Jumaat, 31 Disember 2010

Pagi terakhir..

Apabila tamat waktu malam semua teman-teman seangkatan akan berkumpul di rumah ku hingga ke pagi. Kami bergelak ketawa,meluah perasaan, mengutuk ,berangan ,merenung sesama sendiri dan menonton Discovery di ASTRO.. Sepanjang cuti sekolah yang panjang ini rutin tersebut berterusan tanpa bosan dan rasa kasih sayang antara kami bersahabat semakin kuat. Hari ini hari terakhir di tahun 2010 yang amat indah ceritanya bagi aku dan aku rasa semua turut menyedarinya..
Ada juga kisah duka lara yang amat memedihkan juga berlaku tetapi itu semua permainan hidup yang merancakkan lagi plot cerita di tahun ini...
Ambang 2011 semakin hampir dan selepas hari ini segalanya akan bersurai,,ada  sahabat2 yang berkerja,merantau dan ada juga yang memulakan persekolahan di sesi baru nanti..Semuanya bakal berubah.
Namun ,aku tetap tenang menghitung hari-hari ku yang terbaik walaupun tiada apa yang berubah...dan aku terus berharap serta berdo'a semuanya akan bertambah baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan