tak mahu jatuh ke jurang putus asa.

Petualangan 6 sahabat itu berkenaan tekad dan keyakinan yang ada pada mereka supaya puncak tersebut bisa mereka tawan dan tidak terhenti di tengah jalan walau apapun rintangan menghadang langkah untuk mencapai tujuan.

Untuk aku yang sedang bertungkus lumus bangkit dari kejatuhan dan keringat yang mencurah deras dari kulit tubuh ku memaksa keadaan ku supaya terbiasa dengan fasa di usia ini, kisah ini adalah salah satu faktor yang sangat membantu.

Aku tak gemar berfikir atau berangan-angan tentang masa depan kerana aku lebih gemar untuk tidak berhenti gigih menempuh masalah dan dugaan di depan mata. Kerana kegigihan menempuh kesukaran hidup akan tetap membawa kita ke masa tua yang juga tetap berhalangan. Dan apabila Allah menyatakan bahawa dugaan dan halangan yang datang itu adalah kerana kita mampu menghadapinya maka dengan itu, aku percaya setiap masalah itu selain untuk kita hadapi, ia juga mengajar kita menghadapi dugaan seterusnya. Jadi begitu lah kalau kita sempat berada di usia tua, masalah datang dalam keadaan kita sudah lebih matang.

Jadi, masalah depan mata yang aku ada kini adalah impian dan cita-cita, maka akan aku selesai kan satu persatu. Sejak dari yang rendah seperti di Broga, sedikit sukar seperti Gunung Datok sampailah puncak Gunung Marapi yang terletak pada hiasan bumi Minang Kabau, kampung halaman ku yang indah.

Semoga Allah meredhai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan